Tag Archives: Mecca

Ambik Kau: Pencacai Umno Kena ‘Bangang’ dengan Anwar


Tuan Haji Anwar jawab tohmahan haji pencacai Umno

Sejak Najib berangkat ke Makkah untuk menunaikan umrah dan haji, timbul sindiran dan cakap-cakap berunsur fitnah daripada pencacai UMCO di laman sosial dan di blog  kononnya DSAI belum menunaikan haji. Berkokoklah mereka dengan sekuat-kuatnya, maklumlah idola mereka kini berada di Makkah untuk menunaikan haji.

Antara kata yang dilemparkan termasuklah: “Bilalah agaknya Anuar Ibrahim hendak menunaikan Rukun Islam Kelima itu ye? London boleh pergi, Bangkok dah macam rumah kedua, takkan belum terbuka hati untuk mengerjakan haji?” Bukan sahaja memfitnah tentang haji, malah jurublog penyokong UMCO tegar ini turut mengaitkan DSAI dengan fitnah video lucah yang kononnya berlaku di Bangkok.
Sila lihat paparan skrin di bawah ini:
Tohmahan pencacai UMCO itu dijawab oleh DSAI di Twitternya hari ini. Dalam mesej balasnya kepada seorang pengikut, DSAI menyatakan bahawa beliau sudah 2 kali menunaikan haji. -DCM
Nota : Buat kerja haji tak payah heboh heboh laa.

Video Dedah isi Kaabah


SELAMA beratus-ratus tahun, soalan apa ada di dalam Kaabah menjadi misteri kepada berjuta-juta umat Islam yang melakukan tawaf mengelilingi ‘Rumah Allah’ itu. Hanya golongan diraja Arab Saudi, pemimpin negara Islam dan orang tertentu dibenarkan memasukinya terutama semasa acara mencuci Kaabah yang dilakukan setahun sekali.

Bagaimanapun, pada tahun 2009 masyarakat dunia dapat menyaksikan rahsia Kaabah menerusi sebuah klip video yang dimuat naik ke dalam YouTube. Rakaman video selama lebih empat minit itu didakwa adalah yang pertama seumpamanya yang boleh ditonton oleh orang ramai.

Sebelum ini, keadaan di dalam bangunan batu yang terletak di dalam Masjidil Haram di Mekah itu sekadar digambarkan dan diceritakan dari mulut ke mulut.

Paparan di dalam video itu hampir menyamai cerita seorang wartawan dari Singapura, Ahmad Mohd. Don. Menurut beliau, keadaan di dalam Kaabah itu gelap. Tidak ada sebarang lampu. Satu-satunya cahaya yang menerangi bahagian dalam Kaabah itu datangnya dari pintu Kaabah yang terbuka.

“Asap kemenyan memenuhi ruang dalam Kaabah itu. Lantainya pula dibasahi air mawar yang mengeluarkan bau semerbak,” kata beliau yang mendapat peluang memasuki Kaabah semasa menunaikan haji di Mekah pada 8 September 1983 atas undangan khas kerajaan Arab Saudi.

Dinding

Tambah Ahmad, hampir di setiap bahagian dinding Kaabah itu, para undangan menunaikan sembahyang sunat dengan khusyuk.

Mereka menghadap tiap bahagian dinding Kaabah. Lantai Kaabah dibuat daripada marmar putih. Begitu juga dindingnya. Pada satu bahagian dinding itu, kelihatan ukiran ayat-ayat suci.

“Terdapat beberapa batang tiang di dalam Kaabah. Besar tiang itu kira-kira satu pemeluk. Pada satu bahagian dinding itu disalut dengan kayu yang berukiran. Mungkin ukiran ayat-ayat suci al-Quran.

“Terdapat juga para yang di atasnya diletakkan beberapa buah cerek yang kelihatan diperbuat daripada tembaga.

“Tidak saya ketahui apakah yang ada dalam cerek itu. Berkemungkinan besar ia berisi air mawar yang digunakan untuk mencuci bahagian dalam Kaabah,” katanya yang cuma menghabiskan masa selama lapan minit di dalamnya bagi memberi peluang kepada tetamu lain yang menunggu giliran untuk memasuki Kaabah.

Pendakwah bebas, Datuk Mohd. Daud Che Ngah menjelaskan bahawa tiada apa-apa sekatan dari sudut agama untuk membuat rakaman gambar atau video di dalam Kaabah.

Bahkan, jelas beliau, undang-udang baharu oleh pihak berkuasa Arab Saudi turut membenarkan penggunaan kamera di kawasan Masjidil Haram. Sebelum ini undang-undang negara itu melarang penggunaan alat elektronik tersebut di kawasan Kaabah.

Tambah ustaz Daud, orang awam berpeluang memasukinya semasa lawatan pemimpin Arab Saudi mahupun pemimpin negara Islam lain ke Masjidil Haram.

“Pintu Kaabah akan dibuka semasa lawatan pembesar dan juga ketika hari pertukaran kain Kaabah menjelang Hari Raya Aidiladha,” katanya kepada Jurnal.

Daud turut menyangkal dakwaan dan cerita yang menyatakan orang yang mendongak ke bumbung Kaabah selepas memasukinya boleh ditimpa musibah.

Menurut Daud, orang ramai juga boleh melihat replika Kaabah di Muzium Islam Hudaibiyah, Mekah. Ia menyerupai isi kandungan sebenar di dalam Kaabah termasuklah tiga batang tiang dan hiasan ayat-ayat al-Quran.


PINTU Kaabah yang seberat lapan tan diperbuat daripada emas tulen.


Kunci

Hanya terdapat sebuah pintu untuk memasuki Kaabah dan ia dikatakan diperbuat daripada emas tulen seberat lapan tan (8,000 kilogram).

Pintu Kaabah itu pula hanya boleh dibuka oleh pemegang kunci dari Bani Syaibah. Menurut sejarah Islam, apabila Nabi Muhammad SAW meninggalkan Mekah kerana berhijrah ke Madinah, Mekah dikuasai oleh Bani Syaibah.

Pada tahun ketujuh Hijrah, berlaku perang pembukaan kota Mekah yang dimenangi tentera Islam. Berikutan itu, Saidina Ali diarahkan supaya mengambil kunci itu daripada Bani Syaibah, malangnya pintu Kaabah tidak dapat dibuka walaupun menggunakan anak kunci yang sama.

Anak kunci itu kemudian dipulangkan kepada Bani Syaibah atas perintah Allah menerusi ayat 58, surah An-Nisa’ yang mafhumnya, ‘Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya’.

Pada masa itu, Bani Syaibah belum memeluk Islam. Tindakan Rasullulah memulangkan semula kunci Kaabah itu telah membuka hati ketua Bani Syaibah untuk memeluk Islam diikuti semua pengikutnya.

Keturunan Bani Syaibah telah diamanahkan untuk memegang kunci Kaabah sehingga hari ini.

Gempar: Buat Maksiat di Kota Mekah


Astaga..depan Baitullah pun hangpa buat bisnes jugak ka..

Dunia  ,dunia ..patutlahlah bencana Allah turunkan tak kira tempat

di Makkah sahaja pada tahun lalu tidak kurang 4 kali kena banjir.

Lima warga Indonesia kena cekup

MAKKAH: Petugas Suruhanjaya Pembangunan Moral dan Pencegahan Maksiat menahan seorang lelaki rakyat Mesir dan lima wanita Indonesia kerana disyaki terbabit dengan kegiatan pelacuran di bangunan kosong di Makkah, semalam. Continue reading

Halang Tunai Haji Kena Saman


Sekolah Menengah menghalang hasrat seorang guru untuk tunai ibadah haji

WASHINGTON: Kerajaan persekutuan menyaman sebuah sekolah luar bandar di Chicago Isnin lalu kerana menolak cuti tanpa gaji seorang guru sekolah menengah Muslim untuk mengerjakan haji ke Makkah.

Dalam satu kes hak asasi manusia, jabatan itu berkata sekolah daerah di Berkeley, Illinois itu menolak permintaan Safoorah Khan atas alasan permohonan cutinya tidak berkaitan dengan tugas profesionalnya dan tidak dilakukan mengikut kontrak antara sekolah daerah itu dan kesatuan guru. Justeru, sekolah daerah itu melanggar Akta Hak Asasi 1964 dengan gagal memenuhi tanggungjawab agama guru berkenaan, kata kerajaan. Safoorah ingin mengerjakan haji ke Makkah, yang wajib dilaksanakan golongan dewasa Islam yang berkemampuan sekali seumur hidup. Jutaan umat Islam mengerjakan haji setiap tahun ke Makkah.

Safoorah mula bekerja pada 2007 sebagai guru sekolah menengah di Sekolah Daerah Berkeley 87, di barat Chicago. Pada 2008, beliau meminta hampir tiga minggu cuti tanpa gaji untuk mengerjakan haji.

Selepas sekolah daerah itu menolak dua kali permohonannya, Safoorah menulis kepada lembaga pengarah bahawa: “Berdasarkan kepercayaan agama, saya tidak dapat mencari alasan munasabah bagi lewat mengerjakan haji dan meletakkan jawatan sejurus selepas itu, menurut satu tuntutan difailkan di mahkamah persekutuan di Chicago.”

Sekolah Daerah Berkeley memaksa Safoorah memilih antara kerjaya dan kepercayaan agamanya, katanya.

Agensi

Surat Terbuka pada Ketua Polis Negara


Kepada Ketua Polis Negara : Mat Zain Ibrahim

22 NOV — Dengan segala hurmatnya saya menjemput Tan Sri merujuk kepada teks ucapan YB Lim Kit Siang, “Gani Patail stand accused of fabricating evidence in the Anwar Ibrahim ‘black-eye’ investigation in 1998,which stands unrebutted although made by the police officer responsible for the investigation 12 years ago”, ketika beliau mengemukakan satu usul untuk memotong gaji Peguam Negara sebanyak RM 10.00 di-Parlimen pada Selasa 9.11. 2010 yang tersebar dalam laman-laman blogs .

Setelah meneliti teks tersebut sepenuhnya,saya mengesahkan telah menghantar email kepada YB LKS pada 14.4.2010 yang beliau sebut itu, sebagai membalas/membetulkan komen beliau terhadap PDRM berkaitan siasatan kes mata-lebam, yang sedikit tersasar.

Saya turut megesahkan bahawa kenyataan-kenyataan yang beliau petik daripada surat saya bertarikh 15.4.2009 kepada Lembaga Penasihat SPRM dan Surat Terbuka kepada YB Datin Kalsom Taib bertarikh 8.10.2010 (Surat Terbuka Pertama),yang salinannya saya email kepada Tan Sri, adalah betul setakat yang terkandung dalam salinan-salinan original surat-surat berkenaan. Saya akan merujuk kepada kandungan surat- surat tersebut apabila, atau jika berkenaan.

Sehubungan hal sama,saya mendapat tahu menerusi media, bahawa YB Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Menteri di-JPM akan membawa isu diatas dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang bermesyuarat pada Jumaat 12.11.2010.

Beliau turut mengumumkan bahawa penjelasan akan diminta daripada Tan Sri Abdul Gani Patail (TSGP) sebagai memberinya peluang untuk menjelaskan dirinya yang merupakan hak beliau kepada pendengaran yang adil.

Saya menyokong sepenuhnya TSGP diberikan hak sedemikian oleh kerana hak kesamarataan dari sudut undang-undang dan hak pendengaran yang adil adalah merupakan hak asasi individu yang dijamin oleh Perlembagaan Malaysia (Perlembagaan),dan wajar dihurmati oleh semua pihak.

Bagaimanapun apa yang menjadi kemuskhilkan saya kini ialah,apabila penjelasan diberi oleh TSGP, seorang Peguam Negara, dalam bentuk apa sekalipun,sama-ada secara lisan,atau kenyataan akhbar,atau representasi dan lain-lainnya,pihak berkuasa manakah yang layak dan berhak serta mempunyai kuasa untuk memberikan pendengaran yang adil kepada semua pihak terlibat dalam persoalan ini, dan tidak hanya adil kepada TSGP seorang sahaja.

Sesuai untuk saya nyatakan disini, bahawa pihak-pihak yang terlibat, bukan setakat empat individu yang dinamakan dalam laporan Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) iaitu TSGP, Tan Sri Musa Hassan (TSMH),Dr Abdul Rahman Yusof (Dr Rahman) dan saya sendiri.

Malahan Jabatan Peguam Negara, PDRM dan Kementerian Kesihatan Malaysia (khususnya Hospital Kuala Lumpur) juga merupakan pihak yang mempunyai kepentingan dalam perkara ini. Selain itu, Jemaah Menteri pada masa yang material itu juga adalah pihak dalam isu sama,jika apa yang akan saya bentangkan dalam perenggan-perenggan dibawah diambil pertimbangan.

Setakat yang saya telah dinasihatkan dan sesungguhnya percaya;bahawa jika seorang Peguam Negara didapati tidak lagi berupaya diatas apa sebab pun, untuk melaksanakan tugasnya dengan sempurna, atau didapati telah melakukan sesuatu yang boleh menyebabkan beliau dipecat daripada jawatannya, maka pihak yang berkuasa mengadili/menghakimi beliau ialah suatu Tribunal yang dilantik oleh SPB Yang Di-Pertuan Agong sahaja, sepertimana perbekalan Artikel 125 Clause (4) Perlembagaan; setelah dinasihatkan oleh Perdana Menteri mengikut Artikel sama Clause (3).(Perbekalan ini adalah digunapakai terhadap Peguam Negara bila dibaca bersama Artikel 145 Clause (6)).

Precedent penggunaan Artikel  ini telah dicipta oleh mantan Perdana Menteri YAB Tun Dr Mahathir Mohamed, ketika menangani isu pemecatan YAB Tun Salleh Abas, mantan Ketua Hakim Negara.Oleh itu soal sama ada Artikel berkenaan tidak boleh atau sukar dilaksanakan tidak timbul.

Berkaitan dengan dakwaan DSAI yang beliau buat pada 1.7.2008 itu, izinkan saya memaklumkan kepada Tan Sri, bahawa saya telah dibawa menemui Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak (YAB PM) persendirian pada 23 Oktober 2008 lebih kurang jam 1030 pagi di-Pejabat Menteri Kewangan.

Ketika itu YAB PM masih lagi Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Malaysia yang baru diambil alih. Pertemuan ini diatur dipercayai terbit daripada pendedahan yang saya buat, menerusi Pernyataan Tuntutan saya yang disiarkan meluas olih media, apabila kandungan tuntutan tersebut dibacakan sepenuhnya olih pihak Pembelaan dalam prosiding kes liwat terhadap DSAI, ketika diperingkat Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, dalam bulan Ogos/ September 2008.

Saya harus menyatakan bahawa interaksi antara kami dilakukan dalam suasana yang sangat mesra, dalam semangat persahabatan dan saya sedikit pun tidak rasa tertekan walaupun itulah kali pertama saya mengenali YAB PM.

Dalam pertemuan ini, saya telah menjelaskan kepada beliau peranan dimainkan masing-masing oleh TSGP,TSMH, Dr Rahman dan saya sendiri dalam penyiasatan “kes mata-lebam”.

Saya menyentuh sedikit sebanyak butir yang terkandung dalam kertas siasatan kes tersebut dan mengenai keterangan yang telah saya berikan kepada SPRM. YAB PM ada membuat komen-komen tertentu, mengenai isu yang saya taklimatkan secara lisan kepada beliau.

Dalam perbualan sama, saya memberitahu YAB PM mengenai maklumat yang saya perolehi; dimana pihak Kerajaan telah melantik satu Panel bagi mengkaji siasatan yang dijalankan oleh SPRM.

Saya juga telah menyebutkan nama dua orang yang telah dilantik sahaja yang saya ketahui pada masa itu. Secara sepontan YAB PM bangun daripada tempat duduknya dan menyatakan dengan serious bahawa beliau tidak tahu menahu mengenai perlantikan Panel yang saya nyatakan kepadanya.

Beliau selanjutnya menyatakan bahawa sekiranya benar sesuatu Panel telah dilantik, beliau pasti telah ditaklimatkan mengenainya. Malahan YAB PM telah menasihatkan saya supaya tidak  percaya dengan khabar angin sedemikian kerana perkara itu adalah tidak benar. Setelah berbual satu dua perkara lain saya telah meninggalkan Pejabat YAB PM.

Sekembalinya dari pertemuan tersebut, saya mengambil sikap tunggu dan lihat. Seterusnya menjelang Februari 2009 saya mendapat maklumat, keputusan siasatan SPRM akan diumumkan sedikit hari lagi.

Justeru itu saya mengambil keputusan untuk mengemukakan satu laporan bertulis yang lengkap, kepada YAB PM. Laporan tersebut bertarikh 19 Februari 2009 (lebih kurang 3 minggu sebelum keputusan rasmi diumumkan di-Parlimen pada 11.3.2009) yang  dialamatkan atas nama YAB PM persendirian dan dihantar dengan tangan serta disahkan penerimaannya oleh Pejabat Menteri Kewangan.

Tanpa menyentuh butiran terperinci laporan tersebut, memadai jika saya menyatakan bahawa ianya boleh disifatkan sebagai “a no holds barred report”. (Dalam surat saya kepada Tan Sri bertarikh 6.5.2010 perenggan 12 ,saya ada setakat menyebut mengenai edaran surat kepada YAB PM ini.)

Untuk faedah Tan Sri,saya perturunkan perenggan 4 laporan kepada YAB PM tersebut seperti berikut;

“Para 4:

Dengan rendah diri saya memberi maklumat ini secara terus kepada YAB Datuk Seri,atas kesedaran dan kepercayaan bahawa YAB Datuk Seri akan menerajui kepimpinan Negara sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6 menjelang akhir Mac atau April depan.

a)    Ianya juga adalah,atas kesedaran dan kepercayaan bahawa SPRM tidak dapat tiada akan merujuk hasil siasatan laporan DSAI berkaitan kes “mereka keterangan palsu” itu kepada YAB Datuk Seri,memandangkan kedudukkan Gani Patail dan Musa Hassan sebagai orang nombor satu dalam Jabatan masing-masing.

b)    Sesungguhnya dengan rendah diri,saya memohon agar YAB Datuk Seri sudi menerima maklumat yang akan menyusul dibawah sebagai input mustahak dalam membantu YAB Datuk Seri mempertimbangkan sesuatu keputusan yang terbaik,adil dan saksama dan “without fear or favour”berkaitan  kes “mereka keterangan palsu” tersebut.

Ditandatangan oleh Mat Zain Ibrahim bertarikh 19.2.2009.
Seterusnya pada 11.3.2009, Datuk Seri Nazri telah membuat pengumuman di-Parlimen mengenai keputusan siasatan SPRM tersebut. Antara perkara penting yang beliau umumkan ialah; bahawa siasatan dan keputusan tersebut telah selesai dua bulan daripada tarikh laporan DSAI, bermakna dalam minggu pertama bulan September 2008.

Bagaimanapun hanya diumumkan pada hari tersebut kerana kes ini sangat sensitif.Beliau seterusnya mengumumkan bahawa siasatan SPRM telah diteliti oleh tiga orang Ahli Panel bebas yang dilantik sebagai Timbalan Pendakwa Raya(DPP) mengikut Kanun Prosidur Jenayah(CPC) oleh Peguam Cara Negara(SG).

Beliau juga memberikan nama-nama tiga orang Ahli Panel bebas tersebut iaitu; Datuk Abdul Kadir Sulaiman, Datuk Wira Mohd. Noor Ahmad dan Datuk Mohd. Noor Abdullah,masing-masing mantan Hakim Mahkamah Persekutuan dan seorang mantan Hakim Mahkamah Rayuan.

Selanjutnya beliau mengumumkan bahawa Ahli Panel sebulat suara (3-0) mendapati TSMH tidak terlibat dalam sebarang salah laku jenayah manakala keputusan majority (2-1) terhadap TSGP yang bermakna seorang dari Ahli Panel tersebut mendapati terdapat keterangan mengaitkan TSGP dalam suatu salah-laku. Namun begitu kedua-dua TSGP dan TSMH dibersihkan daripada sebarang salah laku jenayah.

Perkara penting yang boleh saya rumuskan mengenai ketususan ini ialah; maklumat yang saya berikan kepada YAB PM ketika menemuinya pada 23.10.2008, berkaitan dengan perlantikan Ahli Panel tersebut adalah betul.

Dua nama Ahli Panel yang saya berikan kepada YAB PM ketika itu juga betul. Perkara yang lebih penting dari itu ialah;keputusan siasatan kes tersebut telah selesai dibuat pada awal September 2008 yang bermakna pada ketika saya menemui YAB PM, keputusan berkenaan sebenarnya telah selesai dibuat lebih kurang 6 minggu sebelum pertemuan itu.

Sedangkan, YAB PM sendiri masih tidak tahu menahu mengenainya dan diletakkan dalam gelap berkaitan suatu perkara undang-undang yang sangat mustahak, yang melibatkan seorang Peguam Negara dan seorang Ketua Polis Negara. Walhal setahu saya adalah menjadi tanggung jawab Peguam Negara untuk menasihatkan Jemaah Menteri dalam perkara berkaitan undang-undang sepertimana termaktub dalam Perlembagaan.

Pegumuman Datuk Seri Nazri pada 11.3.2009 itu, menyedarkan saya bahawa Peguam Negara telah memperdayakan Jemaah Menteri untuk mempercayai bahawa SG mempunyai kuasa untuk melantik Ahli-Ahli Panel tersebut sebagai DPP mengikut peruntukkan dalam CPC, tetapi sebenarnya SG tidak mempunyai hak atau kuasa ini sepertimana jelas dalam Seksyen 376(4) CPC.

Peguam Negara juga telah memperdayakan Jemaah Menteri untuk mempercayai bahawa kononya Ahli-Ahli Panel Bebas terdiri daripada mantan-mantan Hakim Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan yang dilantik sedemikian itu, mempunyai hak dan kuasa untuk mengadili/menghakimi seorang Peguam Negara, padahal, hak dan kuasa untuk melantik Tribunal bagi maksud tersebut hanya terletak kepada SPB Yang Di-Pertuan Agong seorang sahaja, setelah dinasihatkan oleh Perdana Menteri sendiri, sepertimana termaktub dalam Perlembagaan.

Saya sedikitpun tidak terkejut dengan perkembangan ini oleh kerana ini bukan kali pertama Peguam Negara memperdayakan (atau dalam terma yang digunakan dalam Kanun Keseksaan,”menipu”) Jemaah Menteri, untuk mempercayai perkara yang tidak benar dan menyebabkan Jemaah Menteri melakukan sesuatu,yang tidak akan dilakukan, sekiranya tidak diperdayakan sedemikian. Beliau pernah lakukan perkara yang sama didalam proses siasatan kes mata-lebam.

Terbit daripada pengumuman oleh Datuk Seri Nazri sedemikian itu,saya telah menghantar surat bantahan dan rayuan, Rujukan MZ/SUL/5776/7 bertarikh 15.4.2009 kepada Pengerusi dan Ahli-Ahli Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah,(LPPR), dan salinannya kepada Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Kecil LPPR dan Jawatankuasa Khas (Parlimen).

Saya turut menulis laporan kepada Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia (Persendirian) pada 7.5.2009 dan mengedarkan kedua-dua salinan laporan diatas kepada SG yang masing-masing telah akui penerimaannya. Saya ada menyebut perkara ini dalam perenggan 13 dan 14 surat saya bertarikh 6.5.2010 kepada Tan Sri.

Dalam laporan saya kepada LPPR itu, saya telah menghuraikan dengan terperinci mengenai caramana pemalsuan keterangan tersebut telah dilakukan dan oleh siapa. Saya juga turut melampirkan dokumen-dokumen buktinya.

Selain itu saya juga mempersoalkan berkaitan kesahihan perlantikkan Ahli-Ahli Panel bebas oleh SG demikian itu.(Bekaitan hak dan kuasa yang wajib dilaksanakan oleh Pendakwa Raya secara sendiri, sudi Tan Sri merujuk kepada hujah yang dikemukakan  oleh SG sendiri dihadapan Hakim YA Datuk Mohamad Zabidin bin Mohd.Diah dalam Rayuan Jenayah No:43-(70)-2008 dalam perkara Pendakwa Raya lwn DSAI (Decision on Revision bertarikh 5.3.2009) berkaitan kuasa Pendakwa Raya menandatangani sendiri sijil dibawah Seksyen 418(1) CPC yang boleh dibaca bersama dengan kuasa Pendakwa Raya sendiri dalam melantik Timbalan Pendakwa Raya dibawah Seksyen 376(4)CPC.).

Selain daripada dua perkara utama dalam laporan tersebut saya telah memadatkan/meringkaskan maklumat mengenai insiden menipu Jemaah Menteri sepertimana terkandung dalam perenggan 41 hingga 42 (a) yang diperturunkan seperti dibawah: “KEPUTUSAN JEMAAH MENTERI MENUBUHKAN SURUHANJAYA DI RAJA.

Jemaah menteri yang bermesyuarat pada 27.1.1999 bersetuju menubuhkan Suruhanjaya Di Raja tersebut,yang mendapat perkenan SPB Yang Di Pertuan Agong pada 3.2.1999.(Jemput YA Bhg.Tun,merujuk lampiran N,iaitu salinan surat Kerajaan memohon perkenan tersebut). Terma rujukan Suruhanjaya Di Raja yang di-Titahkan adalah sepertimana perenggan 4(i)dan (ii).

Saya ada alasan untuk menegaskan bahawa Jemaah Menteri mengambil keputusan menubuhkan Suruhanjaya Di Raja ini setelah dibekalkan dengan maklumat yang mengelirukan dan tidak benar (sepertimana kandungan Kenyataan Media Peguam Negara 5.1.1999), berkaitan status siasatan kes mata-lebam ketika itu,serta maklumat kononnya mengenai ketidakupayaan dan/atau ketidakcekapan PDRM menangani siasatan kes ini.

Saya percaya sekiranya Peguam Negara telah menasihatkan Kabinet bahawa siasatan PDRM telah mengesahkan sebab kecederaan mata-lebam tersebut serta mengenalpasti sejak 30.10.1998 lagi,orang yang bertanggung-jawab mencederakan Anwar Ibrahim, saya yakin Kerajaan tidak akan membuang masa dan dana Rakyat serta mengaibkan PDRM,dengan menubuhkan Suruhanjaya Di Raja tersebut,jika hanya untuk mencari jawapan yang sama yang telah PDRM bentangkan tanpa sebarang keraguan, kepada Gani Patail.

Walaupun diakhir prosiding Suruhanjaya Di Raja tersebut, Yang Arif Pengerusinya telah sedaya upaya cuba menaikkan imej dan keyakinan rakyat terhadap PDRM dengan kata-kata pujian akan bagaimana tegas dan jujurnya Pegawai-pegawai dan anggota Pangkat Rendah PDRM memberikan keterangan masing-masing walaupun terhadap Ketua Polis Negara mereka, hakikatnya ianya telah terlewat kerana ketika itu intergriti dan imej PDRM telah dimusnahkan dengan hanya satu Kenyataan Media Peguam Negara 5.1.1999 yang direka.”

Saya percaya penerima-penerima laporan bertarikh 15.4.2009 itu tidak terlepas pandang maklumat diatas. Sungguhpun saya terdengar komen yang menyatakan maklumat tersebut adalah keterlaluan dan ada juga yang mempersendakannya sebagai maklumat mengarut,namun majoriti daripada mereka bersetuju maklumat tersebut adalah serious.

Namun begitu, masa telah menentukan untuk saya merasa telah di-“vindicated” setelah 15 bulan mengemukakan maklumat tersebut, apabila pada 29.7.2010, Peguam Negara sendiri,yang mengetuai Pasukan Pendakwaannya yang terbaik, telah menuduh YAB Tun Dr Ling Liong Sik (Tun LLS), bekas Menteri Kanan Persekutuan di-Mahkamah, dibawah Seksyen 418 Kanun Keseksaan, kerana menipu Jemaah Menteri.

Maklumat yang dahulunya dikatakan sebagai keterlaluan dan mengarut dan tidak mungkin berlaku kepada Jemaah Menteri, kini terserlah dan tidak boleh disembunyikan lagi.

Sekiranya Peguam Negara menuduh Tun LLS dalam apa pertuduhan lain pun, beliau dan keluarganya tetap akan merasa keaibannya.Malah mungkin banyak lagi kesalahan yang lebih berat yang beliau boleh dituduh berkaitan skandal PKFZ itu.

Tetapi apabila Peguam Negara dengan sengaja memilih untuk menuduhnya kerana menipu Jemaah Menteri, maka bukan sahaja  Tun LLS yang merasa aib, bahkan kesemua Ahli Jemaah Menteri dan rakyat telah diaibkan. Ianya boleh memberi gambaran negatif seolah-olah Jemaah Menteri Malaysia terdiri dari gulungan mereka yang dengan mudah ditipu.

Siapa yang ada ekses untuk menipu Jemaah Menteri, kalau tidak dikalangan Menteri sendiri atau orang-orang yang dipertanggung-jawabkan oleh Perlembagaan untuk menasihatkan Jemaah Menteri. Mesej apa yang ingin disampaikan oleh Peguam Negara dan kepada siapa, hanya beliau mengetahuinya.

Namun begitu,mungkin ada hikmahNya Peguam Negara berbuat begitu.Jika Bahagian Pendakwaan dapat mengesan “ingredients” yang diperlukan untuk membuktikan Tun LLS telah menipu Jemaah Menteri, sepertimana pertuduhan yang dikenakan terhadap beliau, bagaimana pula mereka boleh terlepas pandang kesalahan menipu Jemaah Menteri yang dilakukan oleh TSGP sendiri?

Walhal maklumat mengenai kesalahan itu sepertimana perenggan 7.3 diatas adalah sangat jelas, dan telah diakui terima oleh SG.Lebih-lebih lagi kita ketahui SG dan Ketua Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara adalah orang-orang yang sangat teliti apabila mengkaji sesuatu kertas siasatan dan pakar dalam undang-undang jenayah.

Tidak mungkin mereka terlepas pandang.Lagipun “ingredients” untuk membuktikan kes tersebut, semuanya dimuatkan dalam maklumat berkenaan. Apa yang pasti ialah, pertuduhan menipu Jemaah Menteri terhadap Tun LLS itu tidak adil kepada beliau,jika Peguam Negara pula tidak dituduh,kerana beliau juga pernah menipu Jemaah Menteri, sekurang-kurangnya dua kali.

Baru-baru ini pula,ketika perbicaraan OC Phang, salah seorang tertuduh dalam skandal PKFZ, seorang DPP daripada Jabatan Peguam Negara telah menyatakan persetujuannya di-Mahkamah, untuk perbicaraan kes Tun LLS diselesaikan dahulu oleh kerana mengikut kronologi kejadian, kes yang dihadapi oleh Tun LLS, telah berlaku terlebih dahulu daripada kes terhadap OC Phang.

Saya tidak akan terkejut ,apabila perbicaraan kes Tun LLS dimulakan,Peguam beliau akan meminta pula, pendakwaan terhadap Peguam Negara diselesaikan dahulu oleh kerana mengikut kronologinya, Peguam Negara yang lebih dahulu menipu Jemaah Menteri daripada Tun LLS.

Apa pula pendirian yang akan diambil oleh DPP ketika itu,kita tunggu dan lihat. Secara ikhlas,saya tidak berniat untuk mempersendakan perkara ini,tetapi hampa melihat Sistem Keadilan Jenayah dan Sistem Pentadbiran Keadilan kita dihalakan kelorong kemusnahan dan kehancuran oleh orang yang telah diberi kuasa mengawalnya, seolah-olah rakyat jelata semuanya buta undang-undang.

Saya juga tidak berhasrat untuk melebarkan perkara dalam persoalan ini dengan isu lain.Namun begitu,saya juga tidak dapat mengelakkan diri daripada bercakap mengenai Statutory Declaration(SD) palsu oleh Private Investigator Balasubramaniam  (PI Bala).

Jelas PI Bala telah melakukan suatu kesalahan jenayah dan boleh dihukum penjara 7 tahun dibawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan jika disabitkan kesalahannya. Malah PI Bala sendiri mengaku bahawa SD keduanya itu, mengandungi kenyataan palsu serta dengan berani secara terbuka, mencabar TSGP menuduhnya di-Mahkamah. Rakyat jelata, malahan rakyat Malaysia diseluruh dunia pun tahu perkara ini.

Dari sudut keputusannya, kita harus terima hakikat bahawa apa juga keputusan yang dibuat mengenai kes ini, Peguam Negara adalah dilindungi oleh Perlembagaan dan tidak boleh dipersoalkan di-Mahkamah.

Persoalannya, adakah Peguam Negara sendiri telah membuat keputusan yang adil kepada semua pihak? Tentunya ia tidak adil kepada orang-orang yang telah dituduh kerana melakukan kesalahan yang sama seperti PI Bala,atau yang dituduh membuat afidavit palsu,atau memberi keterangan palsu di-Mahkamah, ataupun orang-orang yang telah dituduh kerana kesalahan-kesalahan berkaitan membuat, atau memberi keterangan palsu yang lain yang boleh dihukum dibawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan juga.

Malah lebih tidak adil lagi,kepada orang-orang yang telah didapati bersalah dan menjalani hukuman penjara pula.

Antaranya yang saya ingat, ialah dalam kes seorang Sharma Kumari Shukla, yang dijatuhkan hukuman 3 tahun penjara bagi setiap satu daripada dua kes membuat kenyataan palsu, dalam afidavit, berkaitan dengan nama beliau sahaja,iaitu perbezaan diantara “Sharma Kumari” dan “Sharma Kumari Shukla” pada 26.4.2000.

Malah ketika menjatuhkan hukuman, Majistret Juliana Mohammad dilapor menyatakan “making false statement was like giving false evidence,which could undermine the country’s justice system”.

Saya juga masih ingat betapa Peguam Negara begitu megah dengan kejayaan seorang DPP-nya yang berhujjah bersungguh-sungguh dalam prosiding rayuan, dihadapan Hakim Mahkamah Tinggi Augustine Paul (mendiang) apabila  Sharma Kumari dibebaskan, tanpa membela diri pada mulanya.

Mungkin lebih tidak adil lagi kepada Sharma Kumari, apabila dalam rayuan kes kes yang lebih berat lagi daripada kes beliau, malah hingga ada kes yang menyebabkan kehilangan nyawa, Peguam Negara bertindak sambil lewa sahaja, malahan ada yang tidak dibuat rayuan langsung.

Disebalik itu pula, mungkin keputusan TSGP untuk tidak mengambil sebarang tindakan terhadap PI Bala, dan menutup kes terhadapnya, adalah sangat adil kepada TSGP sendiri yang boleh dibuktikan telah memalsukan beberapa keterangan, atau kepada kenalan beliau atau orang-orang lain yang telah melakukan kesalahan serupa tetapi dikecualikan daripada tindakan undang-undang.

Antara yang saya ingat ialah dalam kes Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik (TSRTC)bekas Ketua Menteri Melaka. TSGP sendiri yang telah mengesahkan bahawa terdapat keterangan prima-facie berkaitan empat pertuduhan jenayah yang boleh dikenakan terhadap TSRTC, dan salah satu daripada kesalahan-kesalahan tersebut ialah kerana membuat Statutory Declaration palsu di-Pejabat Perdana Menteri, Jabatan Perdana Menteri ketika itu terletak di-Jalan Datuk Onn Kuala Lumpur,suatu kesalahan yang boleh dihukum penjara 7 tahun dibawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan jika disabitkan kesalahannya. (Komen saya mengenai TSGP berkaitan perkara TSRTC dan beberapa yang lain adalah sepertimana perenggan 19,20 dan 21 dalam surat saya kepada Tan Sri bertarikh 6.5.2010, khasnya perenggan 29).

Dalam hal diatas saya hanya mampu memberi pendapat peribadi saya untuk menyatakan, bahawa caramana Peguam Negara sampai kepada keputusan yang dibuatnya berkaitan kes PI Bala dan sebelum itu, dalam memilih pertuduhan sesuai terhadap Tun LLS, mengesahkan tanpa ragu lagi, bahawa beliau tidak menghiraukan langsung hak kesamarataan individu dari sudut undang-undang, yang dijamin oleh  Perlembagaan .

Tidak keterlaluan untuk saya menyatakan bahawa beliau telah sampai ketahap tidak lagi mampu berfikir secara rasional.Saya berpendapat bahawa TSGP telah hilang keupayaan untuk melaksanakan tanggung-jawab dan fungsi jawatannya, dengan betul dan adil selaku Peguam Negara.

Saya juga berpendapat yang beliau tidak lagi mampu dan berupaya untuk menjadi pelindung Keadilan Awam dan hak asasi rakyat. Sebagai seorang individu, saya berhak untuk tidak membiarkan hak kebebasan individu saya,isteri dan anak-anak serta cucu-cucu saya  ditentukan oleh seorang yang tidak waras dan rasional lagi. Mungkin ramai individu lain juga berpendirian sedemikian.

Sekiranya Ketua Hakim Negara boleh dibawa kehadapan Tribunal, jika bekas Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar,Menteri-Menteri kanan termasuk Tun LLS, Ahli-Ahli Parlimen, Ketua Polis Negara,Panglima dalam Tentera Darat, Ketua Setiausaha Kementrian, Ketua Pengarah-Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan dan lain-lain, mampu dihadapkan kemuka pengadilan oleh Kerajaan,malah  ada diantara mereka yang telah menjalani hukuman, dibuang kes dan ada yang masih menunggu perbicaraan selain daripada telah diaibkan.

Apa istimewanya Peguam Negara? Walaupun kita wajar hurmati kuasa seorang Peguam Negara seperti yang termaktub dalam Perlembagaan, namun, tidak ada dalam mana-mana undang-undang Malaysia yang melindungi beliau sekiranya, menyalahgunakan kuasanya atau melakukan jenayah.

Beliau tidak ada hak atau kuasa untuk sewenang-wenangnya mencabuli undang-undang, lebih-lebih lagi jika jenayah itu adalah terhadap Keadilan Awam itu sendiri dimana beliau sepatutnya menjadi pelindungnya.

Sungguh pantas masa berlalu. Kini usia kes mata-lebam telah genap 12 tahun dan sedang melangkah pantas menuju tahun ke-13. Jika tidak ada penutupan sepenuhnya (“full and final closure”) kepada episode ini, ia akan terus melangkah 12 tahun lagi dan tidak berkesudahan.

Setiap hari ada sahaja peristiwa yang mengingatkan saya kepada insiden mata-lebam ini.Malahan di-Parlimen pun sejak insiden ini berlaku sehingga kehari ini tidak henti-henti membahaskannya, dan tidak nampak tanda-tanda untuk ia dihentikan dalam masa terdekat ini.

Ketika saya mulakan menulis surat ini kepada Tan Sri dua hari lalu; mengingatkan saya tempoh 8.10.1998 hingga 20.11.1998 genap 12 tahun dalam sejarah,merupakan tempoh paling rumit yang PDRM lalui menangani kes mata-lebam ini,khasnya kepada diri saya sendiri.

Saya sedar bukan tidak ada usaha PDRM dan Kerajaan untuk membawa kes ini kepada penutupan sepenuhnya. Malangnya terdapat halangan-halangan yang sengaja diujudkan olih pihak-pihak yang mempunyai kepentingan dalam perkara ini, dengan memutar belitkan fakta-fakta yang betul, malahan membenamkan keterangan sebenar daripada diketahui umum dan Jemaah Menteri, sehingga memburukkan lagi keadaan.

Saya percaya Tan Sri, pucuk pimpinan tertinggi dan warga PDRM keseluruhannya,berminat mengetahui apakah tindakan yang diambil oleh pucuk pimpinan PDRM sendiri ketika itu, untuk membawa penutupan segera kepada peristiwa tersebut sebelum didedahkan dalam prosiding Suruhanjaya Di-Raja, yang pada pendapat saya, tidak sepatutnya diadakan.

Untuk faedah Tan Sri,saya ringkaskan seperti perenggan-perenggan berikut dibawah.

Sebenarnya persetujuan untuk penutupan sepenuhnya insiden mata-lebam itu, dicapai antara jam 2.30 petang hingga 3.30 petang hari Khamis 8.10.1998. Persetujuan ini dicapai diantara Tan Sri Abdul Rahim Noor (TSRN), Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Norian Mai,Timbalan Ketua Polis Negara dan saya selaku Pegawai Penyiasat,didalam bilik Pejabat TSRN sendiri.

Wajar saya menyatakan kesediaan dan kerelaan TSRN mengambil tanggungjawab sepenuhnya insiden mata-lebam yang telah berlaku itu, dibuat secara sukarela dan tanpa pujukkan sebagai seorang gentleman.

Proses penutupan ini juga dipersetujui dibuat secara professional,mengikut lunas undang-undang dan perlaksanaan sepenuhnya dibuat secara “above board”.

Saya telah ditugaskan untuk menyiapkan kertas-siasatan serta merta dan lain-lain dokumentasi yang berkaitan,termasuk menyediakan factor-faktor mitigasi (mitigating factors),yang saya perakukan boleh disiapkan dalam tempoh 2 hari.

Dengan mengambil kira tempoh rayuan 10 hari daripada Isnin 12.10.1998, jika ada sebarang rayuan keatas hukuman, kita menjangka dapat menutup kes tersebut sepenuhnya pada Khamis 22.10.1998.

Setelah memberi persetujuan tersebut saya lihat wajah TSRN begitu tenang,dan menerusi “body language” beliau, saya dapati seolah beliau begitu lega, setelah beban diatas bahunya dilepaskan.Malah beliau sambil bersahaja menanyakan kepada Tan Sri Norian, sama ada beliau(TSRN) layak membeli staff-car Mercedes yang sedang beliau gunakan itu, dan jika boleh beliau minta tolong, untuk repair sedikit-sedikit mana yang rosak.

TSRN juga memanggil PA beliau untuk menyemak baki pinjaman perumahannya atau bil-bil Kerajaan yang perlu beliau jelaskan.Malah beliau berpesan kepada Tan Sri Norian untuk menjaga kebajikkan “budak-budak” (anggota polis) yang menjaga dan mengawal kediamannya dengan baik.

Tan Sri Norian juga ada menyatakan yang beliau dan seluruh warga Polis tidak akan melupakan jasa-jasa TSRN kepada PDRM dan berjanji akan membantu beliau dan keluarga setakat yang termampu setelah TSRN meninggalkan Pasukan; mengikut rancangan,dua hari selepas perjumpaan kami itu,bagi membolehkan PDRM membuka lembaran baru.

Begitulah antara suasana dalam bilik TSRN ketika itu, dan selepas bersalaman dan memohon kemaafan dan ucapan terima kasih saya dan keluarga kepada beliau,serta berjanji akan menjengok-jengok keluarga beliau di-Melaka, saya telah meninggalkan Pejabat TSRN jam lebih kurang 3.30 petang, membiarkan mereka berdua untuk meneruskan perbualan.

Manusia hanya boleh merancang, tetapi Allah sahaja yang boleh menentukanNya. Saya mendapat tahu kemudiannya, iaitu pada jam lebih kurang 5.00 hingga 5.30 petang 8.10.1998 itu, Tan Sri Mohtar Abdullah (Allahyarham) diringi oleh orang kuatnya Datuk Abdul Ghani Patail, telah menemui TSRN dibilik Pejabat KPN.

Lebih kurang jam 6.00 petang itu saya dipanggil untuk berjumpa dengan Tan Sri Norian dan beliau cuma memberitahu saya “untuk meneruskan siasatan seperti biasa”, dan apabila melihat beliau membuat gesture bahunya sedemikian, saya faham bahawa persetujuan yang dicapai antara kami beberapa jam sahaja sebelum itu telah dibatalkan.

Saya harus menyatakan bahawa saya terkejut dan hampa dengan perubahan ini, tetapi siapalah saya untuk menghalangnya, oleh kerana kita sendiri tidak tahu apa yang akan berlaku pada hari esok.

Untuk mengelakkan sebarang kekeliruan dan mengenepikan sebarang keraguan Tan Sri, kepada ketepatan kronologi yang saya huraikan diperenggan 12 diatas, saya menggesa Tan Sri mendapatkan Kertas Siasatan kes mata lebam IP No: 8497/98 bersangkut Tun HS Lee Rpt: 25223/98 yang mungkin masih tersorok di-Jabatan Peguam Negara; untuk menyemak Diari Penyiasatan saya dan juga Minit-Minit saya bertarikh 15.10.1998,29.10.1998 dan 27.1.1999 yang kesemuanya berjumlah lebih daripada 100 muka surat, bagi tujuan verifikasi.Walaupun Diari Penyiasatan saya, tidak 100 peratus lengkap seperti sebuah novel, namun tarikh,waktu dan rakaman ringkas peristiwa penting adalah cukup untuk menyegarkan ingatan saya kepada peristiwa sebenar yang berlaku.

Sudi nanti Tan Sri merujuk Diari Penyiasatan bertarikh 8.10.1998 (Khamis) siri 75 hingga 78  muka surat 22 hingga 24 khasnya nombor siri 78 bertarikh 8.10.1998 mulai jam 2.30 petang berkaitan dengan persetujuan penutupan berkenaan.

Untuk peristiwa berkaitan sebelumnya,sudi juga merujuk siri no: 73 bertarikh 7.10.1998 (Rabu) jam 8.45 malam hingga 1100 malam dirumah Tim KPN, Tan Sri Norian. Saya juga ada merakamkan nama Pengarah-Pengarah PDRM yang hadir sama.

Perjumpaan ini adalah bagi membincangkan pendirian PDRM dalam menangani siasatan ini dan cara terbaik menyelesaiknya segera, tanpa membelakangkan undang-undang. Saya juga telah diberi mandat untuk mengambil keputusan sendiri, asalkan nama baik dan imej Pasukan dipelihara.

Dalam siri No: 74 pula saya ada merakamkan mengenai perbincangan menerusi telefon antara jam 1200 tengah malam(7.10.1998) hingga 1.00 pagi (8.10.1998)dengan KPN.

Mengenai pendirian TSRN sendiri berkaitan siasatan ini pula,sila Tan Sri rujuk siri No:15 jam 9.30 hingga 11 malam, Ahad 27.9.1998, bertempat di-Pejabat Komander Brigade Tengah, Cheras.

Dalam perjumpaan ini beliau secara one-to-one dengan saya mengarahkan untuk siasatan dijalankan secara berkecuali dan “to leave no stone unturned”. TSRN juga berpesan bahawa sebarang keputusan yang saya bakal ambil, hendaklah meletakkan imej Pasukan diatas segalanya.

Selanjutnya, sejak 9.10.1998 tempo dalam “gelanggang” siasatan bertukar menjadi tegang. Beberapa kali berlaku pertembongan secara “head-on” antara TSGP dan saya. Tidak mendatangkan faedah kepada mana-mana pihak pun jika saya menghuraikan apa yang terkeluar dari mulut TSGP dan apa pula yang terkeluar dari mulut saya.

Mungkin hanya akan menimbulkan permusuhan dan benci membenci antara pihak-pihak yang tidak berkenaan. Namun begitu saya telah mengambil langkah-langkah yang terdaya oleh saya, sepertimana yang saya telah jelaskan terperinci dalam perenggan 10.9.1 Surat Terbuka Pertama.

Selanjutnya,tanpa sedikitpun menghiraukan nasihat, sergahan dan amaran daripada saya yang lebih tua dari beliau, TSGP terus melakukan pemalsuan untuk menutup pemalsuan terdahulu dan membenamkan keterangan untuk membenamkan keterangan sebelum itu.

TSGP yang sebelum insiden mata-lebam itu mungkin bersih daripada sebarang salah laku jenayah,tetapi kini mengikut pengiraan saya sendiri; boleh dihadapkan dengan sekurang-kurangnya 6 dakwaan salah laku jenayah melibatkan pembuatan keterangan palsu dan menyorokkan dan/atau cuba membinasaka keterangan,kesalahan-kesalahan yang beliau cari sendiri.

Lebih lama kes mata-lebam ini kekal,lebih banyak kesalahan tambahan yang mungkin akan tercipta,dan tidak hairan ramai lagi orang-orang yang tidak berkenaan akan terbabit, lebih-lebih lagi Pegawai-Pegawai Kanan kita yang bagus-bagus,terutamanya di-Jabatan Peguam Negara boleh menjadi korban keadaan, selain dari ianya merosakkan imej Negara.

Kita tidak dapat menafikan hakikatnya, bahawa kes mata-lebam itu dicetuskan oleh PDRM sendiri. Sewajarnyalah PDRM yang menyelesaikannya. Walaupun pihak Peguam Negara keberatan melepaskan kertas siasatan kes berkenaan sejak awal 1999 sehingga dirampas oleh pihak SPRM pada July 2008,atas sebab-sebab yang saya percaya TSGP dan TSMH ketahui, tidak bermakna PDRM  kini terus menanggung beban mereka.

Kita sedar hakikatnya bahawa Jemaah Menteri sendiri tidak mampu menyelesaikannya. Oleh kerana Jemaah Menteri tidak dibekalkan dengan kuasa menyiasat, atau kuasa membuat tangkapan,atau kuasa pendakwaan dan jauh sekali kuasa menjatuhkan hukuman. Yang ada dua daripada empat kuasa tersebut adalah Polis…

Saya memohon maaf jika penulisan saya kali ini membebankan Tan Sri. Saya ingin Tan Sri ketahui bahawa saya melakukan ini semata-mata sebagai memenuhi janji saya kepada pucuk pimpinan PDRM dan Kementerian Dalam Negeri yang telah saya perakukan secara bertulis apabila selesai siasatan kes mata-lebam tersebut.

Jemput rujuk perakuan saya dalam muka surat 14 perenggan 9, Minit bertarikh 29.10.1998 dan muka surat 26 perenggan 9 juga, Minit bertarikh 27.1.1999. Tidak hairan jika Kertas Siasatan tersebut sengaja disorokkan akibat minit-minit ini.

Malah kertas siasatan sama pernah “dihilangkan” antara 30.10.1998 hingga 20.11.1998 yang menyebabkan heboh seluruh Negara kerana berita “kehilangan”ini disiarkan disemua akhbar dan siaran Buletin Utama TV dan dibahaskan juga dalam Parlimen.

Sebagai insan biasa yang lemah, saya juga tidak terlepas daripada membuat salah dan kesilapan. Ada juga kegagalan saya semasa dalam perhidmatan. Terdapat juga hari-hari bodoh dan hari-hari malas saya ketika dalam Pasukan.

Namun disebalik itu, saya boleh mendabik dada dan mengangkat kepala, bahawa saya tidak pernah sekali dalam khidmat saya, menganiaya sesiapa. Saya tidak pernah memalsukan fakta dan keterangan untuk mensabitkan kesalahan terhadap mana-mana orang. Lebih daripada itu, saya tidak pernah menggadai atau melelong maruah Pasukan.

Akhir kata saya doakan YDH Tan Sri dianugerahkan kesihatan dan kesejahteraan, untuk memimpin barisan baru kepimpinan tertinggi PDRM yang kesemuanya dikenali dan diyakini dapat membantu Tan Sri, untuk membawa semula PDRM kezaman bilamana rakyat menaruh keyakinan dan penghurmatan yang tinggi terhadapnya, dan zaman kemegahan serta kemantapan semangat setia kawan, seperti yang pernah kita nikmati bersama, sepanjang dekad sembilan puluhan.

Selamat maju jaya.

M.i

Kota Mekah DiLanda Banjir


Kota Mekah dilanda banjir


BEBERAPA jemaah meredah banjir manakala sebahagian lagi menolak kenderaan di sebatang jalan raya di Mekah kelmarin.

MEKAH – Beberapa kawasan di Mekah kelmarin dilanda banjir ekoran hujan lebat menyebabkan sebahagian jemaah meredah air banjir namun ia tidak melibatkan kawasan yang menempatkan Kaabah.

Sebelum ini, hujan turun dengan lebat di Mina pada Rabu lalu semasa para jemaah melontar jamrah sebagai tanda merejam syaitan.

Hujan dan angin itu menyebabkan beberapa buah pokok tumbang di tepi sebatang jalan raya di Mekah.

Lebih 2.8 juta jemaah haji berhimpun di Mekah untuk mengerjakan rukun Islam yang wajib dilakukan oleh umat Islam yamg mampu.

Bagaimanapun, cuaca di Mekah semalam yang merupakan hari terakhir jemaah mengerjakan haji berada dalam keadaan baik selepas hujan turun.

Sementara itu, pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah menjalani lebih banyak ujian perubatan selepas baginda mengadu sakit belakang.

Menurut agensi berita SPA, baginda diminta supaya berehat oleh doktor-doktornya.

Pada Selasa lalu, kerajaan Arab Saudi mengeluarkan kenyataan dengan menyatakan tahap kesihatan Raja Abdullah berada dalam keadaan baik.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas baginda mengadu sakit kaki.

Umur Raja Abdullah adalah di antara 86 dan 87 tahun.


BEBERAPA batang pokok tumbang menghempap beberapa buah kereta akibat hujan dan tiupan angin di Mekah kelmarin.

Kestabilan politik di negara beraja itu amat penting kerana Arab Saudi mempunyai lebih satu perlima simpanan minyak dunia.

Kerajaan Arab Saudi merupakan sekutu rapat AS dan merupakan pemegang aset terbesar dolar AS.

Pada 13 November lalu, ekoran keadaan kesihatan Raja Abdullah itu, Menteri Dalam Negeri, Putera Nayaf diberikan tugas memantau urusan perjalanan haji pada tahun ini.

Hujan di hari akhir ibadah Haji

MINA: Hujan menyebabkan di beberapa tempat di kota Makkah dinaiki air semalam sekali gus mengganggu sebahagian jemaah dari Mina yang dalam perjalanan ke Kaabah bagi menunaikan ibadat terakhir Haji tahun ini selepas melontar jamrah.

Hujan melanda Mina sejak petang kelmarin ketika jemaah mula keluar dari kawasan perkhemahan di Mina bagi melontar jamrah pada hari ketiga.

Air separas buku lali memenuhi jalan raya dari Mina ke Makkah dan menyebabkan lalu lintas tersekat. Kenderaan terkandas di jalan raya yang dinaiki air. Anggota polis trafik dilihat membantu kereta kecil keluar dari air banjir.

Air dilihat menuruni bukit di Mina dan masuk ke dalam khemah jemaah menyebabkan tilam dan barang lain dihanyutkan.

“Di sesetengah khemah, keadaan agak kelam-kabut. Orang ramai berlari untuk mengelak daripada arus air deras,” kata seorang jemaah kepada jurugambar Arab News.

Selepas air surut, jalan raya di Mina dipenuhi pelbagai jenis sampah. Jam tangan dan barang kemas dihanyutkan manakala peniaga tepi jalan meninggalkan kedai bagi mengelak hujan lebat.
Hujan lebat memeranjatkan jemaah namun ia tidak mengejutkan pihak berkuasa Pengurusan Jemaah Asia Selatan. Seorang daripada mereka berkata: “Kami sedia menghadapi hujan seperti diramal.

“Syukur, hujan berlaku pada hari terakhir Haji ketika jemaah berada di Mina. Jika hujan turun lebih awal, keseluruhan jentera pentadbiran akan kucar kacir.”
Televisyen Saudi menunjukkan jemaah terus melontar jamrah dan mengelilingi Kaabah. Ribuan jemaah masih berada di Mina bagi menghabiskan acara melontar.

Jemaah yang gagal meninggalkan Mina sebelum malam perlu tinggal sehari lagi. Ramai jemaah gembira dapat menyelesaikan haji. Pengulas India Muslim terkenal, Ausaf Vasfi, berkata semuanya lancar.

Agensi

%d bloggers like this: