Tag Archives: Mosque

Pi Masjid Pakai Jaket Kalis Peluru,Pi Sarang Pelacur Tak Payah Pakai


Mat Zain: Eskay rancang timbul ketegangan di masjid

Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Mat Zain Ibrahim percaya tindakan Datuk Shazryl Eskay Abdullah memakai jaket kalis peluru ketika mengangkat sumpah laknat di sebuah masjid baru-baru ini, bertujuan menimbulkan kekecohan.

Dalam surat terbarunya, Mat Zain berkata perbuatan itu bukan sahaja mencemarkan kesucian masjid dan agama Islam malah merupakan satu kesalahan jenayah di bawah seksyen 295 Kanun Keseksaan.

“Sebaliknya apabila ke masjid, bukan sahaja beliau memerlukan jaket kalis peluru, malahan beberapa orang pengawal peribadi yang mungkin bersenjata mengawalnya.

Dalam kata yang lebih mudah, pada pendapat saya, Eskay ingin memberi tahu umum bahawa kepada beliau, berada ditempat pelacuran, lebih selamat daripada berada dalam Masjid.

“Pada pendapat saya seterusnya, pemakaian jeket kalis perluru di dalam masjid itu adalah sesuatu yang telah dirancang. Suasana tegang yang timbul di perkarangan Masjid pada hari tersebut adalah sesuatu yang telah diduga, malah yang diharapkan oleh Eskay, Rahim dan Shuib,” katanya yang baru-baru ini menulis surat terbuka kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar supaya tidak mengikut telunjuk Peguam Negara dalam kes itu.

Menurut Mat Zain, keadaan itu ditambah dengan tindakan Eskay mengumumkan secara meluas acara sumpah laknat tersebut beberapa hari sebelum upacara itu diadakan di Masjid Amru Al-As itu, Sentul.

“Malah Eskay mencabar secara terbuka sesuatu pihak untuk turut sama dalam majlis tersebut.

“Tidak keterlaluan untuk saya berpendapat,bahawa Eskay,Rahim dan Shuib memang mengharapkan mereka atau salah seorang daripada mereka dicederakan walaupun sedikit, supaya keadaan yang lebih kecoh boleh diujudkan di dalam Masjid itu yang mungkin boleh menjejaskan ketenteraman awam , malah mungkin merebak ke masjid-masjid lain,” ujarnya lagi.

Shazryl, bekas ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dan bekas Bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim adalah tiga individu yang menayangkan rakaman video fitnah mengaitkan ia dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Mac lalu.

Ia mengundang kecaman banyak pihak, berikutan video itu disebar secara meluas di internet dan dikesan sebagai percubaan jahat untuk menjatuhkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ini kerana paparan imej lelaki dalam video berkenaan ternyata bukan Anwar, berdasarkan kepada bentuk badan beliau, potongan rambut dan lenggok beliau.

Pada 29 April lalu, Syazryl, disaksikan Rahim dan Shuib mengangkat sumpah laknat bertempat di-Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur bagi membenarkan dakwaan itu.

Tindakan  itu dikecam banyak pihak terutama golongan agamawan kerana sumpah seumpama itu, tidak dianjurkan Islam.

Di dalam Islam, Islam hanya menganjur kan sumpah Li’an, dalam perkara membabitkan hubungan suami dan isteri, manakala sumpah mubahalah pula hanya membabitkan persoalan akidah.

Tindakan Trio Datuk T itu mengundang kekecohan di dalam masjid berkenaan apabila beberapa pihak menghalang mereka dari melakukan perbuatan yang menghina kesucian Islam dan masjid itu.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=13194

Masjid Kena Ada CCTV


Masjid Hashim Yahya pasang CCTV

PERAK Road – Ambil langkah berjaga-jaga, begitulah pendekatan yang digunakan Kariah Masjid Jamek Hashim Yahaya apabila mereka memasang kamera litar tertutup (CCTV).

Setiausaha Kariah Masjid Jamek Hashim Yahya, Zambri Abdul Rahman berkata, langkah itu diambil bagi mendapatkan langkah berjaga-jaga dan mengambil iktibar daripada kes yang berlaku di negeri ini pada Ogos lalu.

Ogos lalu, media Pulau Pinang melaporkan seorang imam mendoakan Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam khutbah Jumaatnya.

Menurutnya, walaupun isu khutbah itu dianggap sudah lama berlalu dan semakin diam, namun kes itu tidak pernah dilupakan.

“Kami dari kariah menggunakan pendekatan merakamkan segala kuliah, ceramah serta khutbah mana-mana individu yang berlaku dalam Masjid Hashim Yahya, dan ini dianggap sebagai bahan bukti sekiranya terjadi apa-apa.

“Selain bertujuan untuk keselamatan, kami juga menyimpan segala rakaman ini dan dijadikan bahan simpanan untuk masjid sendiri,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Masjid Hashim Yahya yang terletak di Jalan Perak dipercayai mula dibina sejak 1876 dan dinaik taraf sebanyak tiga kali sehinggalah pembinaan pada 1978 mengekalkan rupa bentuknya sehingga sekarang.

Masjid ini juga menjadi tumpuan orang ramai di Pulau Pinang dan begitu popular dalam kalangan masyarakat.

Sehingga kini masjid sudah pun mempunyai kira-kira 10,000 anak kariah dan meliputi Kampung Dodol, Kampung Masjid, Taman Nusantara, Jalan Makloom, dan Zainal Abidin.

Zambri berkata, kos pemasangan CCTV yang berjumlah RM11,000 itu ditanggung sepenuhnya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datok Keramat, Jagdeep Singh Deo.

Menurutnya, selain CCTV, sebuah televisyen juga sudah dipasang di Dewan Solat Wanita Masjid Hashim Yahya ketika ceramah dan juga kuliah.

“Ia sekali gus memudahkan jemaah wanita tanpa perlu membuka penghalang diantara dewan solat lelaki dan wanita.

“Dalam masa terdekat juga kami memperuntukkan RM8,500 untuk memasang sebuah lagi televisyen di ruangan solat jemaah lelaki,” katanya.

Pada skrin televisyen berkenaan juga akan dipaparkan jadual kuliah dan ceramah yang terbaru serta tidak ketinggalan aktiviti masjid dari masa ke semasa.

Zambri berkata, ia sekali gus membolehkan masjid menjimatkan penggunaan kertas dan menyahut seruan Bumi Hijau.

“Kami dari jawatankuasa kariah juga sedang merancang untuk membuat ceramah dan kuliah yang dijalankan secara talian, tetapi kami masih memerlukan individu yang mahir bagi merealisasikannya.

“Ia bukan sahaja memudahkan orang ramai tetapi dakwah dapat disampaikan dengan lebih cepat dan berkesan melalui Internet,” katanya.

srn

%d bloggers like this: