Tag Archives: Nasharudin Mat Isa

Hasan Ali, Nasharuddin Mat Isa Pulanglah Sebagai Mujahid Sejati !


Buangkan saja hiruk pikuk asam garam perjuangan..

Bak kata pepatah tersohor..’ikan tidak masin di air laut, tetapi masin di daratan’..

Perjuangan Pas tidak akan rugi tanpa kamu berdua..Pas tidak akan hilang dari bumi Malaysia kerana kamu berdua atau bertiga bersama anak Tok Guru Nik Aziz si Nik Abduh.

Hentikanlah penggunaan media musuh untuk ‘selak kain’ kamu semua. Masuk semula kedalam saf.

Mari kemari bertakbir dan bersalawat bersama pejuang pejuang lain bermula dari Tuan Guru Presiden sehinggalah  Mat pelekat poster.

Kredit kepada Mat Mat pelekat poster yang sanggup memanjat tiang talipon,pokok dan sebagainya walau ditengah malam ,tengahari dan waktu hujan.

Jangan buat tindakan memusnahkan diri

Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Othman mengingatkan Hasan yang merupakan idola beliau untuk terus muhasabah diri.

PAS Selangor menyifatkan tindakan Exco Hal Ehwal Islam negeri itu, Datuk Dr Hasan Ali hanya menghancurkan diri sendiri apabila terus menyuarakan kekecewaan peribadinya ke atas parti kepada umum.

Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Othman mengingatkan Hasan yang merupakan idola beliau untuk terus muhasabah diri.

Katanya, Hasan perlu menunjukkan sikap lebih terbuka ekoran tidak menerima pencalonan yang mencukupi daripada cawangan untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Gombak Setia.

Menurut Abdul Rani, beliau ada menghubungi Hasan namun sehingga hari ini tiada sebarang maklum balas daripada pemimpin PAS tersebut.

“Sepatutnya kita tanya diri sendiri apa silap kita. Saya yang baru jadi Adun di Meru, ada orang Umno tegur dan beritahu silap saya. Hasan lebih tahu Gombak Setia, beliau patut tanya apa salah diri sendiri.

“Saya ada mesej untuk tawarkan beliau jawatan sebagai ahli perhubungan PAS Negeri. Tapi bagi SMS, hubungi beliau pun tiada jawapan.

Saya minta untuk jumpa namun dapat tahu beliau akan buat sidang media.

“Saya ingatkan Hasan Ali agar dapat muhasabah diri. Apa yang beliau lakukan hanya merosakan diri sendiri. Sedangkan parti (PAS) ada kekuatan sendiri. Apa yang beliau lakukan hanya memberi kesan minimal pada parti,” katanya dalam sidang media di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Shah Alam hari ini.

Kecewa hilang kerusi dan sokongan parti

Sementara itu Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor III, Khalid Samad pula berkata tindakan Hasan dan juga bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa melahirkan kekecewaan dengan menggunakan media Umno adalah akibat kehilangan kerusi dan sokongan dalam parti.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Shah Alam berkata PAS mahu menyelamatkan Hasan dan Nasha serta menasihatkan kedua-dua pemimpin terbabit agar tidak mengikut jalan sendiri.

Ujar Khalid, contoh sedia ada dapat dilihat apabila bekas Naib Presiden PAS Datuk Nakhaei Ahmad bertindak keluar PAS sedangkan beliau hanya diperalatkan oleh Umno.

“Jangan kecewa tidak terpilih di kawasan Gombak Setia kerana kawasan lain ada menawarkan beliau (Hasan Ali) juga. Kita ada mesyuarat dengan Perhubungan PAS Negeri dan kawasan lain juga mahu calonkan beliau untuk bertanding.

“Tengok Nakhaei bekas Naib Presiden PAS, keluar parti habis macam itu sahaja. Beliau hanya diperalatkan oleh Umno. Kita nak selamatkan Hasan Ali dan Nasha bukan nak bantai mereka dan saya nasihatkan agar jangan ikut jalan sendiri,” katanya.

oleh Fazy Sahir

PRU13 Parlimen Jerai: Jamil Khir ‘Berentap’ dengan Firdaus Jaafar



Keputusan pilihanraya umum P.12 Jerai, Kedah pada 8 mac 20008

Ustaz Mohd Firdaus Jaafar memperolehi 26,510 undi berbanding Datuk Paduka Badruddin Amiruldin memperolehi hanya 24,211 undi. Mohd firdaus Jaafar menang dengan majoriti 2299.

Dari sumber yang boleh dipercayai  dari Umno Bahagian Jerai, hangat dan hampir pasti Umno bahagian Jerai akan meletakkan tokoh agama iaitu Datuk Seri Jamil Khir Baharom sebagai calon pada pilihanraya umum ke 13 nanti.

Umno bahagian Jerai dikatakan menyetujui langkah PM Najib untuk menurunkan calon BOLEH MENANG untuk merampas kembali kerusi Parlimen Jerai yang buat kedua kalinya ditawan oleh Pas. Calon Pas ustaz Nasharudin Mat Isa memenanginya buat pertama kali bagi Pas pada pilihanraya umum ke 10 pada 1999 mengalahkan Dato’ Paduka Badruddin Amiruldin.

Pertarungan sengit bakal berlaku

Pas Kawasan Jerai akan mengekalkan ustaz Firdaus Jaafar berdasarkan rekod ‘killer point’ kerana berjaya menewaskan populariti Dato’ Paduka Badruddin. Umno bahagian Jerai pula akan meletakkan Jamil Khir untuk cuba menawan Parlimen Jerai.

Pas dan Umno di Parlimen Jerai akan sama sama meletakkan tokoh dari kalangan agamawan, tinjauan tidak rasmi dari blog ini mendapati peluang kedua dua calon untuk menang adalah 50-50 buat masa ini.Jamil Khir sudah beberapa kali habis ‘melawat kawasan’  dan cuba mengembangkan pengaruhnya selaku calon popular dan sudah pun popular dari kaca TV.Manakala YB ustaz Firdaus bertungkus lumus untuk lebih popular bagi mempertahankan kemenangan Pas untuk kali kedua baginya.

Kemenangan dengan majoriti 2299 oleh ustaz firdaus nampaknya bukanlah suatu yang ‘kebal’ kerana peristiwa yang sama sama berlaku apabila Pas kecundang pada pilihanraya umum ke 11 di Parlimen Jerai.

Bolehkah Pas kawasan Jerai mengekalkan kemenanagan di Jerai untuk ‘tambah power’ ke Putrajaya? atau Umno akan merampas kembali ‘kubu kuat’ sejak merdeka?

Faktor penting Pas di Jerai ialah kekuatan MB Kedah Datuk Seri  ustaz Azizan Razak selaku Dipertua Kawasan dan Adun Sungai Limau.Adakah ustaz Azizan akan masih lagi memikul amanah Pas untuk menjuarai politik Kedah pada pilihanraya umum ke 13.Kita doakan kesihatan terbaik untuk ustaz Azizan Razak.

Persoalan lebih menarik menjelang pilihanraya umum ke 13 nanti.

abu shahid

Akhirnya Calon Timbalan Presiden Utusan Meloya Dijemput Masuk Umno


‘Disungkurkan’: Utusan saran Nasharuddin masuk Umno

Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini mecadangkan Nasharudin Mat Isa yang tewas jawatan timbalan presiden pada pemilihan PAS minggu lalu supaya meninggalkan parti itu dan berjuang dalam Umno.

NONEMenulis di ruangan ‘Cuit’ di akhbar itu hari ini, Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan, Utusan Malaysia, Datuk Zaini Hassan berkata PAS kini mula hilang arah dan beliau berdoa Nasharudin yang seorang ulama akan berbuat demikian.

“Saya berdoa Ustaz Nasharudin Mat Isa, seorang ulama dan bekas orang nombor 2 PAS yang disungkurkan mengikut jejak beberapa pemimpin PAS sebelum ini berjuang dalam Umno.

“Kita tahu Ustaz Nash mempunyai jati diri yang kuat untuk melihat perpaduan umat Islam disatukan, tapi niatnya dihancurkan oleh puak-puak yang tamak dalam partinya sendiri,” tulisnya.

Selain itu, Zaini juga mendakwa matlamat PAS sudah terpesong kerana sanggup meninggalkan janjinya untuk menubuhkan sebuah negara Islam dan memilih bagi mendirikan negara berkebajikan.

“PAS kini telah meninggalkan perjuangan yang kononnya dipegang sejak dulu, untuk bersekongkol dengan sebuah parti yang kita kenali sebagai terlalu antikan Islam.

“Slogan ‘langkah mayat saya dulu’ begitu terkenal setelah Karpal Singh memberi amaran kepada PAS mengenai cadangannya mahu mewujudkan negara Islam dan mewujudkan hukum Hudud.

NONE“Tapi kini, kerana terlalu beralah dan mengharapkan bantuan DAP, mereka tidak berkuasa ‘melangkah mayat’ Karpal. Karpal bagi PAS merupakan kapal yang boleh membawa mereka mencapai cita-cita politik,” kata Zaini.

Justeru, beliau mencadangkan Umno yang kini mempunyai “cukup advantage serta kelebihan hasil muktamar PAS supaya merebut peluang itu.

“Oleh itu, saya cadangkan Umno membuka satu lagi sayapnya iaitu Sayap Ulama Umno,” tulisnya.

Menurut Zaini, ia bersesuaian dengan penubuhan Sekretariat Ulama Muda Umno dikenali sebagai ILMU yang diwujudkan tahun lalu dan diletakkan di bawah Biro Agama parti itu.

young ulama join umno 250610 02“ILMU perlu dikembangkan kepada sebuah Sayap.

“Kita mahu supaya sekretariat ini diangkat menjadi sebuah sayap yang mempunyai Ketua Ulama, Naib Ketua Ulama dan exco-exconya yang tersendiri supaya fungsi dakwahnyake seluruh negara dapat dijalankan dengan lebih tersusun dan mantap,” katanya lagi.

Zaini mengakhiri rencananya dengan mendoakan presiden Umno mempertimbangkan syor penubuhan Sayap Ulama itu dan membawa usul itu dalam Perhimpunan agung Umno akan datang.

“Allah SWT telah membuka laluannya kepada Umno, rebutnya peluang itu,” tulisnya.

mKini

Pas Bachok Kasi Bungkus Nasharudin Mat Isa?


Kelantan tolak Nasharuddin Mat Isa? 
Itu persoalan yang menyusul selepas 10 daripada 12 Pas kawasan di negeri ini selesai bermesyuarat dan membuat pencalonan bagi memilih kepimpinan tertinggi parti pada 3 Jun ini.

Daripada 10 kawasan itu, hanya Jeli dan Pasir Mas sahaja yang mencalonkan Nasharuddin bagi mempertahankan kerusi nombor dua parti yang disandangnya sejak dua penggal lalu.

Keputusan itu sekali gus menggambarkan ‘suara’ di peringkat umbi terhadap kepimpinan Ahli Parlimen Bachok itu yang sebelum ini pernah dikritik keras Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana dikaitkan dengan Kerajaan Perpaduan, semakin tidak memihak kepadanya.

Apa yang mengejutkan, Pas Bachok hanya mengadakan mesyuarat selepas tarikh tutup untuk menghantar pencalonan iaitu sebelum 14 Mei lalu, sekali gus menimbulkan spekulasi tindakan itu dibuat demi ‘menjaga hati’ Nasharuddin jika beliau tidak dicalonkan dalam pemilihan kawasan itu.

Sementara itu, Pas Kota Bharu yang diketuai Penasihat Jentera Pilihan Raya Negeri, Datuk Wan Abdul Rahim Abdullah tidak membuat keputusan untuk mencalonkan pilihannya bagi jawatan itu.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mohamad Sabu yang dikatakan bakal menjadi pesaing utama Nasharuddin dalam pemilihan mendahului dengan mendapat empat pencalonan daripada Pasir Puteh, Rantau Panjang, Kubang Kerian dan Gua Musang.

Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula mendapat dua pencalonan manakala Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abd Razak masing masing mendapat satu pencalonan.

Pada pemilihan parti dua tahun lepas, Nasharuddin menewaskan Mat Sabu dan Husam dalam persaingan tiga penjuru.

Bagi jawatan kerusi Naib Presiden, calon berpotensi, Salahuddin Ayub yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian mendahului dengan mendapat sembilan pencalonan disusuli Tuan Ibrahim, enam pencalonan.

SH

Nota: Tuan Ibrahim tuan Man sah bertanding jawatan Timbalan Presiden Pas dalam pemilihan Pas 2011.

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/5/24/mstar_berita/20110524121555&sec=mstar_berita

Mat Sabu Bakal Timbalan Presiden Pas?


Mat sabu dahului pencalonan Timbalan Presiden Pas

Penyokong Mohamad Sabu mendakwa bekas naib presiden PAS itu setakat kelmarin mendapat 60 pencalonan kawasan untuk bertanding jawatan timbalan presiden dalam pemilihan parti itu Jun ini.

Manakala penyandangnya Nasharuddin Mat Isa yang juga ahli parlimen Bachok pula setakat ini memperolehi 33 pencalonan.

Menurut sumber, keputusan itu diperolehi dari maklumat yang diterima dari kawasan-kawasan yang telah mengadakan mesyuarat bagi memilih calon berkenaan.

Sumber turut memberitahu tiga lagi pemimpin PAS turut mendapat pencalonan untuk bertanding jawatan nombor dua itu.

Mereka adalah naib presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang meraih 13 pencalonan dan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang mendapat 3 pencalonan.

Seorang lagi naib presiden Salahuddin Ayub – yang juga ahli parlimen Kubang Kerian – memperolehi satu pencalonan.

PAS mempunyai 179 kawasan di seluruh negara.

Bagaimanapun usaha Malaysiakini untuk mendapat jumlah pencalonan yang pemimpin PAS yang lain itu masih belum berhasil.

Setakat ini, hanya Mohamad dan Nasharuddin menawarkan diri untuk bersaing merebut jawatan timbalan presiden.

Pada pemilihan 2009, kedua-dua tokoh itu bertembung dalam persaingan tiga penjuru yang menyaksikan Nasharuddin terus mempertahankan jawatan tersebut dengan mendapat 480 undi.

Exco Kanan Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Husam Musa mendapat 281 undi, manakala Mohamad sekadar meraih 261 undi.

Ibu pejabat parti menetapkan pemilihan dan muktamar PAS akan berlangsung pada selama tiga hari bermula 3 Jun ini di Markaz Tarbiyyah PAS di Taman Melewar, Gombak.

Sebelum itu, muktamar bagi sayap-sayap parti – Dewan Pemuda, Dewan Muslimat dan Dewan Ulama – turut akan mengadakan pemilihan bagi memilih pucuk pimpinan mereka masing-masing dua hari sebelum itu.

mKini

Review: Kejutan Dalam Pemilihan PAS 2011


Kejutan menanti dalam pemilihan Pas

Walaupun pemilihan PAS dijadual pada Jun ini, namun cakap-cakap sudah mula kedengaran apabila nama beberapa pemimpin sudah disebut-sebut bakal merebut jawatan timbalan presiden.

NONEMalah, sumber-sumber parti memberitahu, pemilihan kali ini lebih menarik berikutan beberapa kejutan yang bakal berlaku, seterusnya melanjutkan pertembungan dua kumpulan – pro- kerajaan perpaduan dan kumpulan Erdogan – seperti pada pemilihan dua tahun lalu. Continue reading

%d bloggers like this: