Tag Archives: MCA

Gempar:Maknya Bond Michelle Yeoh Bertanding Tiket BN di Perak


ini bukan spekulasi..bukan borak kosong..bukan jugak sembang kuat..hahaha

Kalu hangpa nak tau ini strategi MCA /Bn untuk merampas Perak..supaya KERAjaan haram laa ni boleh jadi ‘HALAL’..hahahha

Fuuyooo..Hero Pornstar MCA nak letak bintang hollywood untuk menaikan imej MCA…good try bro!

Namun, adakah imej MCA sebagai cukong dari parti perkauman melayu Umno akan ‘terubat..hahahaha… kanni neh!

disebalik semua itu ada beberapa persepsi yang wajar dilihat kembali…beberapa pemerhati dari kalangan orang Cina mengatakan CSL tidak mendapat ‘full hope’ dari majoriti orang Cina di Malaysia.samada dalam parti beliau mahu pun diluar kotak politik.

Adakah bintang Michelle Yeoh kan bersinar buat MCA Perak ?

Apapun alasan yang akan diberikan oleh Michelle Yeoh, bintang Hollywood kelahiran Malaysia itu untuk bersara dari dunia bergemerlapan antarabangsa kepada adegan politik tempatan, beliau mungkin akan terlibat dengan BN dan MCA khususnya.

“Sesiapapun boleh menyertai politik jika orang itu mempunyai komitmen untuk berkhidmat dengan masyarakat. Tetapi, Michelle Yeoh akan menyertai MCA sekitanya beliau memilih politik. Beliau ialah penyokong tegar BN kerana bapanya Yeok Kian Geik merupakan pengerusi MCA Perak sebelum ini.  Beliau turut bergambar sebagai ‘ratu’ BN semasa pilihanraya yang lalu menuntut rakyat mengundi BN. “Saya ragu tentang kelayakannya kerana beliau tidak pernah tidak-berpihak (imparsial) selama ini,” ujar Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming kepada Malaysia Chronicle.

Bukan ikon demokrasi, bukan pejuang pembebasan

Berita ini mungkin bukan sesuatu yang mengejutkan buat mereka-mereka yang arif tentang cerita-cerita di Ipoh, tanah kelahiran Michelle. Namun ini tidak akan menyekat peminatnya dari merasa kesal. Dengan menggunakan prinsip kira-kira yang sama, ianya agak sukar untuk orang Cina mengundi MCA jika beliau menyertai parti itu atau sekali lagi mengambil tempat sebagai ‘duta’ menjelang pilihanraya umum ke-13, diramalkan berlangsung dalam beberapa bulan terdekat ini.

Namun begitu, berita bintang Hollywood kelahiran negara ini terus mengundang daya tarikan apabila akhbar the Star milik MCA menulis artikel pendek, mengalu-alukan penyertaannya dalam politik.

Memetik sina.com, artikel itu menulis yang Michelle “akan membuat keputusan yang serius menyertai arena politik Malaysia menjelang pilihanraya umum kelak”. Namun, beliau tidak dapat dihubungi untuk kepastian berita itu tetapi ibu-bapanya memberik reaksi terkejut tentang berita itu.

“Saya dengar berita itu dari seorang kawan. Saya agak terhibur. Saya tidak tahu macam mana cerita itu wujud. Anak saya tidak pernah membincangkan soal politik dengan saya,” ibu bintang itu berkata sambil tertawa.

Di usia 49 tahun, Michelle mencuba bakatnya sebagai pelakon di kota Hong Kong dalam sebuah filem kung-fu sebelum dipanggil Hollywood untuk watak utama film popular antarabangsa Crouching Tiger, Hidden Dragon. Ironisnya, watak filem terbaru lakonannya sebagai ikon demokrasi Myanmar iaitu Aung San Suu Kyi – bercanggah dengan kedudukan dan cara hidupnya yang agak bermegah-megahan.

Soi Lek mahu ke Perak

Samada MCA yang sedang tenat ini berjaya memujuk Michelle masuk dunia politik atau tidak, parti itu telah menggunakan segala cara untuk memenangi beberapa kerusi di Perak untuk dilihat kemas oleh Perdana Menteri Najib Razak dan parti UMNO pimpinannya.

Presiden MCA, Chua Soi Lek juga dikatakan mahu bertanding di Perak. Soi Lek bukanlah seorang bintang Hollywood seperti Michelle tetapi beliau turut ‘berlakon’ dalam adegan lucah.

Dan lagi, tidak seperti Michelle, Soi Lek mungkin selamat sekiranya beliau bertanding di kawasan kuat UMNO di mana majoritinya orang Melayu berbanding dengan kawasan Cina di mana beliau tidak popular.

Bukan sahaja semua orang Cina negeri Perak marah dengan Najib kerana taktik jahat merampas Perak dari Pembangkang tetapi juga kerana perselisihan dengan Istana atas isu yang sama, ini ditambah lagi dengan Soi Lek yang terpalit skandal seks.

Oleh kerana video skandal seksnya muncul pada tahun 2007, mereka tahu yang beliau sangat terdedah kepada serangan dan tidak mungkin boleh bangun melawan untuk UMNO kalau untuk diri sendiri pun sudah agak susah.

“Beliau pasti akan dimalukan oleh pengundi Perak. Datang dan cubalah bertanding di Tanjung Malim atau gopeng,” cabar Nizar yang merujuk kepada dua kawasan kuat Pembangkang di negeri itu.

“Chua Soi Lek ialah masalah besar MCA. Beliau hanya menguasai 39% sokongan dari dalam parti apabila beliau dilantik sebagai presiden tahun 2010. Ia amat diketahui ramai yang skandal seksnya tidak akan membantu parti itu. Kita serahkan kepada rakyat negeri Perak untuk menentukan, tetapi Chua sedang menguji moral masyarakat dan kita ramalkan pengundi akan menolak beliau,” ujar Kor Ming.

MC

Perlukah MIO (Perisik Tentera) Ugut Pengundi Cina ?


Pendedahan dari akhbar berbahasa cina

‘kalau tak undi BN kita tahu’.ugutan semakin meningkat menjelang pilihanraya umum

TERKINI Kisah-kisah mengenai ahli-ahli politik BN menggunakan cara kasar untuk mendapatkan undi kaum Cina semakin terdengar di kala negara bersiap sedia untuk peperangan pilihanraya yang katanya adalah yang terbesar dalam sejarah.

ADUN Subang Jaya Hannah Yeoh telah menulis pada Twitter mengenai satu insiden yang mencerminkan suasana tegang yang sedang meningkat di sekitar negara sewaktu parti-parti komponen BN seperti UMNO, MCA, Gerakan dan MIC berjuang hidup mati mereka terhadap Pakatan Rakyat yang dikepalai Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.

Hannah, seorang ahli DAP yang sedang cepat melonjak yang telah menang besar pada pilihanraya 2008, memberitahu bagaimana beliau menolong penduduk kawasannya untuk menghantar surat lanjutan kepada jabatan kerajaan persekutuan.

Beliau tidak menyatakan kandungan surat itu dank e jabatan mana ianya dihantar, tetapi penduduk itu telah dipanggil, dimarah dan diberi amaran untuk mengundi BN.

“Saya membantu seorang penduduk untuk menghantar surat lanjutan kepada sebuah jabatan persekutuan. Penduduk itu dipanggil, disoal kenapa dia meminta pertolongan daripada DAP dan bukan MCA. Orang MCA ada sewaktu dia dipanggil,” kata Hannah.

“Kata-kata yang digunakan “DAP #&$$@#”, penduduk menjadi susah hati. Dia diberi amaran oleh pekerja kerajaan itu untuk mengundi BN. Dia diberitahu ‘kalau kamu tak undi BN, kita boleh jejak kamu’.

Intelegensia askar akan menaksir kebarangkalian MCA untuk menang

Sementara itu, Sin Chew daily telah melaporkan bahawa pegawai inteligen askar (MIO) telah menemubual calon-calon MCA untuk pilihanraya akan datang, yang digembar-gemburkan akan berlangsung tahun hadapan.

Menurut laporan berita itu, MIO menemubual calon-calon MCA itu untuk mengukur kebolehan mereka untuk menang dalam kerusi parlimen dan negeri.

“Mereka ditaksir dalam empat bahagian iaitu latar belakang pendidikan, kemahiran ekonomi, pengalaman dan personality,” kata sumber kepada akhbar Cina itu.

Tetapi Setiausaha Agung MCA Kong Cho Ha telah menafikan dakwaan itu.

“Saya tidak tahu dari mana Sin Chew Daily mendapat maklumat itu. Setahu saya, MIO tidak menemubual orang. Saya sudah menjadi calon sebanyak tiga kali dan saya tidak pernah ditemubual oleh mana-mana pegawai inteligen,” Star melaporkan kata-katanya.

MC

Betul ke Mak Nya nii… ‘Pelacur Chulia Street’ ?


Macam nak cari publisiti saja pun..

Hari tu marah kat LGE kerana bagi projek kat kontraktor Melayu..

Hari ni dakwa ada orang panggil dia pelacur chulia street pulak!…habis tu apa apa hal bawak masuk amoi gebu gebu ke perhimpunan MCA ..depa tu ada kautim dengan ‘porn star’ CSL ke… hahaha hahahaha

Ketua Wanita MCA negeri dakwa dilabel ‘pelacur’

Pergerakan Wanita MCA Pulau Pinang kesal tindakan sebuah blog laman web WordPress yang memfitnah pemimpin dan ahli-ahli wanita sayap Pemuda parti sebagai pelacur.

Tujuh orang ahli yang digelar sebagai ‘gadis glamour MCA’ itu mencuri tumpuan apabila media menyiarkan gambar mereka di dada akhbar semasa menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Pemuda di Kuala Lumpur minggu lalu.

tan cheng liang penang pc 040808 01Hari ini, ketua wanita MCA Pulau Pinang Tan Cheng Liang mendakwa laman web yang dikendalikan oleh organ media PKR, Suara Keadilan memaparkan gambar-gambar wanita bogel dalam kedudukan yang menghairahkan dan melabelkan dirinya sebagai “pelacur Chulia Street”.

Tan, bekas ADUN Jawi membuat laporan polis di Nibong Tebal semalam, selepas dia dimaklumkan mengenai laman web yang katanya telah mencemarkan nama dan maruahnya itu.

Tan berkata beliau membuat laporan itu selepas menerima panggilan telefon daripada seorang anggota MCA Bukit Bendera Tan Khai Beng yang dimintanya melayari http://www.suarakeadilan.wordpress.com

Dalam laman ini, katanya, beliau mendapati namanya dalam satu catatan blog yang menyifatkan beliau sebagai “Pelacur Jalan Chulia”.

“Apabila saya membaca itu, saya berasa marah kerana laman web ini telah mencemarkan maruah dan imej dan menghina saya,” katanya kepada sidang akhbar di Pulau Pinang hari ini.

mKini

Pemuda MCA dah Tahu Nak Kena Bungkuih Lagi!


Belalang Ooooo belalang…mana pegi budak ni…Cuba kau tengok apa nasib MCA ni..
.
Pemuda MCA tak mahu demand…hahaha….macam dah paham bangat apa nasib MCA selepas PRU13 nampaknya..
.
Ex Presiden MCA selepas PRU12 laa ni pi mana?..
.
Resolusi Pemuda MCA: Tidak Terima Sebarang Jawatan Jika Prestasi PRU13 Merosot

KUALA LUMPUR: Tidak menerima sebarang pelantikan jawatan dalam kerajaan jika prestasi parti pada pilihan raya umum ke-13 merosot berbanding sebelumnya sebagai menyokong keputusan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, adalah antara 17 resolusi yang dicapai Pemuda MCA pada perhimpunan agungnya.

Pada mesyuarat yang berlangsung di Pusat Konvensyen HGH di sini hari ini, perwakilan Pemuda MCA mencapai tiga resolusi melibatkan hal ehwal parti, lima politik, tiga pendidikan, empat berkaitan ekonomi dan dua berhubung hal ehwal sosial.

Antara lain, sayap MCA itu menggesa parti melatih anggota muda bagi mempercepatkan proses pembaharuan dalam kepimpinan serta memberi peluang kepada lebih ramai pemimpin Pemuda MCA untuk mewakili BN dalam pilihan raya umum akan datang.

Selain itu, pergerakan itu mahu MCA mempertimbangkan semula cadangan meluluskan resolusi agar semua Pemuda MCA di setiap bahagian boleh memilih seorang perwakilan ke perhimpunan agung MCA bagi meningkatkan bilangan perwakilan serta suara golongan muda.

Resolusi itu juga menyokong penuh Gagasan 1Malaysia, Program Transformasi Kerajaan (GTP), dan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang diketengahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di samping menggesa Jabatan Perkhidmatan Awam meningkatkan bilangan penjawat awam berbangsa Cina di peringkat pegawai kanan di setiap jabatan bagi menonjolkan konsep 1Malaysia.

Pemuda MCA menyokong usaha Najib memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan meminda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 bagi mempertingkatkan kebebasan media di negara ini, dan berharap kerajaan memansuhkan Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti. Pergerakan itu juga mahu kerajaan lebih telus dan tegas dalam pelaksanaan tender projek pembinaan bagi menghasilkan projek lebih berkualiti dan mengelak projek bermasalah.

Resolusi itu turut mengkritik pakatan pembangkang yang tidak berani membuat pendirian sebulat suara secara terbuka terhadap isu pelaksanaan hukum hudud.

Selain itu, perwakilan Pemuda MCA mencadangkan supaya kerajaan menetapkan satu sistem pengagihan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang telus dan lengkap serta mengambil tindakan tegas terhadap pelajar tajaan JPA yang melanggar perjanjian.

Sayap parti MCA itu turut meminta kerajaan mengadakan latihan vokasional menggunakan bahasa Cina dan Tamil sebagai bahasa pengantar untuk pelajar Cina dan India yang tercicir daripada pendidikan sekolah.

Resolusi itu juga mencadangkan lebih banyak Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dibina.

Selain itu, Pemuda MCA mahu melihat prosedur pengupahan pekerja asing dipermudah dan undang-undang dikuatkuasakan dengan tegas bagi memastikan ekonomi negara terus berkembang selain menjamin keselamatan dan ketenteraman awam.

Ia meminta penubuhan lebih banyak skim bantuan keusahawanan dan pakej pinjaman perumahan untuk golongan belia selain memudahkan prosedur permohonan.

Pemuda MCA menggesa kerajaan memandang berat masalah kenaikan harga barang yang dicetuskan peniaga selain bertindak terhadap aktiviti perjudian yang kian berleluasa. 

Bernama

Kontraktor Melayu Pulau Pinang Tibai MCA rasis


Tender projek: Kontraktor Melayu Pulau Pinang dakwa MCA rasis

Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang mengecam sambil mendakwa MCA memainkan sentimen perkauman dengan melabel Ketua Menteri Lim Guan Eng sebagai anti-Cina hanya kerana kebanyakan projek di bawah sistem tender terbuka diberi kepada kontraktor Bumiputera.

Pemangku Yang Dipertua Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang Datuk Izham Merican berkata, “nampaknya MCA begitu jahil sekali” kerana tidak faham istilah tender terbuka yang membenarkan semua kontraktor tanpa mengira kaum dan agama bersaing untuk projek kerajaan negeri, termasuk yang melebihi nilai RM200,000 dan memilih yang paling baik dari segi harga dan kualiti.

“Dengan hanya mempertikaikan pemberian kontrak kepada Melayu, adakah MCA bersifat perkauman, dengan memandang rendah keupayaan kontraktor Melayu yang dianggap tidak setaraf atau sebaik dengan kontraktor lain?

“Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang menolak dengan sekeras-kerasnya sentimen perkauman MCA yang menghina kontraktor Melayu dengan persepsi negatif ini,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan.

Mengulas kenyataan Ketua Wanita MCA Puan Tan Cheng Liang baru-baru, Izham menegaskan, MCA harus ingat bahawa dalam semua kaum ada golongan yang baik dan ada yang tidak sebegitu baik, begitu juga di kalangan masyarakat Cina sendiri.

Dalam sistem tender terbuka, katanya, pemberian kontrak di bawah kerajaan negeri Pulau Pinang dilakukan secara adil dan tidak mengetepikan kaum lain.

“Saya sebagai Timbalan Yang Dipertua dan Pemangku Yang Dipertua telah berjumpa dengan Ketua Menteri supaya membantu warga kontraktor Bumiputera di Pulau Pinang dan ini disambut baik oleh Ketua Menteri.

“(Ia) menunjukkan sikap profesionalnya, beliau tidak mencampur aduk hal politik dan tidak memilih kaum untuk membantu dan selalu bercakap berdasarkan fakta dan ini amatlah disanjungi,” kata Izham lagi.

“Malah ahli-ahli persatuan saya amat menghargai pendekatan YAB Ketua Menteri yang tidak mewajibkan sebarang kontrak kerajaan mesti mendapat kebenaran ketua bahagian parti seperti yang dibuat sebelum ini.

“Saya hendak mengingatkan bahawa isu penawaran kepada kaum Bumiputera tidak harus dipolitikkan dan atau dijadikan isu perkauman,” katanya lagi.

Izham juga menambah, sebagai sebuah NGO yang mempunyai ahli daripada pelbagai parti walaupun kebanyakannya terdiri daripada ahli Umno, perjuangan pihaknya adalah menentukan warga kontraktor terbela.

Kata Izham, pada hari ini ramai kontraktor yang gulung tikar dan keadaan yang dialami dalam industri pembinaan tidak lagi seperti suatu ketika dahulu dan “kami merayu kepada kerajaan pusat supaya dapat membantu menangani masalah ini.”

“Kami ucapkan terima kasih kepada kerajaan pusat dan ketua menteri yang telah pun berusaha dan telah mengatasi masalah-masalah yang dikemukakan oleh pihak persatuan,” katanya lagi.

Malah kata beliau, seperkara lagi untuk makluman sekiranya kontrak ditawarkan kepada Bumiputera, harus diingat bahawa kebanyakan pembekal-pembekal adalah bukan Bumiputera dan golongan pekerja-pekerja juga kebanyakan bukan kaum Bumiputera.

“Oleh itu, bagi tiap-tiap projek yang ditawarkan oleh pihak kerajaan kepada kontraktor Bumiputera dengan cara tersendirinya memberi peluang kepada kaum-kaum lain.

“Saya sebagai Timbalan Yang Di Pertua dan Pemangku Yang Dipertua persatuan ingin menyatakan bahawa setakat hari ini Ketua Menteri Pulau Pinang tidak pernah mengetepikan kaum Bumiputera dalam industri pembinaan dan sebagai pemimpin beliau bersikap terbuka walaupun dicemuh oleh pihak-pihak tertentu yang sengaja tidak faham akan dasar kerajaan negeri,” katanya lagi.

g.manimaran

18 SX: Pakaian Dalam Sesuai Untuk Guan Eng atau Rahin atau …..?


Mana lebih sesuai hadiah itu ditujukan?

Samaada Ketua Menteri P.Pinang atau tambhy kechik  Melaka atau …….?

Dari sudut akauntabilti siapa lebih telus, siapa yang menjadi mangsa undang undang..

Ok, jika kita perkatakan lebih jauh lagi kenapa BN beriya sangat menyerang Lim Guan Eng,adakah LGE pernah bunuh orang ,rogol orang atau tipu orang?

Lebih baik mamak penang tu hadiahkan saja pakaian dalam tu kepada LADY GAGA..hahaha

MCA marah DAP kerana utamakan Melayu

Pergerakan Wanita MCA Pulau Pinang mempersoalkan kenapa kontraktor-kontraktor Cina di negeri itu tidak mendapat walaupun satu projek dari Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) negeri dan sebaliknya kesemua projek diberi kepada kontraktor Melayu, Bumiputera dan India Muslim.

Pengerusinya Tan Cheng Liang, dalam blok parti itu hari ini berkata, beliau yakin kontraktor-kontraktor Cina turut menghantar permohonan tender mereka tetapi hairan kenapa tidak seorang pun kontraktor Cina mendapat projek JPS itu.

“Adakah permohonan mereka tidak lengkap,?” soal beliau sebagai respon kepada kenyataan Ketua Menteri Lim Guan Eng bertarikh 27 Julai lalu.

Lim dalam kenyataannya berkata, para kontraktor dalam lima daerah untuk projek JPS adalah terdiri daripada Melayu, Bumiputera dan India Muslim manakala kontraktor wanita mewakili 20 peratus.

Tan berkata sejak DAP mengambil alih pentadbiran negeri, tidak ada seorang pun kontraktor Cina dalam lima daerah mendapat projek. JPS.

Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak sepatutnya memberi projek kepada kontraktor-kontraktor Bumiputera supaya dilihat adil tetapi mereka mesti memastikan para kontraktor itu mampu menyiapkan projek-projek yang diberi dan tidak menimbulkan masalah di kemudian hari.

Tan berkata terdapat bukti bahawa walaupun mendapat sokongan daripada masyarakat Cina untuk Lim dan DAP, kepentingan masyarakat Cina kian terhakis sejak DAP berkuasa.

“Mereka (DAP) sedar bahawa mereka tidak boleh bergantung kepada orang-orang Cina selama-lamanya tetapi saya harap tindakan DAP untuk “mengambil hati” bangsa-bangsa lain tidak dilakukan dengan mengenepikan kepentingan masyarakat Cina di negeri itu,” katanya.

tmi

%d bloggers like this: