Tag Archives: Komputer dan Internet

Lesen ‘SYABAS’ akan dirampas


Tabung Budi: Lesen Syabas dirampas sekiranya langgar perjanjian..MB Selangor

SHAH ALAM, 22 Nov – Kerajaan Selangor akan meminta kerajaan pusat menarik balik lesen konsesi yang diberikan kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) jika syarikat itu didapati mengutip balik kos 20 meter padu air yang disubsidi oleh kerajaan Selangor kepada rakyatnya menerusi Tabung Budi.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) berkata Syabas tidak berhak mengutip derma daripada mana-mana individu pengguna air yang mendapat subsidi daripada kerajaan negeri menerusi tabung yang dilancarkan syarikat itu.

“Jika benar ada individu yang mahu mendermakan subsidi yang diberikan, mereka hendaklah memulangkannya kepada kerajaan negeri dan bukannya kepada Syabas. Syabas tidak boleh menggunakan duit subsidi itu. Duit subsidi yang saya gunakan ini ialah duit negeri untuk rakyat.

“Saya akan berbincang perkara ini dengan Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor dan pihak kewangan negeri sebab dalam perjanjian penswastaan yang dibuat bersama Syabas, kerajaan negeri tidak menyatakan Syabas boleh jalankan usaha ini (mengutip balik kos 20 meter padu air).

“Kita mahu lesen Syabas dirampas jika didapati tidak menjalankan tugas seperti yang dijanjikan dalam perjanjian penswastaan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan dan Sambutan Hari Inovasi Pentadbiran Kerajaan Selangor di sini.

Tabung Budi dilancarkan Syabas pada 24 Ogos lepas melibatkan skim yang membolehkan pengguna air membayar balik kos 20 meter padu air bernilai RM11.40, yang disubsidi kerajaan negeri kepada rakyat Selangor setiap bulan, diserahkan kepada Syabas.

Wang kutipan itu nanti akan disalurkan kepada golongan kurang berkemampuan yang tidak menerima 20 meter padu air percuma bagi mendapatkan semula sambungan air bersih ekoran kegagalan mereka membayar bil.

Abdul Khalid berkata Syabas bukanlah sebuah badan yang ditugaskan untuk menjaga hal ehwal kebajikan rakyat.

“Tujuan Syabas bukanlah untuk jaga kebajikan. Adalah sesuatu yang ‘hypocrisy’ untuk katakan dia (Syabas) sekarang bertaubat menolong rakyat… itu bukan tujuannya.

“Saya akan mengutus surat kepada Syabas sama ada perkara ini melanggar tatacara perjanjian yang kerajaan negeri buat bersama Syabas pada  2004,” katanya.

Bernama

rm300,000.00 Lesap Di Internet Sebulan



BUKAN semua penjualan dalam talian merupakan penipuan tetapi jika pengguna tidak berhati-hati mereka menjadi mangsa. – Gambar hiasan

 


KUALA LUMPUR – Para pembeli pelbagai barangan secara dalam talian melalui Internet di negara ini mengalami kerugian di antara RM200,000 hingga RM300,000 setiap bulan gara-gara tertipu dengan sindiket perniagaan yang sebenarnya tidak wujud.

Presiden Persatuan Pembekal Kandungan Mudah Alih, Azli Paat yang mendedahkan perkara itu berkata, jumlah tersebut berdasarkan lima hingga 10 peratus daripada keseluruhan transaksi urus niaga yang dibuat menerusi pelbagai kaedah pembayaran seperti kad kredit, perbankan Internet atau bayaran secara bersemuka bernilai RM2.5 juta hingga RM3 juta setiap bulan.

Setiap hari, rakyat di negara ini berbelanja kira-kira RM100,000 untuk membeli pelbagai produk secara dalam talian di Internet.

Katanya, terdapat empat proses penting ketika pembelian dalam talian iaitu carian Internet, pengesahan atau perjanjian pembelian, penghantaran dan pembayaran.

“Malangnya penipuan sering berlaku apabila proses ini tidak diikuti. Kaedah yang salah ialah pembayaran dahulu baru penghantaran menyebabkan barang tidak sampai kepada pembeli,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Komputer Apple Pertama diLelong


Komputer Apple-1 yang dijual Steve Jobs dilelong



 

LONDON – Sebuah komputer Apple-1 yang dijual oleh pengasas syarikat Apple, Steve Jobs dari garaj ibu bapanya di California pada 1970-an kini dilelong pada harga pembukaan £150,000 (RM747, 785), lapor sebuah akhbar kelmarin.

Terdapat kira-kira 200 komputer asli Apple 1 buatan tangan yang dilancarkan pada 1976 dan dipercayai antara 30 hingga 50 buah komputer itu yang masih ada ketika ini.

Komputer Apple-1 dianggap sebagai komputer pertama di dunia dan ia akan dilelong oleh Rumah Lelongan Christie’s pada 23 November ini di London.

Komputer itu dianggap menjadi perintis keluaran syarikat Apple yang diketuai Jobs seperti komputer tablet iPad, iPod dan telefon pintar iPhone.

Pada 1976, komputer Apple-1 cuma dijual pada harga AS$666.666 (RM2,075.33).

Sebahagian komputer Apple-1 itu mempunyai hiasan kayu.

Komputer itu mempunyai memori yang kecil iaitu 8K, 524,000 kali kurang daripada komputer standard keluaran Apple kini.

Ia juga tidak mempunyai kapasiti untuk menyimpan sebuah lagu.

Komputer itu dicipta oleh rakan Jobs, Steve Wozniak.

Ia dijual pada harga AS$666.666 kerana Wozniak suka nombor yang sama.

Ketika itu, Wozniak menjadi jurutera komputer itu manakala Jobs menjadi ketua untuk menjualnya.

Ia akan dilelong bersama buku panduan, kaset dan surat yang ditandatangani oleh Jobs yang kini masih mengetuai syarikat Apple.


KOMPONEN-KOMPONEN komputer Apple-1, surat Steve Jobs, buku panduan dan kaset dilelong pada harga pembukaan RM747, 785.

 


 

Kaset yang menjelaskan penggunaan komputer itu dijual pada harga AS$75 (RM233.47).

Namun, komputer itu tidak mempunyai skrin atau papan pemuka seperti yang ada ketika ini.

Beberapa buah muzium dan pengumpul barang-barang antik gagal untuk mendapatkan komputer Apple-1 sebelum ini untuk disimpan.

Bagaimanapun, komputer itu merupakan satu pelaburan yang baik.

Komputer yang dilelong itu mengekalkan konsep asal kerana ia tidak dipasang dengan sepenuhnya.

Pengguna perlu memasangnya sendiri dengan menggunakan buku panduan dan tidak mengandungi monitor dan papan pemuka.

Jobs memberikan panduan kepada soalan pembeli mengenai monitor dan papan kunci yang terbaik untuk digunakan bersama komputer tersebut.

Seorang kakitangan Rumah Lelongan Christie’s, Julian Wilson berkata: “Ia (Apple-1) merupakan perintis penciptaan iPod, iPad dan iPhone. Komputer itu berkerja dari sebuah kotak yang merupakan konsep asal.”

Menurutnya, komputer itu seperti alat pengira berprestasi tinggi.

“Jobs menjual komputer ini dari garaj ibu bapanya dan terdapat peningkatan penghargaan terhadap sejarah komputer dan di sinilah bermulanya sejarah komputer,” kata Wilson.

agensi

50 Peluru Berpandu US Tidak Berfungsi


Rudal Minuteman:  kerosakan komputer bermakna Tentera Udara AS kehilangan kawalan selama 45 minit

Bahaya: Sebuah Minuteman nuklear-tipped peluru berpandu secara auto boleh lepas dari kemudahan pengkalan.

50 Peluru Berpandu Nuklear US Tidak Berfungsi

WASHINGTON – Satu kerosakan pada komputer telah menyebabkan talian untuk mengaktifkan 50 buah peluru berpandu balistik nuklear antara benua milik tentera Amerika Syarikat (AS) tertutup selama 45 minit pada Sabtu lalu, jelas seorang pegawai Jabatan Pertahanan AS (Pentagon).

Menurutnya, masalah itu berpunca daripada satu perkakasan komputer yang tidak berfungsi.

Pasukan Pemerintah Serangan Global Tentera Udara AS dikatakan memiliki 450 peluru berpandu nuklear di pangkalan-pangkalan tentera di Dakota Utara, Montana dan Wyoming.

Namun, wujud gangguan komunikasi yang menyebabkan tentera udara AS tidak dapat berkomunikasi dengan 50 buah peluru berpandu yang terletak di pangkalan tentera F.E. Warren Air di Wyoming.

Pada Selasa lalu, para penyiasat mendapati insiden sama pernah berlaku di lokasi-lokasi lain sejak lebih sedekad lalu.

“Nampaknya terdapat masalah mekanikal pada satu peralatan khusus. Sebaik sahaja ia berlaku, pemeriksaan keselamatan di setiap tapak peluru berpandu dibuat menerusi kamera video dan secara perseorangan.

“Tidak wujud sebarang kerosakan nyata pada sebarang peralatan. Kami tidak menemui sebarang tanda perbuatan khianat dan ia lebih bersifat mekanikal,” jelas pegawai tersebut.

Presiden AS, Barack Obama telah diberi talimat mengenai insiden itu pada Selasa lalu oleh Pengerusi Ketua-ketua Laksamana, Mike Mullen dan Setiausaha Pertahanan AS, Robert Gates.

afp.

Rais Siasat ..jangan tak siasat blogger


SKMM, polis selesai siasat 15 kes babitkan blog: Rais 

2010/10/22

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), serta polis sudah melengkapkan siasatan terhadap 15 kes yang membabitkan blog dan portal yang dikatakan menyiarkan fitnah dan tuduhan palsu, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata, laporan siasatan kesemua kes itu juga sudah dirujuk kepada Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

“Jadi kita nak menekankan bahawa kerja-kerja siasatan dan susulan, beres di peringkat polis dan SKMM,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Perhimpunan Agung UMNO 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

Rais berkata, kini terpulang kepada Peguam Negara untuk memutuskan sama ada hendak memulakan pendakwaan terhadap blog dan portal berkenaan.

Katanya, beliau turut bersetuju dan menyokong pandangan umum supaya penguatkuasaan undang-undang diperketatkan dan mereka yang bersalah dikenakan hukuman tegas.

Berhubung desakan perwakilan UMNO yang mahu kerajaan bertegas dengan golongan yang sengaja menyebarkan berita palsu dan menggugat keharmonian di kalangan rakyat menerusi internet, Dr Rais berkata jawatankuasa bersepadu antara Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Jabatan Peguam Negara, dan Kementerian Dalam Negeri bersetuju supaya tindakan tegas diambil dalam perkara itu.

“Memang alam maya ini bunyinya alam maya, tetapi undang-undang negara mesti dipatuhi,” katanya.
Beliau turut memaklumkan bahawa 140 pejabat penerangan daerah di seluruh negara sedang dinaik taraf dan dilengkapi dengan internet bagi kemudahan pengunjung setempat.

Katanya, bagi menggalakkan penghayatan gagasan 1Malaysia di kalangan rakyat, syarikat penerbitan drama khususnya televisyen digalakkan untuk menghasilkan drama bermutu bertemakan perpaduan kaum selain mengetengahkan drama dari Sabah dan Sarawak. – BERNAMA

Pena: Lebih baik selesaikan dulu laporan polis terhadap Rocky’s Bru

Eloklah dijelaskan sama ada kontrak 1 billion tu dah terbukti atau tidak.

Komputer Riba Paling Nipis


Komputer riba Apple paling nipis


GAMBAR menunjukkan satu model komputer MacBook Air.

 

CUPERTINO, California – Syarikat komputer Apple Inc. memperkenalkan dua komputer riba MacBook Air yang nipis kelmarin.

Salah satu komputer riba itu mempunyai skrin seluas 33.8 sentimeter (sm) manakala yang kedua mempunyai skrin 29.4sm.

Komputer MacBook yang lebih besar itu senipis 1.73 sentimeter dan seberat 1.3 kilogram (kg) manakala baterinya tahan selama tujuh jam.

Satu lagi model komputer riba itu seberat 2.2kg dan baterinya tahan selama lima jam.

Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Steve Jobs berkata semasa melancarkan: “Kami bertanya kepada diri sendiri, apa akan berlaku jika MacBook dan iPad digabungkan? Maka inilah hasilnya.”

iPad ialah komputer tablet keluaran Apple.

 

GAMBAR menunjukkan dua model komputer MacBook Air yang nipis di Cupertino, California kelmarin.

 

 


Komputer MacBook Air tidak boleh membaca cakera padat (CD) atau cakera padat digital (DVD).

Ia hanya menggunakan memori flash seperti iPhone.

Komputer Macbook Air dijual pada harga bermula AS$999 (RM3,103) dengan storan memori 64 gigabit.

Pada harga AS$1,199 (RM3,725) ia dilengkapi dengan memori 128 gigabit.

Komputer Macbook yang lebih besar ditawarkan pada harga AS$1,299 (RM4,035) dengan kapasiti 128 gigabit atau $1,599 (RM4,968) bersama storan 256 gigabit. –

agensi.

%d bloggers like this: