Tag Archives: nasi kandar

Roti Canai, Teh Tarik Naik 2 Kupang Di Penang


bn punya pasal

Roti canai, teh tarik naik 20 sen

GEORGE TOWN – Para pelanggan kedai mamak dan restoran nasi kandar di negeri ini mendakwa mereka kini terpaksa membayar lebih 20 sen bagi setiap harga makanan dan minuman yang dijual di kedai-kedai itu sejak kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak Isnin lalu.

Tinjauan Kosmo! di sekitar Bayan Baru, Bayan Lepas dan George Town mendapati lima buah kedai nasi kandar di kawasan terbabit telah menaikkan harga makanan seperti roti canai, nasi lemak serta pelbagai lauk selain menaikkan harga minuman teh tarik dan minuman berais.

Sekeping roti canai kini perlu dibayar RM1 berbanding 80 sen sebelum ini, teh tarik RM1.20 berbanding RM1, nescafe ais RM1.90 berbanding RM1.70, milo ais RM1.90 berbanding RM1.70 manakala jus buah-buahan pula RM2.70 berbanding RM2.50.

Penyelia sebuah restoran nasi kandar di Bayan Baru memberitahu, harga baharu itu diputuskan oleh pihak pengurusan dan berkuat kuasa serta-merta tetapi dia menolak kenaikan tersebut ada kaitan dengan kenaikan harga petrol.

“Kenaikan harga makanan dan minuman tidak dapat dielakkan kerana kos operasi semakin bertambah. Senarai harga baharu di restoran kami akan dipaparkan sedikit masa lagi,” kata penyelia restoran itu yang enggan dikenali.

ksm

Rakyat Malaysia Tidak Keluar Makan Lewat Malam Atas Faktor Keselamatan


makanroticanai

Oleh CHRISTINA CHIN

PETALING JAYA: Perut mereka mungkin meragam kelaparan ramai rakyat Malaysia yang melepaskan makan lewat malam dan berada di alam rumah kerana bimbang terhadap keselamatan mereka.

Pelajar universiti Joseph Gan, misalnya, lebih suka melepak di rumah rakan-rakan hari ini dan bukannya pergi keluar untuk minum teh tarik pada tengah malam.

“Saya pernah lepak di restoran-restoran nasi kandar di Bangsar kerana suasananya tetapi kini saya dan rakan-rakan hanya berkumpul di tempat masing-masing,” katanya yang berusia 22 tahun.

“Tempat makan yang selalu kami kunjungi tidak lagi meriah, dan kini terlalu sunyo,” katanya. Gadis-gadis, terutamanya, takut untuk keluar.”

Pesara K. Balan, 61, dari Batu Caves, berkata, dia hanya akan makan di luar pada lewat malam sekiranya bersama dengan sekumpulan rakan-rakan.

“Saya tidak akan pergi seorang diri. Saya terlalu takut. Lihatlah beberapa kes tembakan yang dilaporkan baru-baru ini,” katanya.

“Jika anda lihat di gerai nasi kandar kita, hampir kebanyakannya kosong selepas pukul 9 malam.”

Warga Pulau Pinang, Ang Bah Nee, 30, berkata, nasi kegemarannya adalah bekas pasar Sia Boey di George Town, yang tidak lagi dibuka sehingga awal pagi.

“Saya dan rakan-rakan biasanya pergi ke sana pada pukul 3 pagi selepas ke kelab, tetapi hari ini ia ditutup seawal 10.30 malam,” katanya.

“Kini saya di bilik tidur pada tengah malam, jadi tidak ada makan malam yang lebih berat. Selain bimbang tentang keselamatan, makan lewat juga tidak sihat,” katanya.

Satu tinjauan The Star di Lembah Klang mendedahkan bahawa beberapa tempat makan lewat malam popular di Kota Damansara, Kelana Jaya, SS2, Seksyen 17, Cheras, Old Klang Road dan Bangsar, mempunyai sejumlah kecil pelanggan selepas pukul 10 malam, walaupun pada malam cuti umum dan hujung minggu.

Seorang pekerja kedai kopi di Seksyen 14 berkata, tidak seperti sebelum ini, kini tidak ramai yang datang selepas pukul 10 malam.

“Kami beroperasi dari pukul 6 pagi sehingga 1 pagi tetapi kami menyedari sekumpulan wanita, yang biasanya datang selepas latihan aerobik pada setiap malam tidak lagi berkunjung ke sini,” katanya.

“Beberapa bulan yang lalu, kami mendengar terdapat sebuah kedai kopi berdekatan dirompak dua kali oleh lelaki yang amuk dengan parang pada waktu kedai hendak ditutup. Mungkin menyebabkan orang takut,” katanya.

Pakar Psikologi dan Kriminologi, Dr Geshina Ayu Mat Saat berkata, perasaan takut terhadap jenayah boleh menjejaskan kualiti hidup kerana pergerakan dan aktiviti-aktiviti mereka yang terbatas.

“Ini seterusnya akan memberi kesan kepada fizikal, sosial dan emosi mereka,” kata Dr Geshina, yang berasal dari Program Sains Forensik Universiti Sains Malaysia.

“Mangsa jenayah boleh terjejas dalam pelbagai cara, termasuk ketakutan yang meningkat ekoran peningkatan kes jenayah dan mempunyai persepsi negatif terhadap orang lain,” katanya.

“Mereka yang menyaksikan, mendengar atau membaca tentang jenayah juga boleh menimbulkan kebimbangan yang sama.”

Dari sudut positif, Naib Presiden Persatuan Kajian Obesiti Malaysia, Prof Dr Norimah A. Karim percaya bahawa sekiranya rakyat Malaysia menjauhkan diri dari makan lewat malam, ia boleh membantu mengurangkan masalah obesiti di negara ini.

“Pada kadar pemakanan rakyat Malaysia, mereka pasti tidak perlu mempunyai makan malam,” katanya.

“Salah satu punca utama obesiti adalah lazimnya adalah amalan mereka untuk mengambil makan malam yang berat pada waktu yang sepatutnya mereka perlu tidur.”

Ini Dia..Nasik Kandar Atas Lantai ,cukop Sedap!


hati hati kepada ‘penggemar’ nasik kandaq..

silap hari bulan kalu, ada penyakit lain yang dapat..

Nasi kandar atas lantai

GEORGETOWN – Nasi kandar atas lantai, itulah realitinya yang berlaku ketika operasi pemeriksaan dijalankan oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) di sebuah kedai nasi kandar di Lebuh Queen.

Daripada sumber yang diperoleh kedai nasi kandar berkenaan sememangnya menjadi tumpuan orang ramai.

Malah ketika operasi dilakukan, pelanggan beratur panjang untuk mendapatkan lauk di kedai berkenaan.

Keadaan di bahagian luar nampak biasa sahaja, tapi siapa tahu rupa-rupanya dua periuk nasi kandar diletakkan begitu sahaja di atas lantai, malah ada bahan mentah yang turut diletakkan di bawah saja.

Tambahan lagi MPPP sudah mengeluarkan kompaun berikutan lantai restoran nasi kandar itu kotor kerana basah dan berminyak.

Bukan itu sahaja, keadaan lantai di bahagian dapur juga kotor dan tidak bersih sepertimana di bahagian tempat duduk pelanggan.

Ketika Bahagian Perlesenan MPPP membuat pemeriksaan di bahagian dapur didapati ada antara pekerja kedai nasi kandar sibuk membasuh bahagian tempat masak kerana bimbang dikompaun.

Namun, kesalahan mereka masih lagi dapat dikesan apabila kuali dan periuk dibasuh di bahagian bawah dengan tidak menggunakan perangkap gris.

Sedangkan singki yang dipasang dengan perangkap gris langsung tidak digunakan untuk membasuh peralatan memasak.

srn

%d bloggers like this: