Tag Archives: Pak Lah

Umno Dari Kacamata Ong Tee Kiat


Dalam keghairahan Umno/Bn untuk ‘menang besar’ pada PRU13, adakah kini Umno/Bn sudah betul betul bersiap sedia untuk mempertahankan Putrajaya ?.

Apakah persepsi dari veteran Umno/Bn untuk kekalkan kuasa majoriti 2/3 di Dewan Parlimen?

Bolehkah Najib mengekalkan kedudukan seperti Pak Lah pada PRU12 yang lalu ?.

Salah seorang veteran komponen Bn Ong Tee Kiat memberikan perspektif terkini Umno/Bn dalam politik Malaysia.

Tee Kiat: saya contoh negatif bagi najib

Perdana Menteri dan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak mungkin berusaha untuk meyakinkan partinya supaya mengambil pendekatan yang sederhana, tetapi bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat berpendapat, pada realitinya, Umno lebih beranjak ke kanan.

Bercakap kepada Malaysiakini minggu lalu, beliau berkata, Umno menjadi demikian kerana tekanan dari dalam dan luar, yang memaksanya untuk memperkukuhkan asas sokongan  komunitinya.

Walaupun Ong bersetuju bahawa Najib mungkin mempunyai niat untuk membawa pembaharuan dalam partinya serta BN, tetapi Umno, bagaimanapun, mungkin tidak sentiasa berpegang kepada pelan pembaharuannya, terutama apabila menjadi tumpuan pemantauan kumpulan pendesak seperti PERKASA.

Beliau diminta mengulas mengenai perbezaan antara tiga perdana menteri – Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Najib.

“Mahathir adalah seorang pemimpin yang sangat kuat dan dominan. Tetapi sekurang-kurangnya, beliau sentiasa dapat memberikan jawapan kepada anda walaupun apabila menghadapi isu yang meletup dan kontroversi. Tetapi, sudah tentu, beliau juga adalah seorang pemimpin yang kontroversi.

“Abdullah adalah seorang yang baik. Dia mungkin tidak boleh memberi jawapan yang jelas tetapi beliau boleh memahami batasan dan rasa tidak puas hati anda.

“Bagi perdana menteri sekarang, saya dapat melihat beliau mahu melakukan sesuatu dan membawa pembaharuan. Tetapi dalam perjalanan menuju pembaharuan, anda terpaksa berdepan dengan tekanan dari dalam dan luar parti.

“Dalam  situasi tersebut, anda mungkin tidak sentiasa berpegang kepada cara anda sendiri,” kata Ong, yang pernah berkhidmat sebagai menteri dan timbalan menteri di bawah tiga perdana menteri.

Beliau berkata di bawah sistem perwakilan semasa, perdana menteri dan presiden BN pun tidak boleh bertahan jika kehilangan sokongan parti.

“Anda bukan sahaja ketua eksekutif kerajaan , tetapi juga seorang ketua parti. Anda terpaksa berdepan dengan tekanan dalam parti anda sendiri, dan jika anda tidak boleh mengekalkan sokongan parti anda, maka anda boleh kehilangan kedudukan anda dalam kerajaan.”

Ong, yang mendesak dijalankan penyiasatan terhadap  skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) sewaktu menjadi menteri pengangkutan, menyifatkan dirinya sebagai contoh negatif bagi Najib.

NONEOng terlbabit dalam pergelutan kuasa yang berlanjutan dengan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek (kanan), yang ketika itu merupakan timbalannya, dan ia sampai ke kemuncaknya dengan penyingkiran Chua ekoran pendedahan video seksnya yang telah disebarkan secara meluas.

Bagaimanapun, pada tahun 2009, penyokong Dr Chua berjaya mengembalikan semula kedudukannya sebagai timbalan, dan Ong jatuh pada tahun berikutnya, selepas anggota jawatankuasa pusat parti itu meletak jawatan secara beramai-ramai, yang membawa kepada mesyuarat agung luar biasa.

Ong sejak itu memilih untuk memberi tumpuan kepada kawasan pilihan raya yang diwakilinya.

Satu setengah tahun selepas kehilangan jawatan presiden, Ong tidak mahu mengulas mengenai masa depan MCA dan BN.

Bagaimanapun beliau berpendapat MCA tidak akan meraih sokongan yang banyak jika ia terus menerus bergantung kepada isu negara Islam.

Katanya, rakyat lebih mementingkan isu  rasuah dan penyalahgunaan kuasa dan bukan isu negara islam.

Menurutnya, kebanyakan persoalan hari ini telahpun dibangkitkan dalam tahun 1990-an, dan oleh itu, beliau tidak fikir ia  boleh memberi sebarang impak, walaupun parti-parti orang Cina dalam kerajaan, terus menerus memainkan isu tersebut.

“Mungkin ada yang berfikir bahawa apa yang anda katakan itu adalah satu ilusi, kita tidak tahu sama ada ini akan dilaksanakan atau tidak. Tetapi rasuah dan penyalahgunaan kuasa adalah masalah yang kita boleh rasai.”

mKini

Umno Kompom: Mahathir VS Najib


Teori RAHMAN menuju ke puncak?

Saat getir semakin menghampiri parti perkauman melayu..

Al Fatihah untuk kesekian kalinya  untuk menguburkan Umno dari tanah air tercinta..( kata pak syed Hussein al Attas ‘TALQIN UNTUK UMNO’)

Mahathir akan pastikan Najib diganti sebelum PRU13 ?

Mahathir Mohamad bukanlah seorang yang boleh berdiam diri apabila berlaku sesuatu yang menarik perhatiannya. Selepas persaraannya pada tahun 2003, Mahathir menyepi buat seketika, memberi perhatian kepada perpustakaan peribadinya, dan malah membuka kedai kek di Langkawi. Tetapi itu tidak lama sebelum dia kembali semula.

Lawannya yang kurang bernasib baik adalah tidak lain dan tidak bukan, Abdullah Badawi, pengganti yang dipilihnya sendiri. Tetapi walaupun hubungan mereka baik sebelum ini, apabila Badawi mula memansuhkan projek-projek besar Mahathir, orang tua itu tidak menyukainya dan menunjukkan rasa tidak puas hatinya. Tetapi itu tidak mencukupi bagi Abdullah, yang ketika itu sedang menunjukkan imej reformnya. Badawi telah melakukan sesuatu yang tidak disangka, dengan melepaskan musuh ketat Mahathir, Anwar Ibrahim, yang Mahathir telah bersusah payah untuk memasukkannya ke dalam penjara. Dan penambahnya pula, Badawi mendakwa kawan lama Mahathir, Eric Chia, atas tuduhan jenayah penyelewengan.

Semua perbuatan-perbuatan ini melukakan Mahathir, tetapi yang menambah garam pada luka ialah apabila langkah-langkah ini disambut dengan hebat dan meriah. Tidak biasa diketepikan, Mahathir tidak dapat berdiam diri dan mula mengeluarkan kenyataan demi kenyataan, bertujuan untuk memperlekehkan dan akhirnya menjatuhkan penggantinya itu. Ia mengambil masa beberapa tahun dan kegagalan dalam pilihanraya pada tahun 2008 untuk akhirnya menyingkirkan Badawi, tetapi itu kerana sebelumnya Badawi telah membawa kemenangan besar untuk BN pada pilihanraya tahun 2004. Continue reading

Skandal Cetak Wang: Benarkah Pak Lah Makan Rasuah?


Media dakwa firma  Australia sogok bekas PM Pak Lah

Firma-firma pengeluar mata wang Reserve Bank of Australia disyaki cuba menyogok bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi bagi mendapatkan bantuan beliau memperoleh kontrak bernilai sekitar RM100 juta (A$31 juta).

Abdullah merupakan salah seorang daripada beberapa personaliti politik Malaysia berpengaruh, yang pihak berkuasa antirasuah percaya Securency dan Note Printing Australia— firma yang masing-masing separa dan milik penuh bank pusat Australia — didakwa cuba untuk memberi sogokan menggunakan sebahagian daripada komisyen sekitar RM13 juta ($4.2 juta) yang dibayar kepada dua orang tengah kira-kira enam tahun lalu.

Menurut laporan akhbar The Age, sumber-sumber mengesahkan Polis Persekutuan Australia sedang mendapatkan maklumat tentang percubaan memberi sogokan kepada Abdullah oleh Securency dan Note Printing Australia Limited yang mana kedua-duanya turut diselia oleh Reserve Bank of Australia.

The Age berkata ia cuba mendapatkon komen daripada Abdullah.

Ditanya pendekatan yang digunakan terhadap Abdullah, jurucakap Polis Persekutuan Australia berkata “memandangkan hal ini ada kaitan dengan penyiasatan yang melibatkan Securency dan Note Printing Australia, ia tidak akan membuat apa-apa ulasan untuk dibuat.”

Difahamkan cubaan untuk menyogok Abdullah mempunyai kaitan dengan rundingan kontrak yang berlaku sekitar 2003, tahun beliau menjadi perdana menteri dan menteri kewangan, beliau berkhidmat sehingga 2009.

Sebelum menjadi perdana menteri, Abdullah adalah timbalan perdana menteri di bawah pemimpin paling lama berkhidmat Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tuduhan rasuah terhadap Abdullah, yang masih menjadi Ahli Parlimen akan menambah senarai ahli-ahli politik Asia yang berprofil tinggi yang menjadi sasaran firma Reserve Bank of Australia.

Polis Persekutuan Australia pada minggu lalu mengatakan Securency memberi rasuah kepada bekas gabenor bank Vietnam dengan membiayai biasiswa anaknya.

Selain itu, pihak berkuasa Malaysia pada Jumaat lalu mendakwa bekas penolong gabenor Bank Negara kerana menerima dua suapan daripada Note Printing Australia.

Pendedahan percubaan rasuah terhadap Abdullah akan membongkarkan lebih banyak skandal sogokan kontrak mencetak mata wang polimer daripada Australia, dengan semalam The Age melaporkan tentang penglibatan pegawai kanan dari agensi perdagangan Austrade dalam tuduhan rasuah yang melibatkan Securency dan Vietnam.

Pasukan bertindak antarabangsa Polis Persekutuan Australia meneruskan siasatan untuk melakukan tangkapan seterusnya setelah tujuh bekas pegawai kanan Securency dan Note Printing Australia ditahan kerana kesalahan itu.

Abdullah dipercayai terlibat apabila meluluskan kontrak kepada firma Reserve Bank of Australia untuk mencetak mata wang polimer bernilai RM5 pada 2004.

Ejen Securency dan Note Printing Australia pada 2004, bekas ahli Parlimen dan pemimpin utama Umno Datuk Abdullah Hasnan Kamaruddin dan ahli perniagaan Abdul Kayum Syed Ahmad, ditahan dan didakwa Jumaat lalu kerana terlibat dalam dua kesalahan rasuah.

Abdul Kayum mengaku tidak bersalah atas tuduhan yang dikenakan, iaitu menjadi orang tengah Note Printing Australia dan Securency di Malaysia, dikatakan memberi jaminan kepada kedua-dua firma itu dia mampu meyakinkan pegawai Malaysia untuk membeli teknologi wang polimer.

Beberapa pegawai kanan Securency dan bekas eksekutif dipercayai Note Printing Australia membuat bayaran kepada Abdul Kayum berkemungkinan digunakan untuk membayar rasuah. Dia menjadi ejen antara 2000 hingga 2007 sebelum dibuang kerja.

Dia diterima bekerja dan beberapa juta dolar dari Reserve Bank of Australia meningkatkan persoalan-persoalan tentang penyediaan selia yang disediakan Reserve Bank of Australia — yang melantik pengarah Securency dan Note Printing Australia.

Suruhanjaya Sekuriti dan Pelaburan Australia semalam enggan memberikan sebarang komen berhubung perkara itu.

Jumaat lalu bekas penolong gabenor Bank Negara Datuk Mohamad Daud Dol Moin didakwa berhubung kesalahan rasuah melibatkan kontrak mencetak mata wang polimer yang dianugerahkan kepada sebuah firma Australia antara 2003 dan 2007.

Mohamad Daud menghadapi tuduhan menerima RM100,000 daripada Abdul Kayum dalam dua kejadian iaitu sebanyak RM50,000 pada 1 Disember 2004 dan baki RM50,000 pada 16 Februari 2005 di sebuah kafe di Bangsar Shopping Centre.

Dia dikenakan tuduhan di bawah Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997.

Abdul Kayum akan berhadapan dengan tuduhan berasingan memberi habuan kepada Mohamad Daud di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Sementara itu, dalam satu kenyataan dikeluarkan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata pihaknya telah menjalankan siasatan terperinci berhubung kes ini dengan kerjasama dan bantuan penuh Bank Negara.

Katanya, di bawah tuduhan pertama, Mohamad Daud didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 kerana menerima suapan wang tunai RM50,000 daripada Abdul Kayum melalui seorang perantara untuk membantunya mendapatkan kontrak mencetak wang polimer RM5 oleh Note Printing Australia.

Tertuduh tidak mengaku salah terhadap semua pertuduhan dan minta dibicarakan.

Tertuduh diwakili oleh J.D. Goonting dan Collin Goonting manakala pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Manoj Kurup dari Jabatan Peguam Negara.

tmi

HOT: Mahathir,Pak Lah dan Najib Kena Hadir Mahkamah


Gambar file Zubir sewaktu dia masih CEO Sime Darby.

Skandal pemimpin Umno/BN akan dilondeh di Mahkamah.

Skandal panas untuk tahun 2011 melibatkan tokoh bekas PM dan PM sekarang

Adakah mereka akan dikecualikan dari undang undang?

Persoalan menarik mengenai apa yang telah ‘mengorbankan berbilion RM Sime Darby.

Jika ini berlaku.Malaysia melakar sejarah sebagai negara ‘demokrasi’ kerana bekas dan PM sekarang boleh dipanggil untuk ‘attend’ ke mahkamah , menjadikan inilah kali pertama Mahathir terketar ketar turun ke Mahkamah.

Kes Saman bekas CEO dijangka dedah ‘daki’ dan pekung Kerajaan

KUALA LUMPUR, 14 Mac — Kes saman RM338 juta Sime Darby Bhd terhadap bekas ketua pegawai eksekutifnya Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid dan empat yang lain dijangka mendedahkan segala ‘daki’ memandangkan pegawai-pegawai kanan kerajaan juga akan dipanggil memberi keterangan mengenai operasi konglomerat itu.

The Malaysian Insider difahamkan defendan akan memanggil Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan dua bekas penyandang jawatan itu Tun Abdullah Badawi dan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kes yang difailkan Disember lalu. Continue reading

%d bloggers like this: