Tag Archives: Khir Toyo

Datuk Shamsulbahrin Ismail Adik Suami Shahrizat Ke ??


Ada beberapa orang kampung yang minat dengan projek lembu kerajaan bertanya…

1. Bolehkah taukeh lembu dari kalangan rakyat biasa dapat pinjaman seperti suami shahrizat itu ?

2. Siapakah gerangan  Datuk Shamsulbahrin Ismail yang kononya seperti laporan media sebelum ini ada kaitan atau pertalian dengan  keluarga Menteri yang kalah pada PRU12 lalu tapi boleh jadi menteri jugak. lepas tu pulak dia kata dia punya suami yang punya projek lembu NFC yang senang saja dapat pinjaman kerajaan sebanyak RM250 juta.

Kemusykilan ini timbul kerana BIN mereka berdua adalah SAMA iaitu ISMAIL? Datuk Shamsulbahrin Ismail dan Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail.

Tambah kompius lagi MUKA mereka berdua pun hampir SAMA atau ada iras.

Kepada sesiapa yang mempunyai maklumat yang tepat ,rasanya bolehlah menjelaskan persoalan ini.

Jom kita perhatikan sekejap wajah yang diambil dari media .. The Star dan TMI

Gambar Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail.

Gambar Datuk Shamsulbahrin Ismail.

Inti kes ini ialah 

NFC mencetuskan kontroversi apabila Laporan Ketua Audit Negara pada Oktober mendedahkan syarikat tersebut tidak terurus dan gagal membekalkan daging lembu seperti disasarkan.

Syarikat tersebut menerima pinjaman sebanyak RM250 juta daripada kerajaan untuk membangunkan industri penternakan lembu berskala besar dalam tempoh jangka masa panjang bagi memastikan bekalan daging di negara ini mencukupi.

Bekas penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Robert Phang hari ini menasihatkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin supaya mencontohi tindakannya dan meletak jawatan apabila berdepan dengan tuduhan rasuah.

Contohi tindakan saya, kata Phang kepada Shahrizat dan Awang Adek

NONE“Ketika saya berada dalam lembaga penasihat SPRM, saya telah
membangkitkan banyak penyelewengan terhadap bekas menteri besar Selangor, Datuk Dr Khir Toyo dan bekas pengerusi MAS, Tan Sri Tajudin Ramli, kemudian seorang penulis blog menuduh saya beri rasuah untuk kontrak kerajaan.

“Saya menawarkan diri untuk meletakkan jawatan daripada lembaga penasihat itu kerana SPRM perlu menjalankan siasatan.

“Saya tidak boleh berada dalam lembaga itu, atau orang akan kata saya cuba mempengaruhi siasatan,” katanya.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di ibunegara hari ini, Phang berkata begitu juga yang sepatutnya dilakukan oleh Shahrizat dan Awang Adek, dengan meletak jawatan.

Katanya, kedua-dua mereka perlu berada di luar kerajaan sehingga dibersihkan daripada tuduhan tersebut, kerana kehadiran mereka boleh menjejaskan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak…mKini

Datuk ‘NFC’ Atau Datuk ‘Kambing Hitam’ ?


‘Datuk NFC’ hanya dijadikan kambing hitam – Rafizi

Adakah ‘Datuk NFC’ bakal di kambing hitamkan ?

Tindakan polis menahan seorang datuk berhubung siasatan skandal National Feedlot Corporation (NFC), hanya untuk dijadikan kambing hitam dalam kes berkenaan.

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, ini kerana berdasarkan rekod pendedahan beliau bersama pimpinan KEADILAN mendapati tiada individu seperti yang dimaksudkan.

“Apa yang kita dedah sebenarnya ia berkait penglibatan keluarga Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

“Kita melihat kewujudan secara tiba-tiba Datuk berusia 45 tahun ini hanyalah kambing hitam pentadbiran Datuk Seri Najib Razak untuk mengalih isu sebenar menjelang Pilihan Raya Umum (PRU),” katanya dihubungi Keadilandaily.com hari ini.

Menurutnya, dua isu utama yang didedah sebelum ini sudah cukup untuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat skandal itu

Pertama, katanya, pemalsuan dokumen yang diguna NFC sebagai taktik untuk mengeluarkan dana sebanyak RM250 juta.

Kedua, pengeluaran sebanyak RM80,000 setiap bulan dari dana itu untuk pakej pelancongan yang ditawarkan syarikat Impian Global Network Services (IGNS), sejak Januari hingga Julai 2010.

“Dua pendedahan ini sudah cukup untuk SPRM siasat tetapi mereka tidak berbuat demikian,” kata Rafizi.

Beliau turut mengaitkan keputusan mahkamah menjatuhkan hukuman penjara ke atas bekas menteri besar Selangor, Dr Khir Toyo atas tuduhan rasuah, juga sebagai satu lagi usaha mengaburi mata rakyat menjelang PRU akan datang.

“Kalau mengikut skrip biasa Umno, mereka yang disiasat ini akan disabit bersalah namun kes akan digugur atau mereka dilepaskan selepas PRU.

“Sebab itu, saya merayu dan mengajak rakyat, jika enggan kes seumpama ini berulang, ayuh, bulatkan tekad dan kukuhkan sesungguhnya dalam hati untuk mengundi setiap calon Pakatan Rakyat pada PRU kali ini,” katanya.

Hari ini, portal media melaporkan usahawan berpangkat datuk dan dipercayai memiliki beberapa syarikat, ditahan polis kerana pembabitannya dengan NFC. Lelaki itu ditahan ketika berada di jabatan itu pada Rabu kononnya kerana cubaan untuk menyogok pegawai polis.

Sementara itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut menyerbu pejabat NFC di Shah Alam dan merampas beberapa dokumen berkaitan.

Pada masa sama, Mahkamah Tinggi Shah Alam pula menjatuhkan hukuman penjara selama setahun ke atas Khir Toyo atas tuduhan rasuah.

Bagaimanapun, ia bukan keputusan muktamad kerana Khir masih mampu melepaskan dirinya daripada tuduhan itu, sekiranya beliau dibebaskan diperingkat Mahkamah Rayuan kelak.

oleh masdar wahid

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=24803

Kes ‘Sembelih Khir Toyo’ Noh Omar Buat Dono pulak


Abdul Rahim Sabri
Sep 15, 11

Konspirasi tumbangkan Dr Khir: Noh ‘tak tahu menahu’

Menteri Pertananian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar “tidak tahu menahu” mengenai dakwaan bekas menteri besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo bahawa tiga menteri persekutuan dalam kabinet sedang berkonspirasi bagi mengenakannya.

“Saya tidak tahu. Saya tidak ada komen. Awak kena tanya dia (Dr Khir),” kata Noh ketika ditemui pemberita sewaktu sambutan Aidilfitri anjuran kementeriannya di Serdang.

Diasak pemberita mengapa Dr Khir menimbulkan perkara ini di dalam blognya, Noh yang juga ahli parlimen Tanjung Karang, sambil tersenyum, berkata:

“Saya tidak tahu, awak pergi tanya dia. Kena pergi tanya dia. Saya tidak tahu”.

Dalam blognya 23 Ogos lalu, Dr Khir menulis ada menteri persekutuan yang sedang berkonspirasi agar beliau dikenakan hukuman penjara atas tuduhan rasuah supaya membolehkan Selangor dapat dirampas semula oleh BN dalam pilihan raya akan datang.

Bagaimanapun Dr Khir tidak mendedahkan nama menteri-menteri berkenaan walaupun yakin sumbernya sangat boleh dipercayai.

“Dalam bulan yang mulia ini juga saya ingin mengingatkan tiga orang sahabat yang menjadi menteri dalam kabinet sekarang agar jangan keterlaluan untuk mengenakan saya,” tulisnya.

Noh adalah menteri kabinet mewakili Umno yang tunggal dari Selangor dan beliau juga adalah timbalan ketua badan perhubungan Umno Selangor .

Dakwaan konspirasi oleh Dr Khir timbul apabila bekas menteri besar itu diarah membela dirinya pada perbicaraan kes rasuah pemilikan dua lot tanah termasuk sebuah banglo, yang dijadualkan bermula pada 26 September depan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Beliau dipersalahkan berikutan kekalahan BN di Selangor pada pilihan raya umum 2008 selepas memerintah negeri itu daripada 2000 hingga 2008.

Berikutan keputusan yang memalukan itu, Khir berundur diri. Jawatannya sebagai pengerusi perhubungan negeri Selangor diambil alih oleh Najib selaku presiden parti Umno.

Najib kemudian melantik Datuk Noh Omar – seteru politik Dr Khir – sebagai timbalannya dan dilihat sebagai calon menteri besar baru jika BN mampu menang pada pilihan raya negeri akan datang.

Pada 8 Ogos lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan bekas menteri besar itu membela dirinya berhubung kes rasuah pemilikan dua lot tanah termasuk sebuah banglo di Seksyen 7 di Shah Alam, empat tahun lalu.

Dr Khir didakwa mendapatkan untuk diri dan isterinya Datin Seri Zahrah Kechik, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah di No 8&10, Jalan Suasa 7/1L di Shah Alam dengan harga RM3.5 juta, sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Dis 2004 pada harga RM6.5 juta.

mKini

Siapa 3 Stoogers UMporNO Nak ‘Sembelih’ Khir Toyo?


Agak agak hangpa siapa 3 Menteri yang nak pelungkup Khir Toyo tu?

Pastinya menteri itu ada cukup power punya untuk ‘tendang’ Khor Toyo dalam penjara..hahaha

Dulu Khir Toyo duk juak sangat kot kat depa 3 ekoq tu, maalomlah ‘anak emas’ mamak mahathir laa katakan..hahaha

Any way khir duk rasa dah kali ni  memang tengkuk dia tak selamat..relax laa bro , hang baru nak cakap pasal keadilan dan ketelusan mahkamah..silakan hahaha..pak angkat hang tak boleh kawtim ke? …hahaha

Lain parti dari UMporNO kalu cakap pasal keadilan dan ketelusan emmmm umpama dia… hangpa sendiri pun tau laa kan.

Khir Toyo: Tiga menteri mahu saya dipenjarakan

Bekas menteri besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo mendakwa tiga menteri persekutuan dalam jemaah menteri sekarang sedang berkonspirasi bagi beliau dikenakan hukuman penjara atas tuduhan rasuah.

Dalam blognya hari ini, Dr Khir yang menulis mengenai ‘memohon ampun dan maaf’ sempena semangat Ramadan, berkata beliau tidak akan mendedahkan nama menteri-menteri berkenaan kerana tidak mendapat bukti yang sahih.

Namun katanya, beberapa sumbernya sangat boleh dipercayai.

“Dalam bulan yang mulia ini juga saya ingin mengingatkan tiga orang sahabat yang menjadi menteri dalam kabinet sekarang agar jangan keterlaluan untuk mengenakan saya,” tulisnya.

Dr Khir baru-baru ini diarah membela diri berhubung kes rasuah pemilikan dua lot tanah termasuk sebuah banglo di Seksyen 7 di Shah Alam, empat tahun lalu.

Katanya, konspirasi itu tersebar apabila seorang daripada menteri itu dilaporkan berkata kepada dua rakannya bahawa BN mampu merampas semula Selangor daripada Pakatan Rakyat jika dirinya didakwa.

Seorang menteri dilaporkan berkata kepada dua orang menteri lain bahawa jika mahu mendapat kembali Selangor maka Khir Toyo perlu didakwa. Sekarang menteri yang sama berkata jika mahu menang Selangor Khir Toyo perlu dipenjarakan.

 

Kebodohan pemimpin

“Apakah mereka ini begitu besar boleh menguasai hakim perbicaraan? Saya tidak mahu percaya mereka berupaya mengarahkan hakim atau hakim akan mendengar arahan kumpulan ini,” tulis Dr Khir sambil menambah beliau masih percaya dengan kebebasan dan integeriti institusi kehakiman.

NONEBeliau juga mengingatkan ketiga-tiga menteri berkenaan, agar menumpukan kerja mereka membantu Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak meningkatkan kualiti perkhidmatan kerajaan terutama membabitkan potfolio masing-masing.

“Kenyataan bahawa jika Khir Toyo dipenjarakan maka BN akan dapat kembali Selangor hanya menunjukkan kecetekan pemikiran pemimpin tersebut yang tidak memahami keseluruhan isu rakyat di Selangor.

“Lebih daripada itu, ia menunjukkan kebodohan pemimpin ini seolah-olah majoriti rakyat Selangor tidak cerdik dan tidak boleh menilai fakta-fakta kes di mahkamah.

“Apakah pada hemat beliau rakyat Selangor secara majoritinya dungu, bebal dan bengap yang akan mengikut skrip sandiwara beliau?” soalnya lagi.

Menurut Dr Khir, majoriti rakyat terutamanya di Selangor mahu melihat keadilan undang-undang ditegakkan tidak kira ia di pihak Umno mahu pun di pihak parti-parti lain.

Dakwaan konspirasi oleh Dr Khir timbul apabila bekas menteri besar itu diarah membela dirinya pada perbicaraan yang dijadualkan bermula pada 26 September depan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Beliau dipersalahkan berikutan kekalahan BN di Selangor pada pilihan raya umum 2008 selepas memerintah negeri itu daripada 2000 hingga 2008.

Berikutan keputusan yang memalukan itu, Khir berundur diri. Jawatannya sebagai pengerusi perhubungan negeri Selangor diambil alih oleh Najib selaku presiden parti Umno.

Najib kemudian melantik Datuk Noh Omar, seteru Dr Khir sebagai timbalannya dan dilihat sebagai calon menteri besar baru jika BN mampu menang pada pilihan raya negeri akan datang.

Menurut spekulasi Dr Khir yang juga ADUN Sungai Panjang tidak akan bertanding pada pilihan raya akan datang.

mKini

Khir Toyo Suruh Saya Berbohong: Shamsudin


BEKAS Menteri Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo bersama peguamnya Kamarul Hisham Kamaruddin (kanan) keluar dari Mahkamah Tinggi Shah Alam, hari ini ketika waktu rehat jam 1 tengah hari. Perbicaraan kes rasuah Dr Mohamad Khir disambung semula jam 2.30 petang ini. – Foto Nik Hariff Hassan

Pengarah Ditamas: Khir Toyo minta saya berbohong kepada SPRM

Saksi utama kes rasuah Dr Mohd Khir Toyo hari ini mendakwa bekas menteri Besar itu telah menggesa beliau agar berbohong kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan tidak melibatkannya.

Dalam keterangannya, Pengarah Ditamas Sdn Bhd Shamsuddin Hayroni berkata Dr Khir  ada meminta agar tidak melibatkan beliau ketika memberikan keterangan kepada SPRM dua tahun lalu.

“Banyak kali, saya dijanjikan bahawa kes ini akan diselesaikan dan beliau (Dr Khir) dan saya tidak akan didakwa,” kata Shamsuddin di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini.

“Apabila saya pergi ke SPRM, saya percaya saya cuma (jadi) seorang saksi… apabila SPRM datang dengan kertas tuduhan di mahkamah, Datuk Seri Khir Toyo memberitahu saya ‘jangan risau Shamsuddin. Kita boleh selesaikan ini’,” kata beliau.

Shamsuddin dalam suara tersekat-sekat memberitahu, dia tidak mahu mengaibkan sesiapa sebelum Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki mencelah dan memberitahu bahawa “ini bukan forum untuk memberi ucapan.”

“Saya dituduh dan saya tidak tahu mengapa saya didakwa,” kata ahli perniagaan berusia 55 tahun itu.

Apabila Shamsuddin yang berpakaian hitam berkata, dia digesa oleh Dr Khir agar tidak mengaitkan beliau, bekas menteri besar itu menggeleng kepala sebagai tanda tidak bersetuju dengan keterangannya.

Semalam, Shamsuddin yang berkata dia telah diminta memaklumkan SPRM pada 2009 bahawa dia menjual rumah agamnya dan dua bidang tanah di Seksyen 7 di sini untuk menampung kerugian dialami, hari ini berkata itu tidak benar.

Ahli perniagaan itu berkata dia memaklumkan SPRM bahawa dia telah melantik seorang artis landskap Nasir Ismail untuk mengubah suai rumahnya, tetapi semalam menekankan bahawa individu itu sebenarnya dilantik oleh Dr Khir.

Kata Shamsuddin, dia tidak memberitahu SPRM bahawa dia menjual hartanahnya kepada seorang, yang menerajui negeri paling kaya selama lapan tahun, di bawah harga pasaran.

Peguam Dr Khir, Kamarul Hisham Kamaruddin berkata, “adakah anda bersetuju bahawa anda telah memberi satu kenyataan palsu (kepada SPRM pada 2009) yang merupakan satu kesalahan jenayah di bawah Akta SPRM?”

“Kenyataan ini adalah kerana tekanan daripada Datuk Seri Khir Toyo,” jawab Shamsuddin, sambil menambah SPRM tidak memaksanya memberikan kenyataan palsu.

tmi

Bongkar: Ini Punca Umno Nak Tawan Selangor


Kerugian Yayasan Selangor dari sikap sambil lewa Umno

Yayasan Selangor mengalami kerugian dari tahun 1993 hingga 2008 kerana beberapa projek diuruskan tanpa kebertanggungjawaban oleh kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) pada waktu itu.

Demikian pendedahan dibuat Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Selangor, Zuraida Kamaruddin dalam sidang media di Ibu Pejabat Keadilan, di sini hari ini.

“Ketirisan aset Selangor selama 1993 hingga 2008, kita dapat lihat ada beberapa projek di bawah pentadbiran Khir Toyo yang tidak ada kebertanggungjawaban, tidak ada komitmen bagi memastikan ia dilaksanakan dan dapat dijadikan tabung kepada Selangor untuk membantu rakyat miskin.

“Kita lihat semasa Umno memerintah, Yayasan Selangor dijadikan ‘poket’ untuk Umno BN,”  kata Zuraida.

Kata beliau, lebih kurang 15 projek didedahkan berlaku ketirisan dalam aset Selangor semenjak 1993 hingga 2008.

“Ketirisan aset Selangor selama 1993 hingga 2008, kita dapat lihat ada beberapa projek di bawah pentadbiran Khir Toyo yang tidak ada kebertanggungjawaban, tidak ada komitmen bagi memastikan semua projek-projek dilaksanakan dapat dijadikan tabung kepada Selangor untuk membantu rakyat miskin.

“Contohnya, pembangunan tanah di Jalan Lapangan Terbang Subang seluas 31.8 ekar. Kontrak ini diberikan kepada Puncak Dana Sdn Bhd, anggarannya RM987 juta tapi semasa Umno memerintah mereka hanya pungut RM 127 juta, selebihnya dibiarkan sahaja dan mereka laporkan sebagai projek tergendala, terbengkalai dan sebagainya,” ujarnya yang juga Ahli Palimen Ampang.

“BN Umno semasa menguruskan Yayasan Selangor, mereka menguruskan dengan sikap tidak bertanggungjawab sambil lewa, tidak ada amanah dalam melaksanakan tugas mereka untuk membantu rakyat negeri Selangor,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, beliau menggesa supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuktikan kata-katanya kononnya pentadbiran beliau sentiasa telus dan mengutamakan kebajikan rakyat.

“Maka pada hari ini, saya menggesa agar Perdana Menteri membuktikan kata-katanya supaya segera mengesan semula RM594 juta dan 50 unit kondominium milikan Yayasan Selangor yang ‘hilang’ sewaktu pentadbiran Umno Selangor sepanjang 1991 hingga Mac 2008.

“Sebanyak 15 projek dan 10 syarikat dikenal pasti sebagai punca ketirisan mega ini berlaku.  Antara nama-nama terlibat termasuklah Dr. Khir Toyo, Tuan Haji Takril Tasuki (Pengarah Besar Yayasan Selangor), Puncak Dana Sdn Bhd, Secure Parking Sdn Bhd, SAP Ulu Yam Sdn Bhd, Persada Istimewa Sdn Bhd, Aviation Development Corporation Sdn Bhd, Fajar Melati Sdn Bhd, Melawangi Sdn Bhd, Swasta Setia Sdn Bhd, Abinas Enterprise dan Kreatif Rakyat Sdn Bhd,” kata beliau.

Selain itu, beliau menegaskan  kehilangan sejumlah wang itu serius kerana melibatkan dana awam dan beliau mendesak  pihak bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan.

“Kehilangan RM594 juta ini adalah suatu yang amat serius kerana ianya melibatkan dana awam dan wang pembayar cukai rakyat di negeri Selangor. Pihak yang bertanggungjawb harus segera dibawa ke muka pengadilan. Wang rakyat harus segera dikembalikan.

“Maka, andai benar Perdana Menteri mahu membantu rakyat seperti yang didakwanya, saya menggesa agar beliau bersedia menggunakan kuasanya, walau dengan apa cara sekalipun, supaya RM594 juta dan 50 unit kondominium milik Yayasan Selangor dapat dikembalikan semula, seterusnya dapat diagihkan untuk program pembangunan dan kebajikan rakyat, khususnya di Selangor,” katanya.

Sebelum ini dilaporkan bahawa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendedahkan banyak perbelanjaan yang tidak telus dan tidak munasabah oleh Yayasan Selangor sehingga membawa kepada defisit RM7.41 juta.

Kata Khalid, perbelanjaan tanpa perancangan menyebabkan kedudukan kewangan Yayasan Selangor sehingga November 2010, defisit RM7.41 juta.

Ekoran itu, katanya, surat tunjuk sebab bertarikh 5 Januari 2011 dikeluarkan kepada Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) bagi menjawab setiap masalah yang timbul mengikut pandangan dan saranan dari Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri.

Beliau berkata, kerajaan negeri bukan sahaja mengamal perbelanjaan berjimat cermat, malah menyediakan audit tahunan yang tertib, lengkap dan teratur untuk semakan umum.

Kd

%d bloggers like this: