Tag Archives: Mufti

Syiah Lebih Bahaya Dari Komunis, Mufti Gesa Putus Hubungan Dengan Iran


pak lah matnejad

Gesaan Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Ajaran Syiah lebih berbahaya berbanding fahaman Komunis, kata Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Wan Zahidi Wan Teh serta menggesa kerajaan memutuskan hubungan diplomatik dengan negara yang mempunyai majoriti penganut mazhab itu.

Wan Zahidi berkata, meskipun Malaysia mempunyai hubungan diplomatik dengan China sejak sekian lama, negara berkenaan tidak pernah menyebarkan fahaman komunis melalui hubungan diplomatik, dan perkara itu jelasnya berbeza dengan pegangan penganut Syiah.

Malah, katanya, kajian beliau sejak 1980-an mendapati, ajaran Syiah juga lebih berbahaya berbanding Yahudi dan Nasrani.

“Dua puak ini tidak pernah mencerca sahabat Nabi Musa dan Nabi Isa sebaliknya mereka menyanjung sahabat mereka. Ini berbeza dengan Syiah, mereka mencerca sahabat Rasullullah,” katanya dipetik akhbar Utusan Malaysia ketika bercakap dalam satu forum bertajuk Mendepani Virus Syiah di Dewan Muktamar, Pusat Islam.

“Walaupun kita ada hubungan dengan China sejak zaman Tun Abdul Razak, kerajaan itu tidak pernah menyebarkan fahaman mereka melalui hubungan diplomatik,” katanya.

Wan Zahidi berkata, tindakan memutuskan hubungan diplomatik dengan Iran akan dapat mengekang penularan fahaman berkenaan daripada tersebar secara meluas.

Kenyataan mufti itu bercanggah dengan kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang berkata, penganut ajaran Syiah di negara ini tidak mempunyai halangan mengamalkan mazhab itu cuma dihalang untuk menyebarkannya kepada orang ramai.

Awal bulan lalu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mewakili Malaysia pada majlis pelantikan presiden baharu Iran, Hassan Rouhani sebagai Presiden Iran yang ketujuh di Bangunan Parlimen di Tehran.

Rouhani menggantikan Mahmoud Ahmadinejad yang ditakuti negara Barat kerana kelantangannya menyuarakan bantahan terhadap tindakan Amerika Syarikat dan Israel “membuli” negara lain.

Mohd Farhan Darwis tmi

Terkini: Ostad Azizan ‘Tibai’ Mukhriz Tok Det


Mb Kedah ustaz Azizan menjawab ‘serangan’ mukhriz berkaitan surau salihiah.

Ustaz Azizan sengaja tidak mahu bertanya kenapa Surau Kampung Berembang di robohkan oleh Umno ?

Mukhriz belum ‘matang’ lagi ..

Mai tengok video sat…

Rumusan dari ustaz Azizan… harakah

Majlis Fatwa negeri Kedah telah membenarkan Madrasah Salihiah Kanchut dekat sini dirobohkan dan sebuah surau yang lebih besar akan dibina.

Surau baru itu bakal memuatkan jamaah sehingga 400 orang dan boleh jadi ia akan dijadikan tempat solat Jumaat.

“Berkemungkinan surau baru ini boleh digunakan untuk solat Jumaat,” kata Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Diraja Azizan Abdul Razak.

Beliau membidas sikap sesetengah pihak khasnya Timbalan Pengerusi Umno Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir yang mempertikaikan langkah kerajaan negeri membenarkan surau itu diroboh.

Surau itu terpaksa dirobohkan untuk membolehkan projek Aman Central dibina di atasnya kerana ia bakal memberikan peluang pekerjaan kepada 2,000 penduduk.

“Saya tahu hukum-hakam..saya (juga) lulusan (Universiti Al Azhar) Mesir. Perkara ini juga telah dirujuk kepada Majlis Fatwa dan Mufti.

Jangan cari publisiti murahanlah…selesai dulu kes lembu (NFC) RM250 juta tu dulu,” kata Azizan membidas pemimpin Umno yang membangkit isu itu.

Kerajaan negeri juga, katanya, telah membayar pampasan bernilai RM1.48 juta kepada Majlis Agama Islam Kedah (Maik) sebagai pemegang amanah madrasah berdasarkan konsep ‘istiddal’ bagi membolehkannya mencari tapak baru yang lebih bermanafaat kepada umat Islam.

Mufti Perak VS Mufti Perlis


itu dia punya fasallah : Mufti Perak

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria mengakui keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan tidak membenarkan bukan Islam menjadi peguam syarie bukan dibuat secara sebulat suara.

Bagaimanapun, anggota majlis tersebut berkata keputusan itu dicapai secara majoriti oleh ulama dan mutfi yang mengganggotainya.

“Keputusan tidak membenarkan peguam syarie bukan Islam dicapai pada majlis muzakarah yang diadakan sebelum ini,” katanya.

Isnin lalu, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya tampil menafikan bahawa kesemua anggota majlis itu bersetuju secara tuntas dengan larangan terhadap non-Muslim itu, malah sebahagiannya mahukan perkara itu diperhalusi.

Ini kerana, menurut Dr Juanda, kertas yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tidak mantap dan tidak mempunyai asas yang kukuh daripada al-Quran dan al-Sunnah.

Felo pelawat di Universiti Oxford itu berpendapat, dalil larangan yang dikemukakan bagi menyokong pendirian itu hanya bersandarkan ayat-ayat walayah (kepimpinan) sedangkan hal itu berkaitan persoalan wakalah (perwakilan).

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Harussani bagaimanapun menjelaskan sekiranya terdapat mufti negeri lain, seperti Perlis yang tidak bersetuju dengan pendapat itu tiada masalah tidak mengikutinya.

“Itu dia punya fasal,” kata Harussani sambil menjelaskan majlis itu tidak memaksa kerana setiap negeri mempunyai sultan sebagai ketua agamanya sendiri.

“Muzakarah Fatwa Kebangsaan kali ke-92 di Melaka baru-baru ini adalah untuk penyelarasan sahaja,” jelasnya lagi.

Ditanya pandangannya sendiri, mufti paling senior itu berkata:

“Ingin saya tegaskan, macam mana orang bukan Islam hendak berhujah (sebagai peguam) sedangan mereka sendiri tidak tahu dan memahami nas al-Quran secara mendalam dan sebelum ini pernah ada masalah berlaku.

“Perkara ini (peguam syarie bukan Islam) tidak perlu dihujahkan. Apabila seseorang itu berhujah (menentangnya) seperti beliau tidak percaya pada Al-Quran,” katanya.

M.k

%d bloggers like this: