Tag Archives: Maya Karin

Adegan Ranjang Maya Karin dengan Aaron Aziz Pulak dah


Adegan ranjang Maya dan Aaron

MAYA KARIN menjadi gadis kampung? Mungkin ada yang tidak boleh menerima hakikat tersebut memandangkan imej moden cukup sinonim dengan figura jelita itu selama ini.

Namun, novel Ombak Rindu yang kini diadaptasi menjadi sebuah filem, berjaya menzahirkan watak yang sangat berbeza buat Maya.

Buat pertama kalinya Maya memegang watak Izzah, seorang gadis kampung naif dan bertudung yang mana ia sungguh kontra dengan dirinya yang merupakan seorang wanita bandar.

Lontaran jiwanya sebagai Izzah dalam Ombak Rindu juga terkesan sehingga meninggalkan sisa di hati penonton dan disifatkan antara lakonannya yang terbaik sepanjang aktif sebagai pelakon.

Watak Izzah senang benar menambat hati aktres Maya Karin kerana dia telah mengenal dan mengimpikan watak Izzah sekitar tujuh tahun lepas selepas membaca novel nukilan Fauziah Ashari itu.

Justeru, pelawaan oleh pengarah Osman Ali untuknya menjiwai watak Izzah dalam versi filem yang menggunakan judul yang sama, terus diterimanya tanpa berfikir panjang. Tanpa solekan tebal dan harus menjadi orang kampung termasuk mengenakan tudung buat pertama kalinya di layar perak, Maya dengan rela bersetuju untuk menjadi Izzah.

Ternyata, pilihan Maya tepat kerana Osman Ali berjaya membangkitkan sisi lain Maya sebagai aktres yang pernah dilihat sebelum ini.

Pada previu filem Ombak Rindu yang berlangsung di Mid Valley, Kuala Lumpur baru-baru ini, ramai yang mengakui gagal mengawal air mata daripada mengalir deras di pipi.

“Filem ini antara yang mencipta rekod saya dan Aaron sebagai naskhah yang paling banyak membuatkan kami penat menangis. Semua adegan menangis dilakukan secara semula jadi tanpa bantuan air penitis mata.

“Saya sebagai Izzah wanita teraniaya harus kekalkan wajah sedih sepanjang penggambaran, sebab itu kami adakan sesi latihan bersama Elly Suriati selama tiga minggu sebelum penggambaran bermula,” ujar Maya.

Suami orang

Maya juga hidup sebagai Izzah dalam tempoh sebelum penggambaran bermula sehinggalah penggambaran selesai. Dia diberi lagu tradisional Terengganu oleh Elly Suriati serta memakai tudung jika keluar ke kedai, untuk menyesuaikan dirinya dengan watak Izzah.

“Saya baca skrip berulang kali dan tertanya-tanya macam mana saya harus lakukan untuk melontarkan jiwa Izzah secara semula jadi tanpa dipaksa.

“Kiranya ini memang lakonan sepenuhnya tanpa ada sebarang aksi lasak. Sebelum ini, kebanyakan filem saya lebih kepada aksi dan kurang lakonan seperti Duyong dan Pontianak Harum Sundal Malam,” jelasnya.

Meskipun terdapat adegan intim antara Maya dan Aaron di atas ranjang, dia bagaimanapun enggan adegan itu ditonjolkan atau sebagai bahan jualan sebagai pelaris filem Ombak Rindu.

Adegan (ranjang) itu memang perlu ada untuk menggambarkan kasih sayang yang terjalin antara watak Izzah dan Hariz tetapi ia tidak berlebihan.

“Saya tidak mahu orang memperkatakan filem Ombak Rindu semata-mata kerana adegan itu sedangkan setiap jalan cerita yang ditampilkan dalam filem juga penting. Mereka harus datang menonton kerana sebuah naskhah bukan kerana sebuah adegan sahaja,” tegasnya yang akan muncul dengan album baharu pada tahun hadapan.

Bercerita dengan lebih lanjut mengenai adegan intim yang menjalani proses penggambaran sekitar dua jam itu, kata Maya, dia sendiri berdebar-debar untuk melakonkannya kerana ia merupakan kali pertama dia melakonkan adegan sedemikian rupa.

“Saya sendiri sudah diberitahu awal tentang kewujudan adegan itu dan ketika hari penggambaran adegan itu saya memang berdebar-debar dan sejam sebelum itu saya rasa pelik kerana saya tidak pernah melakonkan adegan intim di atas katil seperti itu, tambahan pula Aaron merupakan suami orang, jadi saya agak bimbang, adakah adegan itu berlebihan.

“Tetapi Alhamdulillah, ia berjalan dengan lancar dan muncul di skrin. Rasanya orang yang menontonnya pun boleh menerimanya,” tutur Maya lagi yang mengakui secara peribadi, dia sendiri menyukai filem Ombak Rindu.

Aaron yang terkenal dengan watak romantisnya di dalam drama pula memberitahu, isterinya, Diyana Halik tidak kisah, malah merestui adegan intimnya bersama Maya serta Lisa Surihani yang memegang watak antagonis buat pertama kalinya sebagai Mila Amylia.

“Isteri saya tidak kisah kerana dia memahami kerjaya saya sebagai seorang pelakon. Malah, dia yang baca skrip terlebih dahulu dan ada ketika sesi latihan serta penggambaran berlangsung. Jadi, tidak ada sebarang isu yang timbul kerana isteri saya sentiasa bersama saya ke mana sahaja saya pergi,” bicara Aaron.

Air mata jantan Aaron

Aaron tidak malu untuk mengakui filem Ombak Rindu paling banyak meragut air mata jantannya selain mengakui adegan intim bersama Maya antara yang paling sukar.

“Saya dan Maya pernah bertemu untuk iklan L’oreal, sejak itu kami kenal tetapi tidak pernah bekerjasama dalam drama mahupun filem. Keserasian antara kami sedang timbul kerana dia seorang aktres yang bagus.

“Namun begitu, bagi saya, adegan intim bersama Maya antara adegan yang paling susah untuk dilakonkan kerana saya tidak tahu ekspresi wajah apa yang harus saya tonjolkan. Jadi, saya buat wajah biasa sahaja kerana watak Hariz lakonan saya itu penuh dengan sifat ego,” jelas Aaron yang berjaya menunjukkan lakonan yang cukup cemerlang dalam filem yang menelan belanja sebanyak RM2.1 juta itu.

Mengulas lanjut mengenai watak Hariz, jelas Aaron, ini bukanlah kali pertama dia melakonkan watak sedemikian dan kerana pengalaman berlakon watak yang sama memudahkan perjalanan penggambaran filem Ombak Rindu yang dijalankan di Langkawi, Kedah serta Cameron Highlands, Pahang.

“Saya pernah berlakon watak yang lebih kurang sama sebelum ini tetapi dalam drama, untuk filem rasanya belum pernah lagi kerana filem kebanyakan filem saya adalah filem aksi,” ulasnya.

kosmo

Nota: Aku pernah tengok satu filem dari iran bercerita pasal kasut saja tetapi yang menariknya filem tuu dapat best award dari festival filem asia.

Tak dak pulak adegan ranjang dalam filem tu. Perlu ada ke adegan ranjang untuk menarik hit penonton.

Kang nanti jadi kecoh macam filem ni pulak…kontroversi-filem-berunsur-lucah-aire-libre-di-pawagam-malaysia/

Sultan Kedah Bangga Merong Mahawangsa Difilemkan


Baginda sebagai penaung filem Merong Mahawangsa

SEMPENA tayangan umum filem Hikayat Merong Mahawangsa (HMM) yang akan bermula 10 Mac ini menerusi lebih 60 pawagam di seluruh negara, terlebih dulu penerbitnya mengadakan Tayangan Diraja HMM untuk penaung filem berkenaan yang juga Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah berserta kerabat diraja baginda.

Tayangan berkenaan yang diadakan pada 25 Februari lalu di Cathay Cineplex, The Curve Damansara, Kuala Lumpur turut menyaksikan kira-kira 50 jemputan khas turut bersama menjadi kumpulan penonton pertama mengikuti kisah dalam filem arahan Yusry Abdul Halim itu. Turut hadir ialah Sultanah Kedah, Sultanah Haminah Hamidun. Sultan Abdul Halim yang juga Penaung filem berkenaan memuji penerbitan filem berkenaan kerana membuktikan kisah sejarah dan kebudayaan dari Kedah terus menjadi pilihan penerbit filem pada masa sekarang.

“Pada 1968, Seniman Datuk Jamil Sulong berjaya mengarahkan sebuah filem epik berjudul Raja Bersiong berdasarkan sastera lama yang dipercayai juga berasal dari Kedah. Bagaimanapun, tidak ramai tahu bahawa Raja Bersiong dan Merong Mahawangsa mempunyai hubung kait antara satu sama lain. Merong Mahawangsa dikatakan menjadi Raja yang telah menubuhkan sebuah Kerajaan Melayu Lama bernama Langkasuka yang kini dikenali sebagai Kedah Darul Aman.

“Walaupun mitos dan sejarah bangsa Melayu sering bercampur aduk, Kedah amat bertuah dengan khazanah sastera dan kebudayaan yang sering menjadi subjek bagi filem tempatan. Dengan perkembangan teknologi serba canggih dan moden, kini Hikayat Merong Mahawangsa telah diterbitkan dengan gahnya menggunakan teknologi terkini serta cara penceritaan moden.

“Pengedaran filem ini juga bukan saja tertumpu kepada pasaran di Malaysia semata-mata tetapi juga di negara besar seperti Amerika Syarikat, China, United Kingdom, Russia, Jerman, Perancis dan banyak Negara lagi. Beta berbangga dengan hasil filem ini dan berharap warisan serta kebudayaan diterapkan dalam filem ini bukan saja menjadi kebanggaan rakyat Kedah tetapi juga rakyat Malaysia.

Beta mengucapkan tahniah kepada KRU Studios atas penghasilan filem cereka, dokumentari dan buku Hikayat Merong Mahawangsa,” titah baginda dalam ucapannya sebelum tayangan bermula.
HHM sebagai filem dalam genre epik pengembaraan diterbitkan dengan kos RM8 juta membariskan beberapa pelakon dari luar negara termasuk Stephen Rahman Hughes sebagai Merong Mahawangsa, Jing Lu (Meng Li Hua – Puteri China), Gavin Rees StenHouse (Marcus – Putera Rom), Craig Robert Fong (Liu Yun – Laksamana China), Eric Karl Hendrik Norman (Lycius – Laksamana Rom) dan Keith Chong (Maharaja China).

Pelakon tempatan yang terbabit ialah Datuk Rahim Razali (Kesum), Deborah Henry (Yesoddhra), Wan Hanafi Su (Taji), Khir Rahman (Kamawas), Ummi Nazeera (Embok), Umie Aida (Lang – ibu Merong Mahawangsa), Nell Ng (Ying Ying), Kuswadinata (Phra Ong), Mano Maniam (Goan), Ravi Sunderlingam (Sunder – pahlawan Goa), Jehan Miskin (Embi – pahlawan Melayu) dan Maya Karin (orang kampung) serta lebih 300 pelakon tambahan.

Bp

Tiara Tak Percaya Maya Karin Bercinta Dengan Effendi


Tiara Jacquelina tak percaya suami bercinta dengan Maya Karin

PETALING JAYA: Pelakon Datin Seri Tiara Jacquelina tidak mempercayai desas-desus kononnya suami beliau, Datuk Seri Dr Effendi Norwawi, 62, menjalin hubungan dengan aktres terkenal, Maya Karin, 30.

Menurut Tiara, dia menyimpan kepercayaan seratus peratus kepada suaminya dan tidak pernah mencurigai kesetiaan tersebut. Continue reading

Maya Karin ‘Bercinta’ Dengan Effendi Norwawi?


Maya jelaskan itu hanya ‘rumous’ dan gossip sahaja

KUALA LUMPUR 13 Mac — Aktres Maya Karin Roelcke sekali lagi menafikan dia menjalin hubungan dengan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Effendi Norwawi, 62.

Dalam laporan semalam dia juga menafikan menjalin hubungan dengan seorang bekas menteri Kabinet pusat. Kata Maya Karin, bagi dirinya gosip tersebut adalah sesuatu tidak berasas dan langsung tidak masuk akal kerana dalam zaman serba moden ini, sesiapa sahaja boleh menyampaikan apa jua berita tanpa usul periksa terlebih dahulu. Continue reading

HOT: Maya Karin Bercinta Dengan Bekas Menteri Kabinet?


Benarkah Maya Karin sedang hangat bercinta dengan bekas Menteri?

KUALA LUMPUR, 12 Mac — Pelakon popular, Maya Karin Roelcke menafikan gosip mendakwa dia pernah beberapa kali keluar bersama seorang bekas menteri Kabinet di khalayak umum seperti hangat diperkatakan sekarang ini, malah menegaskan ia tidak mungkin berlaku bagi menghormati rakannya.

“Saya bersahabat baik dengan anak dan keluarga kepada bekas menteri itu, malah ketika Krismas akhir tahun lalu kami menghabiskan cuti bersama. Continue reading

HOT Artis: Remy Ishak Peluk Alyah


Tidak pernah terduga buat penyanyi popular Alyah apabila digandingkan dengan aktor lelaki pujaan Malaya, Remy Ishak untuk penggambaran klip video single terbarunya, Kisah Hati.

Lebih menggetarkan lagi hati penyanyi kelahiran Johor itu apabila pengarah klip video berkenaan, Ghaz Abu Bakar mahu mereka berpelukan mesra bak pasangan kekasih. Continue reading

%d bloggers like this: