Tag Archives: Kolej Universiti Insaniah

KUIN: Student Tibai Ostad Azizan


MB Kedah dibidas cara tangani Isu KUIN 5

Sekumpulan mahasiswa membidas kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang bertegas mahu meneruskan  penggunaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) khususnya di Kolej Universiti Insaniah (KUIN) – institut pengajian di bawah kerajaan negeri.

kedah defection ceramah 220510 mb azizanMalah, Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN), Mohd Syahid Mohd Zaini menyifatkan Azizan(kanan) yang juga pesuruhjaya PAS Kedah itu sebagai ‘ego’ dalam menangani isu berkaitan mahasiswa, termasuk hukuman terhadap lima mahasiswa KUIN.

“Sepatutnya (Datuk Seri) Azizan selaku orang yang paling berkuasa di KUIN perlulah menggunakan budibicara dengan cara berbincang dan fahami isu dengan baik serta selesaikan masalah dengan bijaksana,” katanya Mohd Syahid.

MPMN adalah gabungan majlis perwakilan mahasiswa di institut pengajian tinggi awam dan swasta di negera ini.

Mohd Syahid mengulas kenyataan Azizan yang dilapor menegaskan AUKU tetap dikenakan terhadap mahasiswa KUIN yang melakukan kesalahan. Menurut Azizan, penggantungan lima mahasiwa KUIN tahun lalu dibuat mengikut peruntukan di bawah kesalahan AUKU dan pengurusan pusat pengajian tinggi itu membuat keputusan berdasarkan undang-undang sedia ada.

Pada Mei lalu, lima mahasiswa KUIN itu digantung pengajian kerana dituduh menyertai demonstrasi, memberikan ucapan di hadapan orang ramai menggunakan pembesar suara di sudut pidato dan mengadakan sidang akhbar berhubung bantahan pembukaan Sekolah Insan Bestari yang menggunakan bangunan tahfiz.

Bagaimanapun tempoh penggantungan bagi empat daripadanya telahpun tamat.

Dalam kenyataan medianya, Mohd Syahid berkata tindakan Azizan itu “sedikit sebanyak” menjejaskan imej Pakatan yang mulai diterima rakyat walaupun sebelum ini menjanjikan untuk memansuhkannya seperti yang janjikan dalam buku Jingga jika memerintah.

“Persoalannya adakah Kedah bukan sebahagian dari Pakatan Rakyat? Jika ya, maka Kedah perlulah mengisytiharkan bahawa Kedah juga bebas daripada AUKU seperti Selangor. Janganlah kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

“Saya yakin mahasiswa akan menolak Ustaz Azizan dalam PRU 13 ekoran kenyataannya yang tetap ingin melaksanakan AUKU di KUIN dan sedikit sebanyak akan menjejaskan imej Pakatan Rakyat yang mula diterima rakyat sekarang,” tegas Mohd Syahid.

Beliau juga menegaskan bahawa mahasiswa mahu parti politik konsisten dengan menunaikan janji mereka memansuhkan akta berkenaan kerana “rakyat sentiasa menilai setiap tawaran yang diberikan”.

“Saya juga yakin lima mahasiswa KUIN tersebut tiada masalah untuk berbincang dengan baik berkaitan isu tersebut jika MB Kedah membuka ruang perbincangan.

“Mahasiswa insan yang terdidik. Saya yakin tidak akan berlakunya sebarang protes dan demonstrasi oleh mahasiswa terhadap Ustaz Azizan jika ianya bermula dengan pintu perbincangan yang baik.

“Silalah layan mahasiswa seperti anak bukannya musuh,” kata Mohd Syahid yang juga presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya.

Sementara itu, Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional, Mohd Taufik Abdul secara peribadi kesal dengan kenyataan Azizan yang dilapor enggan memohon maaf kepada lima mahasiswa itu dan sanggup ke mahkamah untuk membukti kebenaran.

“Hal ini kerana, saya masih memikirkan kemungkinan masih ada ruang rundingan atau sebagainya dalam menyelesaikan kes ini.

“Memandangkan dalam situasi sekarang, banyak pihak yang sedang mendesak agar segala macam bentuk akta yang dilihat sebagai zalim dan menindas rakyat seperti AUKU dan ISA dikaji semula dan dimansuhkan, masih ada pihak seperti KUIN yang ingin melaksanakannya,” katanya.

Mohd Taufik juga menyifatkan tindakan terhadap mahasiswa itu dilihat lebih drastik berbanding dengan mana-mana mahasiswa yang dikenakan tindakan di institut pengajian tinggi awam.

Manakala kumpulan Lawyers For Liberty (LFL) mengecam tindakan Azizan yang mempertahankan penggunaan akta tersebut terhadap lima pelajar berkenaan kerana ia jelas melanggar artikel 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan bersuara dan berhimpun.

“(Ia juga) bercanggah dengan agenda reformasi Pakatan Rakyat yang mana menjanji untuk memansuhkan semua undang-undang yang menekan termasuk AUKU,” kata kumpulan itu dalam satu kenyataan.

Sehuhungan itu, mereka menuntut supaya Azizan segera menggugurkan hukuman terhadap pelajar tersebut dan menangguhkan penggunaan akta berkenaan sebagai cerminan keseriusan komitmen kerajaan negeri terhadap polisi Pakatan rakyat.

mKini

Nota: Sekadar untuk renungan..Komen Nur Hadi Mohamad

Bukan ke KUIN tu adalah sebuah IPT yg berdaftar di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KERAJAAN PUSAT).

Jadi kesemua sijil / diploma / sarjana muda / sarjana yg dikeluarkan oleh KUIN diiktiraf oleh Malaysian Qualified Agency (MQA) yg juga di bawah KERAJAAN PUSAT.

5 pelajar yg digantung itu dikenakan hukuman yg telah ditetapkan dalam AUKU yg juga dicipta oleh Kerajaan Pusat.

Seandainya Kerajaan Negeri Kedah dan pihak pengurusan KUIN sewenang-wenangnya mengetepikan dan menolak AUKU yg telah termaktub dalam undang2 di Malaysia, pelajar-pelajar KUIN bersedia tak untuk KERAJAAN PUSAT menarik semua MQA yg telah dikeluarkan utk semua sijil2 mereka?

Bila Pakatan Rakyat berjanji untuk memansuhkan AUKU ni?
SETELAH Pakatan Rakyat memerintah MALAYSIA. Bukan sekarang yg baru menang berapa negeri je. Boleh ke nak buat MQA sendiri?
Susah la kalau belajar tinggi2 jadi mahasiswa tapi tak boleh fikir secara rasional.

Saya pernah dgr ucapan Ustaz Azizan dalam temuramah. Beliau tegas untuk semua pihak MENGIKUT SALURAN YANG BETUL dalam mengatasi masalah ini. Malah beliau secara bijak sebenarnya telah memberi CLUE kepasa pelajar2 yg digantung ini untuk MEMBUAT RAYUAN. Takkan la Ustaz Azizan nak ckp terang2, “Korang buat rayuan, nanti aku bagi lepas la…” Persoalannya, rayuan tu dibuat ke tak?

Pelajar Tahfiz KUIN Pulak Berdemo


PELAJAR Kuliyyah al-Quran Insaniah mengadakan demonstrasi membantah penempatan Sekolah Insan Bestari di bangunan Maahad Tahfiz di Alor Setar semalam.


Warga Tahfiz Kuin berdemonstrasi

ALOR SETAR – Kira-kira 200 tenaga pengajar dan pelajar tahfiz Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di sini mengadakan demonstrasi bagi membantah tindakan pengurusan kolej menjadikan bangunan Maahad Tahfiznya sebagai Sekolah Insan Bestari (SIB).

Dalam demonstrasi di pekarangan Kolej Kediaman Ar-Raziy itu, warga tahfiz Kuliyyah al-Quran membawa kain rentang dan sepanduk yang menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap keputusan Kuin menempatkan SIB di bangunan mereka.

Timbalan Dekan Kuliyyah al-Quran, Mohammad Idrus Ismail, 50, berkata, demonstrasi itu diadakan bagi meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pengurusan Kuin terutama Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak selaku Pengerusi Kuin.

“Suara ini ditujukan khas buat Menteri Besar sebagai Pengerusi Kuin kerana kami sudah tidak ada lagi kepercayaan kepada pengurusan Kuin,” katanya.

Dalam demonstrasi secara aman itu, pelajar-pelajar melaungkan kata-kata semangat sambil membawa kain rentang dan sepanduk yang menyuarakan rasa tidak puas hati dengan keputusan Kuin menempatkan SIB di bangunan mereka.

Mohammad Idrus meminta Menteri Besar meneliti perkara itu kerana bangunan Maahad Tahfiz sebenarnya telah digazetkan untuk kegunaan pelajar tahfiz, bukannya dikongsi dengan SIB.

“Saya terkilan kerana dengan kewujudan Sekolah Insan Bestari ini, pelajar tahfiz terpaksa keluar mencari rumah sewa kerana bilik asrama tidak cukup,” jelasnya.

Sementara itu, wakil pelajar, Ahmad Remy Md. Raof, 25, memberitahu, ada khabar angin mengatakan pelajar tahfiz akan dipindahkan ke tempat lain bagi memberi laluan kepada SIB.

“Sebagai pelajar, kami tidak puas hati kerana kita seperti dipinggirkan dan di sini kami tinggal di asrama di tingkat atas manakala bahagian bawah dan kelas pengajian diambil alih Sekolah Insan Bestari.

“Dulu tidak ada masalah, sekarang timbul pula isu nak rampas bangunan ini dan ada ura-ura kata semester depan tidak boleh masuk dah bangunan ini,” katanya sambil memberitahu kelas pengajian pelajar tahfiz kini adalah di Mergong.

Justeru, Ahmad Remy berharap, memorandum bantahan yang akan diserahkan kepada Menteri Besar dalam minggu ini juga akan memberi sinar baru kepada pelajar tahfiz untuk belajar dalam suasana lebih selesa.

“Kami mahukan kemudahan dan ruang belajar yang selesa di mana bangunan Maahad Tahfiz ini sesuai di sini kerana terletak bersebelahan masjid kerana banyak aktiviti boleh dilakukan di sana,” tambahnya.

Norlida Ahmad

3,000 Student Kolej Universiti Insaniah Berdemo



PELAJAR Kuin mengadakan demonstrasi secara aman di kolej itu di Alor Setar semalam.

3,000 pelajar KUIN berdemo

ALOR SETAR – Kira-kira 3,000 pelajar Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di sini mengadakan demonstrasi di dewan utama kolej semalam selepas tidak berpuas hati dengan pihak pentadbiran yang didakwa mengabaikan keselesaan dan kebajikan mereka.

Demonstrasi sempena majlis Himpunan Mega Mahasiswa itu diketuai oleh Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) Kuin, Mohd. Faiz Arshad.

Pada demonstrasi aman itu, pelajar melaungkan ‘hidup mahasiswa, hancur kezaliman’ sambil memegang sepanduk ‘kami sayang insaniah, insaniah sayang kami?’ selain sepanduk yang menunjukkan gambar mi segera dengan perkataan ‘ini saja yang mampu kami jamah’.

Sebanyak 28 masalah diutarakan seperti kenaikan yuran pengajian, kemudahan pembelajaran tidak mencukupi, tandas kotor dan rosak, terpaksa belajar di dewan kerana kekurangan kelas dan perkhidmatan pengangkutan tidak memuaskan.

ksm

Rektor KUIN beri jaminan akan selesai masalah

Rektor Kolej Universiti Insaniah (Kuin), Profesor Datuk Dr Jamil Osman memberi jaminan akan memberi perhatian terhadap tuntutan pelajar dan mengambil tindakan segera menyelesaikan isu-isu yang dibangkitkan pada Perhimpunan Mega Mahasiswa.

Beliau berkata segala aduan berkaitan penginapan asrama, pengangkutan, yuran pengajian dan sebagainya akan diperincikan bagi memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

“Sebahagian sudah selesai, sebahagian pula dalam perancangan. Isu tidak cukup kelas akan selesai dalam masa terdekat apabila bangunan baru siap kelak. Buat masa ini mereka gunakan dewan sebagai kelas kerana tidak dapat menampung jumlah pelajar yang ramai,” katanya.

Menurutnya, pada Mac ini, Kuin bercadang menyewa bangunan 18 tingkat di Ampang Jajar yang boleh menampung 1,800 pelajar pada satu masa sebagai kelas kuliah untuk mengurangkan kepadatan dalam kampus.

“Kuin menawarkan program pengajian Islam terbesar berbanding universiti lain di Malaysia, menyebabkannya menjadi pilihan pelajar. Dianggarkan hampir 2,500 pelajar baru mendaftar bagi setiap semester, itu yang menyebabkan sesak manakala kemudahan asas tidak cukup,” katanya.

Dr Jamil berkata, Kuin akan menambah segala kekurangan kemudahan pembelajaran yang dibangkitkan pelajar dalam masa terdekat.

“Saya bukan pemimpin politik. Saya akan buat apa yang saya cakapkan. Apa yang saya janji akan ditunaikan, jika ada masalah, saya sendiri akan turun padang,” katanya.

Menurutnya, Kuin juga akan membeli dua bas baru untuk mengangkut pelajar dari asrama ke kampus bagi mengurangkan kepadatan pelajar.

“Saya juga difahamkan tiga kursus asasi Kuin sudah mendapat pengiktirafan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan pelajar kini boleh memohon pinjaman,” katanya.

Dr Jamil berkata, Kerajaan Negeri juga akan menyalurkan peruntukan membangunkan fakulti perubatan yang akan menggunakan lapan tenaga pengajar, selain pembinaan makmal perubatan yang kini di peringkat akhir.

Menurutnya, perkara lain yang belum diputuskan akan dibincangkan kemudian oleh pihak pengurusan.

“Isu lain yang turut dibangkitkan dalam deklarasi MPM akan kami beri perhatian,” katanya.

srn

Mahfuz Letak Jawatan,BDB Pulak Gelabah?


Isu YB datuk Mahfuz Omar meletak jawatan dari Pengerusi Kedah Sato telah memberikan impak khas kepada beberapa orang kuat MB setakat ini.Nampaknya semakin ramai dari pihak MB semakin resah atau mungkin sudah beberapa malam yang lalu tidak dapat tidur.

Kedah Sato yang merupakan anak syarikat kepada BDB (Binaan Darul Aman Berhad) sebuah syarikat perbadanan kaitan Kerajaan Negeri Kedah @ GLC kini tidak lagi diterajui oleh manusia yang takut kepada Allah azza wajalla,setelah Mahfuz meletakkan jawatannya di syarikat itu.

Malam ini beberapa ‘orang kuat BDB’ termasuk MB akan mengadakan perbincangan yang dipercayai cuba untuk memujuk Mahfuz kembali memegang jawatan beliau.

Apa pun setakat ini jika kita melihat pada beberapa tindakan Mahfuz beliau tidak akan ‘turn back’.Ini dibuktikan apabila beliau sanggup masuk penjara selama 1 bulan bersama YB Salahuddin Ayob sebelum ini kerana mempertahankan prinsip dan kebenaran.Kita melihat Mahfuz bukanlah seseorang yang boleh disogok dengan duit dan mata benda dunia.

Syabas Mahfuz! MB lembab dah 10 hari perkara ini berlaku beliau tak tau apa,saya percaya anda tidak akan merubah keputusan demi menyelamatkan Pas Kedah. Bravo my brader!

Malaysiakini melaporkan…

Satu perbincangan dijangka diadakan dengan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak malam ini berhubung isu peletakan jawatan pengerusi Kedah Sato Sdn Bhd, Datuk Mahfuz Omar ekoran pemberian tender yang didakwa tidak mengikut peraturan.

Ahli lembaga pengarah eksekutif bebas Bina Darulaman Berhad (BDB) Senator Ir. Zamri Yusuf berkata perbincangan itu melibatkan beberapa pegawai dilantik dibawah pentadbiran kerajaan negeri bagi menyelesaikan masalah berkaitan anak syarikat. BDB merupakan syarikat induk kepada Kedah Sato.

“Mungkin mereka akan meneliti dan menyemak semula surat peletakan jawatan Datuk Mahfuz bersama menteri besar untuk menyelesaikan isu berkenaan,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini, hari ini.

Menurutnya, perbincangan itu hanya melibatkan pegawai dan menteri besar sahaja tanpa kehadiran Mahfuz, yang juga merupakan ahli parlimen Pokok Sena.

Mengulas lanjut, Zamri tidak menolak berlaku berlaku salah faham mengenai maklumat berhubung pemberian tender oleh Kedah Sato kepada IJM Berhad.

Menurutnya, tender itu adalah untuk pembinaan Kolej Universiti Insaniah berjumlah kira-kira RM180 juta.

“Rugi kalau kita kehilangan orang seperti beliau (Mahfuz) – seorang yang berprinsip,” katanya.

“Saya berharap pihak pengurusan peringkat tertinggi dan kumpulan berbincang bersama Mahfuz bagi menyelesaikan isu tersebut.

Semalam, Mahfuz yang juga naib presiden PAS, mengesahkan telah meletak jawatan tetapi enggan mengulas sebab-sebab beliau berbuat demikian.

Bagaimanapun, sejak kelmarin, tersebar berita di internet bahawa ia berkaitan dengan pemberian tender oleh syarikat itu yang didakwa tidak mengikut peraturan.

Difahamkan Mahfuz meletak jawatan kerana tidak bersetuju dengan penganugerahan projek kepada pihak yang tidak mengambil bahagian dalam tender.

%d bloggers like this: