Tag Archives: Mesir

Dunia Kutuk Kudeta Mesir


jenazah berhampiran rabaah adawiyah

WANITA tempatan menunjukkan mayat yang belum diangkat selepas polis memulakan keganasan menyuraikan penunjuk perasaan berhampiran Masjid Rabaa al-Adawiya.

Kaherah: Ketika angka korban keganasan pasukan keselamatan Mesir terus meningkat komuniti antarabangsa menggesa pihak yang bertelagah segera menamatkan pertumpahan darah.

Turki yang selama ini tidak mengiktiraf kerajaan sementara Mesir mengutuk Kaherah kerana menggunakan keganasan bagi membersihkan kubu penyokong Mohamed Mursi dan Ikhwanul Muslimin.

Pejabat Perdana Menteri Turki berkata, komuniti antarabangsa mesti bertindak serta-merta selepas polis mengganasi penunjuk perasaan yang menuntut Mohamed Mursi dibebas dan dikembalikan ke jawatan Presiden Mesir.

“Komuniti antarabangsa, khususnya Majlis Keselamatan PBB dan Liga Arab mesti menghentikan pembunuhan beramai-ramai ini,” katanya.

Presiden Turki Abdullah Gul mengingatkan Mesir mungkin terjebak dalam huru-hara dan membandingkan situasi itu dengan tindakan  Syria menekan kebangkitan rakyat mereka sehingga memerangkap negara itu dalam perang saudara.

Jurucakap Ketua Hal Ehwal Luar Kesatuan Eropah (EU), Peter Stano berkata perkembangan di Mesir diikuti dengan “kebimbangan mendalam.”

“Konfrontasi dan keganasan bukan jalan untuk maju dan laporan mengenai kematian serta kecederaan sangat membimbangkan,” katanya.

Sehingga awal malam tadi sekurang-kurangnya 124 orang terbunuh selepas pasukan keselamatan menyuraikan penunjuk perasaan yang berkubu di dua tempat utama di Kaherah.

Seorang daripada mangsa yang terbunuh ialah seorang remaja perempuan, Asmaa, 17, yang juga anak pemimpin kanan Ikhwanul Muslimin, Mohamed el-Beltagy.

keganasan polis dan tentera MesirSEORANG pemuda menangis melihat mayat yang disusun di sebuah rumah mayat sementara berhampiran Masjid Rabaa al-Adawiya semalam. Ada laporan menyatakan jumlah kematian meningkat kepada 874 orang (sehingga malam tadi waktu Malaysia).

Stesen al-Jazeera pula melaporkan seorang jurugambar Sky News Michael Douglas terbunuh ketika membuat laporan di Rabaa al-Adaweya.

Ketua Parlimen Eropah, Martin Schulz berkata kematian yang berlaku “tidak dapat diterima.”

Kementerian Luar Iran pula mengutuk pembunuhan beramai-ramai itu dan menggesa semua pihak menahan diri daripada terus menumpahkan darah.

“Pendekatan ini mungkin mencetuskan perang saudara di Mesir,” katanya.

Turut mengutuk keras keganasan pasukan keselamatan Mesir ialah Qatar dan Britain.

AFP

Parti islam Ikhwanul Muslimin Menang Besar


Sebahagian petugas pilihan raya membuat kiraan undi di Kaherah, Mesir, semalam.

KAHERAH: Parti politik pergerakan Ikhwanul Muslimin semalam berkata, mereka menang majoriti kerusi dalam pilihan raya kedua Mesir yang memberikan parti itu sekurang-kurangnya 40 peratus kerusi di Parlimen.
Parti Kebebasan dan Keadilan, dalam satu kenyataan berkata, mereka menang 36 daripada 56 kerusi yang diberikan kepada calon individu dalam undian yang tamat kelmarin.

Pergerakan Islam itu sudah pun menang hampir 37 peratus undi dalam pilihan raya pusingan awal yang memberikan kerusi menurut senarai parti.

Sayap politik Ikhwanul Muslimin itu dan blok Islam lain setakat ini menguasai pilihan raya pertama sejak kejatuhan Hosni Mubarak Februari lalu, dengan parti liberal ketinggalan.

Parti Al-Nour berada di tempat kedua selepas Ikhwanul Muslimin, menang hampir satu perempat daripada undian dalam pemilihan bagi senarai parti lewat November lalu.

Jurucakap parti itu, Yousseri Hamed, memberitahu The Associated Press semalam, kumpulannya menang sekurang-kurangnya lima kerusi tambahan dalam pilihan raya pusingan kedua itu. Undian masih dikira.

Bagaimanapun, sebahagian calon Islam lain berdepan saingan hebat di Kaherah. Calon Parti Keadilan yang lebih liberal, Mostafa al-Naggar, berkata dia mengatasi calon Ikhwanul Muslimin dalam undian pusingan kedua itu.

Sementara itu, pergerakan Islam berkenaan berkata, salah seorang calon mereka mengalahkan calon kontroversi Al-Nour, Abdel-Monem el-Shahat, di Iskandariah.

El-Shahat mencetuskan kekecohan ketika kempen pengundian dengan berkata novel tulisan pemenang Hadiah Nobel Sastera Mesir, Naguib Mahfouz, yang dibaca secara meluas di sekolah di negara itu sebagai pelacuran.

Ikhwanul Muslimin dan kumpulan Islam lain sudah sekian lama menawarkan perkhidmatan sosial dan perubatan kepada berjuta-juta penduduk miskin Mesir, yang memberikan mereka sokongan politik.

Undian untuk 498 anggota Parlimen diadakan dalam tiga tahap, dengan dua pertiga daripada penduduk negara itu masih belum membuang undi.

Sementara itu, kerajaan sementara yang diterajui Perdana Menteri dilantik tentera dijangka mengangkat sumpah semalam.

Mereka cuma mentadbir Mesir sehingga undian untuk kedua-dua dewan di Parlimen diputuskan Mac ini.

Kamal el-Ganzouri dinamakan sebagai Perdana Manteri bulan lalu selepas pentadbiran sementara terdahulu meletak jawatan berikutan pertempuran ganas antara penunjuk perasaan dan polis.

Pelantikan el-Ganzouri sepatutnya memenuhi tuntutan penduduk awam yang mahukan kerajaan lebih berkuasa dan mampu berdepan dengan ketidakstabilan, ketegangan sosial dan krisis ekonomi yang melanda negara itu.

AP

Ada Gambar Blogger Pompuan Bogel Pulak dah


Aktivis wanita siar gambar bogel kerana bantah kebangkitan parti islam
.
Seorang aktivis wanita yang juga penulis blog politik berumur 20 tahun mengejutkan seluruh Mesir apabila menyiarkan gambarnya berbogel sebagai bantahan kepada kebangkitan gerakan Islam di sana.
 .
Tindakannya itu dibuat atas nama ‘menentang keganasan, perkauman, seks dan hipokrasi’. Begitulah luahannya dalam blog dimana gambar tersebut disiarkan. Tindakannya tersebut berjaya menarik pengunjung seramai 1.5 juta orang sejak ia disiarkan dalam minggu ini.
 .
Tindakan Aliaa Mahdy tersebut dilihat sebagai aksi provokasi terhadap pemerintahan sementara tentera dan juga peningkatan sokongan terhadap parti Islam yang dijangkan bakal memenangi pilihan raya parlimen Mesir yang bakal menjelang.
 .
Dunia sudah berubah sekarang ini. Sesiapa saja mampu mengejutkan masyarakat melalui penggunaan media komunikasi internet di mana setiap individu mampu meluahkan apa saja pendapat atau perasaan mereka.
 .
Bagi menarik perhatian, penggunaan gambar bogel mampu menarik jutaan peminat masuk menjenguk ke dalam dunia cyber di mana tiada perasaan malu untuk kita melakukannya kerana tidak ada sesiapa yang sedang melihat kita. Hanya keyakinan bahawa diri kita sebenarnya sentiasa diperhatikan sahaja yang mampu menhan diri kita daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang walaupun sendirian di dalam bilik yang kosong.
.
Nukilan Bro…wartashubhi.

Promosi Tak Kena Tempat! Jamil pikiaq sat..


KAHERAH: Semua perbelanjaan untuk pemindahan keluar pelajar Malaysia dari Mesir ke Jeddah, Arab Saudi, ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khair Baharom, berkata perbelanjaan itu termasuklah pengangkutan ke lapangan terbang, makanan semasa menanti penerbangan, cukai lapangan terbang sebanyak $AS100 dan penginapan serta makanan di Jeddah.

“Saya beri ingatan apa-apa yang dibesar-besarkan tentang pelajar perlu membayar adalah tidak benar dan tidak memberi kebaikan kepada semua pihak. “Ini adalah fitnah (yang dilemparkan) ketika kita dalam keadaan darurat sehingga kita terpaksa jawab fitnah yang sepatutnya tidak berlaku,” katanya pada sidang media di Kedutaan Besar Malaysia di sini, hari ini…bh

Semua perbelanjaan bawa keluar pelajar ditanggung KERAjaan

Kata pak menteri di JPM Jamil Khir semua perbelanjaan bawa keluar pelajar ditanggung oleh kerajaan Malaysia.

Awat! hang ingat orang tak tau ka hang tu menteri? buatlah kerja sebagai seorang menteri tak payah la ak heboh kata hang dah buat kerja. one more thing is perbelanjaan itu guna duit siapa? bukan pakai duit hang la beb.

Itu dimaksudkan sebagai tanggungan kerajaan,kalu tak mau tanggung baik tak payah jadi menteri dalam kerajaan,atau lagu mana ?.Duit itu datangnya dari pelbagai sumber ,antaranya dari hasil pembayar cukai.Takkan la nak kena cerita pulak kot.. ha ha

Kerajaan adalah umpama bapak kepada rakyat.Jika terjadi sesuatu musibah atau mala petaka yang tak diundang dan dimintak jauhkan dalam setiap doa’,maka kerajaan perlu mengambil tanggungjawab itu.

Kerajaan Indonesia dan Pilipina tak sebut pun kata ‘perbelanjaan bawa pulang pelajar ditanggung oleh kerajaan’,malahan Indonesia dan Pilipina awal lagi dah bawak balik pelajar depa.Pak Menteri Malaysia kena tunggu blogger dan waris student balun dulu barulah nak take action!

jamil jangan marah tau! nanti bapak sokong kawen lagi sorang… ha ha ha (Filem Madu Tiga)

dinjawa.lawak politik

Anak Saya di Mesir Tidur ‘Berteman’ Pisau


Sudah sampai masanya kerajaan patut bertindak membawa pulang semua pelajar dan warga Malaysia di Mesir.

Keadaan sudah lagi tidak terkawal kerana tiada orang yang mematuhi undang undang mubarak.Keluhan demi keluhan semakin kedengaran mengenai kisah perit untuk mendapatkan makanan di Mesir.

Tadi pagi Yayasan Sabah telah membawa balik kesemua 97 pelajar tajaan Yayasan itu.

Kerajaan perlu mengarahkan Air Asia,MAS dan ATM termasuk TLDM membawa pulang kesemua warga Malaysia disana.

malaysiaKini melaporkan…

Bimbang dengan keselamatan anak-anak mereka di Mesir, beberapa ibu bapa pelajar hari ini mendesak kerajaan mengambil tindakan segera bagi membawa pulang anak mereka ke tanahair.

Seorang bapa, Salahul Ahmad Jamal Mohd berkata anaknya Nurul Firdaus, 18, yang kini menuntut di Mansura, memberitahu yang dia terpaksa tidur bertemankan pisau kerana bimbang dengan keadaan yang semakin tidak terkawal.

“Anak saya kini berada dalam keadaan ketakutan…sehingga terpaksa mengenggam pisau demi keselamatan diri dengan bertambahnya kejadiaan pecah rumah, manakala golongan banduan yang melepaskan diri dari penjara pula
bermaharajalela tanpa tindakan dari pihak berkuasa,” katanya ketika dihubungi Bernama di ibunegara.

Melihat pada keadaan sekarang, Salahul berkata sewajarnya kerajaan mengambil tindakan segera bagi mengeluarkan pelajar Malaysia dari negara terbabit.

“Pelajar-pelajar ini adalah bakal pemimpin negara, bertindaklah cepat… jangan nak tunggu nyawa melayang baru nak hantar bantuan…ini bukan soal duit yang penting nyawa anak-anak kami paling utama,” katanya.

Sejak Selasa lepas beberapa demonstrasi jalanan dilaporkan berlaku di bandar-bandar besar Mesir termasuk di Kaherah, Dumyat, Suez, Tanta, Iskandariah dan Mansura bagi mendesak Presiden Hosni Mubarak meletakkan jawatan.

Sementara itu, Rohana Abdul Rahman, ibu kepada Hanan Amira Hashim, 22, berkata beliau bimbang talian komunikasi di negara terbabit akan terputus.

“Sekiranya talian telekomunikasi terputus, ini akan menyukarkan kami (ibu bapa) untuk berhubung dengan mereka,” katanya.

Beliau juga berharap kerajaan memberi lebih tumpuan kepada kawasan di Mansura yang agak jauh jika dibandingkan dengan Kaherah, Dumyat, Suez, Tanta dan Iskandariah.

“Tindakan segera perlu…jika tidak nyawa anak-anak kami berada dalam keadaan bahaya dengan masalah jenayah jalanan,pecah rumah dan banduan semakin ‘bebas’ di mana-mana sahaja,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Bernama

%d bloggers like this: