Tag Archives: Mutaah

Tu Dia: Anak Taib Mahmud Ada RM2 Billion Dalam Pelbagai Akaun, Kata Bekas Isteri


Shahnaz-Majid-syariah-divorce-mahmud-taib

Shahnaz A.Majid memberitahu Mahkamah

Anak Ketua Menteri Sarawak Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Abdul Taib mempunyai kira-kira AS$700 juta (lebih RM2 billion) di bank akaun serata dunia termasuk Switzerland dan Luxembourg, Mahkamah Syariah Kuala Lumpur diberitahu hari ini.

Bekas isterinya, Shahnaz A. Majid (gambar) memberitahu mahkamah, beliau tidak ingat di mana akaun berkenaan secara spesifik namun memberitahu jumlahnya AS$700 juta dalam akaun Abu Bekir. Shahnaz sebelum ini memaklumkan jumlah itu hanya RM700 juta.

“RM100 juta jumlah kecil baginya. Dia pasti mampu membayarnya,” katanya.

Shahnaz memberi keterangan di mahkamah berhubung permohonan pampasannya RM300 juta dan RM100 juta mutaah dalam permohonan penceraian itu.

Shahnaz, 50, turut mendakwa 50 peratus aset mereka kepunyaan bekas suaminya. Ini termasuk kereta mewah, rumah, tanah dan pegangan saham.

Kes perbicaraan itu mendedahkan kemewahan keluarga ketua menteri Sarawak.

Dalam penghakiman itu, Shahnaz meminta aset bekas suaminya itu seperti tujuh buah kereta mewah, ribuan hektar tanah di Sarawak dan pegangan saham dalam 15 syarikat.

“Dia memiliki 150 buah syarikat dan pemegang saham dalam 21 syarikat tersebut dan memiliki RM1 bilion pegangan saham.

“Dia memperoleh secara bersih RM2 juta setahun untuk peruntukan hiburan, pelancongan dan kereta yang ditanggung oleh syarikat tersebut,” katanya.

Sewaktu ditanya oleh peguamnya, Dr Rafie Mohd Shafie, Shahnaz berkata beliau bekerja dengan Sarawak Securities pada 1993 sebagai pengurus besar dan Abu Bekir sebagai pengarah.

“Syarikat mencatatkan keuntungan RM60 juta setahun dengan pulangan lebih dari RM200 juta,” katanya semasa perbicaraan itu.

Suri rumah 50 tahun itu menafikan beliau memeterai perjanjian bersama Abu Bekir bagi membayar sejumlah wang bagi penyelesaian di luar mahkamah.

Semasa ditanya oleh peguam lain, Akbardin Abdul Kader, Shahnaz berkata beliau tidak akan menerima perbuatan Abu Bekir kepada dirinya.

Shahnaz sebelum ini mendedahkan Abu Bekir mempunyai seorang anak dengan perempuan warga Australia dan kemudian berkahwin dengan wanita Rusia. – 2 September, 2013.

tmi

Arianie Pulak Tuntut Mutaah dan Edah Dari Hattan


Bicara tuntutan mutaah dan edah bekas isteri Hattan jun depan

PETALING JAYA: Permohonan tuntutan mutaah dan edah yang difailkan oleh bekas isteri kepada penyanyi popular, Hattan akan dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Jun depan.

Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Muhammad pada Rabu, menetapkan kes itu didengar pada 21 Jun depan dan akan dimulakan dengan keterangan plaintif, Arianie Mohd Abidin.

Arianie, 40, yang merupakan seorang pramugari dijadualkan memberi keterangan secara bertulis pada perbicaraan itu nanti.

Walaupun telah menetapkan tarikh perbicaraan, Wan Mahyuddin masih berharap agar Arianie dan Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Shahbuddin, 47, boleh mencapai persetujuan dalam tuntutan tersebut.

“Jika boleh, selesaikan kes ini secara baik kerana kes ini telah difailkan sejak tahun 2005. Kes ini telah terlalu lama…,” katanya.

Pada prosiding sama, beliau juga memerintahkan supaya peguam syarie Hazirah Othman @ Man yang mewakili Arianie untuk memfailkan jawapan kepada pembelaan Hattan sebelum tarikh perbicaraan, jika berhasrat untuk berbuat demikian.

Ini kerana Hazirah mengakui pihaknya masih belum berbuat demikian walaupun Hattan telah memfailkan pembelaannya pada 9 Mac lalu.

Prosiding pada Rabu hanya dihadiri oleh peguam-peguam syarie memandangkan kehadiran Hattan dan Arianie telah dikecualikan oleh mahkamah.

Sementara itu, peguam syarie Roshdan Sujak Rafie yang mewakili Hattan memberitahu, pembelaan penyanyi lagu “Biso Bonar” itu menafikan segala dakwaan Arianie yang mendakwa dirinya banyak berkorban demi kerjaya seni Hattan.

Hattan dan Arianie bernikah pada 17 Disember 1996 dan bercerai pada 10 Mac 2005 dan dikurniakan seorang anak, Adam Eiman, 13, yang diletakkan di bawah jagaan Hattan.

Prosiding mahkamah sebelum ini sedikit terganggu selepas Arianie perlu mendapatkan kelulusan daripada Jabatan Insolvensi kerana pernah diisytiharkan bankrap pada 9 Ogos 2006 oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam, dekat sini.

salwa sha’ari

Nota: dari bebrapa sumber menyatakan arianie telah didapati bankrupsi..

laporan mStar sebelum ini..

17/5/2010

Bekas isteri Hattan, Arianie Mohd Abidin, 39, memfailkan pindaan terhadap tuntutan jumlah mutaah semasa prosiding di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini.

Bagaimanapun, Hakim Syarie, Ghazali Ahmad mengarahkan Arianie selaku pihak plaintif menyelesaikan isu insolvensi terlebih dahulu.

Arianie difahamkan perlu memenuhi beberapa syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM) sebelum kes itu boleh didengar di mahkamah.

Sehubungan itu, peguam syarie, Roshdan Sujak Rafie yang mewakili Hattan atau nama sebenarnya, Mohd Shukri Shahabudin, 46, memohon tarikh sebutan kes yang baru.

“Kami memohon tarikh sebutan supaya plaintif memenuhi syarat (insolvensi) dan agar pihak kami failkan pembelaan sekiranya plaintif telah penuhi tuntutan JIM,” katanya kepada mahkamah.

%d bloggers like this: