Tag Archives: naik haji

Patutkah Tok Mufti Pulak Tibai Jamil Khir ?


Agak agak aku laa…tok mufti ‘tak lama dah’…

Sat lagi Jamil dan geng akan buat ‘kejutan’ kepada tok mufti tersebut..hahahaha

Banyak sangat dah tok mufti ni duk komplain macam macam…

Cer tok mufti ni komen pasai ‘tudung Hajjah Rosmah terbang di hawaii’ pulak…hangpa tengok,lagi cepat depa ‘godam’ tok mufti ni…hahaha

Mufti: Kesian Najib, bukan dibantu tapi diampu

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya menyelar tindakan “penasihat agama” yang didakwanya tidak membantu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam urusan haji, sebaliknya “lebih kepada budaya ampu”.

“Yang bagi komen di Malaysia ini kononnya hendak bantu, sebenarnya bukannya membantu akibat tidak mahu faham, tetapi lebih kepada budaya ampu.

“Jadi rakyat makin keliru. Perkara asas ilmu haji, saya yakin semua jemaah dan bekas jemaah haji semua boleh faham,” kata Juanda  yang juga bekas profesor pelawat di Universiti Oxford, United Kingdom.

Beliau mengulas reaksi Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan penasihat agama kepada perdana menteri Datuk Seri Abdullah Md Zin yang dilapor mempertahankan status haji Najib setelah ditegurnya sebelum ini.

Juanda pada 9 November lalu melahirkan rasa terkejut dengan laporan berita bahawa seorang pemimpin kanan negara bersama isterinya serta orang kenamaan lain telah selesai ibadat haji.

Sedangkan, katanya, paling awal jemaah haji menamatkan ibadat paling awal pada 8 November atau 12 Zulhijah selepas solat Zohor bagi yang nafar awal.

‘Tak dimanfaat, tak bermanfaat’

Susulan itu, Jamil Khir  menjelaskan, kenyataan daripada Twitter Najib bahwa beliau selesai menunaikan haji, sedangkan masih ada rukun belum dilaksanakan, telah disalah tafsir dengan selesai wukuf.

Manakala Abdullah pula menyifatkan tuduhan bahawa Najib dan isteri gagal mengerjakan haji sebagai fitnah pihak yang terdesak, yang didakwa mengeksploitasi agama untuk mengelirukan orang ramai.

Katanya, dakwaan Najib dan isterinya Rosmah gagal mengerjakan haji merupakan fitnah oleh orang “jahil” dalam ilmu mengerjakan haji.

Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini semalam, Juanda berkata, beliau kasihan kepada Najib yang mempunyai pegawai yang banyak tetapi “tidak dimanfaat dan tidak bermanfaat”.

“Kenapa tak bawa penasihat-penasihat agama ini daripada awal dalam rombongan PM yang 20 orang itu, agar hal macam ini tak berlaku daripada awal?

“Berlambak mereka ini ikut buat haji. Jemaah haji biasa pun duduk dengan pembimbing haji siang malam agar dibantu dan diberi nasihat ibadat,” katanya.

Yakin haji lengkap, PM salah tweet

Juanda yang juga profesor pelawat di Universiti Sains dan Pengurusan (MSU) di Shah Alam berkata, komen pihak lain, yang tiada dalam rombongan itu akan merendahkan lagi imej Najib dan merumitkan lagi keadaan.

“Jadi, buat sesuatu biar betul daripada awal awal dalam semua perkara. Kalau tak tahu, eloklah bertanya. Ia tidak akan merendahkan kedudukan sesiapa pun,” katanya.

Mengulas status haji Najib, Juanda berkata, beliau yakin ia lengkap dan perdana menteri tersilap tweet.

“Beliau bermaksud selesai rukun haji. Saya juga tahu PM mabit di Mina dua malam dan melontar dua hari tasyriq. Beliau nafar awal ke Jeddah untuk menghadap Putera Nayef sebelum balik Malaysia. Beliau juga tawaf Wada’ sebelum balik ke Jeddah,” katanya.

NONEBeliau juga menjelaskan, terdapat pihak hendak mengulas isu itu tidak cukup mendalami ilmu haji dan perkara cabang berkaitannya.

Juanda pernah menjadi penasihat haji Malaysia selama enam tahun sehingga 2008 dan pengerusi panel penyediaan buku panduan ibadah yang diterbitkan oleh Tabung Haji.

Beliau juga pernah menjadi guru agama haji muassasah dan pakej untuk orang kenamaan Tabung Haji dari 1996 hingga 2008.

mKini

Gambar Gambar Seribu Makna Najib Rosmah di Mekah


Gambar rosmah bertawaf diatas tu elok dah..

ini lagi satu semasa pergi umrah dulu..

Semoga kepulangan bik mama  ke tanah air nanti tidak lagi seperti ini..

Tutup laa jambul tuu..nak buat free show buat apa..

Tanda-tanda Haji dan umrah seseorang yang diterima di sisi Allah s.w.t. Di antara tanda-tanda Haji/Umrah yang diterima adalah seperti berikut.

.
Menurutnya, merujuk kepada Imam Ghazali dalam kitabnya, ada 3 tanda menunjukkan Haji/Umrah seseorang hamba Allah itu diterima.
Pertama : Masalah solat / sembahyang.
.
Waktu sebelum dia pergi, solat berbelang-belang. buat isyak, subuhnya hilang. tunai zohor, asarnya melayang. maghrib dibuat, isyaknya pula terbang. Maka, selepas umrah, tiada satu pun solatnya tertinggal lagi atau mungkin, solatnya hanya mingguan (jumaat), maka dia kini solat setiap waktu tanpa ketinggalan atau mungkin solatnya hanya tahunan (solat hari raya). Maka dia tidak lagi meninggalkan solat yang difardukan.
.
Namun, bagi yang tidak pernah solat, 1x seumur hidup sahaja dia solat. itupun di solatkan. sebelumnya tidak pernah masuk masjid, bila mati sahaja baru dia dibawa ke masjid. ini yang sangat kita takutkan. Nauzubillah.
 .
Jadi, umrah yang diterima itu, makanya bukan sahaja solat fardunya tidak lagi ketinggalan, bahkan solat sunatnya juga jadi amalan. Samada Dhuha, tahajud dan lain-lainnya.
 .
Kedua : Mengumpat dan Mengossip
 .
Waktu sebelum ke Haji/ Umrah, dia sangat suka membuka keaiban orang, suka diumpatnya orang, suka difitnahnya orang, biasanya mak cik – mak cik, kini menjangkit pula pada pak cik-pak cik. menurut ustaz.
Perkara mengumpat ini, sangat dibenci oleh Rasulullah s.a.w. ini merujuk satu peristiwa di mana suatu malam, seorang sahabat dari orang afrika jumpa Rasulullah s.a.w. beliau menyatakan hajatnya dalam suasana gelap yang bertemankan lampu kecil dirumah Rasulullah s.a.w. Tatkala Aisyah keluar, berdetik dalam hatinya.. ” hitamnya..”
 .
Tatkala orang itu telah pergi, Aisyah mengeluarkan perkataan tersebut pada Rasulullah s.a.w. lantas rasulullah dengan tegas dan agak kemarahan.. muntahkan, muntahkan.., minta Aisyah memuntahkan isi perutnya. Aisyah pelik melihat ketulan daging yang berdarah, sedangkan sudah sekian lama tidak memakan daging.
 .
Menurut rasulullah s.a.w, itu adalah daging saudaramu yang diumpat tadi. Ini lah menandakan betapa berat perbuatan mengumpat. Pastinya sahabat rasulullah itu, tidak marah, kalau dikata demikian, memang dia tahu dia hitam dah malam yang gelap itu, mungkin nampak giginya aje, menurut ustaz, namun untuk memberitakan bahawa, perkara benar pun jika aib, tidak boleh dikatakan.
 .
menurut satu kisah yang dibentangkan oleh ustaz, suatu hari, Nabi s.a.w. bertanya sahabat, ” Siapakah orang-orang yang bankrap:.. ada yang menjawab, apabila dagangan sudah habis, ada yang menjawab bagi yang bersawah berladang, hasil habis musnah di makan hama dan sebagainya, maka nabi kata,bukan itu yang dimaksudkannya. maka sahabat dalam kepelikan bertanya maksud rasulullah s.a.w. , jadi siapa yang bankrap..?
Nabi s.a.w. menjawab, orang yang mengumpat. Amal ibadahnya di pindahkan kepada orang yang diumpat. Dosa dan maksiat orang yang diumpat berpindah kepadanya.
Makanya apabila dia telah mengerjakan haji/umrah.. dia tidak lagi suka kepada mengumpat, baik mendengar dan campur sekalipun.
 .
Ketiga : Tentang Harta.
 .
Sebelumnya dia seorang yang bakhil. Sifatnya mewarisi sifat Qarun. Harta banyak tetapi sangat kedekut. Rasulullah s.a.w. sangat membenci sifat bakhil. seperti kisah sahabatnya sa’labah yang lupa diri apabila sudah berharta. saat diminta mengeluarkan zakat dia sangat sombong. hinggalah suatu ketika dia sedar, dia ingin mengeluarkan zakatnya, zakatnya sudah tidak diterima lagi oleh Rasulullah s.a.w.
 .
Sedangkan nabi s.a.w. pernah tidak makan 3 hari berturut-turut. Baginda sangat lapar. Dengan malu beliau kerumah Saidina Abu Bakar, bertanya dengan lembut, Wahai sahabatku Abu Bakr… saya sekadar bertanya sahaja, ada tidak apa-apakah dirumahmu untuk di makan. Aku sudah tiga hari tidak makan.
 .
Mendengar demikian, menangislah Abu Bakr sepuas-puasnya, Rasul yang mulia, tidak mempunyai apa untuk dimakan, sanggup berada dalam kelaparan… makanya saidina Abu Bakr pun menyatakan beliau pun sama seperti baginda Rasulullah s.a.w… maka beliau mengajak rasulullah s.a.w berangkat ke rumah Umar, manalah tahu ada apa-apa untuk di makan. Abu Bakr sahabat yang kaya sebelumnya, hartanya diinfakkan keseluruhannya untuk islam.
 .
Sampai dirumah Umar, demikian juga dialog Abu Bakr kepada umar. Demikian juga Saidina Umar, menangis teresak-esak, menangis bersangatan. Tidak dapat dibayangkan Rasul yang mulia lagi kekasih Allah, sanggup belapar tidak makan kerana tidak ada makanan. Umar juga seorang yang dermawan. Dia juga tidak mempunyai apa lagi untuk di makan. maka beliau bercadang mengajak Rasulullah s.a.w dan Saidina Abu Bakr ke hujung kampung menuju rumah sahabat yang ada ladang kurma.
 .
Bayangkan alangkah terkejutnya sahabat tersebut diziarahi oleh ketiga-tiga yang mulia tersebut. Dalam keadaan terperanjat, teruja bahkan sangat gembira. Tidak pernah dibayangkan nabi s.a.w yang mulia sangup menjejak kaki ke rumahnya. Langsung diajak masuk hingga dia tidak tahu apa nak buat kerana terlalu gembira.
 .
Akhirnya apabila diketahui hajat baginda dan 2 sahabat yang mulia, dia menangis bersangatan juga, lantas terus belari keluar memanjat sendiri pohon kurma, memetik dan menghidang sendiri dalam tangisan. Dia merasa bersalah, dia punyai ladang kurma, sedang Nabi dan sahabatnya tidak makan 3 hari. dia sangat menyalahkan dirinya.
 .
Rasul yang mulia, bila nak makan kurma pun, masih sempat berkata, ‘ini juga akan ditanya oleh Allah s.w.t.”…. sungguh sedih kisah tersebut… mengalir airmata, tatkala dikisahkan oleh ustaz di Makkah tersebut.
 .
Ya… Rasulullah… Ya Khalifah Awal… Ya Khalifah Thani… sungguh mulia pimpinan kamu…
Maka, apabila umrah kita diterima oleh Allah, kita tidak lagi bersifat bakhil dan kedekut. kita pasti senang berderma, menginfakkan harta, lebih-lebih lagi ke sekolah-sekolah pengajian al-Quran.
 .
Makanya, apabila telah diterima oleh Allah ibadah kita, ketiga-tiga perkara tersebut akan tertegak dalam diri kita. sebaliknya, jika tiada, maka perbanyakkan memohon ampun kepada Allah s.w.t.
 .
Wallahu aa’lam.
%d bloggers like this: