Tag Archives: nikah

Gambar Perkahwinan Ally Iskandar dan Farah


PERSONALITI dan pengacara TV3, Ally Iskandar, bergambar bersama isteri, Nurfarahin Romli, selepas selamat diijabkabul di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu pagi tadi. – Foto Aswadi Alias

Nurfarahin terima rumah sebagai hadiah perkahwinan

KUALA TERENGGANU: Pengacara TV3, Ally Iskandar Mohd Mardzi, 36, selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Nurfarahin Romli, 23, dengan dua kali lafaz pada majlis akad nikah di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, di sini, jam 10.03 pagi semalam.

Ally Iskandar yang segak mengenakan persalinan baju Melayu putih dinikahkan jurunikah Kampung Atas Tol, Mohd Abu Bakar, dengan mas kahwin RM250, berwalikan bapa mentuanya, Romli Ismail, 60.

Nurfarahin yang lebih dikenali sebagai Farah Lee di kalangan rakan, mengenakan gaun rona sama tidak menerima wang hantaran, sebaliknya dihadiahkan sebuah rumah yang dibeli Ally Iskandar di Damansara, Kuala Lumpur.

Pihak lelaki menerima sembilan dulang hantaran daripada pihak perempuan, manakala pengantin perempuan menerima balasan tujuh dulang hantaran.

Majlis akad nikah dihadiri lebih 500 jemputan daripada pihak lelaki dan perempuan. Wakil keluarga pengantin perempuan mengenakan pakaian sedondon warna kelabu, manakala persalinan hijau bagi keluarga pengantin lelaki.

Majlis akad nikah dan gubahan hantaran diuruskan oleh perancang perkahwinan, Joosaidy Johari manakala hantaran kedua-dua belah pihak digubah mengikut elemen tradisional dan elegan, termasuk penggunaan tembaga dan rotan, yang menjadi pilihan pengantin lelaki.
Ally Iskandar berkata, dia bersyukur kerana majlisnya berjalan lancar dan berdoa supaya perkahwinan dengan Nurfarahin, yang masih menuntut dan 13 tahun lebih muda berkekalan hingga ke akhir hayat.

“Saya bersyukur dipertemukan dengan Nurfarahin dan saya akan memikul tanggungjawab sebagai suami dengan sebaik mungkin. Saya terpikat dengan wajah ayu isteri dan ketegasannya yang tidak mudah goyah dengan sebarang keputusan dibuatnya. Insya-Allah, saya akan menjaganya dengan penuh tanggungjawab dan kasih sayang,” katanya yang akan mengadakan majlis resepsi pada 5 Februari ini di Kelab Golf Tok Jembal, di sini.

Nurfarahin yang masih menuntut di tahun akhir jurusan Kejuruteraan Mekanikal di Universiti Incheon, Korea Selatan, berkata dia bersyukur Allah mengabulkan doanya untuk bertemu jodoh dengan lelaki yang baik.

“Saya bersyukur dikurniakan suami yang menyayangi saya dan keluarga, terutama kedua ibu bapa dan boleh membimbing saya,” katanya.

Fasha Sandha Nikah di Thailand ?


FASHA menegaskan tidak akan merahsiakan kepada rakan-rakan media seandainya tiba masa buat dia dan Jejai mendirikan rumah tangga.

Benarkah Fasha bernikah di Thailand ?

KISAH percintaan yang terjalin antara pelakon Fasha Sandha, 28, dan Rizal Ashram Ramli atau Jejai, 35, sememangnya sudah pun diketahui peminat. Biarpun hubungan mereka ada pasang surutnya dan pernah putus sebelum ini, tetapi Fasha kini dikatakan sedang bahagia bersama kekasihnya.

Memandangkan usia percintaan mereka yang sudah mencecah dua tahun, kini khabar angin bertiup kencang mengatakan pasangan tersebut bakal berkahwin dalam tempoh terdekat ini sehingga pelbagai spekulasi dibuat oleh segelintir pihak.

Fasha dan Jejai dikatakan akan mendirikan rumah tangga pada bulan Mac sempena sambutan ulang tahun kelahiran pelakon berkenaan pada 28 Mac ini setelah gambarnya memakai gaun pengantin di sebuah butik tersebar di Internet.

Bagaimanapun, beberapa hari lalu tersebar pula gosip di beberapa laman blog hiburan tempatan mendakwa kononnya kedua-duanya sudah menjadi pasangan suami isteri setelah bernikah di selatan Thailand!

Berkesempatan bertemu pelakon yang popular menerusi drama bersiri Cinta Elysa itu pada majlis pengumuman Top 5 Anugerah Bintang Popular 2011 (ABP 2011) baru-baru ini, Fasha menitipkan jawapan tentang semua kisah hangat yang membabitkan dirinya itu.

oleh roni hidayat ridwan

Gambar Perkahwinan Ezlynn dengan Pengurusnya Sendiri


EZLYNN dan Adam tidak sedar bila cinta berputik antara mereka yang sebelum ini hanya berurusan sebagai pengurus dan artis.

Ezlynn nikahi pengurus sendiri

PERKENALAN selama enam tahun dan percintaan selama tiga tahun, diakhiri dengan noktah cinta secara rasmi sebagai suami isteri buat penyanyi Ezlynn atau nama sebenar Azline Ariffin, 30, dan pasangannya yang merupakan pengurus peribadinya sendiri iaitu Adam Fahmy Shamsudin, 35, pada petang tanggal 20 November lalu di Roof Garden, Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Tidak seperti majlis pertunangan dan pernikahan lain, suami Ezlynn, Adam dilihat cukup sibuk ke hulu-hilir memastikan semuanya sempurna sehingga ada yang terlupa bahawa dialah pengantin pada petang itu.

Ezlynn yang ditemui pada majlis pernikahannya itu memandang suaminya dengan senyuman dan berkata: “Itu yang menyebabkan saya terpikat dengannya. Dia seorang yang mementingkan kesempurnaan. Macam hari ini, pada majlis bahagia kami tetapi dia tetap tidak mahu lepas tangan sebaliknya, ingin memastikan sendiri semua perkara agar majlis berjalan lancar.”

“Saya ikutkan sahaja sebab dia memang selalu kendalikan acara orang, bila majlis nikah sendiri pun dia masih mahu uruskan, walaupun tugas itu sudah diserahkan kepada orang lain.”

Disoal bagaimanakah cinta antara mereka boleh berputik sedangkan saban hari mereka bertemu kerana tugas.

“Ada pepatah mengatakan lebih baik bercinta dengan teman baik sendiri sebab mereka lebih mengenali kita. Sebenarnya sebelum bercinta hubungan kami hanyalah sebagai penyanyi dan pengurus. Kemudian kami menjadi rapat sebagai teman baik dan akhirnya bercinta.

“Adam bagi saya sangat istimewa. Saya suka melihat cara dia menguruskan kerjaya saya dan dirinya sendiri. Dia seorang lelaki yang sangat menghormati perempuan dan bertanggungjawab. Tambahan, dia juga rapat dengan keluarga saya,” jawab penyanyi lagu Hai Hai Bye Bye itu lagi.

Sambung Ezlynn, keluarganya tidak terkejut apabila dia menyuarakan hasrat untuk bernikah dengan Adam kerana mereka sudah lama sukakan Adam dan percaya dia akan bahagia di sisinya.

“Keluarga saya memang suka dia. Mereka pernah cakap susah-susah kahwin sahaja dengan Adam apabila beberapa kali hubungan cinta saya tidak menjadi. Masin mulut mereka, akhirnya memang saya bergelar isteri kepadanya,” kata Ezlynn sambil disulami tawa kecil.

Adam yang setia di sisi Ezlynn memberitahu, apabila bersama Ezlynn mereka sebagai teman baik dan segalanya dikongsikan bersama. Hari-hari yang dilalui bersama Ezlynn demi tugas bertukar cinta, dan perasaannya diluahkan kepada Ezlynn.

PASANGAN bahagia Ezlynn dan Adam akan mengadakan resepsi perkahwinan pada bulan Januari 2012.


Tarikh 20 Januari tahun lalu menjadi tarikh keramat apabila Adam melamar Ezlynn ketika mereka berada di Pulau Phi Phi, Thailand. Tarikh itu juga sangat istimewa kerana ia merupakan hari lahir Adam dan pada 20 Januari 2011, mereka mendapat tarikh untuk melangsungkan pertunangan dan pernikahan mereka serentak.

“Tarikh 20 Januari itu memang sungguh bermakna buat kami kerana itu kami bertunang dan bernikah pada 20 November dan simbolik kepada tarikh itu, saya memberi wang hantaran sebanyak RM20,020 kepadanya.

“Hari ini merupakan hari paling bahagia buat saya, meskipun sudah bergelar suami tetapi saya tetap meneruskan kerjaya saya sebagai pengurusnya seperti biasa. Malah, saya mahu dia lebih berjaya sebagai pelakon dan penyanyi selepas ini,” jawab Adam.

Mahu anak

Sebelum bernikah pada pukul 5 petang, Ezlynn terlebih dahulu bertunang dengan Adam di lokasi yang sama dengan majlis pernikahannya dan majlis tersebut hanya dihadiri oleh keluarga dan rakan rapat sahaja.

Sungguh privasi, tetamu yang hadir juga tidak lebih daripada 70 orang, jawab Ezlynn dia sengaja mahu lari daripada tradisi kerana ingin meraikan hari bahagianya bersama orang yang benar-benar rapat dengan dirinya dan Adam sahaja.

“Bukan tidak mahu panggil ramai orang tetapi saya mahu hari bersejarah saya berlangsung dengan orang-orang yang dekat dengan diri saya. Biarpun tidak ramai, kehadiran mereka cukup menggembirakan saya.

“Soal bertunang pada hari pernikahan, adalah disebabkan kesibukan jadual kerja saya dan juga ahli keluarga yang lain. Bukan mudah untuk mengumpulkan keluarga saya yang tinggal jauh dari Kuala Lumpur, untuk tidak menyusahkan semua orang, saya langsungkan terus majlis pertunangan dan pernikahan pada hari yang sama,” tuturnya.

Meskipun begitu, tidak bermakna Ezlynn dan Adam mengenepikan teman-teman lain, sebaliknya mereka akan mengadakan sebuah majlis resepsi untuk kedua-dua belah pihak pada bulan Januari tahun hadapan dan akan terus berbulan madu di sekitar Eropah selepas majlis resepsi dilangsungkan.

ADAM dinikahkan oleh bapa Ezlynn iaitu Ariffin Alang Ahmad.


“Saya tidak sempat untuk merancang sebuah majlis yang besar kerana majlis tunang dan nikah dirancang dua bulan yang lalu. Jadi, saya perlukan masa untuk majlis resepsi, mungkin kami akan mengadakannya pada 20 Januari tetapi belum ada sebarang tarikh muktamat setakat ini.

“Berbulan madu di Eropah pula adalah idea Ezlynn sebab dia memang suka sangat untuk melancong ke sana. Selepas kami langsaikan kerja yang ada dan majlis resepsi, kami akan pergi berbulan madu,” balas Adam yang memberi lima dulang hantaran berbalas tujuh dulang hantaran daripada pihak Ezlynn.

Berbicara soal cahaya mata pula, baik Ezlynn dan Adam menyerahkannya pada takdir, bagaimanapun jika boleh mereka mahukan cahaya mata segera.

“Saya tidak kisah kalau dapat anak cepat, lagi bagus sebab saya bukannya muda lagi, umur sudah masuk angka 30. Kalau, lambat-lambat sangat susah pula ingin dapat anak, jadi kalau boleh lagi cepat, lagi bagus.

“Apabila saya berkahwin maknanya saya sedia dengan tanggungjawab seorang isteri, bukan sahaja menyediakan makan minum sebaliknya bersedia untuk menjadi seorang ibu juga,” luah Ezlynn yang akan muncul dengan lagu single terbaru berjudul Dusta dan filem Husin Mon & Jin Pakai Toncit.

Dalam majlis pertunangannya, ibu Adam, Juriah Abdul Hamid telah menyarungkan gelang di tangan Ezlynn, manakala pada majlis pernikahan pula, bapa Ezlynn, Ariffin Alang Ahmad menikahkan Ezlynn sendiri sambil disaksikan oleh jurunikah masjid Sg. Penchala, Muhammad Ridwan Mohd. Yunus dengan mas kahwin sebanyak RM80.

oleh Haryati Karim

Hattan dah Kahwin Senyap – Senyap ?


‘saya tak nikah senyap senyap’ – Hattan

Ke mudik sehentak galah, ke hilir serangkuh dayung, satu kata lahir dengan batin, sesuai mulut dengan hati…

PEPATAH Minangkabau tersebut sesuai dengan lafaz nikah Mohd. Shukri Shahabudin atau mesra disapa Hattan kepada pasangan yang dinikahinya, Farah Asyikin Othman, 33, pada tarikh cantik, 11 November lalu.

Dengan sekali lafaz, penyanyi berusia 47 tahun itu menamatkan zaman solonya yang sudah enam tahun dilayari. Begitu juga buat Farah, ibu tunggal kepada dua cahayamata iaitu Nazril, 6, dan Khara Latiesya, 5. Satu lafaz daripada hati yang menyatukan mereka zahir dan batin.

Sewaktu menghubungi Hattan Jumaat lalu, dia sedang enak membawa isteri dan anak-anaknya ke Port Dickson, Negeri Sembilan. Menghirup bayu laut nan damai sambil merapatkan siratulrahim, Hattan bernyanyi-nyanyi gembira di hujung talian.

“Saya bawa anak-anak dan isteri ke Port Dickson (untuk) bercuti,” ujarnya dengan nada gembira. Namun di sebalik gembira itu, dia meluahkan rasa, terkilan dengan segolongan invididu atas nama penulis blog dan penggiat forum yang menuduh dia bernikah secara senyap.

“Saya tidak faham kenapa mereka cakap saya kahwin secara senyap. Saya rasa sebagai orang Islam atau beragama apa pun, tidak elok membuat fitnah. Makan dengan duit haram namanya itu. Kenapa mereka mahu sibuk dengan isteri orang lain?” ujarnya sedikit panas walaupun berada di tepi pantai.

“Saya mengadakan pernikahan di kampung saya di Seri Menanti. Ada khemah dan kugiran mengiringi pernikahan saya. Saya ini orang kampung, berasal dari kampung dan sebab itu saya buat di sana. Saya jemput orang-orang kampung saya.

Malah keluarga saya memakai persalinan kuning menunjukkan kami orang lingkungan dan membawa adat diraja,” ujarnya yang selamat menjadi suami Farah dalam majlis akan nikah yang dilakukan selepas solat Isyak. Hattan turut mengundang Datuk M. Nasir, Ramli Sarip dan Man Bai untuk berkongsi kegembiraannya.

“Biarlah apa orang mahu kata. Sekarang, saya sangat gembira dan tidak risau. Malah saya beryukur dengan jodoh saya,” ujarnya yang menyeru agar orang luar tidak sibuk menyelidik tentang pasangan dan pernikahannya yang diadakan secara santai namun meriah di kampung.

Merasakan jodohnya kuat dengan Farah, dia bercerita tentang pertemuan tak dirancang yang terjalin di Doha, Qatar.

“Kami bertemu di Doha sewaktu saya selesai menunaikan umrah di Mekah. Farah pula transit dari London. Kami berkenalan dan hanya selepas dua minggu, saya menghubunginya. Pertemuan demi pertemuan selepas itu, saya rasa jodoh kami kuat dan Allah menemukan kami,” ceritanya bernyanyi mempamerkan gembira dan bersyukur anaknya Adam Iman, 11, sangat serasi dengan isteri baharunya.

“Saya harap peminat doakan kami. Semoga perkahwinan kami bahagia dan doa juga agar kami dapat menunaikan umrah bersama-sama pada tahun hadapan,” Hattan mengakhiri perbualan dan menutup pertanyaan ramai terhadap perkahwinan keduanya.

kosmo

Ana Dahlia dan Chef Riz Nikah 11 Dis. Hantaran $20,000.00


Diucapkan selamat berbahagia menuju gerbang perkahwinan..

Terimalah jodoh masing masing seadanya..Perkara yang baik ini perlu dipercepatkan..elakkan semua spekulasi lalu.Umpama biduk berlalu kiambang bertaut..

Nikah 11 disember dan hantaran RM 20k

Pelakon Ana Dahlia, 28, dan Mohd Nadzri Redzuawan, atau Chef Riz, 30, akan melangsungkan pernikahan pada 11 Disember depan selepas dipersetujui dalam majlis pertunangan yang diadakan di rumah Ana di Changkat Jering, Taiping, Perak, Rabu.

Ana berkata, mengikut perancangan awal, majlis pernikahan itu nanti akan diadakan secara sederhana yang mana di sebelah pihak lelaki akan berlangsung di Sungai Koyan, Raub, Pahang, pada 18 Disember.

“Buat masa ini, tidak banyak perbincangan mengenai urusan perkahwinan dilakukan. Sebaliknya, kedua-dua belah pihak hanya bersetuju mengenai pemilihan tarikh pernikahan terlebih dahulu,” katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Rabu.

Mengenai wang hantaran, Ana memberitahu pihak lelaki akan memberikan wang sebanyak RM20,000 sementara hal-hal lain masih belum diputuskan.

Bercerita mengenai majlis pertunangan yang diadakan, Rabu, Ana memberitahu pihak lelaki dari Kuala Lumpur hadir seramai 15 orang manakala pihaknya pula menanti lebih daripada 100 orang.

“Majlis berlangsung secara sederhana pada pukul 1 tengah hari dan tamat pada dua jam selepas itu. Memandangkan saya tunggu di dalam bilik, rasa hati tidak tenang dan ingin tahu apa yang mereka bincangkan.

“Selepas perbincangan mengenai perkahwinan selesai, barulah keluarga kami saling berkenalan. Saya gembira, keluarga ayah Riz, Datuk Redzuawan Ismail (Chef Wan) menerima keluarga saya yang sederhana ini, Alhamdulillah,” tuturnya.

Dalam pada itu, Ana juga bersyukur kerana keluarga Chef Riz juga tidak kisah dengan statusnya sebagai janda dan ia bukanlah penghalang untuknya mendirikan rumah tangga dengan lelaki yang disayanginya itu.

“Kita semua tahu, setiap orang mempunyai kisah silam masing-masing, begitu juga saya. Asalkan keluarga, rakan-rakan terdekat dan bakal mentua tahu, itu sudah memadai.

“Lagipun sebelum ini bukan saya ingin merahsiakan status ‘janda’. Cuma saya fikir, tidak perlulah orang tahu mengenai hal saya yang agak peribadi itu.

“Apa-apa pun saya bersyukur kerana kami berjaya melalui beberapa dugaan walaupun tempoh perkenalan saya dengan Riz tidak sampai setahun. Mungkin inilah namanya jodoh,” ujarnya.

mStar

Gambar Perkahwinan Nabil dengan Nazirah Ayub


 

Selamat pengantin baru untuk Nabil dan Nazirah

Dengan dua kali lafaz, Pelawak dan pelakon, Ahmad Nabil Ahmad, 28, sah bergelar suami kepada bekas pramugari AirAsia, Nazirah Ayub, 23.

Majlis pernikahan mereka diadakan di Masjid Tuanku Mizan, di sini, selepas solat Asar kira-kira pukul 5.15 petang, Jumaat.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Putrajaya, Ustaz Mohd Ridza Ahmad berwalikan bapa kepada pengantin perempuan Ayub Hassan.

Pengantin perempuan menerima mas kahwin RM300 dan sebentuk cincin bernilai RM5,000 manakala wang hantaran sebanyak RM15,000.

Turut menyaksikan majlis tersebut adalah ibu dan keluarga kedua-duapasangan pengantin.

Pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran seperti cincin, duit hantaran, sirih junjung, kasut, “playbook”, alat solek, pewangi dan dibalas sembilanhantaran iaitu coklat, kasut, “PlayStation 3”, I-pad, sejadah, cincin dan sirih junjung.

Pada majlis tersebut, Nazirah anggun mengayakan busana kurung moden rekaan Wazira Zainal.

Sementara majlis resepsi mereka akan diadakan serentak pada Ahad inidi I-City Shah alam berkonsepkan “fairy tale” dan persandingan dalamtaman.

Oleh Kemalia Othman

mStar

%d bloggers like this: