Tag Archives: Nurul Izzah Anwar

‘Amanat’ Anwar: Ribuan Banjiri Ibu Kota Malam Ini (VIDEO)


‘Amanat’ Anwar: Ribuan banjiri ibu negara

Ribuan membanjiri Kampung Baru di ibu negara malam ini bagi mendengar ‘amanat terakhir’ Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum nasibnya ditentukan mahkamah esok.

Ditemani pemimpin tertinggi pembangkang, dianggarkan 5,000 memenuhi padang Kelab Sultan Sulaiman bagi menunjukkan sokongan kepada Anwar yang dituduh meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan.

Malah, keadaan  sesak menyebabkan ada yang terpaksa duduk di anak tangga bangunan berkenaan untuk tidak melepaskan peluang menatap wajah pemimpin kesayangan mereka — yang menghadapi kemungkinan dihukum penjara.

Jumlah kehadiran yang besar didorong juga dengan kemasukan penyokong daripada luar  yang mula memenuhi Kuala Lumpur sejak awal petang tadi untuk menghadiri perhimpunan besar di Kompleks Mahkamah Jalan Duta pada jam 7 pagi esok.

Sokongan itu menyebabkan Anwar yang juga ketua Umum PKR memberikan ucapan penuh semangat, sekali gus dilihat pasrah akan kemungkinan yang bakal dihadapinya esok.

Sambil berseloroh, Anwar berkata, sekiranya Pakatan menang dalam pilihan raya umum akan datang dan membentuk kerajaan, beliau yakin akan dibebaskan.

“Malam ini kita menang, selamatlah saya, apa susah sangat,” katanya disambut tepukan dan sorakan gemuruh daripada orang ramai.

Pada saat-saat terakhir menjelang keputusan yang dinanti-nantikan esok, Anwar mendedahkan anggota keluarganya meluahkan kebimbangan beliau dipukul seperti dalam perbicaraan kes liwat pertama yang melibatkannya sebelum ini.

Bagaimanapun, Anwar berkata, beliau menjawab perkara tersebut “tidak mungkin berlaku” lagi.

Ucapannya juga turut diiringi dengan ucapan takbir, reformasi dan lawan slogan popular pembangkang “lawan tetap lawan”.

Turut hadir berceramah Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua,  Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Md Akin dan Sasterawan Negara Datuk A Samad Said.

Anwar dan puluhan pemimpin PKR sebelum ini giat menjelajah ke seluruh negara bagi menggerakkan sokongan terhadap perhimpunan “Bebas Anwar 901” esok.

Abdul Rahim Sabri mKini

Masyaallah: Orang Ramai Bertali Arus Menziarahi Arwah Baharuddin


Al Fatihah

KUALA LUMPUR, 10 Julai: Orang ramai mula bertali arus ke Kelompok Camar, Ampang Ulu Klang bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Baharudin Ahmad, 56, yang meninggal di perhimpunan Bersih semalam.

Yang awal tiba di sini menjelang solat jenazah dan pengkebumian adalah pemimpin Bersih, Datuk S Ambiga di samping AJK PAS Pusat Khalid Samad, timbalan presiden PKR, Azmin Ali dan juga Nurul Izzah Anwar.

Turut tiba adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terpaksa berbalut lehernya selepas cedera semalam.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi tidak dapat hadir kerana sudah terpaksa berlepas ke Langkawi pagi tadi untuk persidangan anggota Parlimen Islam Antarabangsa di mana PAS adalah tuan rumahnya.

Haji Mohamad Sabu yang jatuh selepas motor yang diboncengnya dilanggar kereta peronda polis sebelum ditangkap juga tiba namun terpaksa duduk di atas kerusi kerana kecederaan pada kakinya.

Selain mereka, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan bekas MB Perak, Datuk Seri Nizar Jamaludin juga hadir. Nizar masih memakai baju Bersih bagi menyatakan sokongannya kepada perhimpunaan semalam.

Malam tadi Datuk Husam Musa bersama beberapa pemimpin kanan PAS yang tidak ditangkap menziarahi jenazah Allahyarham.

Turut bersama beliau adalah Datuk Kamarudin Jaffar dan Dr Siti Mariah Mahmud.

Baharudin meninggal selepas pengsan di perkarangan KLCC dan disahkan meninggal di HKL.

Beberapa maklumat diterima sehingga kini sebagai punca kematian selepas post mortem dibuat namun ianya masih belum dapat disahkan lagi oleh Harakahdaily.

Berikut adalah gambar-gambar pagi ini.

Hd

Hot 1Malaysia: Perkahwinan Terhalang Kerana Jabatan Agama Islam W.Persekutuan


Persoalan menarik mengenai tanggungjawab JAWI..

Sekiranya diantara pasangan tersebut tidak dapat mengawal nafsu muda remaja manakala JAWI menjadi penghalang perkahwinan mereka, tidakkah salah jika ada orang akan berkata JAWI yang mesti bertanggungjawab diatas perbuatan pasangan itu.

Maalum sajalah bila hati dah suka, kata orang cacing dah naik kemata ,tambahan pulak masih muda belia…mana boleh tahan!

JAWI perlu kepada menyesuaikan kembali Undang Undang Keluarga Islam mengikut keperluan semasa!

Tak tahulah kita diluar ini,mungkin pintu ijtihad ulama JAWI sudah tertutup!

Perkahwinan dihalang JAWI kerana bakal suami pelarian Myanmar

Bukan cinta kami dihalang, tetapi undang-undang di negara ini yang menyebabkan kami tidak boleh meneruskan perancangan untuk berkahwin, kata Amira Ismail, 25, meluahkan kekecewaannya apabila hajat untuk mendirikan rumah tangga dihalang Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Ekoran bantahan  JAWI, Amira, yang berhajat untuk menamatkan zaman bujangnya bersama lelaki pilihan, David Sing Lian Pum, 28, atau nama Islamnya, Daniel Abdullah, seorang pelarian Myanmar, terpaksa mengambil keputusan mengadu kepada Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

“Saya rasa tidak puas hati dengan penerangan daripada JAWI yang tidak membenarkan kami berkahwin. Pada mulanya saya ke JAWI untuk bertanyakan perkara ini, tetapi kata mereka Daniel mesti peluk Islam dulu. Kemudian saya ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mahukan penjelasan, tetapi mereka pula berdolak-dalik.

“Saya buntu memikirkan perkara ini sehingga kawan memberi cadangan mengadu kepada YB Izzah, alasan yang diberikan oleh JAWI tidak membenarkan kami berkahwin kerana Daniel berstatus pelarian yang dilindungi di bawah Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR),” kata Amira semasa sidang media di Pusat Khidmat Masyarakat Lembah Pantai di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Amira yang ditemani Daniel turut menceritakan bagaimana bibit-bibit cinta antara mereka mula bersemi sehingga membuat keputusan berkahwin.

“Saya mula mengenali Daniel bulan Ogos tahun lepas, walaupun tidak sampai setahun berkenalan, kami berdua mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga. Tetapi sedihnya apabila JAWI tidak membenarkan kami berkahwin.

“Kad UNHCR Daniel akan luput tahun depan, kami takut tidak sempat berkahwin memandangkan pelbagai masalah terpaksa dihadapi sekarang. Kemungkinan Daniel akan dihantar ke Amerika Syarikat selepas ini,” katanya yang juga anak yatim piatu.

Sementara itu, Nurul Izzah turut meluahkan kekesalannya dengan pelbagai peraturan dan karenah birokrasi negara ini yang tidak memperakui pelarian sehingga menimbulkan kerumitan apabila mereka bertemu jodoh dengan warganegara.

“Kita harus sedar berapa ramai pelarian berada di negara kita, perkara sebegini mesti diambil serius kerana melibatkan hak asasi kemanusiaan. Memang dijelaskan dalam akta imigresen 1999 yang menyatakan sesiapa yang tiada dokumen perjalanan sah bekerja di negara ini dikenali pendatang tanpa izin (PATI) dan mereka  tidak boleh berkahwin dengan warganegara.

“Ini isu perikemanusiaan, tambahan pula dia merupakan pelarian yang diperakui oleh UNCHR kerana ditindas dan dizalimi di negara sendiri. Pendirian kerajaan perlu mengikut realiti semasa,” ujarnya.

Katanya, tindakan susulan berhubung perkara itu akan diusulkan kepada pihak yang bertanggungjawab bagi menyelesaikan masalah berkenaan.

“Walau apa pun kita akan mengambil tindakan dengan berjumpa dengan badan-badan bertanggungjawab supaya dapat mencari jalan bagaimana menyelesaikan isu sebegini. Saya ada berjumpa dengan badan bukan kerajaan (NGO), Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang agak arif berkaitan isu ini bagi meneliti langkah-langkah susulan.

“Saya puji Amira yang bangkit untuk membuat perkara baik, kalau ikutkan dia boleh buat apa sahaja tindakan drastik. Kita akan cuba sedaya upaya memastikan perkara ini diselesaikan cara baik,” kata beliau.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=14971

Najib Patut Sambut Cabaran Nurul Izzah!


Debat antara Umno-PAS telah lama dibatalkan!
Kita pun nak tengok jaguh Umno berdebat dengan jaguh Pakatan Rakyat..Lebih lebih lagi sama sama ketua, antara ketua PR dan ketua Bn.
Semua rakyat boleh nilai setakat mana antara dua tokoh ini mempromosikan wawasan mereka untuk semua rakyat Malaysia.
Nurul Izzah cabar Najib debat dengan Anwar
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengadakan ‘debat’ khas dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menentukan kesalahan yang dilakukan oleh ayahnya itu, lapor Harakahdaily.
NONEPada masa yang sama, beliau turut memohon perdana menteri mengarahkan pihak yang tidak bertanggungjawab menghentikan fitnah terhadap ayahnya. Sebaliknya, kata Nurul Izzah, debat sebagai medan terbaik untuk membuktikan segala dakwaan kesalahan yang dilakukan khususnya dalam pentadbiran negara sewaktu menjadi timbalan perdana menteri.“Kalau ayah saya salah, buat debat terbuka biar rakyat dengar, biar rakyat puas hati dan kami juga puas hati apa kesalahan ayah kami,” katanya ketika berucap pada majlis Sepetang Bersama Nurul Izzah yang diadakan di Dataran Ilmu Kok Lanas, di Ketereh, Terengganu petang semalam.Turut hadir pada pada majlis itu adalah penyelia DUN Kok Lanas, Nik Mahadi Mahmood dan ahli parlimen Ketereh, Abdul Aziz Kadir.

Menurut Nurul Izzah lagi, perancangan jahat tidak perlu dilakukan apa lagi dengan tuduhan jijik liwat, video seks dan berbagai lagi kerana ia bukan sahaja memburukkan keluarganya tetapi juga menjejaskan imej negara.

Beliau bagaimanapun yakin kerajaan tidak akan menyahut cabaran bagi berdebat kerana tindakan itu akan memakan diri mereka sendiri.

Nurul Izzah juga berkata beliau menjangkakan pelbagai fitnah lagi bakal dihamburkan terhadap ayahnya menjelang pilihan raya umum ke-13 nanti.

Pada masa yang sama beliau juga turut mengucapkan terima kasih pada PAS dan DAP yang telah menyedarkan dirinya untuk turut berjuang bersama menentang kezaliman kerajaan BN terutama Umno.

Jelasnya, parti yang paling kuat menentang kerajaan khususnya berhubung kes ayahnya ialah PAS sehingga parti itu sanggup berdepan dengan pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU).

“Sebelum ini saya tidak berminat dengan politik, saya belajar di universiti pun bidang kejuruteraan awam, namun kerana kezaliman yang semakin berleluasa khususnya melibatkan ayah, saya sanggup berdepan semua itu,” katanya.

Pada majlis tersebut Izzah tidak dapat menahan sebak apabila menyentuh tentang ugutan yang diterima melalui system pesanan ringkas (SMS) yang memberi amaran akan menculik anak sulungnya sekiranya dia terus menyokong perjuangan Anwar.

%d bloggers like this: