Tag Archives: Mahkamah Tinggi Syariah

Salim Parlan Mengaku Berkhalwat


Salim Parlan dan Nur Diayana Norslan mengaku bersalah

GEORGE TOWN – Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Salim Parlan dan bekas pembantu peribadinya, Nur Diayana Norslan semalam mengaku bersalah kerana berkhalwat di sebuah hotel di Batu Feringghi di sini, April lalu.

Pengakuan itu dibuat Salim, 51, dan Nur Diayana, 30, di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah negeri, Nik Bukhari Hashimy Nik Yahaya sebaik sahaja pertuduhan dibacakan semula terhadap mereka.

Ketika dihadapkan ke mahkamah sama pada 19 April lalu, kedua-duanya mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.

Salim yang memakai kemeja putih dan berseluar hitam dilihat gelisah manakala Nur Diayana yang memakai jubah hijau menangis teresak-esak selepas membuat pengakuan tersebut di kandang tertuduh.

Nik Bukhari Hashimy bagaimanapun menetapkan 19 Disember depan untuk menjatuhkan hukuman terhadap mereka berdua yang tidak diwakili peguam.

Salim dan Nur Diayana yang bukan mahram didakwa berada bersama-sama dalam keadaan yang menimbulkan syak kira-kira pukul 5 pagi pada 16 April lalu di bilik bernombor 224 sebuah hotel di Batu Feringghi.

Bekas Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) itu didakwa mengikut Seksyen 27(a) Enakmen Jenayah Syariah Pulau Pinang 1996 manakala Nur Diayana pula di bawah Seksyen 27(b) enakmen sama.

Jika sabit kesalahan, setiap tertuduh boleh didenda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.

kosmo

16 Januari Taib Mahmud Harus Hadir ke Mahkamah ?


Perbicaraan melibatkan jutaan RM dari keluarga bangsawan Sarawak..

Apa reaksi dari ketua menteri Sarawak selepas ini? adakah beliau akan turun ke mahkamah.

Kes ini akan menjadi ‘Grand’ selepas perbicaraan saiful dan anwar..Peguam Shahnaz iaitu Rafiee Shafiee bukanlah calang calang peguam syarei  di Malaysia.liputan kes ini sudah ‘menggamit’ wartawan dari seluruh dunia..

Kita nantikan episod kes tuntutan termahal di Malaysia ini.

Taib dipanggil sebagai saksi dalam kes cerai anak menantu

Ketua Menteri Sarawk Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan dipanggil sebagai saksi dalam prosiding penceraian anaknya, Datuk Abu Bekir Mahmud, apabila kes bersambung pada 16 Januari nanti.

Ini kerana Abdul Taib tinggal bersama dengan anaknya dan isterinya ketika itu, Shahnaz A Majid dan adalah saksi berhubung pertikaian antara mereka, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur diberitahu hari ini.

“Beliau boleh buktikan sama ada benar atau tidak (Bekir) membelasah (Shahnaz) kerana mereka tinggal di rumah yang sama,” kata peguam Shahnaz, – Rafiee Shafiee.Turut akan dipanggil sebagai saksi adalah tujuh yang lain termasuk dua anak perempuan Taib, Jamilah Hamidah dan Hanifah Hajar, dan adiknya Onn Taib.

Rafiee memberitahu hakim Muhammad Abdullah, saksi-saksi berkenaan akan dipanggil memberi keterangan berhubung kontark yang membabitkan syarikat Pengurusan Titanium dan  Cahya Mata Sarawak, yang mana Bekir adalah timbalan pengerusi kumpulannya.

Saksi-saksi juga akan disoal mengenai hubungan syarikat yang dikaitkan dengan keluarga Taib, Sakto International di Kanada dan Sakti International Corporation idi Amerika Syarikat, serta “aset yang dimiliki di England, Australia dan Indonesia”.

mKini

%d bloggers like this: