Tag Archives: Parti Keadilan Rakyat

Tempoh Untuk PAS Berpecah Sudah Tiba


utus meloyo

Ingat tempoh untuk PAS berpecah sudah pun tiba

Ketua Dewan Urusan Ulama PAS Datuk Harun Taib membuat cadangan supaya PAS mengkaji semula kerjasama (tahalus syiasi) dengan PKR.

Beliau dilaporkan mengemukakan cadangan itu semasa merasmi Mutlaqa Ulamak se-Malaysia yang berlangsung sehari suntuk di Kedah hari ini.

Alasan itu katanya kerana banyak perkara menerusi tahalus syiasi itu boleh melemahkan PAS.

Beliau tidak menyebut apakah bentuk kelemahan-kelemahan secara specifik dan ilmiah, hanya menyebut salah satu kelemahannya menyebabkan sokongan Melayu terhadap PPAS berkurangan berdasarkan kepada pilihan raya lepas.

Tentunya andai ini silap sebab tahalus syiasi itu bukan bersifat macam ayam mengawan tetapi bersifat angin berjimak (lama).

Pandangan Harun ini adalah subjek yang akan menggemakan muktamar PAS yang akan berlangsung di Shah Alam pada November depan.

Sudah tentu muktamar akan datang akan memberi fokus kepada cadangan itu dan ia akan menjadi agenda utama muktamar. Apabila Harun melontarkan isu itu, ia menjadi isyarat kepada ahli-ahli PAS terutamanya golongan merasakan diri mereka ‘ustaz, hafiz atau mendapat pendidikan Timur Tengah dan lebih bangsa ‘Melayu’ akan membahas perkara berkenaan.

Apa yang dapat dibayangkan di sini, sekiranya agenda itu dibahas dan diterima sudah tentu PAS akan mempamerkan satu langkah baru yang lama dan sekaligus PAS akan menunjukkan ia dikuasai oleh ‘pedagang-pedagangan’ politik Islam.

Kemungkinan yang boleh disuluh di sini PAS akan mencari rakan politik baru dalam projek ‘tahalul syiasinya’ untuk masa depan bagi meletakkan PAS sebagai sebuah parti dominan seperti diharap Harun.

Bolehkah PAS menjadi dominan dengan pendekatannya tanpa menuruti sungai peralihan kerana politik itu sendiri bersifat pragmatik?

Mungkin di sini PAS akan berpaling tadah bekerjasama dengan Umno atas alasan untuk memperkuatkan Melayu dan Islam. Tetapi selalu yang disoalkan, apakah Umno akan bersikap jujur dan ikhlas dengan PAS? Dan sejauh manakah PAS menyakin Umno memperjuangkan Islam dan Melayu sedangkan dasar-dasarnya yang jelas bertentangan dengan kehendak dasar perlembagaan PAS.

Cadangan untuk mendekati Umno ini tidak menghairankan kerana agenda Unity Government masih berjalan tetapi dengan sedikit perubahan dan bertukar pemainnya. Kalau dahulu ia dimainkan oleh bekas timbalan presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dan beberapa yang lain, tetapi kini ada watak lain yang mengambil alih baton kerajaan perpaduan itu dengan melarikannya dalam kabus.

Sekiranya muktamar menerima cadangan itu; PAS memutuskan kerjasama dengan PKR khasnya Datuk Seri Anwar Ibrahim sedikit sebanyak ia akan menjejaskan PAS dari segi kepercayaan umum.

Orang akan melihat PAS tidak konsisten didalam akidah politiknya (kerjasama) atau berbuat sesuatu tanpa berfikir. Golongan muda profesional tentu akan tergencat menyebabkan mereka menarik diri dari PAS.

Pemansuhan kerjasama itu juga boleh menyebabkan orang Cina konfius dengan PAS dan hilang kepercayaan. Kerusi-kerusi bandar yang dimenangi PAS atas sokongan pengundi Cina akan hilang. Implikasi ini kena diterima, sumbangan orang Cina juga dalam hubungan kerjasama ini tidak banyak sikit menguntungkan PAS.

Secara umumnya cadangan Harun agar dikaji semula kerjasama itu tidak boleh dikesampingkan begitu saja dengan syarat ia dibuat secara menyeluruh. Kajian itu bukan saja melihat kelemahan atau pun kenegatifan PAS dengan kerjasama itu sahaja, sebaliknya kaji juga mengenai kesan positifnya seperti salah satu dinyatakan di atas tadi.

Kalau hendak buat kajian jangan melihat cemarnya PKR sahaja, tetapi kena juga lihat kelemahan PAS itu sendiri serta kesalahan-kesalahan dilakukan PAS disepanjang tahalul syiasi itu sendiri.

Sebab PAS juga parti yang tidak sesuci namanya dari segi amlinya. Bila ditengok memang PAS menjadi terlalu toleransi dan anjal dalam aspek-aspek yang perlu dipetegakkan, misalnya mengenai soal agama dan bangsa, tetapi siapa yang salah. Apakah PKR yang menekan PAS agar bersikap begitu atau siapa?

Misalnya dalam layanan liberalisasi keagamaan PAS menjadi tersangat baik dan terbuka sampai Presiden dan Mursyidul Am sendiri sanggup masuk ke gereja demi menarik perhatian dan simpatis politik? Apakah pemergian presiden dan mursyidul am itu atas paksaan PKR atau Anwar? Jawabnya tidak. Ia adalah kehendak dan ijtihad mereka sendiri. Jadi dalam hal ini PKR atau DAP tidak boleh disalahkan atas toleransi keterlaluan itu sehingga menyebabkan Pas rugi melainkan kesalahan kepada PAS juga.

Bagaimana pun, cadangan Harun itu juga dilihat bakal menjadi polemik baru didalam PAS. Cadangan itu sudah tentu akan bertentangan dengan pandangan (pola fikir politik) Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang melihat tahalus syiasi dengan PKR itu memberi ruang baru kepada PAS sendiri untuk memperkenalkan Islam kepada orang bukan Islam. Perwujudan Dewan Himpunan Penyokong (DHPP) PAS sedikit sebanyak ia bertolak dari roh tahalu syiasi. Sebelum mengkaji kebehasilan tahalus syiasi itu kaji dulu apakah untung dan rugi DHPP PAS itu.

Boleh jadi juga isu itu akan digunakan untuk muktamar November nanti untuk menyingkir mereka yang tidak sebulu dan sepasukan dengan mereka, iaini golong merasakan mereka alim ulamak. Golongan profesional yang selama ini membawa anjakan baru dalam politik PAS; mempolitikan ulama dan mengulamakan politik, telah membawa perubahan besar kepada pentadbiran dan sistem politik PAS serta memecahkan ‘bongol-bongol’ pejal dalam rangka kepelbagaian citarasa politik berversiasi negara ini.

Seharus dikaji dengan mendalam dan panjang lebar. Penolakan kerjasama dengan PKR itu sudah tentu ia akan membawa kepada penolakan kerjasama dengan DAP juga dan menolak kerjasama dengan mereka yang benci kepada UBN. Penerimaan itu nanti menyebabkan orang ramai khasnya generasi baru merasakan PAS mundur ke belakang semula. Pandangan itulah yang dimahui Umno bagi melihat Pakatan Rakyat yang kini menguasai suara majoriti menjadi lemah ‘kumbali’. Umno sedang berdoa siang dan malam dengan mendupakan asap kemeyen Islam dan bangsa bagi mempengaruhi PAS.

Apakah langkah dewan ulamak yang ingin membawa PAS kembali ke belakang dalam tribulasi ini kerana mereka sudah termakan cacing dalam mee Umno? Nauzubaliah. Paling menakut dan membimbangkan gara-gara cadangan Harun Taib dan begitu ghairahnya golongan merasakan mereka alim itu menyebabkan PAS akan berpecah dua.

Peristiwa yang berlaku penghujung 1982 menyebabkan Mohd Asri Muda dan rakan-rakan meninggalkan PAS kemudian menubuh Hamim tahun 1986 disebabkan diperlakukan demikian rupa dan kejinya, perlulah disedari dan diambil iktibar. Tempoh untuk PAS berpecah juga sebenarnya sudah sampai selepas, iaini PAS tenang selama 30 tahun. Perhatilah PAS sudah tidak berpecah dan kalut sudah 30 tahun setelah kekalutan terakhirnya 1982.

Mohd Sayuti Omar

Jom Meraikan Majlis 50,000 Ahli PKR Menyertai Umno !


Majlis meraikan hampir 500 ribu ahli PKR menyertai Umno penuh meriah
.
Satu majlis gilang-gemilang telah dilangsungkan di PWTC petanng ini bagi meraikan kira-kira hampir 500 ribu ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bertindak keluar parti beramai-ramai untuk menyertai Umno baru-baru ini.
.
Dalam majlis tersebut, kehadiran 500 ribu bekas ahli PKR yang setiap seorang dibawa dengan kereta limosin dan diiringi sepuluh polis trafik bermotorsikal setiap seorang turut diraikan dengan acara berjalan atas  karpet merah.Ketika mereka menuju ke Dewan Tun Hussein Onn di mana majlis akan berlansung, kehadiran 500 ribu bekas ahli PKR ini juga diiringi laungan kata-kata semangat oleh beberapa pemimpin tertinggi Umno yang berdiri di tepi laluan karpet tersebut.

Menurut jurucakap acara tersebut yang merupakan Ketua Umno Cawangan Kampung Telaga Tunggal, Datuk Naina Mat Ali, acara karpet merah tersebut terpaksa diadakan semenjak  jam 7.00 pagi dan berakhir jam 8.00 malam sebelum majlis meraikan bekas ahli PKR dimulakan dengan acara menghafal lirik lagu Umno dan jamuan mega diadakan.
 .
“Acara berjalan atas karpet merah kita kena buat awal dari jam 7.00 pagi lagi sebab ia melibatkan penyertaaan yang terlalu ramai iaitu lebih kurang 500 ribu bekas ahli PKR akan melalui karpet itu.
“Kalau pukul 6.00 petang baru nak mula acara red carpet, memang tak sempat nak habis sebelum  majlis hafal lirik lagu Umno yang mula pukul 8.00 malam nanti,” beritahu beliau.
.
Ketika ditanya adakah 100 ribu orang yang diraikan tersebut memang benar-benar bekas ahli PKR yang keluar parti untuk menyertai Umno, beliau memberitahu selepas jamuan nama setiap seorang dipanggil sebagai bukti.
.
“Untuk membuktkani bahawa 100 ribu orang ini memang wujud, selepas jamuan nanti kita akan memanggil nama setiap orang naik ke pentas bagi membuktikan kepada media bahawa isu keluar parti ini memang benar-benar berlaku.
“Acara ini dijangkakan hanya akan tamat sekitar jam 7.00 pagi dua hari selepas itu maklumlah seramai 500 ribu kita panggil seorang demi seorang naik ke pentas, tentulah ambil masa yang panjang.
.
“Kalau tidak nanti pembangkang kata semua ini tipu atau cuma dua-tiga orang sahaja yang keluar parti, jadi kami buktikan dengan memanggil seorang demi seorang naik ke pentas,” ujarnya lagi.
Selain itu, dalam majlis ini terdapat beberapa ahli Umno yang akan menerima selendang dan bengkung kehormat Umno sebagai membalas usaha keras dan kejayaan mereka membawa masuk ahli-ahli PKR ke dalam Umno.
.
Majlis yang mendapat liputan meluas dari media-media tempatan dan luar negara itu turut disiarkan secara langsung oleh semua stesyen televisyen tempatan dan rancangan popular antarabangsa, Animal Planet melalui saluran National Geographic.
.
Nukilan Bro …
.
.
* Berita satira dari BC

Kenapa Seorang Lagi Blogger Umno ‘Selak Kain’ ?


Hebat jugak saudara Musli Oli ni,

Baru saja perhimpunan agong umno ditangguhkan, seorang pejuang bangsa meninggalkan Umno pulak,adakah ‘transformasi Najib’ tidak sampai ke Sabah?

Selama bertahun Musli Oli berada dalam Umno tidakkah Umno memperdulikan bumiputera Sabah atau Sabahan,Apa jawapan dari seorang blogger umno yang terkenal ini..

Blogger Umno sertai KEADILAN

Seorang blogger yang juga ahli Umno, Musli Oli bertindak keluar parti seterusnya menyertai KEADILAN.

Dalam satu kenyataan, Musli berkata, beliau meninggalkan Umno kerana parti itu gagal memperjuang antaranya hak royalti minyak untuk rakyat Sabah.

Umno juga katanya hanya mendendangkan lagu pembangunan walhal krisis sosial, ekonomi dan pengangguran kekal membelenggu rakyat Sabah.

“Jika ada 100 belia dari Sabah yang berkelayakan mencari pekerjaan  ke tanah Semenanjung, di manakah mereka bekerja?

“Peluang hanya mampu dapat kerja sebagai GRO, tukang urut di Bukit Bintang atau kerja Kilang di Sungai Way,” kenyataan beliau dipetik.

Borang penyertaan Musli bersama sekumpulan penyokongnya ke dalam KEADILAN dibuat di Cabang Kota Belud sempena lawatan Datuk Seri Anwar Ibrahim di kawasan itu.

Selain menjadi ahli Umno di bahagian Kota Belud, Musli juga ialah bekas Yang Di Pertua (YDP) Pertubuhan Peribumi Perkasa Negara (Perkasa), sebuah NGO pro Umno dan penulis buku.

Penyertaan beliau ke dalam KEADILAN sekaligus memberi tamparan hebat kepada Ahli Parlimen Umno Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang kerap menyerang peribadi Anwar semasa sesi perbahasan di Parlimen sebelum ini.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=24068

PRK Merlimau: PAS Atau PKR?


Beberapa perbincangan hangat kini semakin menarik minat penganalisis politik Malaysia mengenai PRK Dun Merlimau.

Samada PAS atau PKR yang akan mewakili Pakatan Rakyat pada Pilihanraya kecil Dun Merlimau Melaka.Antara yang menarik perhatian adalah geografi DUN Merlimau itu sendiri.Majoriti pengundi Melayu dan peluang bertanding antara 2 sahabat utama PR iaitu PAS dan PKR. Tidak dinafikan jentera PKR kini sudah bertambah mantap berbanding pada tahun tahun sebelumnya.

PAS memang mempunyai jentera tersendiri dan PKR mempunyai kepakaran strategik,Dua elemen penting ini sekiranya digabungkan blog ini percaya PR akan menjadi lebih kukuh dan berjaya.

Apa kata Profesor Ahmad Atory Hussain dan Dr Jeniri Amir…

SHAH ALAM – Calon parti yang akan mewakili Pakatan Rakyat (PR) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau bulan hadapan dilihat lebih sesuai diwakili oleh Pas berbanding PKR.

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Ahmad Atory Hussain berkata, Pas lebih berpeluang cerah untuk menang kerana perkembangan yang berlaku dalam PR.

Menurutnya, PKR sekarang mempunyai masalah dalaman, terutamanya selepas isu pemilihan parti PKR hujung tahun lalu dan isu-isu semasa yang dikhuatiri dijadikan modal oleh pihak lawan.

Katanya, walau bagaimanapun, PKR pasti ada alasan tersendiri kenapa mesti calon mereka diletakkan memandangkan calon Pas pada pilihan raya umum (PRU) lalu tewas di DUN Merlimau dan baru-baru ini kalah di DUN Tenang.

“DUN Merlimau majoritinya orang Melayu, jadi lebih baik letakkan calon Pas kerana Pas dilihat mempunyai jentera kempen yang lebih mantap dan tersusun.

“Buat masa sekarang, terlalu banyak isu menghantui parti PKR, lebih baik mereka selesaikan isu dalaman sebelum turun menentang calon Barisan Nasional (BN) di DUN Merlimau,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Ditanya kemungkinan muncul rasa tidak puas hati dalam kalangan ahli PKR sekiranya parti mereka tidak terpilih, Ahmad Atory menjelaskan bahawa perkara itu tidak akan berlaku di kalangan pemimpin tetapi sukar dijangkakan pada peringkat bawahan.

“Mereka semua akan turun membantu tetapi adakah ahli akan terima, itu saya tidak boleh agak, apa pun kita perlu tunggu dan lihat nanti,” katanya.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr Jeniri Amir pula menyifatkan PKR lebih layak bertanding di DUN Merlimau kerana calon Pas sudah diberi peluang di DUN Tenang.

Katanya, hujah ini dikuatkan lagi apabila calon Pas tewas pada pilihan raya umum lalu dan sekarang peluang perlu diberikan kepada PKR untuk membuktikan kebolehan.

“Mungkin ada kompromi di dalam PR untuk menurunkan calon PKR pula kerana isu yang didakwa berlaku dalam PKR bukanlah isu besar, dalam dunia politik isu-isu sebegini sering timbul,” katanya.

Ditanya peluang untuk PR menang di DUN Merlimau, Jeniri menegaskan bahawa tidak kira calon dari Pas atau PKR, mereka tidak mungkin berpeluang menang kerana DUN Merlimau diketahui adalah satu lagi kubu kuat BN.

“Calon BN akan kekal menang tidak kira PR menurunkan Pas atau PKR, melainkan isu-isu penting yang mungkin timbul sebelum atau semasa pilihan raya kecil berlangsung,” katanya.

PR dijadual memutuskan parti yang akan bertanding di DUN Merlimau semasa mesyuarat bulanan PR pada 7 Februari ini.

Kerusi DUN Merlimau kosong berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 54, pada 20 Januari lalu.

Pada pilihan raya umum lalu, Mohamad Hidhir menewaskan calon Pas, Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 undi.

sinar.

Najib Kena Gelak Lagi


Nama saya Anwar dan saya bukan pengganas’

Sambil memperolokkan dakwaan terbaru kerajaan pusat terhadapnya – yang beliau ada hubungan dengan “pengganas” – ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memetik dialog dari filem blockbuster Bollywood ‘My Name is Khan’.

“Nama saya Anwar dan saya bukan pengganas,” katanya, meniru watak yang dimainkan oleh bintang terkemuka India, Shah Rukh Khan.

Gaya beliau gamat disambut ketawa ribuan penyokong PKR yang menghadiri program jelajah PKR di Petaling Jaya malam tadi.

Anwar menjawab kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bahawa beliau sedang disiasat kerana disyaki ada hubungan dengan satu ‘kumpulan pengganas’ yang berasal dari Arab Saudi.

Hishammuddin menyatakan demikian ketika mengulas laporan CNN yang mendakwa melihat dokumen yang mendakwa satu siasatan dijalankan oleh Arab Saudi ekoran aduan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa ada personaliti di negara itu yang membiayai Anwar.

Laporan CNN itu juga mengatakan bahawa siasatan tersebut tidak menemui sebarang bukti wujudnya hubungan tersebut.

Para pemimpin PKR telah menolak dakwaan tersebut sebagai satu lagi usaha untuk mencemarkan Anwar.

Hazlan Zakaria

PRK Padang Serai Pulak?


Sebelum ini MP padang Serai dari PKR mencabar MP Kulim atau zul kulim mengosongkan kerusi Parlimen Kulim berikutan tindakan zul mengkritik pimpinan PKR.Setelah itu zul dipecat dari PKR.

Adakah Gobala akan berbuat demikian setelah beliau mengumumkan keluar dari PKR?

Blog ini berpendapat sekiranya Gobala mempunyai pengaruh yang kuat dan berdiri diatas prinsip keadilan seperti yang selalu diutarakannya, eloklah beliau mengosongkan kerusi Parlimen Padang Serai untuk membuktikan yang beliau menang diatas pengaruh peribadi dan bukannya pengaruh PKR dan PR.

Adakah Gobala berani berbuat demikian?.Blog ini percaya beliau akan berbuat demikian kerana dari ceramahnya yang ‘berapi’ menunjukan beliau adalah seorang pejuang keadilan yang berani.

Walaubagaimana pun Pengarah Komunikasi PKR mengucapkan selamat jalan kepada Gobala kerana kini sudah jelas PKR bukanlah sebuah parti rasis.

malaysian insider melaporkan…

PKR sanggup hilang pemimpin rasis macam MP Padang Serai

Parti Keadilan Rakyat (PRK) sanggup kehilangan pemimpin-pemimpinnya yang rasis termasuk yang terbaru Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan yang mengumumkan keluar parti itu Sabtu lalu.

Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, Gobalakrishnan baru-baru ini telah menuduh berkali-kali bahawa parti komponen Pakatan Rakyat itu meminggirkan masyarakat India.

“Sebelum ini, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Nordin (juga) menuduh PKR mengabaikan masyarakat Melayu.

“Tuduhan-tuduhan bercanggah ini membuktikan bahawa pemimpin yang masih terperangkap dengan mentaliti perkauman tidak sesuai berada dalam PKR, yang merupakan parti politik pelbagai kaum yang progresif,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Gobalakrishnan, 50, mengisytiharkan dirinya keluar PKR Sabtu lalu dan menjadi Ahli Parlimen Bebas.

Gobalakrishnan berkata, “saya sudah fed up (bosan) dengan (Penasihat PKR) (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) serta (Timbalan Presiden PKR) Azmin Ali, yang kini telah mengawal 100 peratus pentadbiran PKR.”

Katanya beliau bersama beberapa orang temannya terdiri daripada peguam, jurutera, doktor dan lain-lain akan menubuhkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk memperjuangkan dan menjaga kepentingan pengundi di kawasan Parlimen Padang Serai.

Nik Nazmi yang juga Adun Seri Setia ini menambah, ramai pimpinan PKR telah menjawab tuduhan Gobalakrishnan secara spesifik dan menafikan dakwaannya bahawa parti itu meminggirkan masyarakat India.

“Masyarakat sendiri dapat menilai dakwaannya hanya terbit selepas beliau kalah dalam pemilihan dan tidak dilantik menjadi naib presiden parti,” katanya.

Dalam kenyataan media itu, Nik Nazmi juga berkata, seramai 45 peratus ahli PKR merupakan orang Melayu manakala masyarakat India pula terdiri daripada 23 peratus.

“Saya juga ingin membetulkan laporan Free Malaysia Today yang menyebut bahawa 40 peratus anggota PKR adalah dari masyarakat India sementara Gobalakrishnan pula menyatakan 90 peratus pimpinan PKR adalah dari masyarakat Melayu.

“Daripada 371,612 anggota PKR, Melayu adalah 45 peratus, Cina 11 peratus, India 23 peratus, Bumiputera Sabah, Sarawak dan lain-lain pula sebanyak 21 peratus,” katanya.

Menurunya, kepimpinan Majlis Pimpinan Pusat PKr untuk sesi 2010-2013 pula terdiri daripada Melayu seramai 62 peratus, Cina 20 peratus, India 12 peratus, Bumiputera Sabah, Sarawak dan lain-lain pula empat peratus.

“Hakikatnya majoriti besar pimpinan PKR dipilih menerusi sistem satu anggota satu undi, dan anggota PKR jelas meletakkan kebolehan, keupayaan serta komitmen kepada perjuangan mengatasi sebarang perkiraan perkauman,” katanya.

Justeru kata beliau, amat sesuai sekali pemimpin seperti Gobalakirshnan yang masih lagi terperangkap dengan mentaliti lapuk untuk keluar parti.

“Rakyat akan menilainya dalam pilihan raya umum akan datang dan PKR sebagai parti politik pelbagai kaum yang progresif akan terus bergerak ke hadapan,” katanya lagi.

%d bloggers like this: