Tag Archives: KUCHING

5 Gadis islam ‘Terlampau’ Sertai Ratu Cantik Borneo 2011


5 peserta islam ratu cantik degil

KUCHING: Meskipun sudah diberi nasihat dan teguran, lima peserta beragama Islam Rantu Cantik Borneo (MBB) 2011 tetap meneruskan niat dengan menyertai malam kemuncak pertandingan akhir yang berlangsung di sebuah hotel, di sini, malam kelmarin.

Kelima-lima peserta Melatie Melisa, 22; Natasha Nur Amarina Mohamad Kaie, 21; Adira Kamil, 23; Sharifah Nadzirah Wan Hamid, 23, dan Roszainah Suhaili, 21, tampil pada malam kemuncak berkenaan meskipun kehadiran mereka di pentas tidak disenangi banyak pihak, sebelum ini.

.
Ditanya mengenai keputusan untuk menyertai pertandingan itu walaupun ditegur Jabatan Agama Islam Sarawak (Jais), salah seorang peserta beragama Islam, Natasha berkata, dia tidak melakukan sebarang kesalahan walaupun ada pihak kurang senang dengan pembabitannya dalam pertandingan itu.

“Kami membuat keputusan untuk tidak menarik diri selepas mengambil kira latihan dilakukan sebelum malam kemuncak. Adalah satu kerugian jika saya tidak menyertai selepas bersemuka dengan pegawai Jais semalam (kelmarin),” katanya sebaik diumumkan pemenang tempat keempat.
Katanya, walaupun sekadar meriah tempat keempat, dia masih berbangga selain mahu membuktikan kepada orang ramai bahawa pertandingan ini bukan satu kesalahan.“Kami tidak melanggar undang-undang walaupun ada antara mereka tidak menyukai penampilan kami pada pertandingan kali ini,” katanya.

.

Pagi kelmarin, kelima-lima peserta berkenaan dipanggil menghadap Jais selepas didakwa mengenakan pakaian seksi ketika bergambar untuk media tempatan sejak beberapa hari lalu sebagai persediaan menghadapi pertandingan akhir.
Mereka diarah menjalani sesi kaunseling selama dua jam bersama Jais menerusi pertemuan yang turut dihadiri Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak (MIS), Datuk Putit Mat Zen, Pengarah Jais, Abang Shamsudin Abang Seruji, Mufti Sarawak, Kipli Yassin serta beberapa pegawai daripada Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Jais.

.

Pada pertandingan itu, selain Natasha, seorang lagi peserta beragama Islam, Adira meraih tempat kelima yang diserta 18 peserta keseluruhan.
Selain Natasha dan Adira, seorang lagi peserta, Sharifah dipilih sebagai Ratu Personaliti.

.
Sementara itu, Abang Shamsudin berkata, walaupun sudah menegur supaya memikir kembali keputusan sama ada mahu menyertai atau sebaliknya, pihaknya akur dengan keputusan kelima-lima peserta sambil memaklumkan ‘tugas Jais sudah selesai’.

.
“Kita sudah memberi nasihat namun mereka tetap mahu meneruskan penyertaan. Jadi, terpulang kepada mereka kerana ia hak individu. Di sini, tugas Jais selaku badan bertanggungjawab sudah selesai.

.
“Dalam hal ini, kami tidak boleh mengambil tindakan selepas diberikan nasihat dan penerangan secukupnya mengenai hukum wanita mendedahkan aurat yang tetap haram walaupun atas tujuan pertandingan.
“Bagi saya, Jais sudah menjalankan tanggungjawab kerana kuasa kami hanya setakat ini saja,” katanya sambil memaklumkan pihaknya tidak menghantar Pegawai Jais membuat pemantauan pada malam kemuncak kerana bimbang berlaku salah faham.

HM

Nota: Dimana letaknya akta berpakaian sopan menurut agama islam? atau pun belum ada akta lagi untuk berpakaian sopan. Merdeka dah lama pun, takkan laa soal macam ni pun nak tunggu orang kritik dulu.

Macam mana kes khalwat jika ada orang kata itu hak individu jugak? poning kepalo den.

PRN Sarawak: Puluhan Ribu Rakyat Sarawak Sambut Grand Finale Anwar


Walau ditohmah, difitnah, ucapan Anwar tetap dinanti-nantikan rakyat Sarawak

Sambutan diluar jangkaan oleh pemerhati politik

SEMARIANG: Kebangkitan rakyat Sarawak melawan kezaliman regim Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri kali ini adalah sejarah yang belum pernah berlaku, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, malam tadi.

“Tidak pernah terjadi dalam sejarah Sarawak sebelum ini yang rakyat bangkit untuk membuat perubahan.

“Kita bukan hanya mahu gantikan kerajaan, tetapi kita mahu ubah sistem yang rosak oleh pentadbiran BN,” katanya pada program Grand Finale di sini, malam tadi.

Ribuan penduduk setempat bersesak-sesak hadir bagi mengikuti ceramah Anwar di Bandar Baru Semariang, Kuching malam ini.

Buat pertama kali, rakyat Sarawak menunjukkan sokongan jitu melawan regim BN yang selama ini mendominasi pemerintah negeri itu tetapi gagal menangani dan membela kebajikan rakyat walaupun Sarawak antara negeri terkaya di Malaysia.

Sebelum ini,parti pembangkang baik parti kelahiran negeri itu mahupun yang beribu pejabat di Semenanjung Malaysia sukar bertapak di negeri itu tetapi kini, segala-galanya berubah berdasarkan perkembangan politik semasa di Sarawak kebelakangan ini.

Ribuan rakyat pelbagai etnik berhimpun menunjukkan isyarat kebangkitan rakyat kepada regim BN

Acara  itu adalah program kemuncak anjuran KEADILAN yang turut menampilkan tokoh dan pimpinan Pakatan Rakyat termasuk Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah; Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Pada program itu, Anwar turut memperkenal calon-calon Pakatan Rakyat bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok, Semariang, Tupong, Pantai Damai dan Demak Laut.

“Inilah pimpinan yang kita tampilkan. Kita bukan hanya cakap-cakap kosong tetapi kita sudah buktikan di negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat,” kata Anwar.

Terdahulu, Anwar turut berceramah di Borneo Development Centre (BDC) Kuching, Bazar Serian di pekan Serian, Saadon Jaya dan pekan Asajaya yang semuanya mendapat sambutan hebat dari segenap lapisan etnik di Bumi Kenyalang itu.

Keadilandaily

Demokrasi Ben Najib: Anwar Kena Halang di Sarawak


Anwar dihalang berucap di Sarawak

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada satu majlis PKR Sarawak di sebuah kedai makan di Ban Hock Road di Kuching, malam semalam dilarang berucap atas alasan perhimpunan itu tidak mendapat permit daripada polis.

Menurut Bernama, Anwar yang tiba di kedai makan itu pada jam 7.30 malam dan kemudiannya dimaklumkan oleh Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Mun Kok Keong bahawa beliau tidak dibenarkan berceramah kerana tiada permit.

Mun bagaimanapun dikatakan membenar Anwar membuat ucapan ringkas dengan syarat ia dilakukan di dalam kedai makan itu dan tidak mengganggu lalu lintas.

Anwar dalam ucapannya turut memuji tindakan Mun kerana membenarkan beliau memberikan ucapan kepada kira-kira 100 penyokongnya.

Pilihan raya negeri Sarawak kali ke-10 akan diadakan pada 16 April.

Hari penamaan calon ditetapkan 6 April.

mKini

Nota: Itulah nasib pembangkang dalam demokrasi ala 1 Malaysia.

Apa salahnya membenarkan ketua pembangkang memberikan pandangan dalam premis persendirian?

Jika Bn mendakwa mengamalkan demokrasi tulen,sila benarkan ruang lain seperti siaran TV untuk selama 30 minit dalam setiap hari kepada pasukan pembangkang.

Jika Bn yakin sudah memperoleh keyakinan rakyat, benarkan saja pembangkang berucap dan berceramah dimana mana saja.

Dengan itu rakyat akan mendapat maklumat dan bisa membuat pilihan tanpa disogok dengan asakan media yang yang dikontrol oleh Bn.

Akhirnya DUN Sarawak Dibubarkan


Tempoh terakhir ialah pada Julai 2011

KUCHING: Akhirnya berita yang dinanti-nantikan telah tiba. Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengumumkan pada petang Sabtu bahawa Dewan Undangan Negeri akan dibubar Isnin ini bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan.

Kata Taib, beliau telah menyampaikan notis mengenai pembubaran itu kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng.

Dengan pengumum ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan memutuskan tarikh penamaan calon dan pengundian.

Taib berkata demikian dalam satu sidang akhbar bersama-sama Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Lapangan Antarabangsa Kuching di sini.

Pengumuman Taib itu menamatkan segala teka-teki mengenai tarikh pilihan raya negeri tersebut. Dewan Undangan Negeri Sarawak sedia ada akan tamat tempohnya pada 23 Julai ini.

Najib dan Muhyiddin yang berada di sini sejak semalam di bawah program turun padang pemimpin telah menghadiri pelbagai program bersama rakyat di negeri ini sepanjang hari ini.

%d bloggers like this: