Tag Archives: Noryana Najwa

Bik Mama Dah Jumpa Kambing Hitam Untuk Majlis Kenduri Anaknya


Tepak sirih sudah disusun diperabut

Diatas lampiran bunga dari Kazakhstan

Peminangan diterima tanda pengantin disambut

Tunggu kambing hitam untuk dibuat hidangan..

Bik Mama akan buat kenduri beso laa …para hadirin akan dijamu dengan jamuan first class gitu..masakan dari negeri antah berantah bercampur rempah dari negeri keling.

Bukan main lagi masakan istimewa dari kambing tu… ahaa jangan pandang lekeh tau..masakan kurma ada kambing golek pun ada kambing tanduri ada..paling istimewa jeng jeng jeng…tunggu pengumuman dari bik mama sendirik…aha ha ha

Aziz: Jangan jadikan Spr kambing hitam

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meminta Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) yang bercadang mengadakan demonstrasi jalanan haram pada 9 Julai supaya tidak menjadikan SPR sebagai kambing hitam.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, SPR bersedia mengadakan pertemuan dengan kumpulan itu dengan syarat perhimpunan haram itu tidak diadakan.

“Kita bincang tetapi dengan syarat begitulah, tetapi jika nak mengadakan demonstrasi dan jumpa kita hanya sebagai “rubber stamp” atau alasan sahaja, tidak ada maknalah.

“Pada saya, demonstrasi itu tidak menyelesaikan sebarang masalah. Pindaan undang-undang tidak akan terjadi dengan sendirinya kerana demonstrasi, atau permohonan mereka akan diterima, tidak mungkin,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai tindakan kumpulan pengacau itu yang tetap berdegil untuk mengadakan perhimpunan haram pada 9 Julai ini, walaupun dikecam pelbagai pihak.

Kumpulan itu menuntut lapan perkara untuk memastikan pilihan raya telus dan bersih tanpa sebarang penyelewengan, iaitu membersihkan senarai undi, reformasi kepada undi pos, guna dakwat kekal, tempoh kempen minimum 21 hari, akses media yang bebas dan adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

Abdul Aziz berkata, jika benar kumpulan itu memperjuangkan demokrasi, ia boleh terus berbincang dengan SPR dan mengemukakan permohonan dengan cara baik.
“Ini bukan caranya, jangan guna SPR sebagai kambing hitam. Ini kata SPR tidak demokrasi, tidak bersih, membantu dan menyokong kerajaan. Tetapi buktinya (keputusan) pilihan raya umum dan pilihan raya kecil tidak begitu.

“Jika pengundi suka pembangkang, menang pembangkang, banyak buktinya. Jadi, apa sebenarnya tujuannya? Saya fikir kami berlaku adil dan saksama,” katanya.

Pengerusi SPR itu menjelaskan pihaknya mengadakan pertemuan dengan Pengerusi BERSIH, Datuk Ambiga Sreenevasandan dan ahli-ahlinya pada penghujung tahun lalu dan mereka menerima dengan baik penjelasan SPR berhubung perkara-perkara yang dibangkitkan.

Katanya, lapan perkara itu juga telah diperjelaskan oleh beliau di media sebelum ini yang antaranya memerlukan pindaan undang-undang dilakukan terlebih dahulu.

“Mereka (BERSIH) mahu berjumpa saya sekali lagi pada Mac atau April lalu, tapi pada masa itu, kita (SPR) sibuk dengan beberapa pilihan raya kecil dan pilihan raya negeri Sarawak.

“Jadi, saya kata tak boleh kerana saya sibuk sangat, dan mencadangkan mungkin lain kali. Lepas itu, senyap dan tiba-tiba dengar nak buat perhimpunan,” katanya.

Abdul Aziz berkata, beliau berpendapat kumpulan itu mempunyai agenda lain dan bukan hanya membabitkan isu ketelusan SPR.

“Saya fikir kumpulan ini bukan bukan seperti pertubuhan bukan kerajaan yang sepatutnya, saya fikir kumpulan itu telah dipengaruhi oleh parti politik (tertentu).

“Mereka tidak lagi berkecuali, tidak lagi bebas, ia dipengaruhi oleh sesuatu kumpulan, tanpa sokongan kumpulan-kumpulan itu, Bersih tidak ada apa-apa,” katanya.

Bernama

Gempar: Najib Kencing Berdiri Lagi?


Ini kali kedua Najib berbuat demikan..

Kali pertama sewaktu membuat kunjungan ke Amerika Syarikat pada april lalu..

Sepatutnya Najib perlu mengambil cuti untuk tujuan peribadi dan keluarga, ini akan memberi satu kesan tidak baik kepada pemimpin lain pula selepas ini.

Najib dikecam guna program rasmi untuk urusan peribadi

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didakwa menggunakan program pribadi untuk menguruskan perkahwinan anaknya dengan dicampuradukkan dengan program kerajaan semasa ke Kazakhstan sekarang.Tindakan ini disifatkan AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefli Ahmad sebagai langkah yang ‘tidak ada kelas langsung’.Kecaman ini dibuat ekoran tindakan Najib menggunakan segala kemudahan kerajaan dan wang rakyat untuk memenuhi keperluan keluarganya di Kazakhstan sekarang.”Tindakan Najib ini tidak ada kelas langsung iaitu menggunakan wang kerajaan dan rakyat untuk urusan pribadi,” kata Dr Dzulkefli kepada Harakahdaily.

 

“Ini pula bukan pertama kali. Semasa anaknya menerima ijazah di Universiti Georgetown, Washington, Amerika dia dan keluarga juga ke sana dengan program rasmi kerajaan.

“Saya bimbang ia menjadi rujukan pemimpin bawahan beliau sebagaimana bidalan Melayu, bapa kencing berdiri anak kencing berlari,” kata beliau.

Semalam Harakahdaily melaporkan, Najib bersama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor ke Kazakhstan untuk menguruskan perkahwinan anaknya, Noryana Najwa dengan seorang anak pembesar negara itu.

Untuk memenuhi hasrat itu, beliau dikatakan meminta program rasmi kerajaan diatur untuk beliau dan rombongan ke sana. Perkara ini dikesali oleh pelbagai pihak termasuk wartawan yang menyertai program beliau itu.

Hasilnya, kerajaan terpaksa menanggung segala perbelanjaan bukan sahaja untuk beliau berdua bahkan juga menteri, wartawan dan pegawai kerajaan yang terpaksa mengiringi beliau ke sana.

Dalam sejarah Islam, kata Dr Dzulkefly, Khalifah Umar Abdul Aziz pernah memadamkan lilin milik negara apabila ada yang datang bertemu beliau untuk berbincang hal pribadi.

“Mana pergi good governance, intergriti kepimpinan dan ini akan menghakis keyakinan rakyat kepada beliau dan bakal menjadi suri tauladan kepimpinan BN dan pegawai kerajaan di bawah beliau,” katanya.

Sebelum ini, di Dewan Rakyat pernah dibangkitkan perbelanjaan besar yang dibuat oleh Rosmah dan kini ia berlaku lagi.

Dr Dzul yakin, jika perkara ini diodit oleh jabatan kerajaan tidak akan ditemui kesalahannya berdasarkan ianya mengikut prosedur biasa kerajaan iaitu mendapat kelulusan dari Perdana Menteri.

“Tetapi dari segi moralnya ia sangat salah,” tegas Dr Dzulkefly.

Bagi beliau, apa yang berlaku adalah Najib dan Rosmah mengatur program kerajaan ke Kazakhstan untuk memenuhi program pribadinya iaitu menguruskan perkahwinan anaknya.

“Di sinilah masalahnya akan timbul apabila kepimpinan tertinggi menunjuk sikap yang buruk, apa pula orang bawahnya nanti, menteri, ketua setiausaha, OCPD dan sebagainya …kalau bos kencing berdiri, anak buah kencing berlari,” kata beliau.

Jika Najib dan Rosnah benar-benar bertanggungjawab, mereka berdua akan menyusun jadual cutinya untuk kepentingan keluarga dan pribadinya bukannya mengambil kesempatan atas urusan kerajaan.

“Hentikanlah,  cukuplah tu…..susunlah cuti dengan baik, guna duit sendiri untuk lunas tanggungjawab kepada anak dan keluarga, inilah mulanya penyelewengan….bila kepimppinan tertinggi tunjukkan sikap hodoh dan buruk,” kata beliau.

http://blog.drdzul.com/2011/06/07/najib-dikecam-guna-program-rasmi-untuk-urusan-pribadi/

Bik Mama Dapat Menantu Orang Kazakhstan Bukan Monggolia?


Najib dan Rosmah dipercayai  ke Kazakhstan untuk urusan perkahwinan anak

Apakah tujuan sebenar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri ke Kazakhstan, atas urusan rasmi negara atau untuk menguruskan perkahwinan anaknya, Nooryana Najwa?

Inilah persoalan yang ditimbul oleh ramai wartawan termasuk yang menyertai rombongan Najib ke Kazakhstan.

(Gambar: Noryana Najwa bersama ibu dan bapanya ketika menerima ijazah dari Universiti Georgetown, Washington, Mei lalu)

Ini kerana, menurut laporan portal Eurasia, Najib bakal mendapat menantu anak seorang pembesar  Kazakhstan bernama Daniyar Nazarbayev.

Menurut laporan portal itu, anak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Nooryana Najwa telah ditawan hatinya oleh seorang bangsawan Kazakhstan ini.

Nooryana Najwa, 22, pada 22 Mei lalu menerima ijazah Bachelor of Science in Foreign Science dari UniversitiGeorgetown, Washington, selepas empat tahun belajar di School of Foreign Service, universiti berusia 222 tahun itu.

Nama akhir Daniyar iaitu Nazarbayev adalah sama dengan nama President Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev – namun, menurut laman portal Eurasia, mereka mungkin tidak mempunyai sebarang kaitan.

“Seorang jejaka dengan nama Daniyar dengan nama akhir yang pelik, dilihat tidak kurang kontroversinya daripada ibunya dalam hal perkahwinan. Terdapat khabar bahawa beliau telah menawan hati Nooryana Najwa, anak perempuan Perdana Menteri Malaysia, dan akan mengahwininya tidak lama lagi,” tulis Leonid Komarovskiy, seorang “wartawan” daripada New York di bawah artikel bertajuk “Borat is out of competition.”

Keseluruhan artikel Leonid menyentuh tentang latar belakang Daniyar, yang didakwanya mempunyai kehidupan yang serba mewah dan penuh kontroversi kerana nama akhir “Nazarbayev” yang diberi ibunya selepas penceraiannya dengan suami terdahulu D. Kesikbayev sebelum berkahwin dengan Bolat Nazarbayev, seorang ahli kerabat Presiden Kazakhtan.

“Pada Oktober 2006, New York Post telah melaporkan Daniyar Nazarbayer, yang dinamakan di dalam tulisan mereka sebagai ‘anak kepada President Nursultan Nazarbayev’, telah membeli beberapa apartment di 55 Wall Street.

Salah satu apartment dengan dua bilik bernilai $2.9 juta dan satu lagi dengan satu bilik bernilai $2.1 juta. Saya tak tahu ia benar ataupun khabar angin, tapi akhbar melaporkan bahawa ‘President Nazarbayev telah melawat rumah tersebut sendiri semasa menghadiri UN Summit (Persidangan PBB) dan memberikan kebenaran untuk pembelian tersebut. Ia nampaknya melibatkan banyak duit,” tulis Leonid lagi.

Dalam tulisannya lagi, Leonid berkata Daniyar patut berterima kasih kepada emaknya Mayra Kurmangaliyeva untuk nama akhir beliau dan segala transformasi yang berlaku kerana nama akhir tersebut.

“Beliaulah yang dapat menawan Bolat Nazarbayev ke jaringannya – satu saudara tulen (ada yang mengatakan ialah adik-beradik) kepada President Kazakh – dan berkahwin dengannya, supaya dapat cepat-cepat melupakan suami dulu D. Kesikbayev, yang nama akhirnya dimiliki Daniyar sebelum menerima surat lahirnya yang kedua dengan nama akhir Nazarbayev,” dakwa Leniod lagi.

Disebabkan itu, Leonid dalam tulisannya turut menyuruh Najib untuk berhati-hati dan menyiasat latar belakang Daniyar sebelum apa-apa berlaku.

“Mengapa tidak (untuk berkahwin dengan Daniyar)? Seorang jejaka terkenal, penuh adunan dan dengan nama akhirnya yang cukup menawan… tapi, jika saya ialah bapa Malaysia, saya akan semak dulu takut-takut: adakah Daniyar sudah berkahwin semasa zaman muda? Buah epal adalah dari pokok epal, seperti yang kita tahu… dan Alma-Ata (ibu kota Kazakhstan) ialah bandar buah epal dan pokok epal,” nasihat Leonid.

Najib kini dalam lawatan ke Kazakhstan yang dikatakan untuk  lawatan rasmi selama dua hari ke negara bekas Soviet Union itu.

Lawatan rasmi pertama Najib ke Kazakhstan selepas menjadi Perdana Menteri ini adalah antara lain bagi memenuhi jemputan Presiden Nursultan Nazarbayev.

Ketika lawatan itu, Najib dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Nazarbayev dan mengadakan rundingan dua hala dengan rakan sejawatannya, Karim Massimov.

Lawatan rasmi Najib ke Kazakhstan dan penyertaan beliau dalam WIEF ke-7 akan mengukuhkan hubungan politik yang akrab selain merintis laluan ke arah kerjasama lebih erat antara Malaysia dan Kazakhstan demi manfaat bersama.

Jika benar laporan Eurasia, tahniah diucapkan kepada keluarga Perdana Menteri atas berita gembira perkahwinan anaknya.
Sekiranya ini betul berlaku, sudah tentu pilihanraya umum ke 13 tidak akan diadakan dalam masa terdekat.

Hd

%d bloggers like this: