Tag Archives: muslim world

indahnya: Islam Bertapak di Tanah Bikini-Mini


islam bertapak dibumi Bikini Mini dan karnival

RIO DE JANEIRO, 23 Ogos: “As-salam-aleikum!” Ucap Omar kepada para jemaah semasa memasuki masjid pertama di Rio iaitu Mesquita da Luz selepas beliau berbuka puasa.

Itulah antara bahasa Arab yang Omar tahu dan beliau terus meneruskan perbualannya dalam bahasa Portugis bersama rakan-rakan Islam yang lain, yang sepertinya baru memeluk agama tersebut di dalam negara terbesar penganut Kristian Katholik.

(Umat Islam sembahyang di Rio ketika anak-anak mereka bermain-main)

Di tanah yang lebih terkenal dengan bikini-mini dan karnival mewah yang memaparkan wanita yang berpakaian jarang, satu kumpulan kecil dan sedang bertambah besar orang Brazil dari pelbagai kaum telah memeluk agama Islam.

Untuk berdekad, hanya keluarga berketurunan dari Libya, Palestine dan Syria yang mengamalkan Islam di Brazil.

Omar, sehingga empat tahun yang lepas merupakan seorang paderi di satu gereja tempatan, menceritakan mengapa beliau memeluk Islam.

“Dalam Islam, saya menjumpai semua benda yang tengah saya cari.  Saya jumpa Tuhan sebagaimana yang Dia mahu, tanpa sebarang pengubahsuaian,” kata Omar, 34 kepada AFP.

Berpakaian jubah djellaba tradisional lama, beliau enggan memberikan nama sebenar, tetapi hanya memberikan nama Muslim beliau: Omar Israfil Dawud bin Ibrahim.

“Pada masa ini, anda akan belajar bahawa Islam adalah salah satu agama monoteistik. Tidak ada prejudis terhadap agama ini,” kata Omar, yang berada di sisi isterinya Alessandra Faria, yang menggunakan nama “Fatima” selepas memeluk Islam dan membuat keputusan untuk mula memakai tudung.

“Pada permulaannya, ibu saya amat takut untuk berada di luar dengan saya. Saya pakai tudung untuk menunjukkan saya Muslim dan sedar bahawa saya adalah sebahagian daripada golongan minoriti,” kata Fatima.

Hijab Fatima mungkin menarik perhatian kerana ia sangat ganjil di Rio, yang rata-ratanya lebih lumrah melihat wanita-wanita berjalan hanya dalam bikini-mini di tepi laut, namun beliau percaya kepercayaannya akan ada tempat di Rio.

“Brazil ialah satu tempat pelbagai budaya. Campuran ini menyebabkan orang Brazil sedang beradaptasi dan toleransi.”

Seperti umat Islam di sini, Omar and Fatima adalah orang baru dalam Islam. Mereka bercadang untuk melawat negara Arab Saudi tahun depan dengan satu grant (biasiswa) dari kerajaan Saudi untuk belajar bahasa Arab.

Pengubahsuaian dan penambahbaikan masjid yang mereka kunjungi di bahagian pedalaman Tijuca, utara daripada Rio telah bermula sejak empat tahun yang lalu dengan derma daripada para jemaah. Masjid itu dijangka dapat menampung 400 orang semasa waktu sembahyang, satu kenaikan taraf yang ketara.

“Bilangan umat Islam semakin bertambah, dan ramai orang Brazil telah bertukar ke Islam. Kita mencari ahli baru secara online,” kata Sami Isbelle, jurucakap kepada Beneficent Muslim Society (SBMRJ).

“Di Rio, terdapat 500 keluarga Muslim, 85 peratus daripadanya adalah orang Brazil yang bertukar agama tanpa ada sebarang pertalian dengan Arab,” kat Isbelle.

Berlainan pula di Sao Paulo dan bahagian selatan Brazil, di mana kebanyakan umat Islam adalah dilahirkan sebagai Islam dan berketurunan Arab.

Banci Brazil tidak mengambil kira bilangan umat Islam, tapi hanya mengeluarkan data mengenai Katolik, evangelicals Kristian, orang-orang Yahudi, Spiritualists dan pengikut agama Afro-Brazil.

“Muslim dikategorikan dalam senarai ‘agama lain-lain’ bersama Buddha, sebagai contoh,” kata pakar Islam Paulo Pinto dari Fuminense Federal University, yang menganggarkan Brazil ialah kediaman untuk sejuta umat Islam.

Indikasi terbaik terhadap perkembangan Islam di negara ini ialah dalam peningkatan tempat beribadat, menurut Pinto. Sekarang ini terdapat 127 masjid, empat kali lebih banyak berbanding tahun 2000.

Selepas serangan September 11 di Amerika Syarikat, “ada perkembangan minat terhadap Islam dan ramai yang ingin memeluknya,” tambah Pinto. “Islam kini dilihat sebagai satu bentuk rintangan yang baru.”

Namun, ia adalah “telenovela” atau satu drama (soap opera) yang dilancarkan tiga minggu selepas serangan 2001, “The Clone” yang menyemarakkan minat orang Brazil terhadap Islam.

Bertempat di Morocco, drama popular itu telah menunjukkan “imej positif di bahagian tersebut di dunia, dengan satu wira Muslim yang baik hati,” kata Pinto.

“Terdapat kecenderungan untuk berfikir bahawa budaya Brazil, sebagai liberal dan sensual seperti yang sedia ada, adalah bertentangan dengan kaedah-kaedah Islam.

“Tetapi yang sebenarnya, terdapat banyak kaedah-kaedah konservatif yang sebahagiannya daripada kawalan moral dan seksual. Lihatlah berapa banyak evangelicals Kristian yang berjaya di Brazil! ”

Claire de Oliveira (AFP)

Hd

Berita Baik: Pintu Rafah Dibuka Semula


Alhamdulillah…

Kali pertama sejak empat tahun lalu

RAFAH: Mesir hari ini membuka semula sempadan Rafah yang menghubungi Semenanjung Gaza yang membolehkan orang ramai bebas menyeberanginya untuk kali pertama selepas empat tahun.

Antara yang pertama menyeberangi sempadan itu melalui pos kawalan hari ini ialah dua kenderaan ambulans yang membawa pesakit dari Semenanjung Gaza untuk mendapatkan rawatan di Mesir, selain bas mini yang membawa ratusan pelawat.

Menteri Luar Mesir, Nabil al-Arabi pada 29 April lalu mengumumkan pembukaan semula sempadan Rafah selepas penyatuan semula kumpulan Fatah dan Hamas di Palestin.

Amerika ,Israel bimbang pintu Rafah dibuka semula

Kerajaan Mesir berkata pihaknya akan membuka semula secara kekal pintu Rafah hari ini bagi menghentikan empat tahun cengkaman Israel ke atas Tebing Gaza.

“Rumah putih menggunakan hak asasi manusia dan demokrasi sebagai alat dan kerajaan Mesir digesa tidak tunduk kepada tekanan Amerika Syarikat dan Israel,” kata Hossein Naqavi Hosseini, ahli Jawatankuasa Keselamatan Nasional dan Dasar Luar Parlimen Iran.

Beliau berkata, kerajaan Mesir mempunyai hak mutlak untuk membuat keputusan mengenai Rafah.  Penentangan Amerika dan Israel membuktikan sikap tidak berperikemanusiaan mereka.

“Amerika dan Israel mendiamkan diri atas setiap jenayah apabila kepentingan mereka berada dalam keadaan bahaya,” katanya kepada agensi berita Majlis (ICANA).

Ahli Parlimen Republik Islam Iran itu menekankan bahawa Tel Aviv menentang kuat keputusan kerajaan Mesir kerana rejim Israel bertekad untuk menghancurkan sebuah negara.

Bagaimanapun, dengan pembukaan semula Rafah akan membantu media antarabangsa memberi peluang kepada masyarakat dunia menyuarakan pendapat mereka berhubung nasib yang menimpa rakyat Palestin secara terperinci,” katanya.

Pembukaan semula sempadan itu juga akan menyediakan jalan keluar rakyat Palestin di Gaza kepada dunia luar untuk akses kepada barangan keperluan dan makanan asas yang telah dinafikan akibat sekatan Israel yang kejam itu.

Rejim Hosni Mubarak yang membantu Israel menguatkuasakan sekatan di Tebing Gaza enggan membuka pintu Rafah sejak Jun 2007 walaupun Mesir mempunyai kuasa mutlak dan hak kedaulatan kawasan itu.

Bekas rejim Mesir itu kini menghadapi tekanan daripada rakyat dan beberapa negara Arab kerana enggan membuka pintu sempadan itu walaupun Tebing Gaza diserang teruk oleh Israel pada 2008, di mana hampir 1,400 orang maut, kebanyakannya wanita dan kanak- kanak.

Serangan selama 22 hari dari Israel itu membawa kesan buruk kepada krisis kemanusiaan di Gaza ketika mana banyak prasarana awam telah musnah akibat penaklukan tentera-tentera Israel.

Para penduduk Gaza sejak sekian lama menghadapi kesulitan hidup ekoran kekurangan bahan makanan, air, bahan bakar dan elekrik.

– presstv

Mahkamah Iran Arahkan Lelaki Disimbah Asid


Hukuman balas atas tindakannya sendiri

TEHERAN – Seorang lelaki Iran, Majid Movahedi yang didapati bersalah menyimbah sebaldi asid ke muka seorang wanita, dijatuhi hukuman sama dengan jenayah yang dilakukannya oleh mahkamah negara itu.

Majid melakukan perbuatan kejam itu selepas mangsa, Ameneh Bahrami beberapa kali menolak lamarannya untuk berkahwin, sehingga mengakibatkan wajah wanita itu rosak teruk selain menyebabkannya menjadi buta dalam serangan pada 3 November 2004.

Mahkamah mengarahkan Majid dibutakan menggunakan asid selepas lelaki itu mengaku bersalah atas jenayah itu.

Hukuman itu sepatutnya dijalankan kelmarin, namun pihak berkuasa Iran menangguhkannya selepas campur tangan masyarakat antarabangsa, termasuk Britain, yang mengecam hukuman itu.

Ameneh berkata, pada awalnya dia mahu menjalankan sendiri hukuman itu yang ditegaskan sebagai sah dari segi undang-undang agama.

“Tetapi saya takut asid tumpah di tangan saya, jadi lebih baik doktor yang melakukannya. Saya menunggu selama enam tahun untuk hari ini,” katanya, kelmarin.

Hukuman relevan untuk kes di Malaysia

Mengejutkan. Meskipun sudah 23 kes simbah asid melibatkan mangsa dan pemangsa yang saling tidak mengenali dilaporkan di sekitar Lembah Klang sejak Mac lalu, dan semakin menjadi-jadi bulan ini, masih ramai wanita yang seakan tidak ambil endah, sekali gus mendedah­kan diri mereka sendiri untuk menjadi mangsa seterusnya.

Ini kerana, daripada laporan kes terdahulu, hampir kesemua mangsa diserang di tempat terbuka, tidak ada kaitan malah tidak mengenali penyerang selain daripada berimej sama iaitu bertudung.

Tinjauan Sinar Harian semalam mendapati, rata-rata wanita muda di Ibu Kota dan pusat bandar lain di Lembah Klang, bukan sahaja tidak takut malah tidak sedar keselamatan mereka kini terancam, meskipun berada di tempat terbuka seperti berhampiran stesen Komuter atau LRT.

“Saya tak tahu. Betulkah ada kejadian seperti itu?” tanya Amira Mohamad, 23, penuntut Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) ketika ditemui di Jalan Pantai Bharu di sini.
Menurutnya, rutin harian sebagai penuntut sentiasa sibuk dengan pelajaran menyebabkan dia kurang memberi perhatian.

“Kalau baca surat khabar pun, setakat baca saja. Saya tak ikuti sepenuhnya dan tak ambil ingat sesuatu perkara. Terima kasihlah kerana beritahu” katanya.

Nur Ilyka Mohd Nasir, 17, seorang pelajar tingkatan lima di sebuah sekolah di Ampang mengaku, ada mendengar me-ngenai serangan itu, namun dia tidak berasa dirinya terancam.

“Saya pergi sekolah dengan bas, balik sekolah pun dengan bas. Semasa tunggu bas pun, ramai-ramai dengan kawan. Jadi saya tak rasa diri saya akan diserang ‘lelaki asid’,” katanya.
Tambahan, Nur Ilyka berkata, daripada apa yang pernah diberitahu ibu bapanya, serangan itu berlaku di kawasan yang hampir dengan pusat bandar.

“Setahu saya, serangan itu tak pernah berlaku di kawasan Lembah Jaya, Ampang tempat saya tinggal,” katanya.

Mengikut rekod, pagi Jumaat lalu, serangan seumpama itu berlaku di Seksyen 10, Wangsa Maju yang berjarak hanya kira-kira 10 kilometer dari Ampang, tempat di mana Nur Ilyka berasa selamat.

S Yasotha, 38, ketika ditanya mengenai hal itu berkata, dia tidak tahu mengenai ‘lelaki asid’ kerana tidak mengikuti laporan media massa.

“Saya tidak tahu mengenai simbah asid. Betulkah kejadian itu ada berlaku?,” katanya.
Seorang guru, Shobihah Ismail percaya, lelaki asid hanya menyerang mangsa tertentu.
“Oleh itu, tidak perlu khuatir dan berhati- hati menghadapi kemungkinan disimbah asid,” katanya.

Pandangan sama juga disuarakan pembantu kedai, Siti Hawa Ramly, 18, yang mengaku tidak bimbang keluar berurusan setiap hari walaupun tahu isu ‘lelaki asid’ berleluasa.

“Saya tidak bimbang kerana percaya serangan itu berlaku kerana ada sebab tertentu, mungkin dendam. Saya tidak terlibat dengan penyerang itu jadi buat apa nak rasa takut?,” katanya.

Penuntut kolej swasta, Nurhaliza Abd Razak, 21, mengaku tidak buat sebarang persediaan menghadapi kemungkinan seandainya dia dijadikan sasaran.
“Sudah tahu ini, rasa takutlah juga tapi saya buat macam biasa saja,” katanya.

HS

Gadis Maghribi Tawar Jadi Isteri


GOLONGAN wanita Maghribi dilihat lebih berani dan serius dalam mencari pasangan di internet berbanding lelaki.

Gadis Maghribi cari jodoh di internet

DI negara yang kebanyakan perkahwinannya masih diatur, ribuan individu yang bujang serta kesepian mencari pasangan mereka dengan hanya satu klik di tetikus komputer di laman web Soukzouaj.

“Laman mencari jodoh itu direka pada Jun 2010. Walaupun masih baru, laman ini boleh dikatakan berjaya mungkin kerana ia percuma dan juga mudah,” kata Pengasas Soukzouaj, Yasser Nejjar.

Setiap hari, kira-kira 2,600 calon pasangan akan melayari laman itu dan dua per tiga daripadanya ialah wanita.

Laman itu akan menunjukkan peta Maghribi yang dibahagikan kepada 16 bahagian, kemudian pelayar hanya perlu klik pada bahagian yang dipilih untuk mencari pasangan.

“Sebagai contoh, berdasarkan pemerhatian hari ini sebanyak 1,670 catatan masuk daripada wanita berbanding lelaki 870 sahaja.

“Saya berpendapat keadaan ini menandakan wanita lebih berani berbanding lelaki. Kebanyakan catatan menunjukkan mereka benar-benar komited serta berminat untuk mengikat hubungan halal menerusi perkahwinan,” kata Nejjar.

Penganalisis Maghribi menganggap laman perkahwinan itu merupakan satu fenomena baru yang mempunyai kaitan dengan teknologi komunikasi, walaupun di negara ini kebanyakan perkahwinan sudah diatur mengikut pilihan ibu bapa.

“Kini, golongan perempuan juga boleh memilih pasangan mereka. Mereka mahukan suami yang cintakan mereka, hormat, lelaki yang tidak mempunyai ibu yang berfikiran kolot yang tidak membenarkan mereka tinggal berasingan selepas berkahwin kelak,” kata ahli sosiologi, Soumaya Naamane Guessous.

Katanya lagi, kejayaan laman Soukzouaj menunjukkan bahawa di negara yang kebanyakan anak-anak berkahwin atas pilihan ibu bapa sudah berubah. Golongan remaja perempuan tidak lagi menerima bulat-bulat pilihan ibu bapa mereka.

LAMAN Soukzouaj menjadi fenomena di Maghribi dalam kalangan orang muda.


Angka rasmi terbaru menunjukkan lebih 13 juta orang melayari laman sesawang di negara yang mempunyai populasi 32 juta penduduk itu.

Malah, penggunaan internet juga memainkan peranan dalam demonstrasi yang dilakukan baru-baru ini iaitu reformasi prodemokrasi di Maghribi. Ia mengikuti trend di dunia Arab yang bermula di Tunisia di mana protes yang berterusan menyebabkan kejatuhan Presiden Zine el Abidine Ben Ali, Januari lalu.

Protes pertama di beberapa bandar di Maghribi pada 20 Februari lalu merupakan suara yang mewakili golongan belia melalui laman sosial Facebook.

Berbalik kepada laman Soukzouaj, kebanyakan catatan wanita adalah yang menggunakan dialek Maghribi dan Perancis. Ini menunjukkan mereka mengharapkan permintaan mereka dihormati serta menepati ciri calon suami yang dianjurkan Islam.

“Wanita muda Maghribi, guru, mahukan calon Muslim yang baik hati, lelaki yang baik, menghormati wanita serta ikhlas dari segala sudut,” menurut salah satu posting di laman tersebut.

Sementara itu, catatan kaum lelaki pula lebih kepada kedudukan sosial dan kesungguhan mereka.

“Saya Simo, 28 tahun berasal dari Rabat, bekerja sebagai jurutera komputer sektor kerajaan, baik dan serius, mencari pasangan dari bandar untuk hubungan yang serius, semoga dengan izin Tuhan, hubungan yang terjalin akan membawa kepada perkahwinan yang suci,” kata seorang jejaka yang sedang mencari pasangan yang diimpikannya.

Menurut seorang pemerhati, kewujudan laman perkahwinan itu menunjukkan perubahan yang terjadi berikutan kemodenan yang dialami masyarakat Maghribi.

“Selain itu, kami juga melihat terdapat ramai lelaki dan wanita yang dalam kesunyian dan kecewa,” kata Naamane Guessous.

AFP

Kisah Benar: Iran Berjaya Cipta ‘Piring Terbang’


AGENSI berita Fars menyiarkan ilustrasi yang menunjukkan bentuk piring terbang ciptaan saintis Iran yang kelihatan sama dengan gambar piring terbang dalam filem keluaran Hollywod pada tahun 1950-an.

Kejutan dari saintis Iran kepada dunia barat

TEHERAN – Para saintis di Iran berjaya mencipta piring terbang yang pada kebiasaannya dikaitkan dengan teknologi makhluk asing, lapor sebuah akhbar semalam.

Agensi berita Fars di negara itu turut menyiarkan ilustrasi sebuah piring terbang yang didakwa ciptaan para saintis negara berkenaan yang sedang berlegar-legar di sebuah kawasan hutan. Continue reading

Akhirnya..Syeikh Akutolong Berjaya


Mohd Fairudz sewaktu diinterview oleh tv9 pada tahun 2007

Mengesan saudara Mohd Fairudz bin Mohd Yusuf

Setelah beberapa hari mencari laman mohd Fairuz ,akhirnya sahabat kita berjaya mencari

Laman Mohd Fairudz..

Klik disini..

http://kahwinmaghribi.blogspot.com/

Kepada semua tetamu Pena Kusisip Blog yang mempunyai beberapa soalan, silakan  ke address diatas.

%d bloggers like this: