Tag Archives: MB Kedah

Letak Jawatan: MB Ustaz Azizan ‘Saya Akur Keputusan Kepimpinan Pas’


Menurut sumber ,YB ustaz Azizan akan membuktikan beliau masih sihat wal a’fiat  pada majlis sambutan hari raya aidil fitri  anjuran Pas kawasan Jerai bertempat di perkarangan bangunan Pas Kawasan Jerai di Padang Lumat Kedah pada 3 september dan anjuran Pas Kedah bertempat di markas Pas batu9 Kota Sarang Semut pada 10 september.

Manakala SADA ( Syarikat Air Darul Aman) pula akan mengadakan sambutan hari raya aidil fitri pada 8 september yang akan dirasmikan oleh YB ustaz Azizan juga.

“Saya tak minta jadi Menteri Besar, depa yang suruh… kalau depa suruh berhenti, esok pun tak pa,”: YB Ustaz Azizan

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini menegaskan bahawa kesihatan beliau berada dalam keadaan baik dan mampu menjalankan tanggungjawabnya mengurus pentadbiran negeri dengan sempurna.

“Nak ada pemangku buat apa? Ni dah keluar (hospital) dan semua sihat dah,” kata beliau mengulas laporan akhbar hari ini yang menyatakan kepimpinan PAS sedang mengambil tindakan untuk menggantikannya disebabkan keadaan kesihatan Azizan yang kurang baik selepas diserang sakit jantung Julai lalu.

Menurut laporan itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dikatakan akan menghadap Sultan Kedah berhubung peralihan kepimpinan kerajaan negeri itu.

Dipetik Bernama Online, Azizan (gambar) berkata, sekiranya kepimpinan PAS ingin berbuat demikian ia seharusnya dilakukan sewaktu beliau mula-mula jatuh sakit dahulu dan dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), bukannya sekarang.

Menteri Besar itu berkata beliau bagaimanapun akur sekiranya kepimpinan PAS membuat keputusan untuk menggantikannya.

“Saya tak minta jadi Menteri Besar, depa yang suruh… kalau depa suruh berhenti, esok pun tak pa,” katanya ketika ditemui semasa menziarahi keluarga Pegawai Daerah Kota Setar Datuk Abdul Rahman Ahmad, yang meninggal dunia semalam, di sini.

tmi

MB Kedah diminta Berehat Sehingga Pulih


MB Kedah kena berehat banyak, belum pulih seperti sediakala

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, berkata beliau diminta oleh doktor yang merawatnya di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur supaya berehat sehingga benar-benar pulih.

Azizan berkata, beliau turut diberi cuti sakit (MC) sehingga 29 Ogos ini.

Ketika ini beliau masih di bawah pengawasan serta dibenarkan menyambung rawatan di sini.

“Mereka nak tengok tekanan darah, gula dan jantung. Dah lebih dua minggu saya dirawat. Keadaan saya baik cuma masih di bawah pengawasan. Saya sebenarnya dah tiga tahun tak bercuti.

Bagaimanapun saya akan datang juga ke pejabat untuk kerja-kerja ringan. Saya akan hadir mana-mana majlis penting.

Bagaimanapun secara fizikal saya akan jarang hadir sebab dinasihatkan berehat,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di kediaman rasmi Menteri Besar di Sri Mentaloon di sini hari ini.

Pada 29 Julai lalu, Azizan yang juga menghidap penyakit darah tinggi dimasukkan ke IJN selepas mengadu sakit jantung.
Beliau berkata, beliau dimaklumkan oleh doktor bahawa tiada saluran di jantungnya yang tersumbat dan beliau tidak perlu menjalani pembedahan.

Bloked tak ada. Perjalanan darah elok, doktor tak suruh buat rawatan susulan tetapi suruh berehat,” katanya.

Azizan juga melahirkan rasa gembira kerana ramai pemimpin UMNO dan Barisan Nasional terutama dari Kedah yang datang melawat beliau semasa berada di IJN.

Bernama

HOT: Ada Sekor Anak Tupai di Alor Setar Duk Gila nak Jadi MB


Ceritera ‘hangat’ penglipur lara bagi yang mengerti erti sebuah perjuangan.

Pada YB ustaz Azizan Razak blog ini mendoakan agar Allah memberikan kesihatan kepada beliau seperti sedia kala.

Al kisah nun jauh disebalik arus perjuangan rakyat menuntut ‘Bersih’ dan amalan ‘rasis’ dibuang kedalam longkang, tup tup dikawasan jelapang padi negara muncul sekor anak tupai .Anehnya anak tupai ini yang baru saja penuh bulu seperti sudah menjangkakan kedudukan MB terkini akan segera berakhir.Maka beliau sedang menyusun strategi sendiri untuk melayakkan beliau ditabal untuk menjadi MB yang baru.

Ini bukan cerita kosong kedai kopi, ini bukan cerita politik cantas dalam parti dan negeri tetapi kisah sekor anak tupai yang benar benar gila jawatan MB.Anak tupai ni suka sangat melancong ke eropah,selama tiga tahun ni dah berapa kali tak taulah beliau pi ke eropah…suka sangat pi negeri bawah laut no.

Perkebunan bulan purnama dewasa ini sudah pun licin macam piring ayaq hangat (piring air panas) jadinya, berkah Yang Maha Esa dan hasil kata muafakat rakan taulan seperjuangan  yang sama sama membersihkan kebun buah buahan itu.Seharusnya kebun itu terus dijaga untuk tahun mendatang supaya generasi baru akan terus mengungguli perkebunan tersebut.Ini bukan sembarangan kebun atau dusun kata orang utara, ini adalah dusun pencinta agama.

Anak tupai ini asalnya ekor belemoih (kotor)  tetapi ingatlah sejak 3 tahun ini pun ekor beliau itu belom dicucikan lagi ,kalau ya pun laa ada bini ramai sekali pun janganlah loqlaq (gelojoh) sangat.

Apa pun persoalan untuk dilantik menjadi MB Kedah bergantung kepada ‘Perkenan’ Tuanku Sultan Kedah.Baginda adalah Sultan yang bijaksana serta berpengalaman penuh memerintah negeri.Kalu tak silap dah lapan orang Menteri Besar dibawahnya.Tuanku tidak akan silap untuk melantik MB.Rakyat Kedah sendiri tahu Tuanku Sultan seorang yang amat perihatin mengenai kebajikan dan agama kepada rakyat dibawah baginda.Pasti Tuanku tidak akan melantik MB dari spesis tupai.

Alang -alang nak menupai kata orang, kot nanti ada pihak yang hantar pi menupai di Papua New Guinea macam mana? mahukah beliau pi?.Dengar kata kat situ banyak tupai betina suka meloncat! ha…jenoh laa hang nak loncat!

Ok, ini baru muqaddimah saja..lain hari kita sambung lagi..

Kepada blogger dan insan yang berjuang diatas sifat keadilan, silalah COPY artikel ini.

abu shahid.

%d bloggers like this: