Tag Archives: Papa Nurul Izzah Part II

Polis Tak Mau Dah Omega Made in Taiwan


blog umno, Eskay dan wartawan betina apa nama nik tu..sebelum ini duk pulun promosi jam Omega!

Hari ini Timbalan KPN kata jam omega made in Taiwan tu dah tak laku..hahaha

ambik ubat hangpa…bahan fitnah semakin hari semakin kantoi..hahaha

Polis tidak minta jam Omega

KUALA LUMPUR – Polis tidak pernah meminta jam tangan Omega daripada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, susulan siasatan terhadap kes video seks yang pelakunya didakwa mirip pemimpin itu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, polis tidak akan meminta bukti dengan mana-mana individu, selagi siasatan dibuat belum mendapat pengesahan.

“Apa juga tiada kaitan dengan siasatan tidak akan ditimbulkan. Saya tidak mahu ulas,” katanya.

HS

Video Takdir Allah: Ustaz Shamsul Berjaya Tegur 3 Mat Boroi


Kamu merancang Allah merancang,Perancangan Allah lebih baik dari kamu’.

Aku tengok Rahim Tambhy Chik naik gagap lalu berkata..’Saya berdukacita hari ini’

Eskay sebut bismillah pun dah jadi ‘Bismilla Nirrahma Nirrahim’..

Shuib Lazim…macam takut nak tunjuk muka saja..

Itulah takdir Allah Yang Maha Agong menghantar seorang jundullah untuk menegur 3 trio Umno .

Eskay tolong ingat azab Allah: Ustaz Shamsul

Bekas Imam Masjid Saidina Omar Al Khattab, Bukit Damansara, Ustaz Shamsul Firdaus Alhafiz mengingatkan trio Datuk T supaya mengingati azab Allah, sebelum salah seorang daripadanya, Datuk Shazryl Eskay Abdullah melakukan sumpah laknat.

Shamsul adalah pendakwah bebas yang dimaksudkan pihak media, ketika hadir memberi ‘khutbah’ kepada Eskay, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dan bekas bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim di Masjid Amru Ibnu Al As, Sentul petang tadi.

Kehadirannya pada mulanya disangka Pegawai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Beliau kemudiannya mengambil tempat dan duduk di hadapan ketiga individu berkenaan sebelum Eskay bersedia mengangkat sumpah.

Shamsul ketika dihubungi Keadilandaily.com berkata, beliau berbuat demikian supaya Eskay memikirkan semula tindakannya yang boleh memakan diri berikutan sumpah laknat tersebut.

Selain menasihati ketiga mereka, Shamsul turut memberikan sebuah buku berkaitan hukum qazaf kepada indivitu terbabit.

“Saya ada menghulurkan buku itu kepada Eskay dan memberikan nasihat berbunyi ‘jangan ambil kira habuan dunia kerana azab Allah lebih pedih’.

“Apabila melakukan pembohongan akan ada implikasi terutamanya apabila pembohongan itu yang ingin dijadikan sebagai sumpah laknat,” katanya.

Tambahnya, beliau juga menyedari bahawa Eskay membaca sumpah berkenaan mengikut skrip yang ditulis pada sehelai kertas selepas enggan menerima nasihatnya.

“‘Skrip’ yang disiapkan kepada Eskay itu tidak dapat mengelakkan beliau di dalam jenayah qazaf,” katanya yang percaya skrip itu disediakan pihak tertentu.

Sebelum ini Shamsul memberitahu bahawa sumpah membuktikan pertuduhan zina cuma dilakukan oleh pasangan suami isteri, seperti digariskan dalam perundangan Islam.

Sumpah tersebut dipanggil sebagai sumpah Li’an yang dinyatakan dalam Al Quran dalam Surah An Nur.

“Sumpah li’an ini pula adalah sumpah saling rela dilaknat, ia tak ‘laku’ kalau hanya sebelah pihak sahaja. Kedua, ia tidak ‘laku’ kalau tidak membabitkan suami dan isteri,” ujarnya.

Keadilandaily

Sendiri Dedah: Lepas Melanca# Masuk Sumpah Dalam Masjid


Astaga…apalah nak jadi dengan si mamat Eskay nie

hahaha..boleh masuk Guiness Book of record beb…kali pertama rakyat 1Malaysia buat kerja bangang  macam nie.

Dahlah semalam hang pi buat kerja macam bohjan gian kelepet!

hari ni hang nak pi masuk mesjid buat sumpah pulak! kang ada yang kata hang ni dah biul ka apa ka hang marah pulak..hahaha

Itulah akibatnya orang yang cuba mengaibkan orang lain,laa ni dia sendiri mengaibkan dirinya kepada rakyat 1Malaysia…

Teringat aku bila Tok Guru Nik Aziz kata Anwar kena sabar banyak banyak tapi dipenghujung cerita rekaan kita sama sama tengok puak puak tiga suku tu sendiri melondehkan diri depa.

Seperkara sikit punya sighu, ada pulak main main sumpah pakai wakil wakil …hahaha

woit kitab mana hangpa pakai…kitab 52 laa kot..hahaha, kalu hangpa nak tau apa dia kitab 52 tu ,hangpa pi tanya pengerusi Genting Berhad yang pencen dari KPN tu..aku sure beliau akan bagi tau! ..hahaha

kalu hangpa nak tau promosi sumpah tahap gaban si Eskay pi baca malaysiakini…

http://www.malaysiakini.com/news/162690

p/s lepas baca jangan gelak tau…hahaha

Video Seks Bahagian Kedua: Polis Akan Tangkap Papagomo


Bagus banget Pak Polisi Malaysia kasik tangkap aja ama itu papagomo juga teman teman.

Jika dibiarin tambah parah aja imej politik Malaysia,kenapa sih ..bloggers Malaysia itu suka benar ama aksi seks reka rekaan,apa sudah tidak ada guna lagi nilai dosa pahala..komen kawan aku dari indon sana.

Aku rasa Datuk Khalid yang baru naik pangkat dan akan dinaik lagi pangkat menjadi KPN @ Ketua Polis Negara pulak selepas ni perlu memulihkan imej PDRM ,jangan duk biar orang kata macam macam pada institusi keselamatan negara itu.

tmi…Polis siasat sedutan klip kedua video seks didedah ‘Datuk T’

Polis telah memulakan siasatan terhadap penyebaran sedutan klip kedua video seks oleh beberapa portal dan blog sejak tengah hari semalam, mengaitkan si pelakunya mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar.

Khalid berkata pihaknya dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang mengenal pasti pihaknya yang bertanggungjawab memuat naik bahan itu di Youtube.

“Kami bersama dengan MCMC telah memulakan siasatan untuk mengenal pasti mereka yang bertanggungjawab memuat naik klip video itu, itu yang saya hendak komen,” kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata tiada laporan polis dibuat berhubung perkara tersebut dan tiada aduan diperlukan bagi membolehkan pihaknya memulakan siasatan.

“Tetapi jika ada sesiapa hendak membuat laporan, lagi bagus,” kata beliau lagi.

Satu lagi rakaman klip video hitam putih aksi seks yang dikatakan membabitkan pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat dimuat naik dalam laman Internet semalam.

Sedutan klip video dengan durasi satu minit 47 saat itu menampilkan seorang lelaki dan wanita dalam keadaan bertuala dan kemudian berbogel sebelum lelaki itu memakai seluar.

Klip video tersebut dimuat naik di Youtube dan laman web blogger Papagomo  kira-kira 1.30 tengah hari.

Pada 4 April lalu, satu klip video berdurasi yang sama tersebar luas di Internet.

Pada 21 Mac lalu, tiga individu yang menggelarkan diri mereka “Datuk T” telah mendedahkan kewujudan video seks yang didakwa mereka membabitkan seorang pemimpin kanan pembangkang.

Hari ini polis memanggil Anwar datang untuk memberikan kenyataan kedua.

Justeru kata Khalid, adalah prosedur normal untuk memanggil Anwar memberikan kenyataan kedua.

“Ia proses siasatan. Ada perkara yang pendakwa melihat dengan mendalam daripada (sudut) penyiasat, itu sebab pendakwa mahukan lebih banyak siasatan dalam sesetengah perkara.

“Jadi itu yang kami lakukan. Saya tidak boleh mengatakan bila ia akan berakhir tetapi kami akan melakukan semua yang diperlukan,” katanya lagi.

Khalid yakin polis dapat menyerahkan semua laporan siasatan kepada Peguam Negara minggu ini.

tmi

Video Seks Bahagian Kedua: Polis Patut Tangkap Papagomo


Video Seks Papagomo

Promosi fitnah papagomo dan rakan blogger dajjal Umno telah sampai ketahap gaban.Ini berlaku setelah video bahagian pertama tempohari gagal meyakinkan rakyat mengenai fitnah kepada Anwar Ibrahim.

Polis patut tangkap papagomo dan rakan rakannya kerana telah menyalahi undang undang dan arahan Polis.

Kes video seks  masih dalam siasatan Polis , kenapa maarop maarop tu boleh siarkan dalam internet? dari mana depa dapat? siapa yang bagi kat depa tu?

Timing pulak waktu perdana ,mula di upload ke youtube pukul 1.30 tengahari? guna nama samaran orang jawa?

Segala lidah lidah setan Umno tv1,sampai tv9 bukan main hebat tambah promosi fitnah, dari mana depa dapat bahan tu semua?

Jika Polis masih tidak mahu tangkap semua yang tidak mematuhi arahan Polis itu,apa guna undang undang yang sedia semua itu?

Ataukah Polis yang memberikan pita video kepada papagomo dan segala media di Malaysia ini?


mStar..video seks bahagian kedua muncul di internet

Video seks bahagian kedua yang didakwa melibatkan pemimpin pembangkang tersebar di Internet petang Rabu termasuk di blog papagomo. 

Klip video berdurasi 1 minit 47 saat itu dimuat naik oleh pemilik akaun Youtube ‘wakparjosudorno’.

Rakaman video hitam putih berkenaan memaparkan aksi seseorang lelaki bertuala dan seorang wanita tanpa seurat benang dalam sebuah bilik dipercayai selepas melakukan aksi seks.

Bagaimanapun sekitar pukul 6 petang tadi, video berkenaan telah ditarik balik dari laman youtube mahupun di blog papagomo.

Lelaki berkenaan kemudian pada minit ke 39 dilihat menanggalkan tualanya di hujung katil sebelah kiri video sebelum berjalan dalam keadaan bogel mengambil baju dalam nipis yang terdapat di atas katil.

Individu yang mempunyai fizikal perut buncit berkenaan kemudiannya dilihat mengambil seluar dalamnya dan membongkokkan badan pada durasi 1 minit 9 saat sehingga melihatkan wajahnya di hadapan kamera yang dipercayai tersembunyi.

Video Seks Bahagian Kedua Lebih Jelas Perut Boroi


Perut buncit lebih jelas kali ini

Klip video bahagian kedua yang didakwa membabitkan seorang pemimpin kanan pembangkang mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur kini disebarkan di Internet.

NONEMalaysiakinidifahamkan bahawa video yang berjudul ‘Papa Nurul Izzah Part II’ yang dipertontonkan kepada wartawan terpilih pada 21 Mac lalu boleh didapati di Youtube sejak jam 1.30 tengahari.

SemakanMalaysiakini juga mendapati video sepanjang 1.46 minit itu dimuat-naik oleh seorang pengguna yang menggunakan nama “wakparjosudorno.”

Ia dipercayai dilakukan dari Indonesia dan pengguna yang tidak dikenali itu menyertai Youtube hanya semalam.

Namun pada jam 6.45 petang tadi, video berkenaan telah dikeluarkan kerna didakwa melanggar syarat-syarat penggunan Youtube kerana memaparkan bahan lucah dan gambar bogel.

Namun dipercayai video berkenaan masih boleh didapati di beberapa laman web pembangkang dan juga di Youtube yang dimuat-naik oleh pengguna lain.

Sebelum ini, bahagian pertama video berkenaan dimuat-naik pada 4 April lalu.

Ia menunjukkan lelaki yang sama menggunakan tuala memeluk seorang gadis berkulit cerah yang hanya berkemban.

Pada bahagian kedua video ini, ia dipercayai disunting pada bahagian akhir. Ia menunjukkan lelaki berkenaan memakai pakaiannya semula selepas aksi seks tersebut manakala wanita yang bogel itu berjalan menuju ke bilik air.

Video kedua juga tidak mempunyai sarikata dalam bahasa Thai dan jelas memaparkan tarikh dan masa rakaman iaitu 2011/02/21 manakala rakaman masa adalah antara jam 22.43 malam hingga 22.45 malam.

NONEBeberapa pihak sebelum ini mendakwa lelaki dalam video berkenaan mirip ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun Anwar yang juga ketua umum PKR telah menafikan beliau adalah lelaki dalam video itu dan mengemukakan beberapa bukti termasuk catatannya di Twitter dan Facebook.

Serentak dengan tayangan itu, kumpulan yang mengaku bertanggungjawab di sebalik video itu yang menamakan diri sebagai ‘Datuk T” mendedahkan identiti mereka – Tan Sri Rahim Thamby Chik, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Datuk Shuib Lazim.

Sebelum ini, Eskay berkata mereka belum menyerahkan video penuh 22 minit itu kepada sesiapa dan salinan tunggal hanya diserahkan kepada polis.

Eskay hari ini memberitahu wartawan bahawa beliau telah memberikan sampel DNA miliknya bagi melancarkan siasatan polis.

“Saya dipanggil pagi ini untuk disoal-siasat lanjut dan saya secara sukarela menyerahkan sampel DNA,” katanya.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan butiran pertemuannya dengan polis di ibu pejabat polis di Bukit Aman, Kuala Lumpur itu tetapi sekadar berkata tunggu sidang akhbarnya esok.

mKini

%d bloggers like this: