Tag Archives: Kuala Terengganu

Silap Haribulan: “Tersamun” Puan Polis..Kantoi



kes ter over acting..hahaha

Peragut berputih mata samun Polis

KUALA TERENGGANU – Akibat tersilap memilih mangsa, seorang lelaki yang meragut seorang wanita di sini bakal berdepan tindakan undang-undang selepas ditangkap mangsanya yang merupakan anggota polis.

Dalam kejadian 5.30 petang semalam, mangsa yang juga seorang lans koperal di Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen di sini sedang menunggang motosikal di Bulatan Sultan Omar apabila tiba-tiba dihimpit seorang penunggang lelaki.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP K. Manoharan berkata, lelaki itu kemudian bertindak merentap rantai tangan emas mangsa serta beg tangannya sebelum memecut motosikal untuk melarikan diri.

“Bagaimanapun anggota polis terbabit bertindak mengejar suspek, menyebabkan lelaki itu menjadi kelam kabut dan terbabas di pembahagi jalan berhampiran stesen minyak berdekatan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Bernama

Cantiknya Erra Fazira Bertudung



ERRA (kanan) menurunkan tanda tangan sambil disaksikan Suhaimi (kiri) dan Pengurus Cawangan Desa Murni Batik Kuala Terengganu, Fatimah Fathiyyas Ismail pada perasmian di Jalan Kuala Berang, Kampung Pengadang Baru, semalam.

Erra dipusat batik MIFFA

Syarikat Bumiputera terbesar dalam industri pencetakan batik digital, Desa Murni Batik Sdn Bhd, cawangan Pengadang Baru di sini, sesak selepas orang ramai menyerbu untuk menyaksikan dengan lebih dekat dutanya, Erra Fazira, kelmarin.

Terbukti, kehadiran aktres tinggi lampai ke pusat jualan batik itu untuk merasmikan pembukaan galeri baru batik digital buatan Terengganu disambut meriah hampir 500 pengunjungnya.

Pengarah Urusannya, Suhaimi Embong, berkata pada tahun ini, pihaknya menyasarkan jualan sebanyak RM15 juta berbanding RM11 juta tahun lalu dan yakin sasaran itu mampu dicapai berdasarkan sambutan menggalakkan terhadap produk dihasilkan termasuk yang terbaru sempena pembukaan galeri baru.

“Pembukaan galeri batik dan tudung MIFFA pelbagai saiz bermula dari S hingga XL hasil rekaan 35 pereka anak tempatan diketuai seorang pereka dari Milan, Itali.

“Dengan tema 1Tudung 1Batik 1Rekaan, semua tudung ini dijual pada harga RM99 hingga RM399, manakala rekaan batik digital pula dijual pada harga RM230 hingga RM450 menggunakan fabrik berkualiti dari Itali dengan corak eksklusif,” katanya selepas pembukaan galeri baru dan pelancaran tudung MIFFA oleh Erra Fazira.

Selain itu, Suhaimi berkata, pihaknya juga merancang membuka sembilan lagi cawangan baru tahun ini dan ketika ini enam cawangan sudah dibuka termasuk empat di Kuala Terengganu dan satu di Kuala Lumpur dan Kota Bharu, Kelantan yang dibuka semalam.
Beliau berkata, pihaknya turut mengintai peluang untuk membuka cawangan di Singapura dan Brunei serta beberapa negeri lagi berikutan sambutan menggalakkan di kalangan peminat batik.

“Kita juga merancang menghasilkan pakaian mandi muslimah iaitu idea Duta Tudung dan Batik Desa Murni, Erra Fazira sendiri memandangkan ia mempunyai pasaran luas di Asia Tengah, selewat-lewatnya tahun ini,” katanya.

Sementara itu, Erra turut melahirkan rasa bangga kerana terpilih menjadi duta kepada pengeluar batik terulung di negara ini yang sudah bertapak sejak 1974.

faizul azlan

Boleh ke Tukar Nama Ashraf Kepada Aleesha?


Ashraf tukar jantina mahu nama Aleesha ,keputusan 18 Julai

KUALA LUMPUR, 26 Mei — Harapan menggunung seorang lelaki untuk menukar nama daripada Mohd Ashraf Hafiz Abd Aziz, 25, kepada Aleesha Farhana tertangguh lagi apabila Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu semalam menetapkan 18 Julai ini untuk keputusan.

Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa menetapkan tarikh itu bagi membolehkan beliau meneliti hujah dikemukakan peguam Ashraf selaku pempetisyen, Horley Isaacs dan Peguam Kanan Persekutuan, Adhha Abu Bakar yang mengendalikan kes berkenaan.

Ashraf, pemegang diploma dalam bidang perubatan daripada sebuah institusi pengajian tinggi tempatan lengkap berpakaian seperti wanita dengan berbaju kurung moden berwarna kuning air, berkerudung merah jambu serta berkasut tumit tinggi menarik perhatian ramai yang menyedari kehadirannya di mahkamah semalam.

Laporan Berita Harian hari ini menyebut, Ashraf yang menjalani pembedahan menukar jantina di Thailand antara 2008 hingga 2009 kerana mendakwa lebih cenderung kepada perwatakan wanita memfailkan petisyen memohon mahkamah membenarkannya menukar nama Ashraf kepada Aleesha Farhana, bagi memudahkannya menguruskan kehidupan seharian, selain mahu memasuki universiti melanjutkan pengajian dalam bidang sama.

Dalam prosiding akhir di mahkamah semalam, Horley dalam hujahnya berkata, anak guamnya disahkan pakar perubatan daripada Pusat Perubatan Pantai (PMC) dan Hospital Putrajaya layak menjalani pembedahan menukar jantina, menjalani rawatan hormon serta psikologi sebelum melakukan pembedahan di Thailand.

Malah katanya, kedua ibu bapa pempetisyen turut mengesahkan anak mereka memiliki alat sulit lelaki sejak lahir, tetapi ia tidak normal, bersaiz kecil, tidak aktif dan tidak berfungsi sebaiknya seperti rakan sebaya lain.

Ashraf juga disahkan ibunya lebih cenderung berperwatakan wanita sejak kecil dan membuat kenyataan bersumpah membenarkan anak lelakinya itu menjalani pembedahan.

Bagaimanapun, Addha dalam hujahan balasnya berkata, peguam pempetisyen gagal melampirkan laporan lengkap daripada doktor bahawa pembedahan dijalankan berjaya menjadikan Ashraf seperti wanita tulen termasuk mempunyai rahim dan tubuh kewanitaan dan fakta apabila perlakuan seksual berlaku antaranya sama ada dia boleh mengandung.

“Kita tidak ada perundangan yang membenarkan permohonan pempetisyen ini dan jika mahkamah membenarkan permohonan ini, ia akan memberi kesan jangka panjang kepada institusi masyarakat.

“Kita tidak tahu mungkin ramai di luar sana yang beratur untuk menukar nama dan jika keputusan mahkamah membenarkan permohonan ini ia boleh menyebabkan huru-hara dalam masyarakat,” katanya dipetik laporan itu.

Toyol Kena Cekup


Toyol kampung Losong Haji Su

KUALA TERENGGANU: Kehebatan seorang lelaki yang melakukan pencerobohan ala toyol apabila berbogel ketika memecah masuk rumah mangsa akhirnya tewas selepas dia ditahan sepasukan anggota polis, awal pagi, semalam.

Toyol dari Kampung Losong Haji Su, di sini, yang menjadi buruan polis selepas terbabit dalam beberapa kes pecah rumah di sekitar kampung berkenaan ditahan di hadapan surau Kampung Losong Haji Mohd kira-kira jam 6.20 pagi. Penahanan toyol berusia 20 tahun itu dilakukan Cif Inspektor Narizan Jusoh dan tiga anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu bersama enam anggota dari Balai Polis Chabang Tiga selepas menerima laporan seorang guru wanita berusia 31 tahun kelmarin. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Terengganu, Superintendan Mohd Zani Che Din, berkata mangsa menyedari rumahnya di Kampung Losong Haji Mohd diceroboh selepas terdengar seperti orang sedang menyelongkar barang dalam bilik tidurnya, jam 3.45 pagi.

Beliau berkata, terkejut melihat kelibat lelaki sedang menyelongkar beg tangannya, mangsa kemudian menjerit, menyebabkan suspek melarikan diri bersama beg tangan mangsa yang mengandungi kamera digital, kunci kereta, kunci rumah, kad kredit, buku akaun Tabung Haji dan wang tunai RM250 serta beberapa dokumen pengenalan diri.

%d bloggers like this: