Tag Archives: khalwat

Salim Parlan dan Diayana Kena Denda $3,000.00


Khalwat: Salim,Diayana didenda RM3,000

GEORGE TOWN – Bekas Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Salim Parlan dan bekas pembantu peribadinya, Nur Diayana Norslan dikenakan denda RM3,000 oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam setelah mengaku bersalah berkhalwat di sebuah hotel di Batu Feringghi di sini April tahun lalu.

Hakim Syarie, Nik Bukhari Hashimy Nik Yahaya menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh dan pasangannya yang berusia 30 tahun selepas mengambil kira pelbagai faktor.

Dalam penghakimannya, Nik Bukhari berkata, mahkamah berpuas hati dengan pengakuan secara sukarela yang dibuat kedua-dua tertuduh, namun perlu juga menitikberatkan masa dan kos yang dibazirkan sepanjang tempoh pertuduhan dijalankan.

“Kedua-dua tertuduh merupakan penjawat awam. Salim yang memegang jawatan tinggi dalam perkhidmatan awam perlu menunjukkan teladan yang baik dan bukannya mencemar imej jabatan masing-masing.

“Sehubungan itu, mahkamah memutuskan untuk memberi hukuman setimpal yang boleh memberi pengajaran kepada masyarakat luar agar tidak melakukan perkara yang sama dengan masing-masing dikenakan hukuman denda RM3,000 atau lima bulan penjara sekiranya gagal membayar denda,” katanya.

oleh nurhasliza nusi

Cekup Khalwat ‘Dalam Selimut’ Pulak dah !


Duda dan gadis kena cekup

Keengganan membuka pintu bilik hotel ketika diketuk Penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Ledang (PPADL) akhirnya terjawab apabila menemui sepasang kekasih yang hanya berselimut dalam bilik  berkenaan, kelmarin.

Mereka ditahan ketika sedang berdua-duaan dalam bilik di salah sebuah hotel di Tangkak, di sini, pada serbuan jam 3.15 pagi untuk siasatan lanjut.
Malahan, pasangan itu juga mendakwa panas menyebabkan mereka hanya berselimut dalam bilik hotel itu apabila disoal siasat penguat kuasa.
Lelaki berumur 34 tahun itu seorang duda, manakala, pasangannya berusia 20 tahun baru dikenali selama lima bulan.
.
“Kami baru pulang dari Johor Bahru kerana membawa teman wanita bertemu dengan ahli keluarga di sana sebelum mengikat tali pertunangan.
“Kami merancang untuk bertunang tahun depan dan terlebih dahulu memperkenalkan dia dengan saudara mara,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, mereka tiba di Tangkak lewat malam kerana keletihan dan mengambil keputusan untuk bermalam di sini.
“Saya akan menghantar teman wanita pulang pada keesokan hari di rumahnya di Negeri Sembilan tetapi tidak bernasib baik apabila dicekup khalwat oleh penguat kuasa,” katanya.
.
Sementara itu, Kadi Daerah Ledang, Sulaiman Maidin berkata, berdasarkan aduan awam, sepasukan anggota yang diketuai Pegawai Penguat kuasa, Mohd Zainal Kadiran memeriksa hotel berkenaan.
Menurutnya, selepas mengetuk pintu dan memberi salam, seorang lelaki yang hanya berselimut membuka pintu.
“PPADL terpaksa menunggu hampir 10 minit sebelum lelaki berkenaan membuka pintu dan membenarkan pemeriksaan dijalankan.
“Pemeriksaan lanjut menemui seorang wanita tanpa pakaian dan hanya berselimut sedang bersembunyi dalam tandas,
katanya.
.
Sulaiman berkata, pasangan itu kemudian ditahan untuk siasatan lanjut kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen mempunyai hubungan mahram atau suami isteri.
.
“Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ledang untuk laporan tangkapan sebelum dibawa ke pejabat agama untuk siasatan lanjut dan dijamin dengan jaminan keluarga masing-masing,” katanya.
Menurutnya, mereka ditahan dan didakwa di bawah Seksyen 27 (1) a b, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor, 1997 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
.
SH

Kisah Benar: Antara Dua Maduku Ada Racun Ditengah Mereka


Seorang suami terpaksa melakukan tanggungjawab yang mungkin tidak pernah dibayangkannya sebelum ini iaitu menjamin dua isterinya yang ditahan pihak berkuasa kerana berkhalwat dengan seorang lelaki di sebuah hotel di Port Dickson, dekat sini.

Difahamkan dalam operasi itu, sepasukan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) melakukan pemeriksaan di sebuah bilik hotel berkenaan selepas menerima maklumat berhubung kegiatan maksiat yang berlaku.
Kedua-dua wanita bermadu berusia 30-an itu ditahan selepas didapati bersekedudukan dengan lelaki berusia 30-an di sebuah hotel terkemuka di kawasan pantai peranginan popular itu.

Sumber berkata, ketika serbuan kira-kira jam 3 pagi Khamis lalu, anggota penguat kuasa memberi salam sebelum mengetuk pintu bilik beberapa kali dan menunggu kira-kira setengah jam sebelum dibuka seorang wanita berpakaian lengkap.
Menurutnya, anggota penguat kuasa melakukan pemeriksaan sebelum mendapati seorang lelaki dan wanita lain berpakaian lengkap juga berada di bilik hotel berkenaan.
“Ketika disoal siasat, dua wanita dan lelaki itu mengaku mereka bukan suami isteri atau mahram. Lebih mengejutkan, hasil soal siasat mendapati kedua-dua wanita berkenaan bermadu dan datang ke daerah itu kononnya untuk bercuti dari ibu kota,” katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.

Katanya, untuk membuktikan dakwaan dua wanita itu sahih, anggota penguat kuasa menghubungi suami mereka dan lelaki berkenaan turut mengakui kedua-duanya adalah isterinya yang sah.
“Hasil soal siasat, kedua-dua wanita itu mengakui mereka menipu suami mengatakan mahu pergi bercuti bersama di tempat peranginan itu. Malah, kedua-dua mereka memang madu yang baik dan rapat berdasarkan soal siasat dijalankan,” katanya.

Menurut sumber, ketika disoal siasat madu terbabit dengan keadaan muka yang pucat lesi memberi alasan mereka datang bercuti bersama.
Katanya, lebih menyedihkan, suami kedua-dua wanita itu terpaksa datang dari ibu kota semata-mata untuk menjamin isterinya yang curang.
“Semua mereka dilepaskan dengan jaminan sebelum didakwa di mahkamah atas tuduhan berkhalwat,” katanya.
Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Penguat kuasa JHEAINS, Ahmad Husaini Mustafa mengesahkan tangkapan berkenaan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 61 (1) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 kerana terbabit dengan kegiatan khalwat atau melakukan persetubuhan haram,” katanya.

suraya roslan

Anak Pengarah Mana Pulak Kena Cekup Khalwat ?


Penguat kuasa JAIS, MPSepang periksa bilik hotel disewa jam 3 pagi

PUTRAJAYA: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menahan anak perempuan seorang pengarah agensi kerajaan beribu pejabat di sini kerana disyaki berkhalwat dengan teman lelakinya di sebuah hotel murah di Dengkil, dekat sini, awal pagi kelmarin.

Difahamkan, perbuatan remaja perempuan berusia 19 yang bekerja sebagai kerani dan teman lelakinya berusia 26 tahun itu terbongkar selepas pegawai penguat kuasa JAIS dan Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) menyerbu bilik hotel disewa pasangan terbabit, kira-kira jam 3 pagi.

Sumber JAIS berkata, ketika serbuan anggota penguat kuasa JAIS dan MPSepang memberi salam, mengetuk pintu beberapa kali serta menunggu kira-kira setengah, sebelum ia dibuka seorang lelaki berpakaian lengkap.

Katanya, pihak berkuasa kemudian melakukan pemeriksaan lanjut, sebelum menemui seorang remaja perempuan berpakaian lengkap yang sedang bersembunyi di belakang pintu tandas bilik hotel terbabit.

“Ketika disoal siasat lelaki dan remaja perempuan terbabit mengaku mereka bukan pasangan suami isteri atau mahram yang sah. Malah, remaja berkenaan meminta dilepaskan kerana dia adalah anak seorang pengarah jabatan kerajaan di Putrajaya.

“Teman lelakinya pula merayu supaya dilepaskan kerana mereka sudah bertunang dan akan berkahwin tidak lama lagi.
“Bagaimanapun, helah pasangan terbabit terbongkar selepas remaja perempuan terbabit akhirnya mengaku bahawa mereka hanya kawan biasa dan tidak pernah bertunang dengan lelaki berkenaan,” katanya ketika ditemui di sini.

Mereka adalah antara enam lelaki dan wanita berusia 19 hingga 27 tahun ditahan anggota penguat kuasa JAIS dan MPSepang dalam operasi cegah maksiat sempena sambutan Hari Malaysia di sekitar daerah Sepang, mulai jam 1 hingga 4 pagi, kelmarin.

Semua pasangan terbabit akan didakwa mengikut Seksyen 29(1) (a) dan Seksyen 29(1) (b) Enakmen jenayah Syariah Selangor 1995 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM3,000 atau kedua-duanya, jika didapati bersalah oleh mahkamah.

oleh fakhrurrazi usuldin

Kantoi: Talak 3 Diri Sendiri Kena Cekup Khalwat


MALU…pasangan yang dicekup, kelmarin

Talak tiga diri sendiri kena cekup khalwat dipagi ramadhan

KUALA LUMPUR: Seorang wanita berusia 41 tahun nekad ‘menceraikan dirinya sendiri’ selepas rahsia hubungan sulitnya dengan lelaki lain sejak tiga tahun lalu dikesan suaminya.

Perbuatan itu dilakukan apabila dia mengambil telefon bimbit suaminya dan menghantar SMS ke telefon bimbitnya dengan menjatuhkan talak tiga terhadapnya demi memastikan dia dapat meneruskan hubungan sulit dengan kekasihnya.

Bagaimanapun, perbuatan curang wanita itu sejak hampir dua tahun lalu terbongkar apabila dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) ketika bersekedudukan bersama kekasihnya di sebuah rumah di Setapak, di sini, kira-kira jam 1 pagi, kelmarin.

Suami mangsa, ahli perniagaan dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) berusia 48 tahun yang mahu dikenali sebagai Jason, berkata dia dan isterinya mendirikan rumah tangga sejak 1996 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu dua perempuan serta seorang lelaki berusia 10 hingga 16 tahun.
Jason yang sering pulang ke negara asal untuk menguruskan perniagaannya berkata, dia mula mengesyaki kecurangan isterinya itu selepas terserempak wanita terbabit bersama lelaki lain turun dari sebuah hotel di Ampang pada hujung 2009.

mmetro

AJK Puteri Umno Parit Buntar Kena Cekup Khalwat dengan Mat Indon?


AJK Umno Parit Buntar kena tangkap basah?
.
Pulau Pinang : Sekiranya laporan di dalam akhbar KOSMO tentang seorang pensyarah wanita yang ditangkap berdua-duaan dengan lelaki warga indonesia di sebuah pangsapuri di Jalan Bukit Gambir benar seperti khabar angin yang kecoh kini, maka sahlah beliau adalah AJK UMNO Bahagian Parit Buntar. Pensyarah yang mempunyai kelulusan PHD ini merupakan pimpinan tertinggi Wanita UMNO Bahagian Parit Buntar.
.
Beliau adalah antara pemimpin UMNO Bahagian yang disebut-sebut akan dicalonkan bertanding di Parlimen Parit Buntar pada pilihanraya umum ke 12. Memandangkan berita penangkapan ini sudah tersebar di akhbar-akhbar utama negara, maka peluang beliau untuk dicalonkan semakin tipis.
.
Menurut satu sumber, pensyarah ini tidak disukai oleh pemimpin wanita UMNO di Parit Buntar kerana perwatakannya yang tidak disukai dan bukan anak tempatan. Pensyarah yang mengajar di sebuah universiti di sini dikatakan berasal dari Pengkalan Baharu, Bruas. Namun beliau masih terpilih sebagai AJK Bahagian dan Wanita UMNO kerana kelulusan akademiknya yang tinggi dan penyokong kuat kepada Ketua UMNO Bahagian.
.
Berita ini sudah tersebar meluas dan menjadi bualan penduduk di Parit Buntar. Seorang penduduk yang ditemui berkata, jika berita ini benar ia amat memalukan UMNO sendiri kerana Presiden UMNO baru sahaja dinobatkan sebagai Bapa Pembangunan Insan tetapi lihatlah insan berada dibawah kepimpinannya. – paritbuntar
.
sumber dari…

http://bagindareformasi.blogspot.com/2011/07/hangit-ajk-puteri-umno-parit-buntar.html

%d bloggers like this: