Tag Archives: MUI

Hakim Syariah Pulak Kena Cekup Bertelanjang dengan Pompuan


Telanjang berdua dengan perempuan, Hakim Syariah Dainuri wajar dipecat

Kelakuan seorang hakim syariah di Tapak Tuan, NAD, Dainuri sungguh memalukan. Hakim dengan gelar Sarjana Hukum Islam (SHI) itu pun sangat layak untuk dipecat.

“Ya wajar. Dia kan sudah tahu kalau berbuat dosa itu ada malaikat yang mencatatnya,” kata Ketua Umum MUI Umar Shihab saat dihubungi detikcom, Rabu (23/11/2011).

Menurut Umar, Dainuri akan mendapat dosa lebih besar karena dirinya sudah mengetahui soal aturan-aturan agama. Hakim syariah seharusnya menjadi contoh bagi yang lain.

“Kalau dari segi agama ya orang-orang yang tahu dan memahami agama dan aturan, maka dosanya lebih besar dari orang yang nggak tahu,” katanya.

Karena perilakunya itu, kata Umar, Dainuri sangat tidak layak menjadi hakim. “Karena orang taat agama itu diperlukan dalam melaksanakan tugas. Kalau tidak, tidak layak diangkat sebagai hakim,” ujarnya.

Menurut Umar, konsekuensi yang harus dihadapi hakim syariah cabul tersebut tentu akan mendapatkan sanksi sosial. Hakim tersebut bisa dikucilkan di masyarakat dan kepercayaan masyarakat terhadap dirinya akan hilang.

“Misalnya dia kalau datang ke rumah seseorang membutuhkan sesuatu, orang itu kan sudah nggak percaya lagi dan nggak mau membantu lagi,” ucapnya.

Namun jika hakim tersebut sudah berubah dan bertobat, masyarakat juga harus menerimanya. “Sebagai saudara jangan terus menerus memberikan sanksi seumur hidup. Kalau sudah berubah dan bertobat maka harus diterima,” lanjutnya.

Sebelumnya ketua sidang Majelis Kehormatan Hakim (MKH) Imam Soebechi memutuskan memecat sejumlah hakim yang berperkara termasuk hakim Dainuri. Dalam MKH Nomor 2/MKH/XI/2011 memutuskan untuk memberhentikan hakim Dainuri, SHI dengan hormat, tidak atas permintaan sendiri dari jabatannya sebagai hakim Mahkamah Syariah.

Dainuri telah melakukan perbuatan yang tidak senonoh dengan Evi, perempuan yang sedang berperkara yang kasusnya ditangani Dainuri. Dainuri mengakui kalau dirinya pernah bermesraan berkali-kali dengan Evi dengan cara menggosok-gosok punggung Evi di kamar mandi dan berpangkuan dalam keadaan telanjang di hotel yang disewa olehnya.

gus/ken..detik.com

Ulama indonesia Cadang Haramkan Penyanyi Dangdut Seksi Seksa


Cawangan MUI ambil langkah jaga akhlak rakyat

JAKARTA: Sebuah cawangan Majlis Ulama Indonesia (MUI) bercadang mengharamkan penyanyi dangdut sensasi termasuk Inul Daratistam, Dewi Persik dan Julia Perez daripada mengadakan sebarang persembahan, dalam apa yang disifatkan sebagai langkah ke arah menjaga akhlak rakyat.

Tindakan ini menyusul pengharaman yang dilakukan MUI cawangan Sumatera Selatan, sebuah institusi ulama yang ditubuhkan bekas presiden Suharto. Ia tidak mempunyai sebarang kuasa sebenar, manakala yang dikeluarkan biasanya tidak dipedulikan.

Selain Inul, Dewi dan Julia, Setiausaha Agung MUI cawangan Jawa Barat, Rafani Achyar berkata pihaknya mahu mengharamkan persembahan Anisar Bahar, Uut Permatasari, Ira Swara, dan kumpulan Trio Macan.

Beliau berkata tindakan diambil ke atas perbuatan penyanyi itu, bukan terhadap muzik penyanyi itu sendiri.

“Alasan seni tidak boleh digunakan untuk membenarkan kelakuan tidak bermoral seseorang penyanyi. Seni adalah sesuatu yang indah dan bukan untuk mewujudkan kekecohan atau jenayah. Wanita boleh bekerja mencari sara hidup tetapi mereka tidak boleh mengorbankan perkara yang berkaitan dengan akhlak,” katanya.

Sementara itu, Julia Perez berkata dia berasa kecewa dengan langkah MUI untuk mengaramkan penyanyi dangdut erotik termasuk dirinya.
“Saya tidak memusnahkan moral sesiapa. Jika saya dianggap seksi saya mohon maaf tetapi saya bukan pembawa masalah, saya juga tidak menyebarkan fahaman baru,” katanya.

Julia berharap dia dapat bertemu dengan jawatankuasa MUI Jawa Barat bagi membincangkan pendirian pertubuhan itu selain menyatakan bahawa senarai lapan penyanyi dangdut yang dinyatakan sudah ‘ketinggalan zaman’.

“Trio Macan sudah dibubarkan sedangkan Ira Swara sentiasa berpakaian sopan,” katanya.

Julia atau lebih dikenali sebagai Jupe percaya, tindakan MUI ditujukan kepada penyanyi lagu rancak dan gerak tarian lincah di pentas.

“Adakah saya patut menari perlahan ketika menyanyikan lagu ‘Belah Duren? (Belah Durian),” katanya. – Agensi

INFO: Dangdut

  • Dangdut adalah sejenis muzik popular Indonesia yang sebahagiannya diciplak daripada muzik Melayu, Arab dan Hindustan serta mula diminati pada 1970-an sebelum popular lewat 1990-an.
  • Satu kugiran dangdut biasanya dianggotai seorang penyanyi utama, lelaki atau wanita serta dibantu empat hingga lapan pemuzik lain.
  • Kebanyakan bandar utama Indonesia khususnya di Jawa menjadi lokasi persembahan nyanyian dangdut beberapa kali seminggu dan ada penyanyinya muncul di televisyen.
  • Bermula pada 2003, ada ahli pemuzik dangdut menjadi fokus kontroversi di khususnya Inul Daratista menerusi teknik ‘goyang gerudi’ hingga ada ulama menggelar persembahannya satu bentuk pornografi.
  • Bantahan terbuka diadakan menuntut Inul diharamkan daripada muncul di televisyen dan satu rang undang-undang diluluskan pada 2008 oleh Dewan Permesyuaratan Rakyat mentakrifkan pornografi.
Bernama
%d bloggers like this: