Tag Archives: macam macam

Macam Macam: Fullamak Cunnyer Awek Ni..


Alahai sekali tengok macam awek

Cuba lihat gambar model Jepun ini. Memiliki rupa paras yang amat menarik dan membuatkan ramai wanita yang cemburu dengan dirinya.

Nama model ini adalah Kayo Satoh.

Sekarang anda harus juga tahu bahawa Kayo Satoh sebenarnya seorang lelaki.

Mengikut model itu, dia telah berpindah dari kampung halamannya untuk mengelak dirinya daripada dikenali orang. Dia kemudian memilih untuk hidup sebagai wanita dan menggunakan nama baru.

Kayo mendakwa dia tidak pernah melakukan sebarang pembedahan plastik dan mendakwa kecantikan dirinya adalah asli.

Jika benar, maka make up pastinya memainkan peranan yang amat penting dalam mengubah wajah lelaki ini.

Dia bagaimanapun mengakui menyuntik hormon ke dalam tubuhnya sejak berumur 15 tahun.

Kayo dilahirkan pada 26 Disember 1988 di kawasan Aichi.

Pengakuan mengenai dirinya seorang lelaki dibuat tahun lalu dalam program televisyen Majotachi no 22ji. Ia dibuat selepas khabar angin mengenai jantina sebenarnya tersebar di internet.

Dia juga dikenali dengan nama Kayo Police dan merupakan seorang pemain permainan video Street Fighter yang disegani di Jepun.

mynewshub

Kerana Meluat, Porsche 911 Jadi Bahan Tembakan


KERETRA Porsche 911 dipenuhi dengan kesan tembakan di Jamaica Plain, Massachusetts baru-baru ini.

Porsche 911 jadi sasaran latihan menembak

JAMAICA PLAIN, Massachusetts – Seorang pemilik kereta mewah Porsche 911 mengambil keputusan membiarkan keretanya yang berharga AS$80,615 (RM244,300) menjadi sasaran latihan menembak.

Beliau bertindak demikian kerana bosan dengan kerosakan enjin kereta tersebut yang kerap berlaku.

Kereta itu diberikan kepada sebuah persatuan yang dikenali sebagai Comm2A yang terletak di Jamaica Plain, Massachusetts, Amerika Syarikat (AS), baru-baru ini.

Hasilnya, kereta yang berwarna perak itu menerima 10,000 tembakan peluru dari 140 pucuk senjata api.

Ia diletakkan di kawasan latihan menembak dan menjadi sasaran latihan oleh ahli persatuan terbabit.

Tembakan yang datang dari beberapa mesingan dan senjata automatik menyebabkan rupa sebenar bentuk Porsche tersebut sukar dikenali.

Sebelum ini, pemilik yang tidak mahu dikenali itu dikatakan telah membelanjakan beribu-ribu dolar untuk membaiki masalah enjin dan sistem penyejukan kereta tersebut.

Agensi

SB Jatuh Tingkap Ketika Mabuk Asmara


SB jatuh dari tingkap kediamannya

Seorang wanita Russia berdepan hukuman penjara setahun selepas jatuh dari tingkap kediamannya di tingkat pertama ketika cuba melakukan seks dengan seorang lelaki Maghribi.

Mahkamah memenjarakan wanita berusia 29 tahun dikenali sebagai SB tanpa kehadirannya Rabu lalu, kerana melakukan seks secara sukarela dengan lelaki Maghribi berusia 40 tahun, dikenali sebagai MS.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tambahan sebulan kerana kesalahan minum arak. Kedua-duanya juga boleh diusir pulang.

SB bertemu MS di bar hotel lima bintang di sepanjang Jalan Shaikh Zayed. SB berkata, MS menaiki teksi bersamanya selepas dia meninggalkan bar itu.

Agensi

Boleh Pakai Ke? ..Payudara Selaku Petunjuk Ekonomi


Adakah benar kenyataan firma ini? hahahah

LONDON: Sebuah firma pemborong runcit Britain, Debenhams, mendakwa saiz payudara wanita boleh digunakan untuk menentukan kedudukan ekonomi negara.

Debenhams berkata saiz coli berubah seiring turun naik ekonomi Britain, selepas menjalankan kajian terperinci membabitkan sejarah payudara wanita Britain.

“Kini kita boleh melihat rekod ekonomi Britain hanya dengan mengikut peredaran zaman. Sejarah ekonomi negara berkembang bersama besar atau kecilnya saiz coli,” kata jurucakap Debenhams, Ed Watson.

Beliau berkata ahli sejarah seperti Simon Schama dan David Starkey kini tidak lagi menjalankan kajian di perpustakaan, sebaliknya hanya melihat saiz payudara wanita untuk menentukan situasi keseluruhan rakyat negara ini.

Awal abad ke-21 menyaksikan kadar inflasi meningkat dalam pelbagai cara dan wanita terpaksa menggunakan segala aset yang ada termasuk payudara untuk keselesaan hidup mereka.

Agensi

Lagi Gila: Julia Perez Bogel Pulak


JULIA PEREZ dan kekasihnya, Gaston Castano.

Berbogel untuk kempen lindungi haiwan

Atau dah jadi macam haiwan..

JAKARTA – Pelakon dan penyanyi dangdut seksi, Julia Perez bersama kekasihnya, Gaston Castano bertindak berani dengan mengecat tubuh mereka dalam keadaan berbogel baru-baru ini, lapor sebuah akhbar semalam.

Tindakan Julia dan Gaston adalah sebahagian daripada kempen melindungi spesies terancam di Indonesia malah tubuh Julia dilukis dengan 40 gambar binatang yang harus dilindungi.

“Kerjasama itu dilakukan bersama pemerintah melalui tema Save Our Planet yang dibuat di Bali.

“Pada masa itu, saya bersama Gaston berbogel dan tubuh saya dilukis dengan 40 gambar binatang,” jelas Julia.

Foto lukisan pada badan mereka akan disiarkan pada Disember ini bertepatan dengan ulang tahun hari AIDS sedunia.

“Foto itu tidak boleh dikeluarkan lagi kerana harus ada permit malah semuanya masih dibincang bersama Menteri Kehutanan,” katanya.

Agensi

Benarkah Linda Hashim Lesbian?


Benarkah seperti dakwaan tersebut?

Pelakon Linda Hashim, 27, tidak mahu tuduhan menjalinkan hubungan songsang yang pernah diperkatakan beberapa tahun lalu kembali semula.

Menurut Linda, khabar angin tersebut telah lama tersebar dan menganggap ia hanya fitnah yang tiada bukti dan tidak berasas.

“Khabar angin ini bukan perkara baru, beberapa tahun dulu pun saya sudah dengar tentang perkara ini tapi saya malas ambil peduli.

“Saya pernah jelaskan perkara ini dulu dan bagi saya kalau mereka ingin percaya atau tidak, terpulang.

“Saya tak boleh nak tutup mulut orang untuk bercakap, tapi kalau perkara tersebut tidak benar ia akan senyap sendiri,” katanya.

Jelas Linda,gosip tersebut tersebar berkemungkinan berikutan dia tidak pernah digosipkan mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan mana-mana lelaki.

Malah menurut Linda, seperti wanita lain, dia turut mempunyai hasrat untuk berkahwin dan mempunyai keluarga.

“Bagi saya gosip itu tak adalah permainan dalam industri ini, apa yang penting kita tahu apa yang kita lakukan.

“Jika bercakap tentang rumah tangga, jauh di sudut hati saya ingin mempunyai keluarga yang sempurna, cuma sekarang tiada calon lagi,” katanya yang pernah menyasarkan untuk berkahwin di usia 25 tahun.

Bagaimanapun katanya, dia belum terlalu terdesak untuk itu kerana mempunyai komitmen utama terhadap kerjaya.

“Buat masa sekarang saya lebih suka jalani hidup sekarang dan fokus dengan kerjaya.

“Soal kahwin, Insya-Allah kalau boleh dalam usia 30an nanti,” katanya.

Sementara itu, drama Fatimah Juling The Series lakonan Linda bakal keudara pada 27 April ini.

Dia yang memeggang watak Fatimah menganggap cabaran utama adalah untuk menjulingkan mata sambil mengeluarkan air mata.

“Memang agak susah untuk menjulingkan mata lagi pula apabila babak menangis.

“Saya terpaksa julingkan mata sambil mengeluarkan air mata, ia agak susah dan mencabar,” ujarnya.

Selain itu, watak komedi tersebut juga sesuatu yang baru bagi pelakon muda ini, kata Linda ini merupakan kali pertama dia membawa watak komedi.

“Selalu bawa watak sirius dan kali ini saya cuba bawa watak komedi. Ia bukan mudah kerana penonton sudah terlalu didedahkan dengan lawak seperti Maharaja Lawak yang sedang berlangsung.

“Jadi mungkin penonton sudah mempunyai satu tahap lawak tersendiri, apa yang saya takutkan apabila lawak yang cuba kita sampaikan jadi seperti lawak bodoh pula,” ujarnya yang sentiasa membuat perbincangan sebelum melakunkan sesuatu babak tersebut.

Kemalia Othman

%d bloggers like this: