Tag Archives: Nepal

Anak Gadis Tidur Bersama Boyfren Nepal !


Lelaki Nepal dalam kamar tidur anak gadis

KLANG: “Memang selama ini naluri keibuan saya seperti ada sesuatu yang tak kena kepada anak gadis. Akhirnya saya bertindak menyiasat sendiri dan luluh hati apabila menangkap anak saya dengan lelaki Nepal di bilik tidur rumah kami,” kata seorang ibu berusia 30-an.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam kelmarin di Pelabuhan Klang, di sini, wanita terbabit berpura-pura tidur untuk melihat pergerakan anak gadisnya berusia 17 tahun yang sebelum ini di adu jiran menjalinkan hubungan dengan warga asing.
Menurutnya, pada malam kejadian dia nekad mengintai pergerakan anak gadisnya itu selepas kerap menerima aduan perihal kurang menyenangkan.

“Biasanya saya tidur di ruang tamu sebab lebih senang menjaga suami yang sakit. Namun, saya runsing memikirkan aduan mengenai anak saya oleh jiran-jiran.
“Kira-kira jam 12.30 tengah malam saya dan suami sudah masuk tidur di bilik dan sebelum itu memang saya lihat anak mundar-mandir macam ada yang tak kena.
“Saya mengintai dan melihat anak keluar membuka pintu rumah sebelum mengajak seorang lelaki di dalam biliknya. Pada masa itu perasaan saya hanya Allah saja yang tahu,” katanya.

Dia dan suami menyerbu ke dalam bilik berkenaan sebelum memberkas warga Nepal berusia 20-an.
Menurutnya, ketika pintu bilik dibuka dia geram melihat lelaki itu berada di atas katil anak gadisnya dan mereka mengaku sudah sembilan bulan menjalin hubungan dan lelaki itu adalah bekas rakan sekerja kilang anak gadisnya.

Bagaimanapun, katanya, dalam kekecohan di rumahnya itu, lelaki Nepal terbabit menyusup keluar dan gagal dikesan.
Sehubungan itu, wanita berkenaan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan semalam dan merujuk anak gadisnya di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.

.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop ketika dihubungi semalam mengesahkan menerima laporan dan siasatan dilakukan menjurus kepada kes rogol.
“Apapun, polis perlu menunggu laporan daripada hospital sebelum siasatan lanjut dijalankan. Setakat ini suspek yang dikenalpasti belum diberkas,” katanya.

Oleh Amir Abd Hamid

UMNO = United Myanmar And Nepal Organization


Kartun Zunar kaitkan Umno sebagai United Myanmar&Nepal Organization

Karya terbaru Zunar yang mengkritik dasar kerajaan BN yang memberi kerakyatan sebagai warga asing bagi tujuan politik hangat diperkatakan di ruang maya.

Dalam kartun paling terus terang dan berani itu, Zunar melukis logo parti-parti komponen BN dan mengaitkan dengan dasar tersebut antara lain menafsirkan Umno sebagai “United Myanmar and Nepal Organization.”

Tinjaun dalam laman facebook kelab peminat Zunar menunjukkan sambutan yang begitu hangat, malah ada yang memberi komen sebagai kartun terbaik untuk tahun ini.

“Seperti biasa saya menafsir isu-isu politik dari otak kartun saya dan tekanan berterusan dari kerajaan mungkin membangkitkan idea yang lebih baik,” kata beliau kepada Harakahdaily.

Tekanan kerajaan membolehkan Zunar menerima beberapa anugerah antarabangsa termasuk 2011 Award for Courage in Editorial Cartooning dan terbaru anugerah hak asasi dari Yayasan Hellman/Hammett.

Selain itu, mulai Oktober ini dia akan berada di Sepanyol selama tiga bulan sebagai artis jemputan sebuah yayasan kesenian di Bilbao serta membuat pameran kartun di sana.

Kerana itu, Zunar akan mengadakan satu majlis bersama peminat pada hari Sabtu, 24 Sept di padang depan Amcorp Mall, Petaling Jaya dari jam 5 hingga 7 petang. Turut diadakan jualan buku-buku koleksi beliau.

“Saya berharap peminat-peminat akan datang ke majlis ini kerana ini adalah program terakhir saya sebelum keluar negara untuk tempoh yang lama,” kata beliau.

Hd

Lesbian: Menentang Tabie dan Hukum Karma


COURTNEY MITCHELL (kanan) menyarungkan cincin perkahwinan kepada pasangan lesbiannya, Sarah Welton dalam majlis perkahwinan sesama jantina di sebuah kuil Hindu di Katmandu, Nepal semalam.

sekadar renungan…

Allah mencipta makhluk berpasang- pasangan. Manusia berpasangan lelaki dengan perempuan. Pokok kayu ada debunga jantan dan betinanya. Binatang pun demikian juga ada jantan dan betinanya, hatta udara dan gas pun ada pasangannya, elektron dan neutron dan sebagainya. Selain daripada itu banyak lagi makhluk yang belum kita ketahui hakikatnya. Inilah dia sunnah Allah serta tanda Kekuasaan dan KebesaranNya.

MAFHUM FIRMAN ALLAH : Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk semuanya berpasangan, samaada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka sendiri, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya. (Yassin:36)
berdasarkan pada ayat di atas kita faham bahawa banyak lagi jenis makhluk yang kita tidak tahu hakikat keadaannya, dan ianya juga mempunyai pasangan yang tertentu. Sekadar yang dapat kita lihat dan ketahui, memanglah makhluk yang berjisim kasar ini dijadikan berpasang – pasangan.
Tentu ada falsafah dan hikmahnya kejadian Allah yang ajaib ini. Antaranya ialah menunjukkan Kebesaran,Kekuasaan dan Keindahan ciptaan Allah. jika semua bumi berbukit sahaja tentulah tidak indah. perlu ada lembah, sungai, laut, padang pasir dan padang rumput, hutan belantara dan sebagainya. dengan demikian barulah indah bumi ini.
Jika Manusia itu lelaki sahaja atau perempuan sahaja, tentulah sunyi dan jemu serta tidak bercambah keturunan manusia. Oleh kerana Sunnatullah menetapkan pembaikan keturunan manusia melalui perkahwinan, maka diciptakan lelaki dan perempuan begitu juga dengan binatang.
Perwatakan yang dianugerahkan kepada manusia lelaki dan perempuan itu juga dengan sendirinya mengindahkan lagi fungsi kejadian itu. Walaupun manusia dijadikan acuan yang sama, tetapi perwatakan lelaki lebih gagah, tampan, kuat dan garang dan ini sesuai baginya untuk menjadi ketua keluarga dan pelindung pada anak dan isterinya.
Perempuan pula mempunyai sifat yang lemah lembut , cantik menawan, rindu dan kasih kepada lelaki, inginkan perlindungan untuk menjamin kelemahan dan kecantikannya tidak terancam
.

Perkahwinan pasangan pertama lesbian di Nepal

KATMANDU – Seorang peguam wanita dan profesor wanita dari salah sebuah kolej di Amerika Syarikat (AS) merupakan pasangan lesbian yang pertama berkahwin di Nepal semalam.

Nepal baru-baru ini telah mengiktiraf hak-hak lelaki homoseksual dan menggubal undang-undang untuk menamatkan diskriminasi seksual.

Pasangan itu, Courtney Mitchell, 41, dan Sarah Welton, 48, dari Denver, Colorodo diraikan dalam persandingan tradisi Hindu di kuil Dakshinkali yang terletak di selatan Katmandu, ibu negara Himalaya.

Ahli Parlimen Nepal, Sunilbabu Pant, seorang aktivis hak gay berkata, ia merupakan perkahwinan awam pertama daripada pasangan lesbian di negara konservatif.

Di Nepal, perkahwinan sejenis tidak menyalahi undang-undang.

AP

Kisah Benar: Pelangi Ajaib di Gunung Everest


‘Katakanlah wahai Muhammad..tidak ada satu pun dari rintis rintis hujan yang turun itu tidak KAMI ketahui’

Sesungguhnya pada setiap rintisan hujan itu ,setiap titiknya adalah dalam pengetahuan KAMI.

Begitu juga setiap helaian daun daunan yang gugur kebumi,semuanya tidak terlepas dari pengetahuan ALLAH Azzawajal.

Salawat dan salam keatas junjungan besar lagi mulia Baginda Nabi Muhammad SAWW ,para sahabahnya dan orang orang yang mengikuti sunnahnya hingga terjadinya yaumil qiamah.

Pelangi awan luar biasa di gunung Everest

KATHMANDU – Seorang ahli astronomi, Oleg Bartunov, 51, berjaya merakamkan imej pelangi luar biasa di Gunung Everest ketika dia menyertai ekspedisi ke Himalaya di Nepal di sini, lapor sebuah akhbar semalam. Continue reading

Pemimpin BN Jangan Mati Cara Ini


MAYAT warga Nepal dibawa turun dari atas pokok kelapa di Kampung Tok Muda, Machang Bubuk, Bukit Mertajam, pagi semalam.

Hanya satu nasihat dari blog ini semua kepada pemimpin UMCO jangan mati dengan cara seperti warga Nepal itu.Jika ada harta atau wang ringgit yang disimpan diluar negeri eloklah bawa balik ke Malaysia ini.

Jangan cuba elak dari ditangkap seperti mamat nepal diatas.

Tak payahlah diikutkan cara warga nepal itu ,itu bukan cara yang Allah kehendaki.Sekiranya terasa dihati harap dimaafkan.

Berita mengenai gambar diatas…

Warga Nepal mati atas pokok kelapa

BUKIT MERTAJAM: Seorang warga Nepal yang melarikan diri dengan memanjat pokok kelapa selepas menceroboh kebun durian di Kampung Tok Muda, Machang Bubuk, di sini malam kelmarin, ditemui mati di atas pelepah pokok itu, pagi semalam.

Kematian lelaki berusia 20-an yang tidak memiliki dokumen pengenalan, disedari jam 10 pagi semalam dengan lilitan tali pinggang di lehernya, iaitu selepas hampir 24 jam berada atas pokok setinggi kira-kira 20 meter. Jabatan Bomba dan Penyelamat yang mengalami kesukaran membawa turun mayat lelaki itu, terpaksa meminta bantuan penduduk kampung dan dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk bedah siasat.

Pemilik kebun, Arshad Abu Seman, 30, berkata kira-kira jam 10 malam kelmarin, beliau bersama beberapa rakan ke kebun untuk mencari durian dan terserempak beberapa lelaki yang kemudian melarikan diri dan seorang daripada mereka yang dipercayai ketakutan, memanjat pokok kelapa.

“Kami memujuk lelaki itu turun tetapi dia enggan dan membaling kelapa ke arah kami,” katanya sambil menambah mereka meninggalkan lelaki itu sendirian selepas menunggu beberapa lama.

Kematian disedari pagi semalam selepas sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Mertajam, tiba untuk memberi bantuan tetapi mendapati lelaki itu sudah meninggal dunia.
Pegawai Bomba II Rejab Ahmad, berkata pihaknya menghadapi kesukaran dan mengambil masa lama membawa turun mayat di celah pelepah kelapa.

Sementara itu, Mohd Ridzuan Shahak, yang membawa turun mayat, berkata beliau mendapati mulut mangsa berdarah dan kesan gigitan kerengga di muka serta badan, selain lilitan tali pinggang di leher.

Bernama

%d bloggers like this: