Tag Archives: Marsha Milan Londoh

Ramalan Uncleseekers Benar, Artis jadi Kacau Bilau


Artis Kurang Senang Ramalan Buruk ‘Uncle Seekers’

PETALING JAYA: Beberapa orang artis melahirkan rasa kurang senang apabila masa depan mereka dikatakan akan terjadi perkara tidak baik termasuklah penceraian, meninggal dunia dan kegagalan dalam kerjaya.

Kebanyakan mereka menganggap ramalan yang dibuat oleh pakar paranormal, Syed Abdullah Hussein Al-Attas atau lebih dikenali sebagai ‘Uncle Seekers’ menerusi laman blognya adalah sesuatu yang tidak boleh dipercayai.

Marsha berkata, ramalan kononnya dia akan memeluk Islam dan bakal bertunang sebelum tahun 2013 adalah karut dan Uncle Seekers tidak patut menceritakan ramalan yang datang daripada mimpi itu dalam blognya.

“Andai kata benarlah dia (Uncle Seekers) mempunyai kebolehan meramal masa depan orang, rasanya dia tidak patut mendedahkannya dalam blog.

“Tambahan pula ia merupakan isu yang sangat sensitif. Kenapa perlu menceritakan kepada umum tentang ramalan yang karut itu?” soalnya yang dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.

Selain Marsha, antara selebriti yang juga ‘terkena’ dengan ramalan Uncle Seekers ialah, Rabecca Nur Al-Islam, Zizan Raja Lawak, Anuar Zain, Juliana Evans, Fauziah Gous dan Fasha Sandha.

Kata Rabecca pula, ramalan bahawa rumah tangganya akan mula goyah akibat kesilapan sendiri juga dianggap palsu kerana Uncle Seekers tidak pernah bertemu dengannya walau sekalipun.

“Dia tiada hak untuk meramal masa depan saya lebih-lebih lagi saya tidak pernah mengenalinya.

“Bagi saya hanya Tuhan sahaja yang mengetahui tentang masa depan kita dan tidak perlulah dia ingin menceritakan kisah ramalan karut itu dalam blognya.

“Tambah pula, siapa dia yang hendak meramal tentang rumah tangga saya? Setakat ini, Alhamdulillah, kehidupan saya bersama suami bahagia,” ujar Rabecca dengan nada kesal.

Bagaimanapun Zizan (Raja Lawak) yang dikatakan kononnya menghadapi masa depan gelap gara-gara dikaitkan dengan isu seks (Uncle Seekers tidak menjelaskan secara terperinci) pula enggan memberi sebarang komen tentang hal berkenaan.

“Saya tak mahu komen tentang perkara ini. Sebelum ini orang dah cakap saya macam-macam tentang isu Hantu Bonceng,” katanya yang tidak mempercayai berhubung ramalan masa depan.

Pakar paranormal itu juga pernah membuat ramalan mengenai kematian Datuk Ahmad Jais dan ramai yang terkejut apabila hal tersebut benar-benar berlaku seperti yang diramalkan.

Sementara itu, Uncle Seekers yang dihubungi menganggap ramalan yang ditulis dalam blog miliknya itu bukan ingin mencari publisiti murahan tetapi sekadar ingin berkongsi pengalaman dengan pengikut blognya itu.

“Saya cuma bermimpi dan apa yang berlaku dalam mimpi itu dikongsi dalam blog. Lagipun itu sekadar ramalan, kenapa perlu gusar?

“Bila orang meramalkan tentang cuaca, boleh saja diterima, tetapi bila saya buat ramalan tentang manusia, orang tak boleh terima pula. Kenapa?

“Saya sedar, diri ini bukanlah seorang bomoh. Rasanya tidak salah untuk kita memberitahu apa yang berlaku dalam mimpi kita,” tegasnya.

* Gambar dipetik daripada blog milik Uncle Seekers.

Oleh FERIDE HIKMET ATAK

Marsha Londoh Tolak Tuduhan Membunuh Diri


Marsha Beransur Pulih, Tolak Tuduhan Bunuh Diri

Kesihatan penyanyi Marsha Milan Londoh, 26 yang mendapat rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada 7 September lalu beransur pulih, namun masih berada di bawah pengawasan pihak hospital.

Penyanyi yang popular dengan lagu Ruang Kedua ini juga akan berehat dari segala aktiviti seni buat sementara waktu sehingga dia pulih sepenuhnya.

“Setelah menerima beberapa rawatan daripada pihak hospital, Marsha menunjukkan tanda-tanda positif dan semakin pulih. Beliau sudah boleh makan dan bertutur seperti biasa. Walau bagaimanapun Marsha masih di bawah pengawasan pihak hospital.

“Segala aktiviti seninya akan dihentikan buat seketika dan dia akan kembali aktif setelah sihat sepenuhnya dan juga mendapat kebenaran doktor,” kata satu kenyataan yang dihantar oleh pihak pengurusan Marsha Londoh Entertainment kepada mStar Online, di sini, Selasa.

Kenyataan tersebut turut menafikan spekulasi yang mendakwa penyanyi tersebut bertindak membunuh diri dengan menelan pil akibat mengalami tekanan perasaan kerana putus cinta.

Kata kenyataan itu, Marsha telah dikejarkan ke PPUM oleh pihak pengurusan kediamannya di Taman Desa dekat sini pada pukul 11 pagi hari kejadian setelah ditemui pengsan berdekatan tempat letak kereta di kediamannya.

Setelah dimasukkan ke wad kecemasan, Marsha diberi rawatan rapi dan dipindahkan ke wad biasa selepas keadaannya stabil.

“Pada hari kejadian Marsha berada dalam keadaan tidak sihat dan demam, oleh yang demikian Marsha telah mengambil ubat bagi meredakan sakitnya.

“Setelah itu, Marsha keluar rumah sendirian. Dalam perjalanan pulang, Marsha terlibat dalam kemalangan apabila kenderaan yang dipandunya melanggar pembahagi jalan.

Akibat trauma dan kesan ubat yang diambil, Marsha hilang kawalan dan telah jatuh dari tangga berhampiran tempat letak kereta di kediamannya dan telah mengalami kecederaan di bahagian dahi, mata dan bibir,” kata kenyataan itu lagi.

Pihak pengurusan penyanyi ini turut berharap agar kenyataan yang dikeluarkan ini dapat memberi gambaran jelas keadaan yang berlaku pada Marsha tanpa membuat sebarang spekulasi yang memburukkan lagi keadaan.

Penyanyi itu dibenarkan keluar hospital dua hari selepas kejadian.

Dia turut dilaporkan akan membuat sidang media dalam waktu terdekat bagi menjelaskan masalah yang timbul.

mStar

Marsha Londoh Overdose Pulak dah?


Benarkah marsha mengambil pil berlebihan

Rakan terdekat penyanyi Marsha Milan Londoh, 28, iaitu Afeeq Abdul Wahab, 25, menjelaskan bekas pelajar Akademi Fantasia 3 (AF3) itu tidak mengambil pil secara berlebihan sebagaimana yang didakwa sebaliknya trauma akibat kemalangan yang berlaku.

Afeeq berkata, Marsha dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada pagi Rabu, setelah didapati rebah di kawasan kondominium yang didiaminya di Jalan Klang Lama dekat sini selepas insiden berkenaan.

“Saya masih belum mendapatkan penjelasan sebenar daripada Marsha sendiri tetapi difahamkan sebelum dia rebah, dia telah keluar membeli makanan berdekatan dengan kawasan kediamannya dan telah mengalami kemalangan kecil sehingga menyebabkan dahi serta matanya mempunyai kesan lebam dan luka.

“Marsha masih boleh memandu pulang ke rumah seperti biasa. Bagaimanapun, selepas meletakkan keretanya di kawasan parkir, dia pengsan ketika berjalan menuju rumahnya.

“Memandangkan Marsha turut mengalami masalah penyakit tekanan darah rendah, peristiwa itu turut memberi kesan kepadanya sehingga membuatkan dia rebah,” katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.

Penyanyi berasal dari Tamparuli, Sabah itu dilaporkan sebuah akhbar pada Khamis tidak sedarkan diri di rumahnya akibat menelan sebanyak 30 biji pil.

Dia kini menerima rawatan di wad trauma dan kecemasan PPUM dan masih belum bersedia menerima sebarang pelawat.

Bagaimanapun Afeeq menafikan tindakan Marsha yang kononnya mahu membunuh diri sebagaimana dilaporkan.

“Laporan yang dikeluarkan mengenai Marsha ternyata salah kerana dia bukannya jenis yang emosional sehingga ingin membunuh diri.

“Saya telah bertemu Marsha pagi tadi (Khamis) dan doktor meminta Marsha untuk berehat sebaik yang mungkin.

“Selepas dia sembuh daripada traumanya itu, dia akan membuat sidang media bagi menjelaskan isu tersebut,” ujarnya.

FH Atak

Marsha Londoh Mengaku Aksi Lucah


Marsha mohon maaf isu gambar aksi keterlaluan dirinya pada muka depan sebuah majalah

SEJURUS reda kontroversi kononnya berkahwin secara rahsia di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) yang ternyata hanya gimik mengarut, bintang jelita Akademi Fantasia 3 (AF3), Marsha Milan Londoh atau Marsha, 25, mencetuskan kontroversi terbaru apabila dia tampil bergaya seksi melampau menerusi muka depan sebuah majalah gaya hidup dan hiburan, sekali gus beliau menerima kecaman hebat daripada orang ramai sehingga menjadi perdebatan dalam laman sesawang atau blog hiburan.

Sekalipun Marsha sudah acap kali dilabel gemar memberikan pose ‘berani mati’ sebelum ini, namun kemunculan beberapa foto panasnya menerusi majalah berkenaan dianggap keterlaluan sehingga ada tuduhan menyamakan aksi seksi pelakon dan penyanyi itu persis bintang pornografi!

Sekalipun Marsha bukan beragama Islam dan tidak menjadi kesalahan kepadanya memberikan aksi seumpama itu, namun kebanyakan peminatnya membabitkan orang Melayu beragama Islam termasuk kanak-kanak, justeru kerelaannya memberikan pose ghairah melampau seperti itu dianggap tidak menghormati nilai budaya Timur dan kesopanan, selain mengenepikan faktor sensitiviti yang selama ini harus dipelihara agar tidak menyinggung perasaan mana-mana pihak.

Macam Maria Ozawa

Selain itu, ruangan pojok Gayah Gebu terbitan Metro Ahad 24 Julai lalu turut memaparkan perihal seorang artis yang muncul dengan pose panas menerusi majalah berkenaan. Mengambil judul ‘Gaya seksi bagai artis Hollywood’ mendakwa seorang artis wanita bintang AF3 beraksi berani dengan beberapa adegan mengghairahkan di sebuah majalah.

Antara lain artikel berkenaan mendedahkan artis wanita bintang AF3 berpakaian mencolok mata tampil dengan beberapa pose panas melampau di sebuah majalah. Gaya artis itu berposing mengalahkan bintang dari Barat, sekali gus menyamakan aksi itu persis Maria Ozawa iaitu bintang terkenal pornografi yang mencipta nama di Jepun dan Amerika Syarikat!

Sekalipun artikel berkenaan tidak menyebut sebarang nama, ramai meneka tepat, artis wanita bintang AF3 itu ialah Marsha.
Rabu lalu, penulis berjaya menghubungi Marsha untuk memperoleh komen daripadanya.

“Saya sudah membaca artikel berkenaan, saya mengaku, ia ditujukan kepada saya. Sebenarnya saya malu apabila aksi saya dalam majalah berkenaan disamakan dengan Maria Ozawa…,” kata Marsha pada awal perbualan tanpa berselindung.

Jelasnya, ketika fotografi diadakan, dia berpeluang melihat semua gambar yang dirakam dan baginya tak ada apa-apapun yang melampau, biasa saja. Namun, apabila foto berkenaan melalui proses ‘cropping’ dan disiarkan, Marsha mendakwa gambar berkenaan kelihatan amat lucah!

“Ada lagi baju yang lebih seksi, tapi hanya baju itu saja yang elok dan saya selesa mengenakannya. Apabila saya lihat gambar itu di skrin komputer, gambar yang dirakam itu diambil dari sudut long shot, tapi apabila foto berkenaan dicrop dan dilihat secara close-up, saya terkejut apabila ia kelihatan begitu lucah! Alamak, apa hal! Salah saya juga apabila tidak bertanya terlebih dulu, gambar mana yang nak disiarkan.

“Kini, apabila majalah berkenaan berada di pasaran, orang melihat gambar itu, saya menjadi mangsa kritikan dan kutukan. Mereka mendakwa, aksi seksi itu keterlaluan, sekali gus saya dikatakan tidak menjaga sensitiviti orang Melayu-Islam yang rata-ratanya adalah peminat saya.

“Disebabkan itu, dalam kesempatan ini, saya memohon maaf secara terbuka kepada semua pihak yang tersinggung apabila melihat pose yang dianggap keterlaluan itu.

“Saya sedar, apabila menjadi artis, sekalipun kita tidak melakukan apa-apa kesalahan, ada saja pihak yang membenci, tapi apabila berlakunya perkara seumpama ini, memberi lebih peluang kepada mereka untuk lebih membenci kita. Saya tak mampu berbuat apa-apa lagi, melainkan permohonan maaf yang saya harap boleh memberi ruang kepada saya memperbaiki kesilapan,” katanya dalam nada kesal.

Katanya lagi, sebagai manusia, dirinya sering melakukan kesilapan. Marsha mengaku, dirinya tidak sempurna dan melakukan banyak perkara yang tidak disenangi tanpa sedar.

Apabila berasakan dirinya bukan beragama Islam, Marsha bebas berbuat apa saja apabila memikirkan perkara itu tidak menjadi satu kesalahan baginya, justeru adakah kerana faktor itu, dia tanpa berfikir panjang rela dan berani memberikan aksi ghairah seumpama itu?

Jelasnya, dia tidak pernah berfikir ke arah itu kerana apa saja pakaian yang digayakan perlu selesa, jadi asal saja pakaian yang dikenakan tidak kelihatan dirinya bogel, dia tidak keberatan menggayakannya.

“Sekalipun saya Kristian, tidak bermakna saya sewenang-wenangnya boleh berbuat apa saja, tak pernah terfikir begitupun. Lagipun, saya berkawan dengan ramai orang Islam. Terus-terang, apabila menjayakan fotografi berkenaan, saya tak sangka hasilnya boleh jadi seperti hari ini. Apa yang berlaku adalah di luar kawalan saya.

“Bagi saya, semua agama, termasuk Islam mahupun Kristian, mempunyai moraliti. Jadi, tidak bermakna, apabila saya beragama Kristian, hanya terbayang perkara yang negatif semata-mata. Semua agama mendidik supaya melakukan perkara yang baik. Tapi, apabila pose saya berikan kepada majalah berkenaan dianggap keterlaluan, itu yang sebenarnya mengundang ketidakselesaan kepada orang ramai,” katanya penuh kesal.

Hip

Nota: dah kantoi ,baru nak mintak maaf

Marsha Londoh Akui Sudah Kawen Senyap Senyap


Marsha akan buat pengumuman dalam minggu ini

“Ya, memang saya sudah berkahwin, Ahad lalu,” kata penyanyi dan pelakon, Marsha Milan Londoh, 26, sekali gus menamatkan pelbagai gosip mengenai status terkini dirinya.

Artis berasal dari Sabah itu dicungkil bakatnya melalui program realiti Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) berkata, majlis perkahwinannya berlangsung di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong.

Bagaimanapun, dia yang berketurunan Dusun dan beragama Kristian enggan mengulas lanjut mengenai perkahwinannya itu serta menafikan sengaja menyembunyikannya daripada pengetahuan media.

“Bukan niat saya menyembunyikannya daripada media tetapi saya cuma mahu melakukan kejutan. Bagaimanapun, saya akan menjelaskan segala-galanya kepada rakan media dalam minggu ini.
“Buat masa ini saya perlu mendiamkan diri terlebih dulu kerana saya tidak mahu memperbesarkan perkara ini,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

mmtr

Marsha Londoh Nafi Jadi Pelacur ‘High Class’


Marsha kurang selesa digelar artis sensasi dan kontroversi

MENGHELA nafas panjang dan agak cuak sedikit Marsha Milan Londoh saat diaju gosip baru yang mula kedengaran kebelakangan ini. Mana tidaknya, gosip itu pertama kali ‘menyelinap masuk’ dalam kancah dunia seninya sejak enam tahun untuk meneruskan konsistensi selepas bergelar finalis Akademi Fantasia musim ketiga (AF3).

Bukan sesuatu yang pelik pun kerana pemilik bibir seksi ini amat sinonim dengan panahan gosip dan kontroversi. Tetapi gosip yang satu ini mula membuatkan pesona kelahiran Michigan, Amerika Syarikat ini bingung dan sekali gus kehairanan.

Gosip bertebaran berbunyi kononnya dalam diam Marsha bukan saja menjaja bakatnya demi mencari rezeki selama ini, sebaliknya dia yang bakal genap 26 tahun pada 6 Disember ini juga dituduh ligat menjaja diri menggunakan pengaruhnya, kononnya kini menjadi pelacur kelas atasan secara sambilan.

Namun, mengenalinya sekian lama, dia tidak pantas melenting atau melatah dengan apa saja cerita buruk yang menghimpit diri. Penyanyi yang turut bergelar pelakon itu menafikan sekeras-kerasnya cerita itu. Marsha masih waras serta tidak tergamak mempertaruhkan tubuh badannya yang mungil itu semata-mata untuk hidup mewah.

“Saya bukan sebegitu. Kalau sudah lama saya buat kerja terkutuk macam itu, barangkali saya sudah lama bersara dalam dunia seni. Kalau difikirkan logik pun, saya hanya memandu kereta Toyota Vios dan jauh sekali memandu kereta mewah. Hakikatnya gosip ini memang jauh menyimpang dan saya sendiri tertanya apa motif sebenar pembawa gosip ini.

“Sedihlah kalau cerita ini terus bertebaran tanpa mengetahui kebenaran. Ia seperti satu penghinaan dan kejian terbesar dalam hidup saya. Ibaratnya, kehadiran saya selama ini dalam arena seni tidak memberikan apa-apa impak langsung,” katanya .

Percaya atau tidak, cerita negatif seperti ini ada pihak melihat ia mungkin mencetuskan kontroversi dengan tanggapan kisah sebegitu untuk menjadikan seseorang artis itu menjadi bahan bualan ramai sekali gus menghangatkan lagi kelangsungan Marsha dalam persada hiburan supaya sentiasa diingati masyarakat.
Begitu juga kisah dan gosipnya dengan beberapa selebriti tempatan termasuk episod cintanya dengan rakan seperjuangan, Kefli (bertahan selama empat tahun) antara tarikan yang mengundang rasa ingin tahu khalayak terhadap diri Marsha. Begitu juga kisah cintanya dengan jejaka Melayu dengan pangkal nama Z turut berakhir.

Selain itu, gelaran gedik juga antara jolokan yang terus melekat kepadanya. Jadi tidak hairan, dia sering ditawarkan watak sedemikian. Tapi pintasnya, dia bukan bersifat gedik seperti disangka atau dipertontonkan dalam lakonannya. Mahu atau tidak, Marsha harus menelan pahit manis bergelar artis seiring kematangannya.

“Bukan saya mahu menidakkan apa yang saya sudah lalui sepanjang bergelar anak seni. Tipulah jika saya tidak kecewa apabila bakat seni tenggelam dan lebih dibayangi dengan cerita kontroversi dan sensasi. Ia di luar kawalan saya. Tetapi sebagai artis, saya sedar sekali melangkah dalam bidang ini, hampir setiap sisi kita mahu diketahui masyarakat.

“Hakikatnya, saya juga berdepan kesusahan dan pahit getir pada awalan bergelar artis. Mungkin tidak ramai tahu saya juga bergelut pengalaman pahit yang sering dilalui artis baru. Ada orang ingat sesiapa saja jadi artis terus boleh kaya raya dan sentiasa nak nampak cantik selalu. Tapi bayangkan dua bulan selepas keluar AF3, saya pernah mendapat gaji sebanyak RM70 untuk satu kerja.

“Mujur saya ada duit simpanan dan dibantu ibu bapa. Jadi bila sudah senang sedikit, saya tak kisah berbelanja untuk diri sendiri. Nak kata boros tidaklah… saya pun bukanlah jenis ‘high maintenance’. Cuma, saya berbelanja membeli keperluan kerjaya seperti pakaian contohnya untuk dipakai ketika berlakon dan membuat persembahan nyanyian,” katanya yang rapat dengan adik kepada Sharifah Shahira dan Sharifah Haslinda, Sharifah Sakinah.

Pintasnya lagi, hayat seninya kini bukan saja didorong cerita panas semata-mata yang menghimpit kerjaya. Sebaliknya ia turut bertimbal balik kepada keghairahan dan semangat yang mengalir dalam darah seninya. Rezeki yang datang mahu dibuktikannya bukan diterima hanya sekadar dia dianggap pelakon cantik dan seksi.

“Tetapi ia datang dengan bakat yang saya miliki. Malah, saya bersyukur dikelilingi mereka yang sentiasa menyokong, terutama pengurus saya, Syad Rosli yang membimbing saya hingga ke saat ini. Hala tuju ditunjukkannya menjadi penanda aras. Pada masa sama, apa yang saya raih berbalik kepada rezeki Tuhan.

“Seiring pertambahan usia, sikap mesra saya yang dilabel sebagai gedik juga akan berubah. Pembawaan diri dan cara saya berdepan dengan media boleh saya katakan sebagai mesra dan peramah. Tapi kalau ada yang nak cakap saya gedik, apa daya saya menghalang. Seboleh-bolehnya, saya tak nak lagi bawa watak gedik.

“Saya mahu berubah kepada watak lebih mencabar dengan harapan penerbit serta pengarah di luar sana akan memberi peluang untuk saya mempelbagaikan karakter. Sejujurnya, watak gedik cukup melekat dalam diri hingga ada kalanya mungkin terbawa-bawa di alam realiti. Saya tidaklah gedik seperti disangka orang lain,” ujarnya.

Tidak terdesak untuk kahwin

MENDASARI hati Marsha kini, terutama dalam menyelami soal peribadi, dia lebih selesa mentafsirkan dirinya kini masih berstatus solo, tanpa kekasih mahupun teman lelaki istimewa. Enggan mengenang kisah lalu, Marsha belum bersedia dengan sebarang komitmen lagi buat masa ini untuk membicarakan soal hati secara panjang lebar.

Tetapi itu bukan penghalang untuknya berkawan apatah lagi sejak dulu dia memang ramai kawan lelaki berbanding wanita.

“Agenda kahwin belum ada dalam kalendar diri saya. Saya belum terdesak untuk kahwin. Dulu, saya pernah sasarkan untuk berkahwin pada usia 25 tahun. Tapi ia sudah tersasar. Lepas ini, saya tak berani lagi nak letak sasaran bila nak kahwin. Cuma, bayangkan kawan satu sekolah saya sudah mempunyai anak.

“Sebagai manusia, saya sendiri tidak tahu siapa jodoh saya kelak. Dulu saya pernah keluar dating dengan lelaki bangsa lain selain Melayu. Tetapi rasanya kalau saya terus-terusan berada di Kuala Lumpur, potensi dan kecenderungan saya berada dekat dengan jejaka Melayu sangat luas. Komitmen (kahwin) saya tolak ketepi dulu, biar saya bercinta dulu,” katanya yang masih tegar untuk meneruskan kelangsungan memiliki rangkaian perniagaan label jeans suatu hari nanti.

Ditanya mengenai jolokan sebagai pelakon seksi, Marsha tidak melihat ia sebagai isu yang perlu diperbesarkan. Apatah lagi, dia bukan artis Melayu cuma sering dianggap sebaliknya. Dengan agama dianutinya, Marsha bebas bergaya seksi tetapi tidak sampai menjolok mata.

“Saya selesa dengan imej sebegini (seksi). Tapi biarlah ada batasnya. Kalau nak seksi pun biar dengan kelasnya. Kalau ada orang melabelkan saya sebagai simbol seks, saya tidak melihatnya sebagai satu masalah. Orang di luar sana bebas melabelkan itu dan ini. Janji, saya sendiri masih waras untuk bergaya mengikut aliran semasa,” katanya yang kali terakhir muncul di layar perak menerusi filem Cun.

Sementara itu, biarpun dilihat semakin menyerlah dalam lakonan, Marsha masih mampu tersenyum kerana penantiannya untuk muncul dengan album sulung sudah berakhir dengan kehadiran Yang Pertama. Album itu memuatkan lima lagu menerusi edaran Alibi Music Sdn Bhd. Kontraknya bersama Alibi juga masih berbaki kurang setahun.

“Saya baru saja selesai menjalani penggambaran drama Kum Kum, telefilem Ekspres Dania dan drama sekuel Dunia KITA. Semuanya arahan Michael Ang. Malah banyak lagi projek akan datang saya bersama Michael. Berlakon di bawah arahan Michael tidak bererti saya tidak ada tawaran daripada produksi lain.

“Cuma sekarang, fokus saya lebih terarah bekerjasama dengan Michael. Selama ini juga saya sering menolak peluang berlakon watak utama kerana susah mahu memberi komitmen kerana pada masa sama saya ada undangan membuat persembahan nyanyian. Saya lebih bersedia untuk watak pembantu kerana masa diperlukan tidak sebanyak untuk membawa watak utama,” katanya.

 Bernama

%d bloggers like this: