Tag Archives: Langkawi

Penyeludup Kereta Mewah Ditahan SPRM Dipercayai Berkait “Mr Clean‎”


Shaharuddin-Ibrahim

Sindiket penyeludupan kereta mewah yang dipatahkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis dipercayai kes sama membabitkan pegawai kanan kastam ditembak mati pada April.

Timbalan Pengarah Kastam Datuk Shaharuddin Ibrahim (gambar) hanya tinggal setahun perkhidmatan ditembak tiga das di leher dan pipi.

Ketelusan Shaharuddin menyebabkan beliau digelar “Mr Clean”.

Anaknya, Akhtar Shaharuddin memberitahu The Malaysian Insider beliau percaya pembunuhan bapanya berkait dengan sindiket penyeludupan kereta di Langkawi.

Pada Khamis, SPRM menahan seorang pengurus bank, isterinya dan lelaki yang dipercayai terlibat dalam penyeludupan itu. Siasatan juga menjurus kepada penipuan dan penggubahan wang haram.

Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali mengesahkan penahanan suspek berumur di antara 30 dan 40 tahun.

Suspek wanita ditahan bagi membantu siasatan berhubung pembelian kereta mewah bernilai RM500,000 sementara suaminya, seorang pengarah swasta disiasat kerana bersubahat.

Kereta yang dipercayai didaftarkan di Langkawi dibeli dengan harga RM300,00 dan dijual dengan harga setengah juta ringgit dalam masa tiga bulan.

Siasatan menunjukkan dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Kastam adalah palsu dan duti eksais kereta tidak dibayar.

Difahamkan sindiket berkenaan telah beroperasi sejak setahun lalu.

tmi

Benarkah Awie (WINGS) Kena Pukul di Langkawi ?


‘Gaduh kerana kata kata kesat ‘-Awie

KUALA LUMPUR: Pelakon dan vokalis kumpulan Wings, Awie, mengakui pergaduhannya di sebuah kelab di Langkawi pada bulan lalu kerana perbuatan provokasi individu tertentu yang mengeluarkan kata-kata kesat terhadapnya.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman berkata, pergaduhan tersebut berpunca apabila segelintir pengunjung enggan menghormati permintaannya agar tidak mengambil gambar dia di dalam kelab.

“Punca pergaduhan tersebut adalah kecil apabila saya enggan bergambar dengan mereka di dalam kelab. Saya beritahu kalau nak bergambar, ambil di luar kelab sahajalah tetapi mereka tidak hormat permintaan saya.

“Kerana tindakan itu mereka melakukan provokasi dengan mengeluarkan kata-kata kurang enak sehingga membangkitkan perasaan marah saya,” katanya.

Awie ditemui selepas pelancaran Konsert Awie dan Ella, Raja dan Ratu Rock Malaysia di Istana Budaya di sini, pada Rabu.

Konsert berkenaan akan diadakan selama empat hari bermula pada 12 Januari 2012.

Dalam pada itu, Awie menafikan dakwaan dalam sebuah blog hiburan yang mengatakan dia dipukul teruk namun mengakui ada berlaku pergaduhan antara dia dengan beberapa pengunjung di luar kelab itu.

“Kira-kira 30 orang telah datang untuk menyerang saya di luar kelab tetapi mereka tidak berjaya menyentuh saya dan disebabkan itu mungkin mereka lebih berang terhadap saya.

“Anda (wartawan) boleh melihat sendiri tidak ada satu lebam pun berada di badan atau muka saya, jadi laporan mengatakan saya dibelasah teruk adalah tidak benar,” ujarnya.

Sementara itu, kata Awie, dia kesal apabila ada pihak luar campur tangan dalam kejadian tersebut dan menganggap pihak yang menyerangnya mempunyai motif tersendiri.

“Kelab berkenaan mempunyai sekuriti yang saya yakin boleh meleraikan pergaduhan antara kami tetapi mengapa perlu melibatkan orang luar dalam kejadian itu?

“Saya tidak faham motif mereka melakukan perbuatan itu terhadap saya kerana kunjungan saya ke sana bukan untuk mencari masalah dengan sesiapa,” ujarnya.

Awie berkata, pergaduhan itu selesai apabila dia dibawa ke balai polis berdekatan namun tiada sebarang laporan polis dibuat oleh kedua-dua belah pihak.

Ditanya mengapa dia ke Langkawi Awie memberitahu, tujuannya ke pulau itu untuk melihat sebidang tanah yang dibelinya beberapa tahun lalu selain mendapat undangan membuat persembahan di kelab berkenaan.

Terdahulu, sebuah blog hiburan melaporkan Awie ke Pulau Langkawi untuk menghadiri satu mesyuarat anjuran Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) dan menghabiskan masa di kelab berkenaan bersama pengawal peribadinya sebelum berlakunya pergaduhan.

oleh MOHD AL QAYUM AZIZI mStar

Adegan Ranjang Maya Karin dengan Aaron Aziz Pulak dah


Adegan ranjang Maya dan Aaron

MAYA KARIN menjadi gadis kampung? Mungkin ada yang tidak boleh menerima hakikat tersebut memandangkan imej moden cukup sinonim dengan figura jelita itu selama ini.

Namun, novel Ombak Rindu yang kini diadaptasi menjadi sebuah filem, berjaya menzahirkan watak yang sangat berbeza buat Maya.

Buat pertama kalinya Maya memegang watak Izzah, seorang gadis kampung naif dan bertudung yang mana ia sungguh kontra dengan dirinya yang merupakan seorang wanita bandar.

Lontaran jiwanya sebagai Izzah dalam Ombak Rindu juga terkesan sehingga meninggalkan sisa di hati penonton dan disifatkan antara lakonannya yang terbaik sepanjang aktif sebagai pelakon.

Watak Izzah senang benar menambat hati aktres Maya Karin kerana dia telah mengenal dan mengimpikan watak Izzah sekitar tujuh tahun lepas selepas membaca novel nukilan Fauziah Ashari itu.

Justeru, pelawaan oleh pengarah Osman Ali untuknya menjiwai watak Izzah dalam versi filem yang menggunakan judul yang sama, terus diterimanya tanpa berfikir panjang. Tanpa solekan tebal dan harus menjadi orang kampung termasuk mengenakan tudung buat pertama kalinya di layar perak, Maya dengan rela bersetuju untuk menjadi Izzah.

Ternyata, pilihan Maya tepat kerana Osman Ali berjaya membangkitkan sisi lain Maya sebagai aktres yang pernah dilihat sebelum ini.

Pada previu filem Ombak Rindu yang berlangsung di Mid Valley, Kuala Lumpur baru-baru ini, ramai yang mengakui gagal mengawal air mata daripada mengalir deras di pipi.

“Filem ini antara yang mencipta rekod saya dan Aaron sebagai naskhah yang paling banyak membuatkan kami penat menangis. Semua adegan menangis dilakukan secara semula jadi tanpa bantuan air penitis mata.

“Saya sebagai Izzah wanita teraniaya harus kekalkan wajah sedih sepanjang penggambaran, sebab itu kami adakan sesi latihan bersama Elly Suriati selama tiga minggu sebelum penggambaran bermula,” ujar Maya.

Suami orang

Maya juga hidup sebagai Izzah dalam tempoh sebelum penggambaran bermula sehinggalah penggambaran selesai. Dia diberi lagu tradisional Terengganu oleh Elly Suriati serta memakai tudung jika keluar ke kedai, untuk menyesuaikan dirinya dengan watak Izzah.

“Saya baca skrip berulang kali dan tertanya-tanya macam mana saya harus lakukan untuk melontarkan jiwa Izzah secara semula jadi tanpa dipaksa.

“Kiranya ini memang lakonan sepenuhnya tanpa ada sebarang aksi lasak. Sebelum ini, kebanyakan filem saya lebih kepada aksi dan kurang lakonan seperti Duyong dan Pontianak Harum Sundal Malam,” jelasnya.

Meskipun terdapat adegan intim antara Maya dan Aaron di atas ranjang, dia bagaimanapun enggan adegan itu ditonjolkan atau sebagai bahan jualan sebagai pelaris filem Ombak Rindu.

Adegan (ranjang) itu memang perlu ada untuk menggambarkan kasih sayang yang terjalin antara watak Izzah dan Hariz tetapi ia tidak berlebihan.

“Saya tidak mahu orang memperkatakan filem Ombak Rindu semata-mata kerana adegan itu sedangkan setiap jalan cerita yang ditampilkan dalam filem juga penting. Mereka harus datang menonton kerana sebuah naskhah bukan kerana sebuah adegan sahaja,” tegasnya yang akan muncul dengan album baharu pada tahun hadapan.

Bercerita dengan lebih lanjut mengenai adegan intim yang menjalani proses penggambaran sekitar dua jam itu, kata Maya, dia sendiri berdebar-debar untuk melakonkannya kerana ia merupakan kali pertama dia melakonkan adegan sedemikian rupa.

“Saya sendiri sudah diberitahu awal tentang kewujudan adegan itu dan ketika hari penggambaran adegan itu saya memang berdebar-debar dan sejam sebelum itu saya rasa pelik kerana saya tidak pernah melakonkan adegan intim di atas katil seperti itu, tambahan pula Aaron merupakan suami orang, jadi saya agak bimbang, adakah adegan itu berlebihan.

“Tetapi Alhamdulillah, ia berjalan dengan lancar dan muncul di skrin. Rasanya orang yang menontonnya pun boleh menerimanya,” tutur Maya lagi yang mengakui secara peribadi, dia sendiri menyukai filem Ombak Rindu.

Aaron yang terkenal dengan watak romantisnya di dalam drama pula memberitahu, isterinya, Diyana Halik tidak kisah, malah merestui adegan intimnya bersama Maya serta Lisa Surihani yang memegang watak antagonis buat pertama kalinya sebagai Mila Amylia.

“Isteri saya tidak kisah kerana dia memahami kerjaya saya sebagai seorang pelakon. Malah, dia yang baca skrip terlebih dahulu dan ada ketika sesi latihan serta penggambaran berlangsung. Jadi, tidak ada sebarang isu yang timbul kerana isteri saya sentiasa bersama saya ke mana sahaja saya pergi,” bicara Aaron.

Air mata jantan Aaron

Aaron tidak malu untuk mengakui filem Ombak Rindu paling banyak meragut air mata jantannya selain mengakui adegan intim bersama Maya antara yang paling sukar.

“Saya dan Maya pernah bertemu untuk iklan L’oreal, sejak itu kami kenal tetapi tidak pernah bekerjasama dalam drama mahupun filem. Keserasian antara kami sedang timbul kerana dia seorang aktres yang bagus.

“Namun begitu, bagi saya, adegan intim bersama Maya antara adegan yang paling susah untuk dilakonkan kerana saya tidak tahu ekspresi wajah apa yang harus saya tonjolkan. Jadi, saya buat wajah biasa sahaja kerana watak Hariz lakonan saya itu penuh dengan sifat ego,” jelas Aaron yang berjaya menunjukkan lakonan yang cukup cemerlang dalam filem yang menelan belanja sebanyak RM2.1 juta itu.

Mengulas lanjut mengenai watak Hariz, jelas Aaron, ini bukanlah kali pertama dia melakonkan watak sedemikian dan kerana pengalaman berlakon watak yang sama memudahkan perjalanan penggambaran filem Ombak Rindu yang dijalankan di Langkawi, Kedah serta Cameron Highlands, Pahang.

“Saya pernah berlakon watak yang lebih kurang sama sebelum ini tetapi dalam drama, untuk filem rasanya belum pernah lagi kerana filem kebanyakan filem saya adalah filem aksi,” ulasnya.

kosmo

Nota: Aku pernah tengok satu filem dari iran bercerita pasal kasut saja tetapi yang menariknya filem tuu dapat best award dari festival filem asia.

Tak dak pulak adegan ranjang dalam filem tu. Perlu ada ke adegan ranjang untuk menarik hit penonton.

Kang nanti jadi kecoh macam filem ni pulak…kontroversi-filem-berunsur-lucah-aire-libre-di-pawagam-malaysia/

Kenapa ‘Zip Seluar Abang Terbukak Tuu’


Cerita dari kawan kawan semasa berjumpa di aidil fitri baru baru ini

Assalamualaikum..

Adinda usop apa khabar?..Kawan lama aku bagi salam dan bertanya khabar…waalaikumsalam adinda baik dan sihat wal afiat .Kanda Joe @ Johar (bukan nama sebenar) ok ke?…OK jawab beliau.

Eh usop..Abang joe nak pegi Langkawi laa…jom laa ikut ,aku belanja , lama tak tak jumpak ngan nko rasa rindu dendam pulak..hehe

Abang nak datang dengan sapa? tak bawak akak rose sekali ke, hang jangan duk tinggalkan ‘ustazah pilihan’ tu sensorang pulak..bawak laa dia sekali.

Ok, nanti aku bawaklah ustazah aku tu…emmm cuti sekolah nanti aku cadang nak pegi makan angin kat Langkawi tu 2,3 ari…Nko tolong booking bilik laa yer..Ok bang..jawab usop.

Punya laa syok bersembang dengan abang Joe dan akak rose kerana kami cukup rapat macam saudara sendiri.Mengenai abang joe ni aku duk ingat dia dah Ok laa ni bila dia dah bernikah dengan seorang ustazah. Semoga abang joe akan menjadi seorang muslim sejati kerana seorang yang berpendidikan agama ada disisinya.Cerita lama tak payah laa nak dirungkaikan .

Dua hari dua malam bercuti di Langkawi memang sungguh gembira rasanya kerana dapat bergaul dengan kawan lama yang sememangnya sungguh baik dan dapat free pulak makan dan segalanya.

Nak dijadikan cerita , pada malam ketiga  abang joe pergi kat Pekan Kuah nak beli ubat katanya dan pulang ke biliknya pada pukul 12.30 tengah malam..sampai dibilik akak rose tanya beliau..Abang dah solat isyak ke? belom lagi lah..jawab abang joe..baru nak ambik wudu’ ni..

Selepas itu abang joe pun bersolatlah fardu isyak..

Selesai solat akak rose tanya abang joe …

Abang mabok lagi ke? Eh taklah mana ada abang mabok..abang dah berenti , lama dah pun..

Ye ke ?Kenape ..Zip seluar abang terbukak tu, dah tu solat pakai seluar pendek pulak!

KANTOI..duk ingat kot hang dah berenti dari minum air kencing setan, rupa rupanya dek kerana menatang tu harga murah di Langkawi kawan kita ni tak tahan godaan ..

Astaga…lakonan abang joe terkantoi lagi…eloklah jangan mai Langkawi jika masih kurang iman untuk menghadapi dugaaan …

Jangan laa tiru perangai pencacai seperti dibawah ni..

Berzikir Mohon Kebakaran Reda


gambar sebelum gambar berikut 

  • FotoSEBAHAGIAN penduduk memadam kebakaran dalam kejadian di perkampungan nelayan Bukit Malut, Langkawi, malam kelmarin.
  • FotoSEBAHAGIAN daripada 70 rumah yang hangus dalam kebakaran malam kelmarin.
  • 70 rumah nelayan hangus dijilat api

LANGKAWI: Ketika orang dewasa bertungkus-lumus membantu memadamkan api dalam kebakaran besar yang memusnahkan 70 rumah di perkampungan nelayan Bukit Malut, di sini, malam kelmarin, lebih 30 kanak-kanak yang berhimpun di surau kampung itu berzikir memohon pertolongan Allah untuk meredakan api daripada memusnahkan penempatan itu.

Seorang warga emas yang juga ibu tunggal, Halijah Baharin, 60, berkata, kanak-kanak terbabit yang berusia antara enam dan 13 tahun terdiri daripada pelajar sekolah agama rakyat di kampung itu diarahkan berzikir oleh imam kampung sebagai sebahagian ikhtiar untuk meredakan api yang sedang marak.

Malah, ada di antara kanak-kanak terbabit adalah pelajar sekolah pondok yang kebetulan pulang untuk cuti persekolahan.

Surau berkenaan terletak kira-kira 30 meter dari kawasan kebakaran dan bangunan yang terselamat itu dijadikan tempat perlindungan sementara kepada mangsa kebakaran terbabit.

“Kami bersyukur kerana berkat zikir kanak-kanak terbabit selama hampir satu jam ketika kebakaran itu mendapat izin Allah, sekali gus menyebabkan api reda dan dapat dikawal daripada merebak ke lebih banyak rumah penduduk yang rapat,” katanya ketika ditemui.

Dalam kebakaran kira-kira jam 11.40 malam itu, 200 mangsa tinggal sehelai sepinggang apabila kira-kira 70 rumah di perkampungan nelayan di situ musnah dan disifatkan kejadian terburuk di daerah ini sepanjang tahun ini.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Ishak Hasan, berkata kejadian itu dipercayai berpunca daripada litar pintas dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Katanya, pasukan bomba, polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPA3) dan Ikatan Relawan Rakyat (RELA) bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan.

Kebakaran hanya dapat dikawal sepenuhnya kira-kira sejam selepas kejadian dan jumlah kerugian masih disiasat.

Tinjauan Berita Harian di tempat kejadian, lima jentera bomba bersama 40 anggota diketuai Pegawai Operasi, Yaakob Hassan, bertungkus lumus memadamkan kebakaran dengan dibantu orang ramai kerana kedudukan rumah yang berdekatan antara satu sama lain itu menyebabkan api marak dan cepat merebak.

Cuaca panas dan berangin selain tekanan air rendah menyukarkan tugas anggota bomba memadamkan kebakaran dengan kerugian dianggarkan kira-kira RM1 juta.

Seorang mangsa, Hafisah Yahya, 49, yang lebih lima tahun tinggal di kawasan itu berkata, beliau tidak sempat menyelamatkan harta benda kerana ketika kebakaran berlaku, beliau sedang bersiap untuk tidur.

“Walaupun tidak sempat menyelamatkan harta benda dan dokumen penting, saya bersyukur kerana tiga anak perempuan saya berusia 12, 13 dan 16 tahun selamat,” katanya yang juga seorang penjual kuih.

Sementara itu, Pemangku Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) kampung berkenaan, Ismail Musa berkata, kawasan itu mempunyai kira-kira 750 buah rumah dengan jumlah penduduk mencapai 2,000 orang.

“Mengikut bancian awal, sebanyak 70 buah rumah dan kira-kira 200 mangsa kehilangan tempat tinggal berikutan kejadian kebakaran kini ditempatkan sementara di surau kampung ini.

“Sebahagian besar penduduk bekerja sebagai nelayan dan beragama Islam, selain sudah lama menetap di kawasan berkenaan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

brm

Kebakaran Besar di Langkawi


KIRA-KIRA 200 keluarga nelayan tinggal sehelai sepinggang apabila kebakaran memusnahkan kira-kira 70 rumah di perkampungan nelayan Bukit Malut, Langkawi, Kedah, malam tadi. – Foto Hamzah Osman
Dec 28, 2010 10:03 am

Kebakaran besar di langkawi 200 nelayan tinggal sehelai sepinggang

LANGKAWI: Seramai 200 mangsa tinggal sehelai sepinggang dalam kebakaran yang memusnahkan kira-kira 70 rumah di perkampungan nelayan Bukit Malut, di sini, malam tadi iaitu kejadian terburuk di daerah ini sepanjang tahun ini.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Ishak Hasan, berkata sehingga jam 1.30 pagi tadi tiada kemalangan jiwa dilaporkan walaupun sebahagian besar rumah terbabit hangus dalam kebakaran yang percayai bermula sekitar jam 11.40 malam.

Katanya, pasukan bomba, polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia bergegas ke tempat kejadian sebaik pihaknya menerima panggilan kecemasan. Kebakaran hanya dapat dikawal sepenuhnya kira-kira sejam selepas kejadian dan punca kejadian dan jumlah kerugian masih disiasat, katanya.

“Berdasarkan sejarah, ini adalah kebakaran ketiga terbesar di perkampungan ini selepas kejadian sama pada 2005 dan 2007,” katanya.

Bernama

%d bloggers like this: