Tag Archives: Muhyiddin Yassin

Patutkah Noh Omar Buat ‘Taik’ Atas Kepala TPM Muhyiddin ?


Cakap laa mulut dah pun kerkunci..

PKR Dan PR dah dedahkan segala tempayan NFC, siapa yang dah sapu cukop cukop ?

Mak cik Shahrizat pun dah upaya nak londeh kain lagi kan..

Jika dah 3 orang Pak Menteri terbabit dalam skandal NFC ni buatlah satu siasatan Diraja secara menyeluruh, tapi bolehkah begitu ?

Nak cantek lagi ‘gantung’ tugas ketiga tiga menteri berkenaan.

Noh Omar serahkan kepada Muhyiddin untuk jawab isu NFC

KUALA LUMPUR, 16 Jan — Berdepan dengan kesan kontroversi isu Pusat Fidlot Nasional (NFC) Datuk Seri Noh Omar hari ini meletakkan segala tanggungjawab itu kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ini menjawab sedemikian apabila ditanya pemberita mengapa operasi NFC tidak dihentikan dan menjawab persoalan itu perlu ditanyakan kepada Muhyiddin.

Beliau juga ditanya mengenai tindakan yang akan diambil terhadap NFC, yang dijalankan oleh Datuk Seri Mohamed Salleh Ismail, suami kepada Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil.

“Tiada masalah, yang ini, anda tanya TPM,” katanya sebanyak dua kali semasa sidang media di sini sebelum meminta untuk pergi.

Noh (gambar) sebelum itu memberikan sidang media selama 20 minit mengenai panduan baru kerajaan Malaysia untuk mengawal industri sarang burung.

Pembantunya bagaimanapun mengesahkan bahawa Noh akan menemui Muhyiddin mengenai isu NFC petang ini.

Semasa mengumumkan pembekuan aset-aset NFC pada Sabtu lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau telah mengarahkan Muhyiddin dan Noh untuk mencari jalan penyelesaian terbaik.

Tetapi disebalik pembekuan aset, Pengarah Eksekutif NFC Wan Shahinur Izmir Salleh berkata “operasi perniagaan syarikat berjalan seperti biasa.”

Bekalan daging lembu akan terus dibekalkan kepada semua pelanggan. Tiada sebarang gangguan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Pemimpin pembangkang menyatakan rasa tidak puas hati terhadap keputusan terbaru kerajaan itu sebaliknya berharap tindakan tegas diambil ke atas Shahrizat dan keluarganya.

Ahli Parlimen Ipoh Timor, Lim Kit Siang hari ini menegaskan, tindakan kerajaan membekukan aset NFC adalah satu tindakan sia-sia kecuali jika gaji bulanan keluarga Shahrizat dipotong kepada dua pertiga daripada RM215,000 kepada RM71,000.

PAS juga meminta agar ditubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyiasat kontroversi projek bernilai RM250 juta yang diserahkan kepada keluarga Shahrizat serta membekukan semua aset pengarah syarikat.

Shahrizat memohon cuti tiga minggu ekoran tuduhan yang dilemparkan terhadap diri dan keluarganya itu.

Oleh Clara Chooi tmi

Ketua Umno Bahagian Dakwa Ahli Tidak Puas Hati Dengan Najib


Ketua Umno Padang Besar berkata, 1Malaysia itu telah memberi banyak ruang kepada kaum lain.

Ketua Umno Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin mendakwa ada ahli Umno dan orang Melayu tidak puas hati dengan pentadbiran negara pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bekas timbalan pengerusi Umno Perlis itu berkata, antara sebab mereka tidak puas hati ialah konsep 1Malaysia yang diperkenalkan Najib pada 2009.

Katanya, konsep 1Malaysia itu telah memberi  banyak ruang kepada kaum lain.

“1Malaysia ini untuk menarik undi dari bukan Melayu tetapi nampaknya tiada tanda-tanda mereka menyokong kerajaan,” katanya.

Zahidi menambah, orang terima Najib dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana Umno tidak ada pemimpin lain.

“Siapa yang layak jadi pemimpin Umno selain Najib dan Muhyiddin?” tanyanya.

Pilihan raya penentu

“Pilihan raya umum ke 13 ini akan menjadi menjadi penentu kepada Najib dan timbalannya itu,” tambah beliau.

Menurut Zahidi, orang Umno dan orang Melayu juga tidak puas hati dengan cara kerajaan mengendalikan kes ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar dibebaskan oleh mahkamah tinggi Kuala Lumpur atas tuduhan liwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan Isnin lalu.

Bagaimanapun, beberapa pemimpin Umno lain ketika dihubungi mendakwa sebaliknya dengan mengatakan konsep 1Malaysia adalah yang terbaik untuk negara.

Ketua Umno Bukit Mertajam, Datuk Musa Sheik Fadzir berkata, kita tidak boleh bersikap rasis kerana Malaysia adalah masyarakat berbilang kaum.

Pendapat sana disuarakan oleh Setiausaha Umno Kubang Pasu, Samsuddin Ahmad.

“1Malaysia ok. Hak orang Melayu tidak terjejas. Kita (orang Melayu) kena terima.

“Saya tidak mendengar rungutan bahawa orang Umno atau orang Melayu tidak suka konsep 1Malaysia ini,” katanya.

fmt

TPM Muhyiddin Bagi ‘Penampar’ Kemuka Tun Mahathir


SAR: Muhyiddin ‘tampar’ Mahathir

TAHUN akhirnya memimpin UMNO dan Perdana Menteri, Dr. Mahathir menyekat semua bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR), kerana pada persepsinya SAR rata-rata menentang kerajaan Barisan Nasional dan ia menyediakan orang-orang yang akan menjadi PAS.

Demi melumpuhkan PAS, kalau boleh dihapuskan PAS, maka Sekolah Agama Rakyat itu perlu dihapuskan dulu.

Sikap  anti SARnya itu dinyatakannya dalam satu perhimpunan UMNO di PWTC.

Sesudah bersara dari Perdana Menteri beliau keluar UMNO kerana kecewa dengan pimpinan Tun Abdullah Badawi.

Selepas Pak Lah berundur Tan Sri Muhyiddin Yassin berusaha membawanya semula masuk UMNO. Tidak diketahui dia sudah UMNO  semula atau belum.

Tetapi Timbalan Perdana Menteri yang menjadi Menteri Pelajaran itu seperti telah menampar muka mantan Perdana Menteri. Apabila secara rasmi mengadakan peruntukan membantu semua Sekolah Agama Rakyat.

Hatta semua sekolah  di bawah Yayasan Islam Kelantan yang mendapat biaya dari kerajaan Kelantan itu pun turut diberinya bantuan.

Dalam kunjungan Muhyiddin ke Kelantan yang terakhir telah menyampaikan sendiri bantuan kepada SAR.

Apa yang dibuat oleh TPM itu adalah mencerminkan dasar UMNO terhadap SAR. Kalau pun tidak semua masa UMNO jadi pro SAR seperti yang berlaku di hujung pentadbiran Dr. Mahathir,  tetapi Menteri Pelajaran seolah-olah mempersetankan sikap anti SAR Mahathir itu.

Dr. Mahathair belum mati, sedikit demi sedikit dasarnya dirongkai oleh pemimpin-pemimpin UMNO selepasnya.

Al-Marhum Ustaz Fadzil Noor pernah mendoakan supaya Dr. Mahatahir dipanjangkan umur, supaya dia dapat menyaksikan kerosakan di muka bumi Malaysia gara-gara dasar dan tindakannya sebagai pemimin kerajaan dan UMNO.

Doa Al-Marhum itu seolah-olah terkabul. Dr. Mahathir sudah melihat, tindakannya menghapuskan pengajaran sains dan matematik dalam Bahasa Melayu, telah memberi kesan besar kepada negara. Pencapaian Bumiputera dalam bidang sains merosot.

Wujud pertembungan  antara pro dan anti pengajaran sains dan matametik dalam Bahas Melayu. Bercelaru antara ucapan Muhyidin tentang dasar bahasa penghantar dalam subjek itu dengan pelaksanaannya. Mungkin Muhyidin mati dulu sebelum isu itu dipullihkan sepenuhnya.

Ketika yang sama anti SAR Mahatahir itu telah tidak dipedulikan oleh Muhyiddin. Anti SAR itu justeru Mahathir terlalu takutkan PAS. Tiada rasa sayangnya kepada pembelajaran  Islam disebabkan ketakutannya yang tinggi terhadap PAS.

Dia sanggup kuburkan sekolah agama kerana tidak mahu melihat PAS dan menggantikan UMNO sekali pun  sekolah pengajian Islam itulah yang menyelamatkan Malaysia menjadi bekas umat Islam.

Islam hancur di Filipina selepas kedatangan Sepanyol. Tiada institusi pengajian Islam yang berkesan menyebabkan negara itu menjadi negara Katholik.

Islam kuat di Kelantan, Kedah, Perlis, Terengganu dan utara Perak berbanding dengan lain-lain negeri di Malaysia ialah disebabkan wujud sistem SAR lama sebelum merdeka.

Muhyiddin menyambung semangat Pak  Lah membantu semula SAR. Mungkin Pak Lah adalah cucu dan anak pengendali SAR. Muhyiddin pula anak guru yang mendidik Mat Indera. Ayahnya pengendali SAR juga. Sekali pun mereka dijangkiti unsur sekular tetapi jiwa Islam mereka lebih jelas dari Dr. Mahathir. Maka mereka mengambil sikap politik membantu SAR sesuai dengan apa yang datuk nenek mereka buat dulu.

Mereka tidak memikirkan apakah PAS dapat manfaat atas sikap mereka membantu SAR, tetapi SAR boleh diselamatkan. Insya Allah, PAS dapat faedah dari SAR yang kuat.

Yang Muhyiddin buat itu betul-betul menempelak sikap dan dasar Mahathir. Mahathir tentu sedar dasarnya dibakut sampahkan. Sikap Muhyidin itu adalah sikap UMNO sekarang. Mahahir sedang menyaksikannya betapa dasarnya dibakul sampahkan.

UMNO sudah menolak dasar Mahathir pada masa dia masih hidup. Kalau Mahathir rasa dasarnya betul, maka  dia tidak boleh berada  dalam UMNO lagi. Kalau masih mahu bersama  UMNO, ini bererti dia mengaku anti SARnya dulu adalah tidak betul.

subky Latiff

Video Ketua Puteri Umno Masuk Pas


tambah garam sikit laa..

Kemana wang RM11 Bilion dibelanjakan ?

Abdul Wahid Endut berkata, beberapa projek yang menggunakan dana khas itu menimbulkan tanda tanya.

PETALING JAYA: Beberapa pemimpin pembangkang bertanya bagaimana kerajaan BN Terengganu membelanjakan wang dana khas  hampir RM11 bilion sejak 2005.

Pesuruhjaya PAS negeri, Abdul Wahid Endut berkata, beberapa projek yang menggunakan dana khas itu menimbulkan tanda tanya.

Beliau menyebut projek pembesaran lapangan terbang dan pembelian stesen radio Manis FM.

“Apa faedah beli stesen radio tersebut? Saya tidak mendengar negeri-negeri lain mempunyai stesen radio,” katanya.

‘Negeri kaya, rakyat miskin’

Ketua penerangan PKR negeri, Faris Musa berkata, rakyat bercakap ke mana habisnya wang sebanyak hampir RM11 bilion itu.

Katanya, tidak nampak sebarang projek yang dibuat untuk faedah rakyat Terengganu.

“Saya bimbang wang itu dibelanjakan untuk projek-projek yang tidak berfaedah tetapi yang mendapat keuntungan ialah kroni Umno.

“Sudah menjadi perbualan umum  mengenai Terengganu iaitu negeri kaya tetapi rakyat miskin,” tambahnya.

Menurut Fariz, banyak pembaziran berlaku apabila BN merampas semula kerajaan dari PAS dalam piluhan raya umum 2004.

Fmt

‘Cinta Elysa’ Punya Pasal Umno Kena Maki


Cinta Elysa lebih laku dari perhimpunan Umno
.
Semua ini gara-gara tidak dapat menonton siri tersebut malam semalam kerana stesen televisyen yang menayangkannya bertindak memberi laluan untuk siaran langsung Perhimpunan Agung Umno di PWTC.
 .
Drama Cinta Elysa itu sepatutnya menemui peminat pada setiap hari Selasa jam 9.00 malam di saluran TV3, tetapi oleh kerana pada masa yang sama juga berlangsungnya Perhimpunan Agung Umno 2011, maka TV3 memberi laluan untuk siaran langsung ucapan dasar Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
.
Ketika itulah, para peminat yang sejak awal lagi menunggu siaran tersebut menjadi marah dan mula mengeluarkan kata-kata kesat serta maki hamun terhadap stesen televisyen tersebut dan juga Umno.
Semua itu dapat dilihat di laman Facebook rasmi Cinta Elysa
 .
Begitulah gelagatnya kalau sudah begitu minat dengan siri-siri drama apatah lagi mereka terpaksa menunggu satu minggu untuk melihat siarannya. Bagi yang memiliki internet bertuahlah, kerana boleh melayari drama itu menerusi laman maya.
 .
Malang pula bagi yang tidak memiliki internet, terpaksalah menunggu seminggu lagi untuk menonton drama kegemaran mereka gara-gara siaran langsung Perhimpunan Agung Umno yang rata-rata tidak ada kena mengena dengan mereka.
.
freemalay

Najib ‘Skru’ Kepala Siapa Pulak


Bengkek lagi beb..

Mat sembab ke, blogger UMporNO ke..tak tau laa sapa kena tibai pagi pagi ni..

Jangan heret keluarga kerana politik‘: Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggesa pemimpin-pemimpin tidak kira parti politik supaya tidak mengheret urusan keluarga demi kepentingan politik masing-masing, sebaliknya memfokus soal berkaitan dengan dasar.

Ia kenyataan pertama Najib sejak blog pro-Umno membuat dakwaan kononnya anak lelaki Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng telah mencabul kehormatan rakan pelajar wanita dan menggunakan kedudukan bapanya untuk melepaskan diri daripada hukuman.

Pelajar perempuan yang dikaitkan dengan isu itu, yang belajar di Amerika Syarikat, telah menafikan dakwaan sedemikian. Begitu juga pengetua sekolah anak Lim belajar sebelum ini.

Beberapa pihak sejak pagi tadi menggesa Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memohon maaf secara terbuka kerana mengeluarkan kenyataan seolah-olah menyokong blog pro-Umno yang membuat dakwaan itu.

Semalam, Muhyiddin meminta Lim membuat laporan polis dan membiarkan polis menjalankan siasatan bagi menjelaskan keadaan sebenar kerana penafian sahaja tidak mencukupi.

“Penafian adalah tidak mencukupi. Kalau tidak buat, minta polis untuk menyiasat dan bersihkan nama,” kata Muhyiddin.

Hari ini, Najib  memberitahu: “Keadaan yang ideal ialah demokrasi moden di mana anda memberi tumpuan ke atas perkara-perkara berkaitan dasar.”

“Apabila anda membahaskan kelemahan polisi dari sudut kelemahan pelaksanaan, biarkan keluarga ke tepi atau (anda) mengeksploitasi urusan keluarga bagi keuntungan politik sendiri,” kata beliau selepas menghadiri perhimpunan perdana pesara polis dan bekas anggota polis di PWTC di sini.

“Anda perlu bersetuju dengan beberapa (elemen) etika. Ia terpakai kepada kedua-dua sebelah.

“Saya tidak bercakap mengenai fakta kes ini. Saya tidak tahu mengenai fakta kes ini, tetapi jika anda mahu bercakap mengenai etika, kecualikan keluarga, maka setiap orang perlu mematuhinya termasuk pembangkang,” kata beliau.

Pagi tadi, Naib Presiden PKR N Surendran mahu Muhyiddin dengan segera memohon maaf kepada Lim kerana membuat kenyataan sedemikian.

“Kami menggesa Umno-BN menghentikan politik memfitnah dan pembunuhan karakter,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Surendran, yang juga seorang peguam berkata, beliau terkejut kerana Muhyiddin sebagai pemimpin tertinggi negara sanggup mengeluarkan kenyataan sedemikian sedangkan pelajar perempuan yang dikaitkan, Anya Sun Corke, yang didakwa menjadi mangsa sendiri telah menafikan perkara tersebut dan melahirkan rasa simpati kepada keluarga Lim, anak dan keluarganya.

“Dalam bertindak sedemikian, Anya Corke yang muda telah menunjukkan sikap lebih matang dan sopan berbanding timbalan perdana menteri negara kita,” kata Surendran dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, DAP menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegur timbalannya kerana memberi sokongan bulat-bulat kepada pemblog-pemblog pro-Umno untuk mengaibkan dan memusnahkan kehidupan anak Lim.

“Kami terkejut dan marah dengan (kenyataan) Timbalan Perdana Menteri yang dilaporkan berkata bahawa jika Ketua Menteri Pulau Pinang merasakan adalah penting untuk membetulkan maklumat, maka beliau seharusnya datang dengan kenyataan sangat keras. Penafian sahaja tidak mencukupi’,” kata Setiausaha Publisitinya Tony Pua.

Dalam kenyataannya, Pua berkata Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno seharusnya memeriksa maklumatnya kerana Lim bukan sahaja telah mengeluarkan kenyataan tegas pada minggu lalu, malah “kami telah membuktikan bahawa keseluruhan kes ini adalah rekaan semata-mata.”

Selain itu kata beliau, mangsa yang didakwa terlibat dalam kes, yang berusia 21 tahun, sendiri telah menafikan perkara tersebut.

“Mangsa yang didakwa juga telah mengeluarkan kenyataan kepada kesemua media, mengatakan bahawa dia tidak pernah datang ke Malaysia sepanjang tujuh tahun lalu,” kata Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara ini.

Perkara itu turut dinafikan oleh pengetua SMK Heng Ee, sekolah yang anak lelaki Lim belajar sehingga akhir tahun lalu.

tmi

%d bloggers like this: