Tag Archives: Lim Guan Eng

Alamak..Apek Cina ‘Himpit’ Blogger Umno Sampai Masuk Longkang


Aku dah cakap..kreta hang tu tak power laa papa gomoi..tapi hang tak mau dengar jugak..

Hang punya enjin 1.0 nak main ciluk dengan Nissan Silphy…hahaha…kan dah kena himpit dengan Apek Penang punya duk mai..Nah ..dah masuk longkang pulak…hahahahah

Ambik kau..len kali kalu nak main ciluk..hang punya enjin pastikan cukop power dulu bro..hahahaha

Koh nafi akan cabar Guan Eng dalam PRU

Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon hari ini menafikan bahawa beliau ada ditemu bual oleh blogger yang memuatkan artikel dalam sebuah laman blog yang menyebut bahawa beliau bersedia mencabar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guang Eng pada pilihan raya umum akan datang.

Sambil menepis laporan itu Koh menyifatkan penulis blog sebagai golongan yang suka menulis apa sahaja walaupun ia tidak benar.

Beliau berkata penulis blog menulis apa sahaja yang dikehendaki dan ada juga blog-blog lain yang menulis pelbagai perkara mengenai dirinya.

“Saya tidak akan memberikan komen berdasarkan hanya satu penulisan di blog, mereka boleh kata apa sahaja yang mereka mahu…ada juga beberapa blog yang menulis pelbagai perkara lain berkaitan diri saya.

“Setiausaha Akhbar saya sudah pun menafikannya, saya tidak pernah ditemu bual oleh mana-mana blogger… jadi bagaimana mereka boleh menyebut saya yang bercakap,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Rumah Terbuka Deepavali Parti Gerakan di Menara PGRM di Cheras dekat Kuala Lumpur hari ini.

Koh yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri diminta mengulas tulisan dalam blog PapaGomo yang menyebut bahawa beliau bersedia mencabar Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng di mana-mana kawasan untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.

Dalam entri bertajuk ‘Koh Tsu Koon Cabar Lim Guan Eng Satu Lawan Satu’ itu, Koh dipetik sebagai berkata “Saya secara peribadi berhasrat bertanding menentang Lim Guang Eng tidak kira di mana kerusi yang beliau akan tandingi di Pulau Pinang.

Menurut entri di blog itu lagi, Koh didakwa sudah pun menyampaikan hasratnya bertanding pada PRU ke-13 itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan juga kepada seluruh kepimpinan Gerakan.

Kira-kira 3,000 orang hadir pada rumah terbuka di ibu pejabat itu yang turut dihadiri Naib Presiden Gerakan A Kohillan Pillay.

Bernama

* gambo hiasan

Terkini: Blogger Umno Dr Novandri ‘Sesak Nafas’


Ibu Anya Ann Corke akan kemukakan saman pemula terhadap fitnah dr Mat indon Mali

Ibu kepada gadis muda yang gambarnya digunakan oleh blog pro-Umno untuk menuduh anak ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng meramas buah dada teman sekelasnya berkata beliau akan menimbangkan semua pilihan dalam melindungi kepentingan anak perempuannya.

NONEIni, termasuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak-pihak yang menyebarkan khabar angin ke atas Anya Ann Corke, yang berusia 21 tahun, kata ibunya, Mei Sun.

“Sebagai ibu bapa Anya, saya akan semak pilihan yang ada untuk melindunginya daripada gangguan seumpama ini,” katanya yang dipetik dalam akhbar South China Morning Post hari ini.

Anya, yang satu ketika dulu adalah juara catur satu Hong Kong kini menuntut di Amerika Syarikat. Beliau didakwa oleh penulis blog pro-Umno telah dicabul oleh anak remaja Lim dan akibat itu terpaksa dipindahkan dari sekolah SMK Heng Ee.

Ketua Menteri itu juga didakwa telah membayar wang pampasan kira-kira RM200,000 kepada ibu bapa Anya untuk menutup skandal berkenaan.

NONEAnya, Lim dan pengetua SMK Heng Ee semuanya telah menafikan kejadian berkenaan.

Bagi Lim, celaan itu bertujuan memusnahkan kerjaya politiknya yang sekaligus cubaan meranapkan kehidupan anak remajanya yang dianggap “cukup keji dari segi moral dan tidak bertamadun”.

Anya, pelajar tahun ketiga di sebuah kolej berkata beliau tidak pernah melawat Malaysia selama tujuh tahun lalu dan juga tidak pernah berjumpa ataupun mengenali nama-nama orang yang yang disebutkan dalam blog berkenaan.

“Saya juga nafikan bahawa pernah secara fizikal diserang dalam apa-apa cara sekalipun,”katanya.

mKini

Ramas Buah Dada: Muhyiddin Kena Tibai lagi


Muhyiddin gagal ujian moral dan etika jadi PM: Guan Eng

Lim Guan Eng melabel Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai pemimpin “pengecut” dan “gagal dalam ujian moral menjadi perdana menteri” kerana mengulangi dakwaan blog kononnya anak lelaki beliau telah mencabul kehormatan rakan pelajar wanita.

Ketua Menteri Pulau Pinang berkata beliau terkejut dan mual dengan kenyataan Muhyiddin yang menyerang anaknya demi kepentingan politik, sebaliknya menggesa pemimpin nombor dua Umno itu agar memfokus ke atas dirinya jika mahu.

“Jika Muhyiddin sangat membenci saya, beliau boleh melakukan yang terburuk untuk menghabiskan saya dari politik,” kata Lim dalam satu kenyataan.

“Sebaliknya Muhyiddin tidak harus menyertai mereka yang pengecut untuk memilih anak saya berusia 16 tahun dan terus meletakkan anak saya dalam keadaan trauma,” kata beliau.

Lim juga berkata Muhyiddin telah gagal ujian moral dan etika untuk menjadi perdana menteri kelak kerana mengulangi pembohongan ke atas remaja yang tidak boleh mempertahankan dirinya, meskipun pelajar yang kononnya menjadi mangsa telah menafikan dakwaan-dakwaan yang dibawa blog-blog Umno.

Tambah Lim, Muhyiddin berhadapan dengan risiko kehilangan rasa hormat di mata masyarakat umum jika terus mengulangi dakwaan itu.

tmi

Antara Ramas Buah Dada dan Raba Punggung


Antara dua kes yang dibentangkan pada lampiran dibawah ini menunjukkan tahap ‘genuine’ tragedi yang terjadi.

Sila ketahui kebenaran diantara kedua dua kes tersebut.

Kes hangat yang pertama membabitkan seorang bekas menteri secara amnya apakah telah terjadi? sehingga ada MP membawa kes tersebut ke sidang Dewan Rakyat.Inilah warna warna bangkrup politik Umno/Bn, kroni diselindungkan dari sebarang tindakan.

Kes yang kedua tanpa bukti walaupun dengan sebarang laporan polis dipukul canang segenap penjuru alam maya.Sekiranya juak juak Umno meresakan diri mereka ingin menjadi super hero dalam alam maya ini..Sila berikan bukti atau terbitkan di akhbar akhbar milik Umno..

Ketua Pengarang NSTP yang baru ada berani ke?

Kes Jamaluddin Jarjis

Ahli Parlimen Bukit Gelugor mempersoalkan mengapa tidak ada sebarang tindakan undang-undang diambil terhadap Duta Malaysia ke Amerika Syarikat Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis berhubung laporan polis yang dibuat oleh seorang pekerja hotel dua tahun lepas yang mendakwa dirinya dicabul oleh Jamaludin.

Ketika membahas titah Yang DiPertuan Agong Karpal berkata sehingga kini kes tersebut seolah-olah dilupakan dan tidak ada sebarang tindakan terhadap Jamaludin yang juga Ahli Parlimen Rompin.

“Saya mahu Peguam Negera memberi penjelasan mengapa tidak ada tindakan undang-undang kepada duta tersebut. Laporan polis bahawa beliau didakwa mencabul kehormatan seorang gadis telah dibuat tetapi kenapa beliau tidak dihadapkan ke mahkamah? Kalau gadis itu membuat laporan polis palsu terhadap duta itu maka gadis itu boleh didakwa dalam mahkamah kerana membaut laporan yang tidak benar,” kata ahli politik veteran itu.

Pada 19 April 2008 seorang wanita yang dipercayai bekerja sebagai pelayan hotel telah membuat laporan polis ke atas bekas seorang menteri dua hari lepas di sebuah balai polis di Kuala Lumpur kerana didakwa melakukan ganggu seks ke atasnya dengan memegang tangan dan meraba punggungnya.

Kejadian itu didakwa berlaku di Kelab Havana Hotel Meridien di KL Sentral ketika gadis itu sedang melayan dan menyediakan minuman keras untuk menteri berkenaan.

Laporan polis telah dibuat oleh teman lelaki pelayan tersebut.

Suarakeadilan

Dakwaan anak VVIP ramas buah dada, Lim enggan ulas

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng enggan mengulas laporan  dalam blog pro-Umno yang mendakwa anak lelaki seorang kenamaan di negeri itu mencabul kehormatan seorang rakan pelajar wanitanya.

NONESebaliknya, Lim yang juga setiausaha agung DAP mencabar Umno supaya menerbitkan dakwaan itu di akhbar-akhbar dan media milik mereka.

“Biarkan Umno menerbitkan berita itu dulu, kemudian anda boleh saksikan apa yang akan kami buat.

“Apa yang berlaku sekarang, mereka baling batu, sembunyi tangan. Mengapa harus saya menjawab mereka setiap kali?” soalnya pada sidang akhbar di Pulau Pinang hari ini.

Menurut Lim, beliua mempunyai tugas lain yang lebih mendesak bagi menguruskan kerajaan negeri daripada menjawap tohmahan seumpama itu.

Awal hari ini, isteri Lim, Betty Chew, juga enggan mengulas dan hanya berkata, “Tolong kemukakan soalan kepada KM”.

Media di Pulau Pinang hari ini kecoh apabila blog pro-Umno mendakwa anak pemimpin tinggi politik mencabul kehormatan budak sekolah dan bagi menutup perbuatan itu, bayaran RM200,000 didakwa disogok kepada ibu bapa budak perempuan itu supaya tidak menghebohkannya.

mKini

Konsesi TOL Untung 13 Billion Tak Cukup? Berapa Lagi Mau Daa..


Mewahnya Cukong Malaya mengatasi Raja Raja Melayu?
Korporat atau keparat ini ?…Berapa banyak lagi hangpa nak melantak dari peluh keringat rakyat jelata?
Orang pas, PKR dan DAP saja ke yang kena balun dek cukong hiway ni?
Syarikat konsesi tol kaut keuntungan RM13bilion
 Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini mempersoalkan mengapa syarikat utama konsesi lebuh raya masih menaikkan kadar tol sedangkan mereka telahpun memperolehi semula kos pembinaan dan mengaut keuntungan “yang besar”.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Yong Khoon Seng, dalam jawapan bertulis kepada soalan Lim di Dewan Rakyat, mendedahkan syarikat konsesi yang menguruskan 27 lebuh raya telah meraih sejumlah RM37.7 bilion kutipan tol, di samping tambahan RM2.1 bilion pampasan daripada kerajaan.

Dengan kos pembinaan berjumlah RM26.4 bilion, ia memberi keuntungan lebih RM13 bilion kepada syarikat konses, kata Lim yang juga setiausaha agung DAP, dalam sidang akhbar di ibupejabat parti itu di Kuala Lumpur hari ini.

Oleh itu, Lim ingin tahu mengapa kadar tol terus meningkatkan, sedangkan mereka sudahpun mendapat keuntungan, dengan menyebut Lebuhraya Utara Selatan Projek (Plus) sebagai contoh yang ketara di mana tempoh konsesinya adalah sehingga tahun 2039.

Mengikut Statistik yang disediakan oleh Lim, Lebuhraya Utara-Selatan dibina dengan kos RM5.9 bilion, tetapi ia telah mengutip lebih RM23.5 bilion kutipan tol, di samping tambahan RM735.2 juta pampasan daripada Kerajaan .

mKini

Kontraktor Melayu Pulau Pinang Tibai MCA rasis


Tender projek: Kontraktor Melayu Pulau Pinang dakwa MCA rasis

Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang mengecam sambil mendakwa MCA memainkan sentimen perkauman dengan melabel Ketua Menteri Lim Guan Eng sebagai anti-Cina hanya kerana kebanyakan projek di bawah sistem tender terbuka diberi kepada kontraktor Bumiputera.

Pemangku Yang Dipertua Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang Datuk Izham Merican berkata, “nampaknya MCA begitu jahil sekali” kerana tidak faham istilah tender terbuka yang membenarkan semua kontraktor tanpa mengira kaum dan agama bersaing untuk projek kerajaan negeri, termasuk yang melebihi nilai RM200,000 dan memilih yang paling baik dari segi harga dan kualiti.

“Dengan hanya mempertikaikan pemberian kontrak kepada Melayu, adakah MCA bersifat perkauman, dengan memandang rendah keupayaan kontraktor Melayu yang dianggap tidak setaraf atau sebaik dengan kontraktor lain?

“Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang menolak dengan sekeras-kerasnya sentimen perkauman MCA yang menghina kontraktor Melayu dengan persepsi negatif ini,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan.

Mengulas kenyataan Ketua Wanita MCA Puan Tan Cheng Liang baru-baru, Izham menegaskan, MCA harus ingat bahawa dalam semua kaum ada golongan yang baik dan ada yang tidak sebegitu baik, begitu juga di kalangan masyarakat Cina sendiri.

Dalam sistem tender terbuka, katanya, pemberian kontrak di bawah kerajaan negeri Pulau Pinang dilakukan secara adil dan tidak mengetepikan kaum lain.

“Saya sebagai Timbalan Yang Dipertua dan Pemangku Yang Dipertua telah berjumpa dengan Ketua Menteri supaya membantu warga kontraktor Bumiputera di Pulau Pinang dan ini disambut baik oleh Ketua Menteri.

“(Ia) menunjukkan sikap profesionalnya, beliau tidak mencampur aduk hal politik dan tidak memilih kaum untuk membantu dan selalu bercakap berdasarkan fakta dan ini amatlah disanjungi,” kata Izham lagi.

“Malah ahli-ahli persatuan saya amat menghargai pendekatan YAB Ketua Menteri yang tidak mewajibkan sebarang kontrak kerajaan mesti mendapat kebenaran ketua bahagian parti seperti yang dibuat sebelum ini.

“Saya hendak mengingatkan bahawa isu penawaran kepada kaum Bumiputera tidak harus dipolitikkan dan atau dijadikan isu perkauman,” katanya lagi.

Izham juga menambah, sebagai sebuah NGO yang mempunyai ahli daripada pelbagai parti walaupun kebanyakannya terdiri daripada ahli Umno, perjuangan pihaknya adalah menentukan warga kontraktor terbela.

Kata Izham, pada hari ini ramai kontraktor yang gulung tikar dan keadaan yang dialami dalam industri pembinaan tidak lagi seperti suatu ketika dahulu dan “kami merayu kepada kerajaan pusat supaya dapat membantu menangani masalah ini.”

“Kami ucapkan terima kasih kepada kerajaan pusat dan ketua menteri yang telah pun berusaha dan telah mengatasi masalah-masalah yang dikemukakan oleh pihak persatuan,” katanya lagi.

Malah kata beliau, seperkara lagi untuk makluman sekiranya kontrak ditawarkan kepada Bumiputera, harus diingat bahawa kebanyakan pembekal-pembekal adalah bukan Bumiputera dan golongan pekerja-pekerja juga kebanyakan bukan kaum Bumiputera.

“Oleh itu, bagi tiap-tiap projek yang ditawarkan oleh pihak kerajaan kepada kontraktor Bumiputera dengan cara tersendirinya memberi peluang kepada kaum-kaum lain.

“Saya sebagai Timbalan Yang Di Pertua dan Pemangku Yang Dipertua persatuan ingin menyatakan bahawa setakat hari ini Ketua Menteri Pulau Pinang tidak pernah mengetepikan kaum Bumiputera dalam industri pembinaan dan sebagai pemimpin beliau bersikap terbuka walaupun dicemuh oleh pihak-pihak tertentu yang sengaja tidak faham akan dasar kerajaan negeri,” katanya lagi.

g.manimaran

%d bloggers like this: