Tag Archives: macam macam

Pelik Tapi Benar: Ibu Suka Makan Kusyen Sofa


ADELE memberitahu masalahnya bermula kerana tertekan dengan penceraian ibu bapanya.


Ibu suka makan kusyen sofa

BRADENTON, Amerika Syarikat (AS) – Seorang ibu kepada lima orang anak, Adele Edwards didapati mengalami sejenis gangguan pelik yang dikenali sebagai Pica kerana dia gemar memakan kusyen sofa.

Pica merupakan gangguan yang sering dialami oleh kanak-kanak dan ibu mengandung yang kekurangan nutrien tertentu. Ia boleh menyebabkan mereka suka memakan benda-benda seperti kapur tulis, duit syiling, bateri dan tanah.

Dia yang berasal dari Bradenton, Florida Amerika Syarikat (AS) dikatakan telah memakan kusyen selama 21 tahun. Adele dilihat cuba mendapatkan bantuan selepas masalahnya itu sudah tidak dapat dikawal.

“Sejak beberapa tahun lalu, saya sudah makan tujuh sofa. Saya membuka zip alas kusyen dan memakannya. Apabila sudah makan, saya sukar untuk berhenti. Kini, doktor memberitahu jika saya meneruskannya, ketagihan ini akan membunuh saya,” katanya.

Adele mengakui tabiat peliknya itu berlaku kerana tertekan sewaktu ibu bapanya mahu bercerai ketika dia baru berusia 10 tahun. Kini, dia memakan kusyen sebanyak 15 kali sehari. Adele terpaksa mendapatkan rawatan terapi dan hipnosis demi menghilangkan ketagihan luar biasa itu.

Agensi

Treler Bawa Beras Pulak Terbalik


ORANG ramai mengaut beras yang tumpah daripada sebuah treler yang terbalik di lebuh raya dekat Bukit Tambun semalam.

Treler bawa beras terbalik

SEBERANG PERAI – Lalu lintas di Kilometer 150, Lebuh Raya Utara-Selatan berdekatan Bukit Tambun di sini semalam sesak lebih 10 kilometer apabila sebuah treler membawa muatan 18 tan beras terbabas lalu terbalik di laluan itu.

Kejadian kira-kira pukul 4.15 petang itu menyebabkan kesesakan luar biasa hampir lima jam setelah petugas lebuh raya berkenaan menutup sementara laluan tersebut.

Kesesakan menjadi bertambah buruk gara-gara tindakan segelintir pengguna lebuh raya itu yang memberhentikan kenderaan dan mengutip ratusan guni beras yang bertaburan di jalan raya.

Kekecohan turut berlaku ekoran tindakan segelintir pemandu yang tidak sabar lalu membuat pusingan U di tengah-tengah kesesakan di Plaza Tol Juru yang terletak kira-kira empat kilometer dari tempat kejadian.

Jurucakap PLUS Expressway Berhad memberitahu, kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah kereta menukar haluan dari kanan ke kiri lebuh raya secara tiba-tiba menyebabkan treler berkenaan yang berada di laluan sama hilang kawalan lalu terbalik.

“Sebuah kren dibawa ke tempat kejadian mengambil masa kira-kira dua jam untuk mengangkat dan mengalihkan treler berkenaan yang terbalik di tengah-tengah lebuh raya,” katanya itu ketika ditemui di tempat kejadian semalam.

ksm

Gempar:Ahli Parlimen Tengok ‘Blue’ Ketika Sidang Dewan


Patut pecat saja dari jadi anggota Dewan simamat ni..

ngabehkan boreh yo..

Anggota Dewan tonton porno

Seorang anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR), semalam mengaku dia orang yang di dalam gambar yang dirakam ketika sedang menonton video porno sewaktu perbahasan di Parlimen.

“Memang benar itu saya,” kata Arifinto, wakil daripada Parti Keadilan Sejahtera (PKS).
Bagaimanapun, Arifinto menafikan dia sengaja menonton video itu.

Menurutnya, dia memperolehnya menerusi e-mel yang dihantarkan kepadanya.
“Saya keliru dan terpegun apabila membuka e-mel itu,” katanya. Sebelum ini, foto anggota Parlimen itu menonton video lucah tersebar menerusi akhbar Internet Indonesia. Lebih memburukkan lagi keadaan, gambar itu menunjukkan dia menontonnya ketika sidang penuh dewan.
Arifinto percaya ada pakatan jahat di sebalik penyebaran gambar itu yang dirakam seorang jurufoto dari balkon wartawan.

“Mungkin ada usaha untuk membunuh karier saya,” kata anggota Parlimen itu.
Menurutnya, dia menonton video berkenaan hanya beberapa saat saja. “Saya tidak sengaja. Apabila saya memuka iPad, ada e-mel masuk dan keluar video itu. Saya sudah memadamkannya,” katanya.

Agensi

Pilu: Selepas Cerai Langgar Bini Dengan Kereta


Saya tak akan maafkan dia”

“Sukar bagi saya untuk menerima dia semula dan tidak akan maafkan dia atas apa yang sudah dilakukannya terhadap saya serta anak-anak,” kata wanita malang yang dicerai dan dilanggar kereta suami ketika mereka bertengkar selepas wanita itu menangkap lelaki terbabit bermain kayu tiga dengan wanita lain dalam kejadian di Balok, di sini, awal pagi Rabu lalu.

Wanita berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Imah, 35, berkata, dia juga kesal kerana kejadian itu berlaku di depan dua adik lelaki kerana baginya ia cukup memalukan.
“Tuhan saja yang tahu betapa pedihnya hati apabila suami sendiri tergamak melakukan perkara itu terhadap saya.

“Selama 16 tahun kami berkahwin sehingga mendapat tujuh anak, saya melakukan yang terbaik untuk rumah tangga kami. Tetapi ini balasannya kepada saya,” katanya, semalam.
Wanita itu pergi ke Balok, bagi mengunjungi suaminya yang bekerja di sana dan berlaku pertengkaran antara mereka, selepas dia berjaya ‘menangkap’ suaminya bermain kayu tiga dengan wanita lain.
Ketika cuba memujuk suami kembali ke pangkuan keluarga, dia dimarahi suaminya dan lebih pedih apabila suaminya melafazkan talak beberapa kali.

Lelaki itu kemudian menolak Imah dengan kuat menyebabkannya jatuh terlentang dan kereta dipandu suaminya kemudian menggilis lutut kanan Imah.
Menurut Imah, dia juga berasa dirinya diperbodoh dan diperguna oleh suami kerana ia adalah perbuatan sama kali kedua dilakukan lelaki berkenaan.

“Suami saya pernah menjalin hubungan sulit dengan wanita lain kira-kira dua tahun lalu ketika bekerja di Kuala Terengganu.
“Namun, hubungan itu hanya bertahan enam bulan dan saya memaafkannya selepas dia berjanji akan berubah di samping menyesali perbuatan itu,” katanya.
Menurutnya, jika sebelum ini suaminya sentiasa bercakap dalam nada lemah lembut tetapi bertukar bengis dan sering marah-marah sejak mempunyai hubungan sulit dengan janda beranak dua di Kuantan.
“Malah, saya juga dimarahi dengan menjadikan alasan sikap saya yang sering bertanya mengapa dia jarang pulang ke rumah dan tidak menjawab panggilan telefon sejak mendapat kerja di Kuantan memeningkannya padahal sebelum ini dia tidak seperti itu.
“Saya juga kesal apabila dia tidak mempedulikan anak-anak. Anak bongsu pernah dimasukkan ke hospital kerana keracunan akibat tertelan lingkaran ubat nyamuk tetapi dia langsung tidak pulang menjenguk anak yang sakit walaupun sudah banyak kali diberitahu melalui SMS,” katanya.
Imah kini terlantar di rumah dan tidak dapat bergerak melakukan kerja harian kerana kecederaan pada lututnya yang membengkak.
“Saya tidak dapat berjalan, nak berdiri pun susah. Dua adik lelaki saya bergilir-gilir menjaga dan menguruskan saya serta anak-anak.
“Saya bersyukur dapat melihat sendiri kecurangan suami kerana bertemunya ketika dia bersama wanita itu kerana akhirnya saya dapat mengesahkan khabar angin selama ini,” katanya.
Imah bercadang ke pejabat agama bagi menyelesaikan kes perceraiannya selepas kecederaan lututnya pulih tetapi belum pasti mengenai nasib anak-anak dan menegaskan tidak mahu suami bersikap lepas tangan membiarkannya seorang diri memelihara mereka.

mmtr

Gempar: Dah Nikah 6 Bulan Baru Sedar Isterinya Lelaki


Jatuh cinta melalui facebook

JAKARTA – Setelah bernikah selama enam bulan, seorang lelaki, Umar baru mengetahui bahawa isterinya itu ialah seorang lelaki tulen, lapor akhbar Sumut Pos semalam.

Umar berkenalan dengan isterinya itu, Fransiska Anatasya Octaviany menerusi Facebook setelah tertarik dengan kecantikan wajahnya.

“Semasa mereka bertemu, lelaki yang mengaku wanita itu memakai tudung,” kata seorang pegawai polis di Jatiasih, Bekasi, Darmawan Karosekali kelmarin.

Namun, setelah enam bulan bernikah, Umar melihat terdapat sesuatu yang mencurigakan pada tubuh isterinya itu kerana dia kelihatan tegap.

“Selepas diperiksa (oleh Umar), ternyata dia (Fransiska) memang laki-laki,” kata Darmawan.

Umar yang berasa tertipu kemudian membuat laporan polis. “Buat masa ini, kita sudah tahan (lelaki yang menyamar wanita itu) dan kesnya sedang disiasat,” kata Darmawan.

Pasangan itu berkahwin seminggu selepas Hari Raya Aidilfitri setelah jiran-jiran Umar mengadu dia tinggal bersama Fransiska selama seminggu. Perbuatan tersebut tidak elok dipandang masyarakat dan agama.

Jiran-jirannya itu meminta mereka berkahwin dan pasangan itu bersetuju.

Jelas Darmawan, Fransiska memalsukan kad pengenalan dirinya, manakala dua orang rakannya menyamar menjadi ibu bapanya semasa akad nikah.

Jika didapati bersalah, Fransiska akan dihukum penjara tujuh tahun kerana menyamar menjadi lelaki.

Agensi

Nota: Takkanlah sampai 6 bulan baru mamat tu sedar bini dia jantan.

Gempar: Jumpa Hantu Lagi?


Misteri lembaga perempuan mendukung anak

KULIM – Misteri alam ghaib sememangnya wujud tapi tidak semua yang dipaparkan adalah benar. Kewujudan syaitan dan iblis adalah kenyataan di mana mereka juga adalah makhluk ciptaan Allah SWT.

Sinar Harian sebelum ini pernah memaparkan imej pocong yang dirakamkan di sekitar kawasan Kulim Hi Tech dan penemuan itu diakui pekerja industri di kawasan terbabit.

Sekali lagi lensa Sinar Harian merakamkan imej seakan seorang wanita mendukung anak di jendela sebuah bangunan lama sekitar Jalan Sungai Lembu.

Imej wanita itu dirakamkan kira-kira jam 6 petang. Ketika penggambaran dibuat, Sinar Harian turut ditemani seorang pengamal perubatan tradisional.

Sepanjang penggambaran, sememang perasaan seram itu ada terutama apabila mendekati bangunan lama itu. Dari tinjauan mendapati, kawasan itu langsung tidak didatangi binatang liar seperti anjing walaupun ia adalah kawasan tinggalan.

Pencari kayu, Abdul Razak Mohamad, 57, berkata, sepanjang dia menjalankan aktiviti di sekitar, pelbagai imej dan lembaga pernah ditemui terutama menjelang waktu senja.

Selain itu, Jalan Sungai Lembu cukup sinonim dengan gangguan pontianak dalam kalangan penduduk yang tinggal berhampiran. Ada di antara mereka yang tidak berani menggunakan jalan itu tengah malam.

Penduduk di sekitar kawasan berkata, pernah berlaku di mana sebuah motosikal yang ditunggangi seorang lelaki ditumpang lembaga seorang wanita di belakangnya.

“Saya datang ke kawasan ini lebih 20 tahun lalu dan banyak yang temui. Pernah juga menemui lembaga berjalan dalam keadaan tunduk melalui dicelah-celah pokok getah di belakang saya. Selain itu, saya pernah mendengar suara perempuan menangis dan keadaan teresak-esak.

“Bangunan ini adalah binaan zaman kolonial. Dalam jangka masa begitu panjang, bangunan ini semakin tua dan kini terus ditinggalkan. Di bahagian lurah bukit ini terdapat jirat lama yang turut ditinggalkan.

“Setelah berlakunya hakisan, kebanyakan jirat yang ada ini runtuh. Tidak mustahil sekiranya ada di antara jirat yang ada di sini, berlubang dan saya pernah melihatnya sendiri,” katanya.

sinar

%d bloggers like this: