Tag Archives: Moscow

18SX: Video Juara Ramas ‘Buah Dada’ Seluruh Dunia


Sam dari Rusia menjadi sensasi internet sejak beberapa bulan kerana dia merakamkan ‘kejayaan’ dirinya meramas buah dada 1,000 wanita di sekitar Moscow, Rusia.

Tindakan meramas itu dilakukan di kawasan terbuka dengan orang ramai lalu lalang dan dapat melihatkan dengan jelas tindakan Sam.

Semua itu dilakukan dalam tempoh 30 hari sebelum dia bersalam dengan bekas presiden negaranya, Vladimir Putin.

Kononnya bagi Sam, pemimpin kesayangannya itu terlalu sibuk dan sudah berkahwin jadi beliau tidak boleh memegang mana-mana wanita. Untuk itu Sam merasakan dia seolah-olah boleh mewakili Putin memegang buah dada 1,000 wanita dan kemudiannya bersalaman dengan presiden itu.

Bersalaman menurut Sam memindahkan kuasa positif ke tangan orang yang kita capai.

Video Sam meramas buah dada 1,000 wanita dimuat naik ke Youtube dan dalam masa hanya 4 hari, ia ditonton sebanyak 6 juta kali.

Dalam satu temuramah dengan sebuah blog, Sam berkata, dia berjumpa antara 70 hingga 300 wanita sehari sebelum menerangkan tujuan dan keinginannya untuk meramas bauh dada mereka.

Katanya, paling sedikit dia pernah meramas buah dada 13 wanita dan paling ramai adalah 117 orang dalam sehari.

Paling menarik, dia cuma sekali sahaja dilempang oleh seorang wanita.

Sam bagaimanapun melahikran rasa hairan mengapa dia ditampar kerana wanita itu asalnya bersetuju agar dadanya diramas.

Selain itu dia berkata, perbuatan meramas buah dada 1,000 wanita sebenarnya sesuatu yang amat memenatkan.

“Kami terpaksa berdiri 8 jam sehari di bawah terik matahari,” katanya.

Bagaimanapun Sam berkata, dia tidak jemu dengan buah dada dan sama sekali tidak terubah menjadi gay.

Dia juga pada penghujung video klip itu memuji wanita Rusia sebagai yang paling cantik di dunia dan memiliki minda moden serta terbuka.

PT

Kepayahan Membina Masjid di Moscow


UMAT Islam bersesak-sesak di masjid Sobornaya di Moscow untuk menunaikan solat Jumaat.

Kekangan dari pemerintah untuk membina masjid di Moscow

Sebuah senario tipikal hari Jumaat di Moscow. Para jemaah melutut di bawah hujan di luar masjid terbesar Moscow dan terpaksa menggunakan kasut mereka untuk menindih hamparan sejadah bagi mengelakkannya terselak akibat ditiup angin musim luruh.

Perebutan tempat di dalam masjid menjadi tekanan mingguan kepada penganut Islam di ibu negara Rusia. Moscow mencatat antara peratusan masyarakat Muslim yang tertinggi di Eropah tetapi hanya mempunyai sebanyak empat buah masjid.

Permohonan mereka untuk mendapatkan lebih banyak ruang beribadah telah menimbulkan ketegangan dengan pihak nasionalis Rusia.

“Apabila saya tiba awal, saya dapat tempat di dalam masjid. Jika tidak, saya terpaksa melakukan solat di luar masjid,” kata Abdyl Ashim Ibraimov, 30, yang sering ke masjid Sobornaya iaitu yang terbesar di Moscow.

Ribuan umat Islam membanjiri halaman masjid berkenaan untuk menunaikan solat Jumaat pada setiap minggu. Namun, bangunan hijau yang mempunyai bentuk bulan sabit di puncaknya itu terletak di antara blok-blok apartmen dan sebuah stadium besar di tengah-tengah Moscow hanya mampu menampung 800 orang jemaah.

Komuniti Islam teramai

Apabila masjid itu penuh, jemaah akan memenuhi pejabat pentadbiran. Mereka juga akan bersolat di laman dan akhirnya melimpah di ruang lorong pejalan kaki berdekatan.

“Solat Jumaat amat penting. Sebab itulah kami datang ke sini, sama ada pada hari hujan atau bersalji,” kata Ashur Ashurov yang sudah beruban dan berumur dalam lingkungan 60-an.

Moscow, yang mempunyai jumlah penduduk berjumlah 10.5 juta itu dipercayai mempunyai seramai 1.2 juta umat Islam. Bagaimanapun, Majlis Mufti, Organisasi Muslim Rasmi di Rusia memberitahu jumlahnya menghampiri seramai dua juta orang.

Dengan hanya empat buah masjid, “Ia merupakan kekurangan tempat beribadat yang teruk,” kata imam masjid Sobornaya, Ildar Khazrat Alyaudinov. “Ruang yang ada tidak mampu menampung jumlah pengunjung yang datang dan bersolat,” katanya.


KESESAKAN di masjid memaksa umat Islam di Moscow bersolat di padang atau kaki lima.

 


Sejak runtuhnya Kesatuan Soviet pada tahun 1991, ratusan ribu imigran dari republik bekas Soviet terutamanya dari Asia Tengah telah mendiami Moscow. Kesannya, ia memadatkan lagi populasi Muslim yang sudah pun ramai menghuni bandar raya berkenaan.

“Kami meminta supaya masjid dibina di setiap wilayah atau lebih baik lagi di setiap kejiranan,” tambah Alyautdinov.

Bantahan penduduk

Usaha untuk memenuhi tuntutan itu bagaimanapun mendapat tentangan daripada penduduk tempatan yang dipengaruhi sebahagiannya oleh kebangkitan nasionalisme Rusia sejak kejatuhan Kesatuan Soviet.

Menurut Alyautdinov, projek untuk menambah bangunan kedua bagi membesarkan masjid Sobornaya tergendala kerana tidak mendapat kelulusan birokrat.

Selain itu, bantahan daripada penduduk tempatan telah menghalang satu pelan lain bagi membina masjid baru di selatan bandar raya berkenaan yang direka bagi menampung sehingga 5,000 jemaah.

Pemerintah Moscow telah berjanji untuk menyerahkan tanah di sebuah taman bagi membina kemudahan tersebut. Bagaimanapun, penduduk tempatan yang marah, telah menghantar petisyen untuk menentang pembinaan masjid berkenaan sementara kumpulan aktivis antimasjid bertindak lebih jauh, dengan menanam pokok di kawasan berkenaan.

“Ketika ini kami dapat berkumpul di sini bersama haiwan peliharaan dan mengadakan barbeku. Tetapi imam masjid akan berkata: ‘Jangan masak babi di sini, jangan bawa anjing ke sini,” kata jurucakap aktivis berkenaan, Mikhail Butrimov.

“Perbalahan tetap berlaku sekiranya masjid itu dibina,” kata jurucakap memberi amaran.

Sova, sebuah organisasi bukan kerajaan Moscow yang memantau jenayah benci telah mengaitkan protes berkenaan dengan kumpulan Xenophobia.

Sova dianggotai oleh Butrimov yang didakwa dilantik sebagai calon di beberapa pemilihan oleh parti-parti nasionalis yang kabur selain dia sendiri bukan penduduk tempatan kawasan kejiranan tempat masjid yang ingin dibina itu.

Pakar Islam dari Pusat Carnegie Moscow, Alexei Malashenko yang juga pemikir untuk kajian dan analisis bukan pejuang gerila berkata, akar permasalahan berkenaan ialah tiadanya toleransi di kalangan penduduk Moscow.

afp/ksm.

%d bloggers like this: