Tag Archives: Non-governmental organization

Siapa Tahu Apa Yang Najib Rosmah Bisikkan Pada Taib Mahmud ?


Dimana Najib sekarang? banyak e mail bertanyakan lokasi beliau..

Apakah sesuatu yang menjadi rahsia antara mereka berdua?

Atau suatu agenda penting antara dua ketua partai ini?

Jawapan itu pasti ada..

Beranikah Najib ambil tindakan pada Taib ?

Kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak takut mengambil tindakan terhadap Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang bergelumang dengan skandal rasuah dan salahguna kuasa.

Naib Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Sarawak, See Chee How berkata, ini kerana Najib masih menaruh harapan kepada Taib bagi membantu kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

“Najib sebenarnya takut, namun pada masa sama beliau masih percaya Taib akan membantu BN menang di Sarawak pada PRU akan datang.

“Namun, bagi kita, dengan kekalnya Taib sebagai Pengerusi BN negeri akan memudahkan laluan Pakatan Rakyat untuk menawan lebih banyak kerusi pada PRU kali ini,” katanya dihubungi Keadilandaily.com hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan polis antarabangsa Interpol bahawa tindakan terhadap Taib hanya boleh dilakukan pihak berkuasa tempatan di Malaysia.

Ia ekoran pendedahan Dana Bruno Manser (BMF) dan 16 NGO yang menulis sepucut surat mendedahkan kepentingan keluarga Taib dalam lebih 400 syarikat di 25 negara yang dianggar berbilion ringgit.

BMF dan NGO itu, dalam suratnya menggesa kerajaan Malaysia menahan Taib dan ahli keluarganya kerana melakukan salahgunakuasa, rasuah dan konspirasi untuk membentuk sebuah organisasi jenayah.

Surat 10 muka itu ditandatangani 13 NGO dari Malaysia, Australia, Jerman, Jepun, Switzerland dan United Kingdom.

Mengulas lanjut, Chee How berkata, rakyat Sarawak sudah lama mempertikaikan kekayaan luar biasa yang dimiliki Ketua Menteri paling lama berkuasa di Malaysia itu.

“Buktinya, pada Pilihanraya negeri April lepas, kita berjaya menambah bilangan kerusi berbanding pilihanraya sebelumnya dalam keadaan Pakatan Rakyat  dinafikan hak untuk memperkenalkan manifesto di media milik kerajaan.

“Respon rakyat sepanjang kempen itu ialah mengapa Najib masih mengekalkan Taib sedangkan jelas Ketua Menteri itu banyak melakukan salah guna kuasa dan rasuah sepanjang 30 tahun menjadi Ketua Menteri,” tegasnya.

masdar wahid

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=25143

Terkini: Hasan Ali Akan dilantik Timbalan Presiden PERKASAm ?


Berita baru masuk..

Maklumat dari beberapa para pesembang tegar ‘kedai kopi’ ..

Depa tuu kerja lain tak dak dah, bersembang ,melepak dan melahu dikedai kopi saja..tapi kadang kadang maklumat depa ok jugak..hahaha..Ada logik jugak apa?..pasal jawatan timbalan presiden PERKASAm masih kosong …tak gitu?..hahaha hahahaha

Dikatakan Hasan Ali sangat kecewa kerana maklumat bocor resit dan permit tempahan stadium untuk HIMPUN adalah urusan beliau sendiri. Betoi ka?..Menurut maklumat yang tak pernah dinafikan oleh Hasan Ali , beliau telah menangis kerana HIMPUN tidak mendapat sambutan..Tengoklah janji setia 2000 NGO yang nak bawak 2000 setiap NGO ke HIMPUN tapi tak mai jugak! pasal apa depa tak pii HIMPUN?..Depa pun nak kencing Hasan Ali jugak ka?.

Oleh yang demikian presiden PERKASAm Brahim anak Ali jugak ingin melantik Hasan jugak anak Ali untuk menjadi Timbalan Presiden PERKASAm…Elok laa tuu sama sama anak Ali kan.kan

Lebih menarik lagi Zul Kulim lebai mangkuk sudah dilantik pun menjadi naib presiden PERKASAm.

Yang tuu pun elok laa jugak, sama sama kaki kencing pengundi ditempat masing masing..Sekor kencing bertanding atas tiket Pas dan sekor lagi kencing bertanding atas tiket PKR.

Zul Noordin dilantik naib presiden PERKASA …mKini

Perhimpunanan agung PERKASA hari ini melantik ahli parlimen Kulim-Bandar Baru, Datuk Zulkifli Noordin sebagai naib presidennya yang baru.

Zulkifli dilantik melalui usul tergempar yang dikemukakan oleh ahli dewan tertinggi PERKASA Muhammad Zahid Md Arip.

Usul berkenaan diluluskan sebulat suara.

Gempaq: Ketua Wira Perkasa Letak Jawatan Serta Merta


Selepas Ketua Wiraniata Perkasa letak jawatan

Nota editor:

Arman Azha Abu Hanifah hari ini sah meletakkan jawatan sebagai ketua Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) atas anggapan NGO itu kurang kehendak politik.

Katanya, banyak perubahan dapat dibuat oleh NGO tetapi pelaksanaannya hanya dapat dibuat melalui parti politik.

Beliau mengumumkan perkara itu dalam sidang media tergemparnya di sebuah restoren di Kuala Lumpur sebentar tadi.

Ketua Wira Perkasa Arman Azha Abu Hanifah, antara pemimpin yang dilihat lantang bersuara selepas Presiden mereka Datuk Ibrahim Ali, disebut-sebut akan melepaskan jawatan tersebut dalam waktu terdekat ini.

Jika ia disahkan, Perkasa dilihat  berhadapan dengan satu lagi keputusan mengejutkan selepas keputusan Ketua Wiranita Raihan Sulaiman Palestine memutuskan untuk meletakkan jawatan beliau bulan lalu.

Bagaimanapun keputusan Raihan itu belum diterima oleh Ibrahim sehingga kini.

Arman berkata, beliau membuat keputusan itu “atas dasar prinsip” kerana PERKASA tidak mempunyai political will atau keupayaan politik dalam perjuangannya.

Arman berkata, beliau telah lama berkira-kira untuk meletakkan jawatan kerana PERKASA tidak berjaya mengetengahkan isu yang diperjuangkannya.

Isu itu termasuk kuota 30 peratus untuk Bumiputera dan juga hak istimewa dalam Model Ekonomi Baru.

Walaupun telah meletak jawatan, Arman, 35, menegaskan bahawa beliau masih lagi ahli seumur hidup PERKASA.

Arman yang dilantik ke jawatan itu sejak lebih dua tahun lalu berkata, beliau akan menemui presidennya Datuk Ibrahim Ali berhubung peletakan jawatannya itu.

“Saya tidak ada dendam atau apa-apa kekesalan terhadap mana-mana pemimpin PERKASA.

“Saya amat menghormati Datuk Ibrahim Ali yang saya anggap sebagai bapa saya sendiri,” katanya.

Arman yang juga ketua penerangan pemuda Umno bahagian Petaling Jaya Utara berkata, beliau telah berkira-kira untuk meletak jawatan sejak lebih dua bulan lalu.

Dalam pada itu beliau turut menafikan dakwaan bahawa beliau bertindak demikian kerana tidak menerima projek daripada PERKASA.

“Bukan kata ada orang lamar saya dengan berjuta-juta. Itu semua fitnah.

“Kalau saya gila jawatan, saya tidak akan letak jawatan,” kata Arman lagi sidang media di sebuah restoran di ibu negara petang ini.

Ditanya lanjut, Arman berkata beliau menyerahkan kepada anggota jawatankuasanya sama ada akan turut meletak jawatan.

mKini/ m.i

Nota: dari satu sumber maklumat tidak rasmi ada mengatakan semalam Arman ada menghadiri perhimpunan solat hajat PR di Selangor.

Adakah tuduhan Ibrahim Ali Pas,PKR dan DAP berpecah sedang terkena batang hidung Perkasa?

Adakah Perkasa akan tinggal nama sahaja selepas ini ,sekiranya ketiga tiga Ketua itu meletakkan jawatan.

Bn:Tawaran Bergabung di Tolak


Perkasa telah menolak terlebih dahulu ‘ahli bersekutu’ Bn

Keputusan BN menerima kumpulan NGO, pertubuhan dan persatuan sebagai ahli bergabung dengan parti itu diselar kumpulan NGO yang berpendapat tindakan itu “bertentangan dengan norma masyarakat demokratik”.

Menurut Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) Muhammad Faisal Abdul Aziz, ini kerana selain kewujudan badan politik dan swasta, peranan NGO yang “tulen” sebagai “organ masyarakat sivil” tidak boleh dinafikan.

NONE“Bagi PKPIM, tujuan utama ditubuhkan NGO sebagai wadah yang membawa suara marhaen sebagai (agen) semak dan imbang terhadap setiap satu dasar yang digubal pihak pemerintah bagi memastikan ia benar-benar memenuhi kepentingan masyarakat umum,” katanya.

Dalam satu kenyataan, Muhammad Faisal (kanan) mengumpamakan NGO sebagai “pusat roda yang dikelilingi parti politik”.

“Walau siapa yang berada di atas atau siapa yang berada di bawah, NGO tetap utuh sebagai pusat di tengah-tengah yang bertanggungjawab memastikan roda secara keseluruhannya bergerak dengan lancar,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berpendapat, pendekatan tidak memihak dan “independent political force” (kuasa politik bebas) harus dijadikan prinsip asas NGO.

“Sebagai aktivis dan pimpinan NGO, kita seharusnya bebas dari keterikatan mana-mana parti politik dan ketaksuban politikus yang akhirnya akan mencengkam idealisme perjuangan NGO itu sendiri,” katanya lagi.

Dalam PKPIM sendiri, tambahnya, mereka adakalanya senada dengan parti pemerintah dan adakalanya bersama parti pembangkang dalam sesuatu isu berlandaskan kepentingan masyarakat umum.

“Namun, PKPIM menyambut baik sebarang usaha pihak BN untuk meraikan kepentingan NGO sebagai rakan pembangunan negara atau smart partnership building dengan sentiasa mendengar pandangan dan kritikan NGO, serta menghormati prinsip dan pendirian sesebuah NGO dalam sesuatu isu,” kata Muhammad Faisal.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) setakat ini dilaporkan berminat berhubung tawaran BN itu.

Pengerusi GWGF Tan Sri Rozali Ismail dilaporkan berkata, beliau akan menulis surat kepada Dewan Tertinggi BN agar gabungan itu menyertai BN sebagai ahli bergabung.

Perkasa tidak berminat dengan tawaran Bn

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) setakat ini lebih berminat untuk tidak bergabung atau menjadi ahli bersekutu dengan mana-mana parti politik kerana “mahu kekal bebas tanpa terikat dengan mana-mana pihak”.

“Apa jua dasar yang baik untuk rakyat, selari dengan perlembagaan negara, PERKASA akan bagi sokongan kepada mana-mana pihak,” kata setiausaha agungnya Syed Hasan Syed Ali.

syed hassan syed aliDalam kenyataannya melalui SMS kepada Malaysiakini petang ini, Syed Hasan (kanan) bagaimanapun menyerahkan keputusan muktamad untuk memohon menjadi ahli gabungan BN kepada perwakilan mesyuarat agung PERKASA pada Mac tahun depan.

“Ia (merupakan) perkara dasar, maka keputusan terletak kepada perwakilan mesyuarat agung PERKASA,” katanya menjawab soalan sama ada pertubuhan Melayu itu berminat menjadi ahli bergabung dengan BN setelah keahlian baru itu diluluskan parti itu tengah hari tadi.

Selain meluluskan ahli bersekutu secara keahlian langsung Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak juga mengumumkan keputusan dewan tertinggi parti yang meluluskan menerima mana-mana NGO, pertubuhan atau persatuan untuk menjadi ahli bergabung dalam parti itu.

Sebelum itu, bercakap kepada Malaysiakini, Syed Hasan berkata sukar bagi pertubuhan itu menjadi ahli gabungan kerana ahlinya terdiri daripada pelbagai latar belakang politik.

Malah, beliau juga sendiri masih belum faham apakah maksud dan pendekatan sebenar “ahli gabungan” seperti mana yang diumumkan oleh Najib itu.

“Kita tengok (dahulu) apa pendekatan BN. Dan apabila sudah faham, kita akan berfikir semula… Sukar untuk menerima jemputan (sebagai ahli bergabung) sebab ahli kita pelbagai latar belakang,” katanya.

Sementara itu Ketua Wira PERKASA Arman Azha Abu Hanifah pula menjangkakan kemungkinan perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat majlis tertinggi NGO itu dua minggu lagi.

Pertubuhan yang diketuai ahli parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali itu sering dikaitkan dengan Umno – tulang belakang BN – terutamanya oleh pembangkang.

%d bloggers like this: