Tag Archives: parpukari

Kenapa ‘Zip Seluar Abang Terbukak Tuu’


Cerita dari kawan kawan semasa berjumpa di aidil fitri baru baru ini

Assalamualaikum..

Adinda usop apa khabar?..Kawan lama aku bagi salam dan bertanya khabar…waalaikumsalam adinda baik dan sihat wal afiat .Kanda Joe @ Johar (bukan nama sebenar) ok ke?…OK jawab beliau.

Eh usop..Abang joe nak pegi Langkawi laa…jom laa ikut ,aku belanja , lama tak tak jumpak ngan nko rasa rindu dendam pulak..hehe

Abang nak datang dengan sapa? tak bawak akak rose sekali ke, hang jangan duk tinggalkan ‘ustazah pilihan’ tu sensorang pulak..bawak laa dia sekali.

Ok, nanti aku bawaklah ustazah aku tu…emmm cuti sekolah nanti aku cadang nak pegi makan angin kat Langkawi tu 2,3 ari…Nko tolong booking bilik laa yer..Ok bang..jawab usop.

Punya laa syok bersembang dengan abang Joe dan akak rose kerana kami cukup rapat macam saudara sendiri.Mengenai abang joe ni aku duk ingat dia dah Ok laa ni bila dia dah bernikah dengan seorang ustazah. Semoga abang joe akan menjadi seorang muslim sejati kerana seorang yang berpendidikan agama ada disisinya.Cerita lama tak payah laa nak dirungkaikan .

Dua hari dua malam bercuti di Langkawi memang sungguh gembira rasanya kerana dapat bergaul dengan kawan lama yang sememangnya sungguh baik dan dapat free pulak makan dan segalanya.

Nak dijadikan cerita , pada malam ketiga  abang joe pergi kat Pekan Kuah nak beli ubat katanya dan pulang ke biliknya pada pukul 12.30 tengah malam..sampai dibilik akak rose tanya beliau..Abang dah solat isyak ke? belom lagi lah..jawab abang joe..baru nak ambik wudu’ ni..

Selepas itu abang joe pun bersolatlah fardu isyak..

Selesai solat akak rose tanya abang joe …

Abang mabok lagi ke? Eh taklah mana ada abang mabok..abang dah berenti , lama dah pun..

Ye ke ?Kenape ..Zip seluar abang terbukak tu, dah tu solat pakai seluar pendek pulak!

KANTOI..duk ingat kot hang dah berenti dari minum air kencing setan, rupa rupanya dek kerana menatang tu harga murah di Langkawi kawan kita ni tak tahan godaan ..

Astaga…lakonan abang joe terkantoi lagi…eloklah jangan mai Langkawi jika masih kurang iman untuk menghadapi dugaaan …

Jangan laa tiru perangai pencacai seperti dibawah ni..

Video Lucah Datuk T & Papagomo Dalam Rumah Osama Laden?


Tuuu diaaa..video lucah papagomo,panglima harimau,rahim dan eskay dah sampai ke Pakistan..hahaha

Hebat jugak hangpa punya kerja…Maalomlah dapat support dari APCO laa katakan..hahaha

Video porno ditemui dalam rumah Osama mati ditembak

WASHINGTON, 14 Mei — Unit komando yang menyerbu rumah didiami Osama bin Laden dekat Islamabad awal bulan ini dilaporkan turut menemui bahan-bahan pornografi termasuk video.

Laporan agensi berita Reuters yang memetik bekas pegawai-pegawai Amerika dan semasa berkata tidak jelas di bahagian mana di rumah agam itu, yang didiami Osama sekitar lima hingga enam tahun lalu, bahan-bahan pornografi itu ditemui.

Tidak pasti motif laporan mengenai penemuan pornografi ini dikeluarkan.

Osama terbunuh dalam serangan komando khas Amerika dekat Islamabad, Pakistan awal pagi (waktu Malaysia) 2 Mei lalu.

Operasi serangan dan kaedah jenazah Osama disemadikan juga mencetuskan kemarahan di sebahagian besar negara-negara Islam.

Ketua rangkaian pengganas Al-Qaeda itu menjadi buruan Amerika Syarikat (AS) sejak lebih satu dekad.

Malah juga tidak jelas siapa yang menonton bahan-bahan itu.

Laporan itu juga mendakwa pegawai-pegawai itu secara khusus tidak tahu sama ada Osama sendiri memperoleh bahan itu ataupun menontonnya.

Lima klip video yang dilepaskan pihak berkuasa AS minggu lalu menunjukkan Osama sendiri menonton siaran televisyen dengan mengendalikan alat kawalan jauh.

tmi

Polis Tak Mau Dah Omega Made in Taiwan


blog umno, Eskay dan wartawan betina apa nama nik tu..sebelum ini duk pulun promosi jam Omega!

Hari ini Timbalan KPN kata jam omega made in Taiwan tu dah tak laku..hahaha

ambik ubat hangpa…bahan fitnah semakin hari semakin kantoi..hahaha

Polis tidak minta jam Omega

KUALA LUMPUR – Polis tidak pernah meminta jam tangan Omega daripada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, susulan siasatan terhadap kes video seks yang pelakunya didakwa mirip pemimpin itu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, polis tidak akan meminta bukti dengan mana-mana individu, selagi siasatan dibuat belum mendapat pengesahan.

“Apa juga tiada kaitan dengan siasatan tidak akan ditimbulkan. Saya tidak mahu ulas,” katanya.

HS

Ada Kawan Dedah Siapa Eskay


Projek cuba jadi Melayu

Siapakah Eskay?

1) Eskay asalnya beragama Hindu. Bapa beliau berbangsa India dan ibu berbangsa Siam. Beliau anak ke-3 dari 4 adik beradik dengan seorang abang, dan seorang kakak, serta seorang adik. Nama abang Eskay adalah Chandran.

2) Tujuan Eskay memeluk Islam adalah untuk membolehkan beliau mendapat status ‘Melayu/bumiputera’ bagi mempermudahkannya dalam urusan perniagaan dengan kerajaan. Namun begitu Eskay tidak mengamalkan cara hidup Islam dan sering bergelumang dgn maksiat.

3) Eskay bercita-cita tinggi dan juga berminat dengan politik. Beliau pernah cuba merasuah pegawai JPN bagi menukar status bangsanya dari ‘India’ kepada ‘Melayu/bumiputera’ semata-mata kerana ingin memudahkan urusan perniagaannya. Eskay juga didakwa berminat untuk menjadi ahli UMNO tetapi gagal kerana status bangsanya.

4) Eskay mempunyai tabiat kuat minum dan suka mabuk,Red Wine adalah dia punya ‘favourite’ . Tempat beliau berhibur adalah di salah sebuah bar di Hotel Armada PJ. Ketika mabuk, tabiat Eskay akan minum dengan gelas yang kacanya bukan dari jenis lutsinar supaya orang lain tak nampak apa yang diminumnya.

Lagi pendedahan sila lihat di MiloSuam DAN CINA ISLAM.

Oleh ESKAY SIAM HINDU pada POLIS SUMPAH LAKNAT pada 11/05/05

Sebenarnya Ada Berapa Skandal Anwar


Eskay nak ‘dedahkan’ lagi skandal Anwar…

wow..bestnya, cepatlah sikit dedahkan..hahaha

macam macam kes dah yang didedahkan sejak 12 tahun yang lalu..satu pun tadak betul..hahaha

mungkin kali ini lagi hot kot…hahaha

PKR cabar Eskay dedah korupsi Anwar

Parti Keadilan Rakyat (PKR) mencabar ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah supaya mendedahkan segera dakwaan salah laku membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya beliau mempunyai bukti kukuh.

Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli berkata, Shazryl Eskay tidak perlu menunggu sehingga polis mendedahkan pelaku dalam video seks yang dikaitkan dengan Anwar sekiranya benar beliau mengetahui mengenai konspirasi yang membabitkan Ketua Pembangkang itu.

“Kalau betul dia ada lagi pendedahan lain, kenapa nak tunggu lepas polis dedahkan identiti pelaku video seks itu?

“Dedahkan sekarang kalau Datuk Shazryl Eskay ada bukti untuk kaitkan Datuk Seri Anwar. Saya juga mahu mengetahui kebenaran kerana saya bukan orang yang menyokong dengan membuta tuli,” katanya kepada mStar Online di sini, Khamis.

Mohd Rafizi berkata demikian sebagai mengulas mengenai kenyataan Shazryl Eskay bahawa beliau akan mendedahkan beberapa konspirasi membabitkan Anwar yang dikatakan mempunyai impak lebih besar kepada negara, berbanding kesan video seks tersebut.

Bagaimanapun Mohd Rafizi berkata, pihaknya menyifatkan dakwaan Shazryl Eskay itu sebagai mainan politik yang bertujuan mengalihkan tumpuan PKR dan Pakatan Rakyat meneruskan agenda perubahan demi kepentingan rakyat.

Menurutnya, sehingga sekarang rakyat sudah dapat mengenali siapa sebenarnya Shazryl Eskay selepas beliau mempertontonkan rakaman video seks kepada wartawan kanan bulan lalu.

“Kita tidak akan termakan umpan yang cuba digunakan oleh Datuk Shazryl Eskay, beliau mahu alihkan tumpuan kita untuk membawa perubahan untuk rakyat,” katanya.

mStar

Gempar: Eskay Nafi Tuduh Anwar Berzina Pulak


Biaq betui..hahaha

Apa sudah jadi pada si eskay ni?..kot mana pulak hangpa nak putar ni?

Atau dah kena badi ‘Sumpah Laknat’..Wallahu A’lam

Eskay nafi tuduh Anwar lakukan seks

Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah hari ini menafikan beliau menuduh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat dalam video seks yang didedahkannya.

Pengakuan itu bercanggah sama sekali dengan dakwaan beliau sebelum ini.

“Saya tidak pernah menuduh Anwar berzina. Bila saya tuduh dia berzina? Soal dia zina atau tidak berzina tidak ada kena mengena dengan saya,” kata Eskay selepas memberi kenyataan di Balai Polis Kepong petang tadi, lapor Malaysiakini.com.

Eskay juga dilapor cuba meletakkan beban dakwaan kononnya Anwar adalah pelaku dalam video itu kepada wartawan.

Menurutnya,  beliau menjemput wartawan terpilih untuk menonton video itu di Hotel Carcosa pada 21 Mac lalu kerana mahukan mereka membuat penilaian sama ada pelaku dalam rakaman itu adalah Anwar.

“Saya menghubungi wartawan untuk tanya sama ada orang dalam rakaman itu adalah Anwar, itu sahaja. Anda yang paling rapat dengan dia, selalu mewawancara dia,” kata Eskay kepada pemberita yang kelihatan tercegang dengan kenyataan beliau.

Anwar sebelum ini membuat laporan polis terhadap Eskay, bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Perkasa Shuib Lazim kerana menfitnah beliau bersabit rakaman 21 minit itu.

Mereka turut mengugut untuk menyebarkan video itu kepada rakyat jika Anwar dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak berundur dari politik dalam tempoh seminggu.

Video fitnah berkenaan kemudian disebar secara meluas di internet oleh blogger Umno- Barisan Nasional.

Keadilandaily

%d bloggers like this: