Tag Archives: menteri pembangunan wanita

Datuk Shamsulbahrin Ismail Adik Suami Shahrizat Ke ??


Ada beberapa orang kampung yang minat dengan projek lembu kerajaan bertanya…

1. Bolehkah taukeh lembu dari kalangan rakyat biasa dapat pinjaman seperti suami shahrizat itu ?

2. Siapakah gerangan  Datuk Shamsulbahrin Ismail yang kononya seperti laporan media sebelum ini ada kaitan atau pertalian dengan  keluarga Menteri yang kalah pada PRU12 lalu tapi boleh jadi menteri jugak. lepas tu pulak dia kata dia punya suami yang punya projek lembu NFC yang senang saja dapat pinjaman kerajaan sebanyak RM250 juta.

Kemusykilan ini timbul kerana BIN mereka berdua adalah SAMA iaitu ISMAIL? Datuk Shamsulbahrin Ismail dan Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail.

Tambah kompius lagi MUKA mereka berdua pun hampir SAMA atau ada iras.

Kepada sesiapa yang mempunyai maklumat yang tepat ,rasanya bolehlah menjelaskan persoalan ini.

Jom kita perhatikan sekejap wajah yang diambil dari media .. The Star dan TMI

Gambar Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail.

Gambar Datuk Shamsulbahrin Ismail.

Inti kes ini ialah 

NFC mencetuskan kontroversi apabila Laporan Ketua Audit Negara pada Oktober mendedahkan syarikat tersebut tidak terurus dan gagal membekalkan daging lembu seperti disasarkan.

Syarikat tersebut menerima pinjaman sebanyak RM250 juta daripada kerajaan untuk membangunkan industri penternakan lembu berskala besar dalam tempoh jangka masa panjang bagi memastikan bekalan daging di negara ini mencukupi.

Bekas penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Robert Phang hari ini menasihatkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin supaya mencontohi tindakannya dan meletak jawatan apabila berdepan dengan tuduhan rasuah.

Contohi tindakan saya, kata Phang kepada Shahrizat dan Awang Adek

NONE“Ketika saya berada dalam lembaga penasihat SPRM, saya telah
membangkitkan banyak penyelewengan terhadap bekas menteri besar Selangor, Datuk Dr Khir Toyo dan bekas pengerusi MAS, Tan Sri Tajudin Ramli, kemudian seorang penulis blog menuduh saya beri rasuah untuk kontrak kerajaan.

“Saya menawarkan diri untuk meletakkan jawatan daripada lembaga penasihat itu kerana SPRM perlu menjalankan siasatan.

“Saya tidak boleh berada dalam lembaga itu, atau orang akan kata saya cuba mempengaruhi siasatan,” katanya.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di ibunegara hari ini, Phang berkata begitu juga yang sepatutnya dilakukan oleh Shahrizat dan Awang Adek, dengan meletak jawatan.

Katanya, kedua-dua mereka perlu berada di luar kerajaan sehingga dibersihkan daripada tuduhan tersebut, kerana kehadiran mereka boleh menjejaskan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak…mKini

Gambar Datuk Shamsubahrin Ismail ‘NFC’ Kena Dakwa


Ahli perniagaan dituduh tipu suami Shahrizat RM1.755j

KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan, Datuk Shamsubahrin Ismail, dituduh di Mahkamah Sesyen di sini semalam, atas dua tuduhan menipu Pengarah National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC), Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, membabitkan RM1.755 juta, antara November dan awal Disember lalu.

Bagi tuduhan pertama, Shamsubahrin, 45, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Syarikat Resources Sdn Bhd, dituduh menipu Dr Mohamad Salleh dengan menjanjikan suatu perkhidmatan rundingan dan nasihat yang tidak benar bagi tujuan memperdayakan mangsa supaya setuju membayar wang berkenaan.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah restoran di Bukit Tunku di sini, jam 6.30 petang, 20 November lalu.

Shamsubahrin juga menghadapi tuduhan kedua, menipu dengan memperdayakan dan mendorong Mohamad Salleh yang juga Pengerusi Eksekutif NFC supaya menyerahkan cek berjumlah RM1.755 juta kepadanya di kawasan Solaris, Mont Kiara di sini, antara 25 November dan 6 Disember 2011.

Mohamad Salleh adalah suami Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Bagi setiap tuduhan itu, Shamsubahrin dari Bukit Jelutong, Shah Alam di sini, didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Shamsubahrin yang memakai blazer hitam dan jeans biru, mengaku tidak bersalah atas kedua-dua tuduhan itu.
Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain menetapkan 31 Januari ini untuk sebutan kes dan membenarkan Shamsubahrin dijamin RM300,000 dengan seorang penjamin serta mengenakan syarat tambahan supaya pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah.

Shamsubahrin yang diwakili peguam J Rao, tidak membayar jaminan dan dibawa ke Penjara Sungai Buloh. Difahamkan tertuduh akan dituduh lagi di mahkamah dalam tempoh terdekat bagi beberapa kes lain.

Terdahulu, Ketua Unit Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abdul Razak Musa menawarkan jaminan RM300,000 dengan syarat tambahan supaya tertuduh menyerahkan pasportnya kepada mahkamah.

Abdul Razak berkata, jumlah jaminan yang ditawarkan adalah munasabah kerana kes membabitkan wang berjumlah RM1.755 juta.

Rao bagaimanapun memohon jumlah jaminan itu dikurangkan kerana segala aset anak guamnya sudah dibekukan sejak 23 Disember lalu.

“Tertuduh sudah berkahwin dan mempunyai empat anak, yang sulung berusia 18 tahun manakala bongsu tiga tahun,” katanya.

Bh

Nota: Laporan Ketua Audit Negara , Senyap saja kot ?

Kondo 1Menerung, kondo di Singapura ,kereta mewah dan lain lain lagi, kira ‘sapu bawah karpet ‘ jugak kot?

Siapa Yang Membuat Rosmah Mansor ‘Lena Di Ulik Intan’ ?


Rosmah boleh tidur lena..

Sempat ‘tarik nafas’ untuk beberapa ketika..

Boleh kembali aktif main badminton laa kot..

Ada ‘Lembu Dogol’ tolong cover sementara…

Sama ada rakyat sedar atau tidak, segala isu kontroversi berhubung Rosmah telah dilupakan dan perhatian kini beralih sepenuhnya kepada Shahrizat, kata Chegu Bard.

Sejak tahun 2011 membuka tirai, jika isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor tidak dapat tidur lena selama ini kerana terpaksa menghadapi pelbagai tekanan dan tuduhan, tetapi kini sejak isu National Feedlot Centre (NFC) dibongkar oleh PKR, beliau sudah tentu boleh tidur lena.

“Apa tidaknya satu-satunya individu wanita yang panas punggung selama sembilan bulan berturut-turut yang terpaksa menghadapi serangan demi serangan berhubung pelbagai kontroversi adalah Rosmah.

“Kini kedudukan Rosmah telah diambil alih oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat , Dato’ Shahrizat Abdul Jalil dengan isu lembu NFC,” kata Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin.

Katanya, sama ada rakyat sedar atau tidak, segala isu kontroversi berhubung Rosmah telah dilupakan dan perhatian kini beralih sepenuhnya kepada Shahrizat.

“Maka sudah tentu kini Rosmah boleh tidur lena kerana kemarahan rakyat sudah beralih kepada seorang lagi wanita iaitu Shahrizat,” ulas Badrul Hisham yang juga merupakan Ketua Cabang PKR Rembau.

Rosmah boros

Badrul Hisham atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard merujuk kepada beberapa isu kontroversi yang melibatkan Rosmah seperti isu cincin berlian RM24.45 juta, beg tangan RM361,259, penginapan di Hotel Atlantis, Dubai RM140,000 satu malam, lawatan rasmi ke luar negara 2008-2011 RM17 juta dan pelbagai keborosan lagi seolah-olah dilupakan oleh rakyat dan dikalangan kepimpinan Pakatan Rakyat sendiri.

“Justeru itu saya minta kepada kepimpinan Pakatan agar tidak melupakan isu yang bersangkut paut dengan Rosmah sebaliknya perlu terus dimainkan agar rakyat sedar keborosan beliau.

“Saya juga pelik kenapa Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak masih tidak mahu menasihatkan Shahrizat melepaskan jawatan menteri.

“Ia memberi isyarat seolah-olah lagi lama beliau biarkan Shahrizat bertahan dalam kabinet maka lagi lamalah Pakatan akan habiskan masa menyerang Shahrizat.

“Ini secara tidak sengaja akan memberikan “perlindungan” kepada Rosmah dan beliau sendiri dan segala isu yang berkaitan dengan Rosmah dan beliau sebelum ini akan sejuk, “cool down”.

Seterusnya situasi ini akan memberi kelebihan kepada Najib untuk membubarkan parlimen dalam tempoh sebulan atau dua bulan lagi tanpa sebarang tekanan”, jelas Chegu Bard.

Chegu Bard berkata selain daripada terus memainkan isu NFC yang jelas memberi kelebihan kepada Pakatan, isu Rosmah tidak harus dilupakan untuk mengekalkan momentum rakyat yang sudah mula muak dengan karenah boros Rosmah.

zefri dahalan

Berapakah Gaji Pengerusi Eksekutif NFC Sebulan ?


Berapakah jumlah sebenar gaji pengerusi eksekutif NFC ?

KUALA LUMPUR 7 Dis: Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd Akin mencabar National Feedlot Corporation (NFC) mendedahkan gaji bulanan yang dibayar kepada pengerusi eksekutifnya Datuk Mohamad Salleh Ismail.

Selain Mohamad Saleh yang juga suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, beliau juga meminta gaji pengarah-pengarah yang lain didedahkan.

“AMK mencabar NFC mendedah jumlah sebenar gaji yang dibayar kepada pengerusi eksekutif dan pengarahnya.

“Rakyat berhak tahu sebab wang yang dibayar untuk mereka itu datangnya dari rakyat selaku pembayar cukai,” katanya dipetik Keadilandaily.com hari ini.

Sejak awal bulan ini, beberapa maklumat tersebar di internet mendakwa suami Shahrizat memperoleh gaji bulanan sekitar RM100,000 sebulan.

Manakala ketiga tiga anaknya  iaitu Wan Shainur Izmir, 31, (Pengarah Eksekutif) Wan Shahinur Izran, 27 (Ketua pegawai eksekutif)  dan Wan Izzana Fatimah, 25, (pengarah) memperoleh pendapatan RM35,000 hingga RM45,000 sebulan.

Sebelum ini Pakatan Rakyat membuat beberapa pendedahan mendakwa dana rakyat berjumlah RM250 juta yang dianugerahkan kepada NFC telah disalah gunakan.

Dana itu didakwa telah digunakan untuk membeli dua unit kondominium mewah di Bangsar berharga RM13.8 juta membeli kereta Mercedes berharga RM534,622, dua bidang tanah berharga RM3,363,507 di Putrajaya dan digunakan untuk melancong ke luar negara.

dari Harakahdaily

%d bloggers like this: