Tag Archives: Malaysiakini

Ummi Hafilda Akhirnya ‘Pasrah’


Ummi Hafilda tarik balik saman rakan perniagaan dan Malaysiakini RM100 juta

Ahli perniagaan Ummi Hafilda Ali Isnn menarik balik saman fitnah RM100 juta yang difailkan terhadap bekas rakan perniagaannya dan pengendali laman berita Malaysiakini.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk V T Singham membatalkan writ saman itu selepas membenarkan permohonan peguam Zulhelmi Wagiman, yang mewakili Ummi Hafilda, untuk menarik balik saman itu dengan kebebasan untuk memfailkan semula.

Singham bagaimanapun memberi amaran kepada Ummi Hafilda sekiranya beliau ingin memfailkan semula saman itu buat kali ketiga, itu adalah peluang yang terakhir untuknya berbuat demikian.

Ini adalah saman yang kedua difailkan Ummi Hafilda terhadap Nor Azman Abdullah @ Baginda Minda dan Mkini Dotcom Sdn Bhd selepas saman pertamanya dibatalkan pada 13 April lepas oleh Hakim Mahkamah Tinggi Datin Zabariah Mohd Yusof selepas peguam kedua-dua pihak tidak hadir ke mahkamah semasa kes itu disebut di hadapannya.

Hakim Singham berkata mahkamah tidak menggalakkan dan tidak akan melayan pihak yang menyalahgunakan mahkamah dan menasihati pihak yang ingin memfailkan sebarang tindakan supaya ia dibuat dengan teratur.

Zulhelmi menarik balik tindakan saman itu selepas pihaknya mendapati writ saman itu tidak teratur di mana nama Nor Azman yang dinyatakan dalam saman itu berbeza dengan namanya di dalam kad pengenalan dan saman itu juga tidak dihantar di alamat terakhir Nor Azman di Kapit, Sarawak tetapi dihantar ke alamat ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat di Petaling Jaya.

Beliau berkata pihaknya dengan sukarela menarik balik saman itu tetapi tidak bersetuju sekiranya pihaknya membayar kos kepada Nor Azman.

Perkara mengenai nama yang berbeza dan alamat terakhir itu telah dibangkitkan oleh peguam Mohd Yusmadi Mohd Yusoff yang mewakili Nor Azman dan memohon sekiranya saman itu ditarik balik, pihak plaintif (Ummi Hafilda) membayar kos sebanyak RM5,000 kepada anak guamnya sebagai kos pengangkutan dan kos guaman.

Singham membenarkan kos RM5,000 yang dipohon oleh Mohd Yusmadi itu dilaksanakan selepas beliau membuat keputusan di akhir kes saman kali yang ketiga, sekiranya plaintif memfailkan semula saman itu.

Terdahulu, Mohd Yusmadi memohon supaya mahkamah menangguhkan kes itu kepada tarikh lain bagi membolehkan pihaknya mendapat laporan daripada Jabatan Insolvensi mengenai anak guamnya yang dilaporkan muflis.

Mohd Yusmadi juga memberitahu beliau menerima laporan daripada Jabatan Insolvensi mengenai Ummi Hafilda yang diisytiharkan muflis pada 1999.

Zulhelmi mengakui laporan itu tetapi pihaknya telah merujuk kepada jabatan itu sebelum memfailkan saman dan jabatan itu membenarkan Ummi Hafilda membuat tindakan berkenaan.

Hari ini, mahkamah juga menetapkan untuk mendengar perbicaraan penuh kes berkenaan dan semua saksi bersedia di mahkamah namun mahkamah mempersoalkan mengapa Ummi Hafilda sebagai plaintif tidak hadir pada prosiding pagi itu.

Zulhelmi mengakui kesilapannya kerana beliau beranggapan bahawa hari ini ditetapkan untuk mendengar permohonan sahaja dan bukannya untuk perbicaraan penuh saman itu.

Ketika prosiding bersambung semula setengah jam kemudian, Ummi Hafilda hadir ke mahkamah.

Dalam saman yang difailkan pada 25 April lepas, Ummi Hafilda mendakwa Nor Azman dalam satu temu ramah di lobi Parlimen, telah mengeluarkan kenyataan bersifat fitnah serta menyerangnya secara peribadi.

Ummi Hafilda mendakwa kenyataan Nor Azman itu dibuat untuk memalukannya dan berniat jahat seolah-olah beliau seorang wanita yang mempunyai banyak skandal serta amat tidak jujur, selain terlibat dengan bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mengakibatkan pertuduhan liwat terhadap ketua pembangkang itu.

tmi

18SX: Rahsia Ummi Hafilda Masih ‘Dara’


kenapa?…tak percaya..

itulah rahsianya ummi sehingga sekarang masih ‘dara’..

kata razak beliau telah mengadakan hubungan seks dengan ummi habisda..betul ke?..manalah aku tahu, itu kenalah tanya pada razak..hahaha

Ummi cakap dia tak buat seks pun dengan razak..punnn manalah aku tahu ,aku pernah tengok pun..hahaha

itu dia orang punya pasallahhh…buat seks ke tak buat seks ke..mana boleh sorang cakap buat ,sorang cakap tak buat…biaq mahkamah tentukan..walau sebelum ini saman RM100 juta mahkamah dah tolak. mungkin lepas ni pun mahkamah akan tolak lagi..hahaha

Ummi lafaz sumpah tak ada seks dengan Baginda

Ummi Hafilda hari melafazkan sumpah laknat mendakwa dirinya tidak pernah mengadakan hubungan seks dengan Nor Azman Abdullah @ Baginda Minda seperti yang didakwa oleh lelaki itu.

Sumpah itu dilafazkan di mahkamah Kuala Lumpur setelah memfailkan permohonan penghakiman ingkar terhadap Baginda hari ini.

“Wallahi, Wabillahi, Watallahi…

“Saya buat sumpah ini di bulan Ramadan yang suci bahawa saya tidak pernah mengadakan hubungan seks dengan Baginda Minda.

“Jika saya menipu, maka saya akan dilaknat,” katanya.

Ummi Hafilda diiringi oleh Penasihat Undang-undang Mohd Khairul Azam Abdul Aziz.

Beliau mengemukakan permohonan itu setelah Baginda gagal menghadirkan diri di mahkamah seperti yang disyaratkan pada 8 Ogos lalu.

Menurut Mohd Khairul, Malaysiakini, yang dinamakan oleh Ummi Hafilda sebagai defenden kedua, hadir apabila kes itu disebutkan.

“Kami telah failkan dokumen berkaitan ke atas dirinya termasuk mengiklan di Harian Metro tetapi dia (Baginda) gagal hadirkan diri,” katanya.

Pada 25 April lalu, Ummi Hafilda memfailkan semula saman fitnah yang sebelum ini dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi 13 April lalu, selepas peguam kedua-dua pihak tidak hadir ketika ia pertama kali disebut.

Dalam saman itu beliau mendakwa Baginda dalam satu temuramah di lobi Parlimen telah mengeluarkan kenyataan bersifat fitnah serta menyerangnya secara peribadi.

Ummi Hafilda mendakwa kenyataan Baginda itu dibuat untuk memalukannya dan berniat jahat seolah-olah beliau seorang wanita yang mempunyai banyak skandal serta amat tidak jujur, selain terlibat dengan bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mengakibatkan pertuduhan liwat terhadap ketua pembangkang itu.

Mkini Dotcom Sdn Bhd pula didakwa telah secara cuai membenarkan penerbitan, penulisan dan penyiaran artikel bersifat fitnah itu di lamanweb http://www.malaysiakini.com pada 15 Mac lalu.

Beliau menuntut gantirugi am RM100 juta dan perintah injunksi bagi menghalang kedua-dua defendan daripada terus membuat kenyataan fitnah terhadapnya.

mKini

Ezam Senatak dah ‘Main Telor Masin’


Baru kena gempar sikit saja dah tukar kenyataan pulak..hahaha

Woit Mat Ezam..aku tahu mana asal usulmu..hahaha

Kata pepatah Melayu..berani buat berani tanggung, pi mana pulak hang punya keberanian..hahaha..takkanlah kena gempar dengan repot polis dah jadi kot lain pulak ..hahaha

Macam ni ke nak nak jadi hero Melayu..orang kampong kata ‘teloq naik ke dahi’ ..hahaha..konon nak bakar pejabat Malaysiakini dan Malaysian insider…awat..hang lupa bawak pemetik api ke?..hahaha

Macam ni kalu hang punya gelaran’Senator’ kira makan gaji buta laa kot..hahaha (patut laa depa panggil Senatak).

Ezam: ‘saya tak maksud bakar betul ‘tapi simbolik..

Senator Mohd Ezam Mohd Nor menjelaskan dia tidak bermaksud untuk membakar betul Malaysiakini dan Malaysia Insider, “tetapi hanya simbolik kemarahan terhadap mereka yang bakar hati umat Islam” berhubung isu murtad.

Dalam tweetnya hari ini, bekas pemimpin pembangkang yang kini menjadi aktivis Umno itu mendakwa apa yang dimaksudkan ialah untuk “membakar” Malaysiakini danThe Malaysian Insider kerana mereka telah “membakar” hati umat Islam mengenai isu murtad.

Tweetnya berbunyi: MK/MI portal news dialam siber. mcmana BAKAR alamsiber?x ancam bakar reporter/bangunan.ianya simbolik kemarahan terhdp mrk yg BAKAR hati umat.

Dalam perhimpunan selepas solat Jumaat lalu di masjid negeri Selangor Shah Alam, bekas pengikut setia Datuk Seri Anwar Ibrahim itu bersumpah untuk melancarkan “perang habis-habisan” ke atas portal Malaysiakini yang didakwanya sebagai “ejen” kepada “pengkhianat Islam”.

Perhimpunan anjuran kumpulan Gerakan Cegah Murtad itu diadakan ekoran kontroversi berhubung tindakan yang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya pada minggu lalu.

“Kita akan lancarkan perang habis-habisan jika mereka tidak hentikan dengan ejen mereka — Malaysiakini, Malaysian Insider — yang biadap kepada JAIS, kononnya mereka menceroboh masuk gereja.

“Kita beri anda amaran terakhir. Jika anda tidak hentikan sampah ini, kita akan bakar anda,” katanya lagi di perhimpunan itu.

mKini

Nota: jangan banyak makan telor masin waktu sahur, kot nanti kena darah tinggi pulak.

Debat Ambiga vs SPR jumaat ini anjuran Proham


Pusingan ke 2: Ambiga-Wan Ahmad bersemuka lagi Jumaat ini

Pengerusi BERSIH 2.0, Datuk S Ambiga dan timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar akan bersemuka sekali lagi Jumaat ini untuk berhujah sama ada sistem pilihan raya Malaysia perlukan pembaharuan.

Kedua-dua mereka telah mengesahkan kehadiran masing-masing di forum “undang-undang pilihan raya, SPR & reformasi pilihan raya” anjuran Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham) di Dream Centre di Seksyen 13, Petaling Jaya.

Ahli jawatankuasa Proham, Datuk Dennison Jayasooria memberitahu Malaysiakini bahawa kedua-duanya telah memaklumkan kepada beliau mengenai kehadiran mereka di forum tersebut.

“Bagaimanapun, kita akan memfokuskan kepada topik yang berlainan daripada ceramah semalam,’ katanya.

Ambiga dan Wan Ahmad bertembung dalam ceramah di Shah
Alam semalam anjuran Kumpulan Karangkraf, kumpulan media yang menerbitkan akhbar harian bahasa Melayu,Sinar Harian dan kumpulan majalah popular.

Bagaimanapun, Jayasooria berkata, hadirin di ceramah Jumaat ini adalah “berbeza sama sekali” dan ahli panelnya termasuk peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah dari Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Asean. Moderatornya ialah Tan Sri Ramon Navaratnam dari Proham.

mKini

p.s : Biar ambiga tibai bagi kaw kaw lagi, kalu hujah secara pro jawablah cara pro.

Hakikatnya peningkatan sokongan kepada BERSIH sudah tidak dapat ditolak lagi,ex prof penyokong tegar Bn sendiri sudah sedar kepentingan Bersih.

Bersih untuk semua bukan untuk PR sahaja.

MKN Kaitkan Asri, Ulama Umno dengan Wahabi pulak dah


Madah BN terbaru untuk mengekang pengkritik dari pelbagai aliran

Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini menimbulkan kebimbangannya terhadap beberapa tokoh agama di Malaysia, termasuk bekas Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang dikaitkan dengan fahaman Wahabi dan aktiviti terorisme.

Menurut sumber, dalam taklimat tertutupnya yang antaranya disertai mufti dan wakil majlis agama Islam negeri diPutrajaya hari ini, seramai 40 ulama muda Umno turut dikaitkan sama.

“Kerajaan Arab Saudi didakwa menjadi dalang di sebalik apa yang berlaku. Saudi dikatakan di belakang tokoh-tokoh ini,” dakwa sumber itu.

Usaha Malaysiakini menghubungi pihak MKN – majlis bawah Jabatan Perdana Menteri – di Putrajaya untuk mengesahkan dakwaan tersebut setakat ini belum berhasil.

Menurut sumber, dalam taklimat lebih tiga jam bermula 9.30 pagi tadi, tokoh-tokoh yang disebutkan itu dikatakan ‘dinaungi’ kerajaan Arab Saudi dan beberapa lagi negara teluk seperti Kuwait dan Bahrain.

“Saudi juga dikatakan penyumbang kepada faktor kejatuhan kerajaan (empayar Islam Turki) Uthmaniyah (1299-1923),” dakwa sumber-sumber.

Dr Asri: Hati-hari sokong parti kerajaan

Seorang tokoh agama Selatan Thailand Ismail Lutfi juga dikaitkan dengan jaringan itu, tambah sumber.

Penceramah popular Dr Muhammad Uthman El-Muhammady dikatakan antara tokoh terlibat membuat pembentangan dalam majlis tertutup itu.

Tidak seperti ulama muda Umno, Dr Asri sebelum ini sudah pernah dikaitkan dengan aktiviti “terorisme agama dalam taklimat anti-keganasan anjuran pihak polis.

young ulama join umno 250610 02Sementara itu, Dr Asri ketika dihubungi Malaysiakini secara sinis berkata tidak terkejut dengan dakwaan itu kerana sekarang ini “orang yang memakai baju kuning pun boleh dianggap komunis”.

Bagaimanapun, tambahnya, beliau agak pelik tentang kedudukan ulama muda Umno – antara yang didakwa berhempas pulas mempertahankan kerajaan – juga boleh disenaraikan.

“Jadi, saya minta golongan ulama berhati-hatilah hendak berjasa dengan parti kerajaan,” sindirnya yang pernah diurakan-urakan akan menyertai Umno bersama kumpulan itu sebelum ini.

‘Tolak juga fahaman tak demokratik’

Dr Asri juga mempersoalkan kewajaran mengaitkannya dengan terorisme sedangkan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar (kiri) sendiri didakwa tidak keberatan memohon bantuan daripadanya dalam sesuatu isu.

NONE“Seminggu sebelum perhimpunan BERSIH2.0, ketua polis negara sendiri telefon saya untuk bantu tenteramkan masyarakat (yang hendak berhimpun). Takkanlah ketua polis negara menghubungi teroris?

“Semalam bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi menziarahi rumah saya di sini (Pulau Pinang), takkan sebesar ini jaringan teroris,” katanya yang terkenal dengan kelantangan dan sifat sinikal itu.

Mengulas tentang kerajaan Arab Saudi yang dilibatkan sama, Dr Asri menyuarakan kebimbangannya terhadap kemungkinan terjejasnya hubungan diplomatik antara kedua-dua negara yang baik ketika ini.

Berhubung fahaman Wahabi, Dr Asri berkata, beliau berpendirian, aliran itu – merujuk kepada tafsiran menolak kepelbagai pandangan dalam agamahendaklah ditolak seluruh umat Islam.

“Dalam masa yang sama, (kena) tolak juga fahaman yang tidak demokratik, yang anti hak rakyat, anti hak bersuara dan hak berkumpul rakyat.

“Ulama mesti fikir, fahaman tidak demokratik juga ancaman kepada negara pelbagai kaum seperti Malaysia,” kata pensyarah di Universiti Sains Malaysia (USM) itu.

mKini

p.s: Usaha Malaysiakini menghubungi pihak MKN – majlis bawah Jabatan Perdana Menteri – di Putrajaya untuk mengesahkan dakwaan tersebut setakat ini belum berhasil.

Daulat Tuanku: BERSIH Setuju Masuk Stadium


BERSIH setuju berdemo di stadium

Setelah mengadap Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong hari ini, BERSIH 2.0 bersedia mengadakan perhimpunan menuntut pilihan raya bersih dan adil di dalam stadium.

Bagaimanapun setakat ini belum ditentukan stadium mana yang akan digunakan tetapi tarikh pada 9 Julai ini tidak berubah.

NONEJawatankuasa itu yang terdiri daripada pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga, Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan presiden Jamaah Islah Malaysia (JIM) Zaid Kamaruddin mengadap Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara, petang tadi.

Menurut Ambiga, pada sidang media selepas pertemuan itu, pihak jawatankuasa BERSIH 2.0 berjanji memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa.

Ditanya wartawan sama ada tindakan itu satu bentuk tolak ansur, Ambiga menjawap ‘Ya”.

Sebelum ini, sumber yang rapat dengan pihak penganjur, memberitahu Malaysiakini tidak ada ahli politik yang menyertai pertemuan berkenaan.

NONESejak jam 1.30 petang, ketiga-tiga pemimpin itu menunggu di pondok pengawal menanti untuk masuk sebelum dibenarkan berbuat demikian pada jam 1.55 petang tadi.

Kira-kira 15 anggota polis bertugas mengawal keselamatan di pintu masuk Istana negara.

Ahad lalu, Seri Paduka bertitah dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara, mereka diminta supaya tidak menjadikan tuntutan demokrasi itu membawa kemusnahan kepada negara.

NONETuanku Mizan juga menyeru pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana.

Titah Seri Paduka, baginda selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Sehubungan dengan titah itu, Ambiga berkata gabungan BERSIH 2.0 yang terdiri daripada lebih 60 NGO, akan menghantar permohonan untuk mengadap Seri Paduka.

mKini

%d bloggers like this: