Tag Archives: Lim Kit Siang

Dedah: Polis Hadapi Tindakan dibawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan


Tindakan Polis semalam di KL Sentral boleh mengakibatkan kecederaan serius dan kematian.

PKR menuduh polis bertindak ‘tanpa sebarang provokasi’ ke atas perarakan aman BERSIH di jalan bawah (underpass) KL Sentral.

NONENaib parti presidennya, N Surendran berkata mangsa tindakan
tersebut termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, pemimpin DAP Lim Kit Siang dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Surendran berkata pengerusi BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga dan sasterawan negara, Datuk A Samad Said juga turut menjadi mangsa tindakan polis itu.

Dalam satu kenyataan hari ini, Surendren berkata ketika kumpulan tersebut masuk ke jalan bawah tersebut, mereka dihalang oleh barisan anggota FRU yang membawa senapang gas pemedih mata.

Katanya, naib presiden PKR yang juga ahli parllimen Batu, Tian Chua kemudiannya berjalan ke arah garisan polis untuk berunding.

Bagaimanapun, dakwanya, pihak polis terus bertindak balas dengan menjerit, memukul perisai dengan belantan serta menghalakan senapang gas pemedih mata ke arah mereka.

Surendren berkata tindakan polis melepaskan tembakan gas pemedih mata ke dalam dalam ruang terkurung adalah satu perbuatan jenayah.

NONETindakan ini juga boleh mengakibatkan kecederaan serius dan kematian, dan dengan itu boleh dihukum di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

“Kami menuntut siasatan dan pendakwaan terhadap semua pegawai kanan, termasuk Menteri Dalam Negeri, yang bertanggungjawab bagi atau memberi perintah supaya perbuatan jenayah itu dilaksanakan,” kata Surendran.

“Satu Suruhanjaya Diraja Siasatan juga perlu ditubuhkan serta-merta untuk menyiasat penindasan ganas hak asasi rakyat untuk berhimpun secara bebas, oleh kerajaan BN,” katanya.

mKini

HOT: Nazri Aziz Kata Najib PM Terakhir BN


Kenyataan Nazri tunjukkan Najib PM terakhir BN

Kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz membayangkan semakin ramai pemimpin BN yang terima hakikat bahawa perdana menteri akan datang tidak semestinya dari Umno dan BN  atau khasnya Datuk Seri Najib Razak.

“Ini adalah bukti terkini bahawa pemimpin Umno dan BN sudah hilang keyakinan dan terasa ini adalah penggal terakhir mereka menjelang pilihanraya ke 13 nanti,” kata Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam kenyataannya.

Beliau mengulas kenyataan Nazri yang mendakwa, Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu menjadi Perdana Menteri ekoran Muktamar Tahunan PAS ke 57 baru-baru ini.

Ahli Majlis Tertinggi Umno itu mendakwa,  perubahan kepemimpinan PAS yang kini dikuasai golongan profesional menunjukkan parti itu mahu berkuasa dalam Pakatan Rakyat, termasuk Abdul Hadi yang berhasrat untuk menjadi Perdana Menteri.

Mengulas dakwaan Nazri ini, Abdul Hadi berkata,  beliau tidak bercadang mahukan jawatan Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat berjaya menumbangkan BN pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Abdul Hadi yang juga ahli parlimen Marang berkata, perjuangan PAS adalah untuk menyelamatkan negara dan memperkenalkan dasar negara berkebajikan yang dibawa oleh Pakatan Rakyat.

“Yang penting kita mahu selamatkan negara… sesiapapun boleh jadi Perdana Menteri,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Bharu semalam.

Bagi Lim Kit Siang, Nazri memang mempunyai agenda tersendiri ketika membuat dakwaan ini namun persepsi awam adalah Nazri sendiri sudah hilang keyakinan bahawa BN dan Umno akan kekal memerintah negara ini selepas pilihan raya umum akan datang.

Beliau mengambil andaian teori RAHMAN yang mewakili enam perdana menteri dari Umno dan “Adakah teori ini akan sah tidak lama lagi.” iaitu Najib adalah PM Umno yang terakhir.

RAHMAN mewakili Tuanku Abdul Rahman (R), Tun Abdul Razak (A), Tun Husein Onn (H), Tun Dr Mahathir Mohamad (M), Tun Abdullah Ahmad Badawi (A) dan yang terakhir Datuk Seri Najib Razak (N).

Bagi Lim Kit Siang, Pakatan Rakyat yang terdiri dari PAS, PKR dan DAP sudah sepakat perdana menteri mereka jika menang adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mungkin atas dasar itulah pelbagai usaha dibuat oleh Umno untuk menyekat Anwar menjadi perdana menteri termasuk mengenakan pelbagai dakwaan terhadap beliau, katanya.

Hd

Video Solat Hajat dan Himpunan 10k Rakyat 28/3/2011


10,ooo orang solat hajat tolak fitnah jahat

SHAH ALAM: Hampir 10,000 umat Islam menunaikan solat hajat pada program Solat Hajat dan Pidato Khas – Menolak Fitnah Jahat di Stadium Malawati di sini, malam ini.

Program itu bermula jam 7 malam dengan solat Maghrib sebelum solat hajat yang diimami Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Turut menyertai solat ialah Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, selain umat Islam dari pelusuk tanah air, khususnya anak Selangor.
Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said turut menyertai solat hajat itu.

Program kemudian diteruskan dengan ucapan beberapa pemimpin utama Pakatan Rakyat  termasuk Anwar, Hadi dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Anwar dalam ucapannya menyifatkan serangan terhadapnya sebagai usaha terakhir Umno-Barisan Nasional menghalang kemaraan Pakatan Rakyat dalam berhadapan Pilihan Raya Umum akan datang dan pilihan raya negeri Sarawak yang dijangka 16 April depan.

Beliau mempersoalkan dalang di sebalik rakaman video fitnah berkenaan, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik, yang sehingga kini masih tidak dikenakan sebarang tindakan oleh pihak polis.

“Dalam kes Soi Lek, siapa edar ditangkap. Dalam kes ini, siapa edar dirai. Kebetulan namanya (orang itu) Rahim Thamby Chik,”  tegas Anwar.

Bagaimanapun, Anwar meminta pendokong Pakatan Rakyat supaya tidak melayan sebarang fitnah yang dimainkan Umno-Barisan Nasional, sebaliknya menumpukan kepada usaha Pakatan memperkasa rakyat melalui agenda Buku Jingga.

Mengulas mengenai pilihan raya negeri Sarawak, Anwar berkata Pakatan sudah bersiap sedia bagi menghadapi pilihan raya negeri itu bagi menamatkan pemerintahan 30 tahun Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang semakin angkuh.

Keadilandaily


Alasan ‘Ops Lalang’ Mahazalim Kantoi Lagi


Nampak sangat mahathir telah cuba menafikan ‘arahan’ untuk menangkap aktivis dan pemimpin pembangkang dalam ‘Ops Lalang’ pada tahun 1987 dulu.

Kit siang hari ini mencabar mahathir untuk dedahkan saja siapa pemimpin pembangkang yang dimaksudkan oleh beliau.

Sesuaikah kesalahan tersebut diberikan pada pasukan Polis?

Tidakkah pasukan Polis berada dibawah KDN? Bak kata pepatah ‘pokok tidak akan bergoyang jika tiada angin yang meniup’.Bagaimana jika ada pegawai Polis pulak mengatakan mereka menerima arahan dari Menteri Dalam Negeri?Apa pulak mahathir akan kelentong selepas ini..

malaysian insider melaporkan…

Kit Siang cabar Mahathir dedahkan nama pembangkang,jangan salahkan Polis

Lim Kit Siang hari ini mencabar bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan nama pemimpin-pemimpin pembangkang yang beliau bertemu dan memberi jaminan bahawa mereka tidak akan ditahan di bawah Operasi Lalang 1987.

Menjawab dakwaan Dr Mahathir bahawa polis yang mahu pemimpin-pemimpin pembangkang dan yang lain ditahan, Lim berkata:

“Biar Mahathir menamakan pemimpin-pemimpin pembangkang yang beliau telah bertemu dan memberikan jaminan bahawa mereka tidak akan ditahan, tetapi ia telah diatasi oleh polis menerusi Operasi Lalang.”

Dr Mahathir mengatakan demikian dalam buku terbaru “Doctor M: Operation Malaysia – Conversations with Mahathir Mohamad” tulisan Tom Plate.

Penasihat DAP itu berkata, Dr Mahathir bukan sahaja berhadapan dengan masalah memori selektif dan fikiran tidak betul tetapi turut memutarbelitkan perkara tidak benar mengenai ketidakdilan yang dilakukannya selama 22 tahun menjadi perdana menteri.

Operasi Lalang atau Ops Lalang dilancarkan pada 27 Oktober 1987 oleh polis, agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri bagi menangkap mereka yang mengeruhkan suasana politik ketika itu.

Dalam Operasi Lalang ini, seramai 106 ahli politik terutama parti pembangkang ditahan di bawah ISA dan pembatalan dua akhabar harian dan dua akhbar mingguan.

Selain Lim, turut ditahankan ialah Chandra Muzaffar, Karpal Singh, Kua Kia Soong, Ibrahim Ali dan Mohamed Fahmi Ibrahim.

“Saya tidak pernah berjumpa dengan Mahathir dan beliau tidak pernah memberikan saya jaminan bahawa saya tidak akan ditahan sebelum Operasi Lalang dilancarkan pada 27 Oktober 1987 meskipun sehari sebelum itu saya bercakap di Parlimen ketika perbahasan bajet mengenai peningkatan ketegangan kami dan saya meminta kesemua parti bersetuju dengan (syor) moratorium selama setahun di mana tiada isu perkauman, bahasa atau agama dicetuskan atau dibangkitkan bagi setiap rakyat Malaysia memberi tumpuan ke atas keutamaan negara mencapai pemulihan ekonomi dan pertumbuhan,” katanya lagi.

Kata Lim, tidak patut Dr Mahatahir mempersalahkan polis sebagai bertanggungjawab atas Operasi Lalang memandangkan beliau bukan sahaja tidak mempertahankan penahanan 106 orang di bawah Seksyen 73 Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), malah beliau menggunakan kuasanya selaku Menteri Dalam Negeri di bawah Seksyen 8 akta itu untuk mengeluarkan perintah menahan selama dua tahun membabitkan 49 orang termasuk tujuh ahli Parlimen DAP.

Lim berkata, Dr Mahathir sentiasa membuat dakwaan palsu dan tidak berasas bahawa ahli-ahli Parlimen DAP ditahan bukan kerana mereka wakil rakyat atau disebabkan kepercayaan politik, tetapi kerana cuba untuk mencetuskan kerusuhan kaum.

Sebagai contoh katanya, Dr Mahathir memberitahu majalah Asiaweek keluaran 11 November 1988 bahawa beberapa orang masih ditahan kerana enggan memberi jaminan tidak akan mencetuskan perkauman lagi.

Malah kata Lim, sebenarnya salah guna ISA untuk tujuan peribadi, berfikiran sempit dan perasaan dendam adalah jelas memandangkan beliau dan anaknya Guan Eng, kini Setiausaha Agung DAP dan Ketua Menteri Pulau Pinang, adalah dua yang terakhir daripada 49 tahanan Operasi Lalang dibebaskan pada April 1989.

“Sedangkan yang lain dibebaskan bermula Jun 1988,” kata beliau.

“Saya selalu mengakui memang ada ketegangan kaum pada Oktober 1987, tetapi ketegangan kaum ini bukan dicetuskan oleh ahli-ahli Parlimen DAP atau tahanan lain Operasi Lalang, tetapi oleh beberapa pihak yang mahukan kuasa politik dalam Umno,” katanya.

Pada 1987 Umno berhadapan dengan krisis kepimpinan membabitkan dua puak, satu diketuai oleh Dr Mahathir manakala yang satu lagi oleh Tengku Razaleigh Hamzah-Tan Sri Musa Hitam.

“Sebagaimana dikatakan oleh Bapa Malaysia dan perdana menteri pertama (Almarhum) Tunku Abdul Rahman sejurus selepas Operasi Lalang, pada November 1987, ia bukan persoalan orang Cina menentang kerajaan tetapi parti sendiri, Umno, yang menentang beliau,” kata Lim memetik akhbar The London Times edisi 9 November 1987.

Sehubungan itu kata Lim, Dr Mahathir tidak boleh memindahkan tanggungjawabnya terhadap pasukan polis, sebaliknya perlu tampil bersih dan meminta maaf kepada seluruh negara kerana mengadakan Operasi Lalang, yang disifatkan sebagai bab hitam dalam soal hak asasi manusia di Malaysia.

“Adakah Mahathir (juga) mahu mempersalahkan kehakiman, polis, Suruhanjaya Pilihan Raya, agensi antirasuah, media dan institusi-institusi utama negara atas kegagalan membantah demi melindungi, mempertahan dan menggalakkan keberkesanan, kebebasan dan profesionalisme ketika (era) kepimpinannya?” kata Lim lagi.

Dalam buku itu, Dr Mahathir yang meneraju Malaysia selama 22 tahun itu mengakui bahawa beliau berang dengan tindakan polis tersebut.

“Ya, saya akan tangani secara berbeza, tetapi polis ingin melakukan hal-hal ini (tangkapan ISA) kerana mereka menyatakan ia perlu.

“Saya sebenarnya berjumpa dengan semua ahli pembangkang (terlebih dahulu) dan meyakinkan mereka bahawa mereka tidak akan ditangkap. Dan awak tahu apa yang polis lakukan? Polis menangkap mereka. Kredibiliti saya hilang,” katanya.

Apa Khabar Undi Cina di Dun Tenang?


Pada pilihan raya umum 2008, BN memperolehi 67.9 peratus undi di Ladang Bukit Dato di mana 46.6 peratus pengundinya adalah pengundi Inia, tetapi di Ladang Labis Utara pula yang diwakili 71.7 peratus pengundi India, kedua-dua pihak berkongsi undi sebanyak 50 peratus.

Berdasarkan keadaan demikian, kini kawasan yang majoritinya mempunyai penduduk Cina seperti di Labis Timur, Labis Tengah dan Tenang Station menjadi tumpuan BN dan Pakatan Rakyat untuk meraih undi.

BN dan Pakatan kini dilihat sama-sama meningkatkan tumpuan mereka di kawasan-kawasan ini.

NONESecara kasar, jumlah yang menghadiri ceramah DAP pada setiap malam di Tenang Station dan Labis Tengah dilihat bertambah. Namun ramai yang berpendapat ia hanya disebabkan oleh orang ramai sekadar mahu mendengar apa yang dihujahkan oleh pemimpin-pemimpin atasan parti tersebut.

Harapan Bn untuk menang 5,000 lebih majoriti tak kesampaian

he Malaysian Insider difahamkan Umno yang yakin untuk memenangi majoriti pengundi Melayu di kawasa itu mula menyalahkan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek kerana didakwa gagal mengawal momentum yang dibawa DAP dalam mendapatkan sokongan pengundi Cina sejak hari penamaan calon Sabtu lalu.

“Saya rasa mereka telah memperkecilkan pengaruh Lim Kit Siang (Penasihat DAP) dan Lim Guan Eng (Setiausaha Agung DAP) terhadap pengundi Cina, mereka ingat orang tidak ramai dan tidak seperti ceramah PAS dan PKR yang dihadiri penduduk tempatan,” kata seorang pegawai Umno

Kit Siang dan anak lelakinya Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang menghabiskan masa satu hari di kawasan Tenang dengan mendapat sambutan yang amat menggalakkan dalam kempen ceramah yang mereka sertai.

Kedua-dua ceramah yang diadakan pada malam Isnin dan Selasa lalu dianggarkan disertai kira-kira 300 penduduk tempatan, bilangan yang agak besar bagi mana-mana ceramah yang diadakan di Tenang.

Kini DAP yakin calon PAS Normala Sudirman boleh memenangi sekurang-kurangnya 60 peratus undi Cina di Tenang. Pada pilihan raya umum 2008 PAS meraih sebanyak 58 peratus undi Cina.

“Sekarang kami mempunyai kira-kira 60 hingga 65 peratus dan kami sasarkan ia meningkat sehingga 70 peratus, ia masih sukar kerana dibeberapa kawasan kami tidak begitu kuat,” kata Pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau.

DAP menganggarkan undi Cina di Tenang masih belum melebihi 30 peratus sebaik sahaja kempen bermula, ia bagaimanapun membuat Umno terdesak untuk mendapatkan lebih banyak sokongan pengundi Cina.

“Masalahnya kami tidak boleh berbincang dengan parti komponen bagi situasi di kawasan Cina.

“Tanpa sokongan kuat daripada pengundi Cina, ia agak mustahil untuk dapat 5,000 undi majoriti,” kata seorang lagi pegawai Umno.

MCA berada di bawah tekanan untuk mendapatkan semula sokongan pengundi Cina di kawasan Tenang yang merupakan kubu kuat BN.

Pada 2004 BN memenangi kerusi itu dengan majoriti 5,517 undi tetapi jumlah itu berkurang kepada 2,492 pada pilihan raya umum 2008 yang mana majoriti besar undi Cina memihak kepada pembangkang.

Sementara itu, tinjauan The Malaysian Insider mendapati pendirian MCA yang mahu membangkitkan isu dasar negara Islam dalam kempen pilihan raya kecil itu turut mendapat bantahan pengundi Cina.

Pengundi Cina beranggapan tidak wajar MCA memainkan isu negara Islam dan mereka mahu agar MCA menghentikan daripada memainkan isu tersebut.

Sebelum Dr Chua berkata mahu menyerang PAS dengan membangkitkan isu negara Islam dalam kempen pilihan raya kecil kawasan itu.

Dr Chua berkata akan terus menyerang PAS dengan memberi amaran kepada pengundi-pengundi bahawa sokongan mereka hanya akan memperkukuh kedudukan parti Islam itu dalam Pakatan Rakyat.

Beliau berkata berkata meskipun DAP menjadi rakan komponen dalam Pakatan Rakyat parti itu tidak mampu menghalang PAS daripada meneruskan dasar negara Islamnya.

Tindakan MCA itu bukan sahaja membangiktkan kemarahan orang Islam tetapi orang bukan Islam juga.

Kempen pilihan raya kecil DUN Tenang sudah masuk hari keenam. Hari pengundian Ahad ini.

“Bagi saya Islam tiada masalah, Islam adalah agama rasmi jadi kenapa mesti mau (mahu) mainkan isu ini?

“Pasal itu salam, saya tidak suka bila MCA mainkan isu ini, kita Malaysia ada macam-macam agama… kita tidak boleh paksa antara satu sama lain.

“Yang penting kita hormat agama yang ada, kenapa mesti nak buat macam ini,” kata pengundi Chai Yun Cong, 45.

Menurut Chai, sekiranya PAS memerintah negara sudah pasti parti Islam itu akan menjaga kebajikan dan perpaduan semua kaum di negara ini.

“Kita tiada masalah tapi kenapa dia (Dr Chua) buat macam ini, dia mahu takutkan kita (orang Cina).

“Dia cakap macam-macam (pasal PAS) tapi PAS tiada apa-apa pun, hanya kasi takut orang Cina sahaja.

“PAS bawa Islam, apa yang PAS buat untuk orang Islam. Orang bukan Islam PAS tidak kacau, jadi kenapa mesti takut?” katanya.

Dia juga berkata PAS adalah sebuah parti yang bersih dan tidak mustahil akan memilih Normala Ahad ini.

“Saya lihat calon PAS bagus, lagipun PAS bersih… tidak amal rasuah. Tentu PAS boleh bantu kami di sini (Tenang).

“Tapi MCA sudah 53 tahun merdeka tapi tidak tolong bangsa sendiri, dia (MCA) hanya tahu cakap sahaja tapi tidak bantu,” kata Chai dengan nada kecewa.

Baru-baru ini Dr Chua berhadapan dengan kecaman PAS kerana mendakwa Normala enggan bersalaman dengan pengundi-pengundi lelaki.

Pada pilihan raya kecil DUN Tenang ini, Pakatan Rakyat meletakkan Normala, Ketua Muslimat PAS Labis sebagai calon manakala BN pula diwakili bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Mohd Azahar Ibrahim.

Pilihan raya kecil ke-14 ini diadakan bagi mengisi kekosongan berikutan kematian penyandang Datuk Sulaiman Taha, wakil rakyat Umno-BN, pada 17 Disember lepas.

Sementara itu, seorang lagi pengundi Khoo Khai Loon, 40, berkata MCA perlu menghormati Islam dan mesti menghentikan rancangan tersebut.

“Saya tak suka bila MCA kata mahu cakap pasal agama (Islam), tidak boleh macam ini… Kita duduk dalam pelbagai kaum, kena jaga juga.

“MCA kena hentikan, janganlah sebab nak dapatkan undi (orang Cina) sanggup gunakan agama, kita perlu menghormati setiap agama yang ada,” katanya.

Bagi Lim Chiew Ling, 35, pemilihan Normala sebagai seorang calon PAS-Pakatan Rakyat adalah pilihan tepat kerana bekas guru itu mempunyai kredibiliti dan pandai berpidato punya peluang cerah untuk menang pada pilihan raya kecil kali ini.

“Sikap dia (Normala) yang peramah memang disukai oleh pengundi Cina di sini. Dia ada personaliti yang menyenangkan hati.

“Kita tidak ada masalah siapa pun wakil rakyat yang akan dipilih yang penting dia boleh buat bawa pembangunan dan peluang pekerjaan kepada penduduk di Tenang,” katanya.

Lim juga tidak bersetuju dengan tindakan MCA yang tetap mahu memainkan isu agama dalam kempen pilihan raya kecil.

“Tidak boleh macam itu, MCA kena hentikan… Kita duduk Melayu ada, Cina ada, India pun ada. Kena saling hormat-menghormati.

“Bagaimana kalau ada orang yang mainkan pula agama kita? Mesti kita marah,” katanya.

Kelmarin Guang Eng mendakwa tindakan MCA yang mahu membangkitkan isu negara Islam dalam kempen pilihan raya kecil DUN Tenang kerana mahu menghalang orang bukan Islam daripada mengenali Islam yang merupakan agama rasmi negara ini.

Beliau berkata tindakan Dr Chua yang mahu menyerang PAS dengan membangkitkan isu negara Islam semata-mata mahu menimbulkan rasa “ketakutan” kepada pengundi bukan Melayu di DUN Tenang terutamanya orang Cina.

%d bloggers like this: