Tag Archives: Khairy Jamaluddin

Tanda Hishamuddin Hussein Akan Kekal Naib Presiden Umno


kj dllKETUA Pemuda Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Ketua Wanita, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Ketua Puteri UMNO, Mas Ermieyati Samsudin meraikan kejayaan masing-masing selepas mengetahui keputusan tidak rasmi pemilihan UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), sebentar tadi. – Foto BERNAMA

Umno: Kemenangan Khairy, Shahrizat indikasi Hishammuddin kekal Naib Presiden

Kemenangan Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bagi jawatan ketua bagi sayap Pemuda dan Wanita dalam pemilihan pimpinan bagi sayap-sayap parti Melayu itu membuktikan kekuatan pengaruh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak dalam parti Melayu itu.

Kedua-dua Khairy dan Shahrizat merupakan sebahagian daripada “Team Najib” yang bertanding dalam pemilihan Umno kali ini berjaya mengenepikan kekuatan pengaruh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan elemen garis keras daripada meresap ke sayap-sayap utama parti itu.

“Jika saya mahu menang dengan selesa, saya boleh menggunakan formula sayap kanan. Saya mahu menunjukkan bahawa anda boleh menjadi progresif dan menang dalam Umno.

“Kita perlu memulakannya. Kita mesti berfikiran ke hadapan,” kata Khairy kepada pemberita sejurus selepas diumumkan sebagai pemenang oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno Tan Sri Tajol Rosli Ghazali di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) awal pagi ini.

Kemenangan Khairy dan Shahrizat juga memberikan indikasi Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang turut berada dalam “Team Najib” mempunyai peluang cerah untuk mengekalkan jawatannya minggu hadapan walaupun ramai penganalisis politik meramalkan beliau sebagai salah seorang calon paling lemah bagi jawatan tertinggi dipertandingkan Umno itu.

Hishammuddin, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Shafie Apdal merupakan penyandang bagi jawatan naib presiden Umno.

Mereka dicabar oleh Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir, bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad.

Hishammuddin merupakan sepupu kepada Najib dan orang yang paling dipercayai oleh perdana menteri jika dilihat daripada amanah diberikan kepadanya dalam Kabinet.

Selain menjawat jawatan Menteri Pertahanan, Hishammuddin juga dipercayai Najib untuk memangku jawatan Menteri Pengangkutan yang akan diberikan kepada MCA selepas selesai pemilihan parti komponen mewakili kaum Cina dalam Barisan Nasional (BN) itu.

Jika pengaruh Najib mampu mengekalkan Khairy dan Shahrizat dalam Pemuda dan Wanita, tidak mustahil Hishammuddin juga mampu diselamatkan di jawatan naib presiden.

“Tak mungkin Najib akan biarkan Hishammuddin kalah. Daripada ketiga-tiga naib presiden Umno, Hishammuddin dipilih Najib untuk memangku jawatan Menteri Pengangkutan dan MCA juga boleh menerimanya,” kata seorang penganalisis politik kepada The Malaysian Insider.

“Walaupun Dr Mahathir dilihat mempunyai pengaruh besar dalam Umno, zaman beliau sudah berakhir, ini boleh dibuktikan dengan keputusan pilihan raya lalu di mana beliau tidak mampu membantu BN merampas kembali majoriti dua pertiga,” katanya.

Dalam pilihan raya umum ke-13 lalu, BN menang 133 kerusi Parlimen berbanding Pakatan Rakyat (PR) yang mendapat 89 kerusi. Selain itu, PR juga berjaya memenangi undi popular 51% berbanding BN yang hanya mendapat 47%.

Hishammuddin merupakan anak kepada perdana menteri ketiga Tun Hussein Onn dan cucu kepada pengasas Umno, Datuk Onn Jaafar.

Pemilihan Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri di 191 bahagian Umno membabitkan 183 calon dijalankan semalam.

Pada 19 Oktober depan, perwakilan Umno di seluruh negara akan memilih tiga naib presiden dan ahli Majlis Tertinggi parti Melayu terbesar itu.

ANALISIS OLEH AMIN ISKANDAR, PENGARANG BERITA tmi

Inikah ‘RAHSIA’ Kenapa KJ Lari dari Rafizi ?


Seorang blogger terkenal dari Umno yang telah menyertai Keadilan masih menyimpan beberapa perkara penting mengenai  KJ…

Menurut beliau ada banyak lagi perkara yang masih menjadi persoalan sesama orang kuat Pemuda Umno.

Mari kita tengok apa yang telah diperkatakan oleh KJ menurut cikgu Musli Oli..

Saya tanya KJ…ini private conversation…kenapa kita mesti pertahankan Shahrizat…” itu antara ayat menarik yang disebut oleh Exco Pemuda UMNO, Reezal Merican Naina Merican di depan para perwakilan Pemuda di PWTC semalam.

Dan dia kemudiannya menjelaskan mengenai reaksi Khairy, yang menurut mahukan Pemuda mempertahankan Shahrizat yang diserang bertalu-talu berhubung isu FNC. Rasionalnya ialah ‘Shahrizat tu kakak sulong kita…dia ketua wanita…kita kena pertahankan dia.’

Bagaimana reaksi perwakilan?

Ada yang bertepuk. Tapi bunyi tepukannya kedengaran hambar dan tidak bersemangat.

Agak-agaknya kenapa ya?

Mungkin ada perwakilan yang sedar bahawa alasan ‘kita mesti ikut jejak PKR yang mempertahankan ketua umum mereka, walaupun ada bukti-bukti videonya’ tidak boleh digunapakai. Mungkin hati kecil mereka berkata, kalau dulu kita marahkan orang kerana menegakkan benang basah, kenapa sekarang kita perlu melakukan perkara yang sama. Dua kali limakah kita?

Di mana prinsip dan pegangan kita?

Debat NFC: Rafizi mahu Khairy tetap tarikh

Kecewa dengan penolakan Khairy Jamaluddin untuk berdebat pada 12 Disember, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mahu ketua pergerakan pemuda Umno itu sendiri memilih tarikh.

Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini, Rafizi berkata beliau bersedia berdebat berhubung skandal National Fidlot Corporation (NFC) bila-bila masa termasuk jika Khairy mahu debat itu diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sekalipun.

“Saya sudi meluangkan masa pada mana-mana tarikh dalam tahun 2011 dan 2012 untuk memastikan debat tersebut dapat diadakan. Saudara Khairy hanya perlu memilih satu tarikh yang sesuai untuk beliau.

“Saya mencadangkan supaya debat tersebut diadakan di PWTC untuk memberi keselesaan dan ketenangan kepada Saudara Khairy apabila dilangsungkan di ibu pejabat Umno sendiri,” katanya.

Menurutnya, permintaan sama turut dinyatakan kepada Khairy melalui satu surat balas yang dihantar hari ini kepada jawapan Khairy yang menolak untuk berdebat 12 Disember ini.

Sekiranya Khairy masih berdolak dalih walaupun diberi kelonggaran tersebut dan tidak memberikan satu tarikh menjelang 12 tengahari 12 Disember 2011, beliau menyimpulkan Khairy tidak berani untuk berdebat isu NFC itu.

Beliau memberitahu surat penolakan itu diterima dua hari lalu yang memaklumkan Khairy tidak dapat menerima jemputan berdebat mengenai NFC pada tarikh asal 12 Disember 2011 kerana bertembung dengan program yang lain.

“Saya kesal kerana beliau mengambil masa tiga minggu untuk memaklumkan perkara tersebut seolah-olah beliau cuba melengah-lengahkan debat ini yang telah pun dipersetujui beliau,” katanya mengulas surat jemputan yang telah dihantarnya pada 18 November lalu.

Beliau turut memaklumkan, PKR akan meneruskan juga sebuah debat membongkar penyelewengan NFC pada 19 Disember 2011 dan turut mengalu-alukan penyertaan Khairy.

18SX: Gambar ‘Juhi Chaula’ Terselak Kain


Adoyaiii…Sekor artis popular india ni main selak kain pulak dah

Apa barang beb..main selak selak kain ni…hahahaha

Kalu ya pun  barang awak tu elok, jaga laa baik baik jangan duk tunjuk kat orang lain..tak baik tau

Lebih lebih lagi pulak ,duk main selak kain sama sama pompuan…hahahaha

Bukan senang bro …orang nak bagi kepercayaan sampai $250 juta..ini bukan dalam bentuk rupiah laa…ini Ringgit Malaysia

Itu amanah namanya..amanah rakyat Malaysia keseluruhannya…jangan buat main main.

Keluarga Sharizat beli kereta mewah guna dana NFC

KEADILAN mendedahkan penyelewengan terbaru membabitkan keluarga Menteri Pembangunan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil.

Kali ini, parti itu membongkar pembelian kereta mewah jenis Mercedes Benz berharga RM534,622 yang dibeli oleh keluarga Shahrizat pada 2009.

Wang berkenaan diperoleh daripada RM250 juta dana awam yang disalur Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC),  milik suami dan anak Ketua Wanita Umno itu.

“Pada 9 Disember 2009, hampir dua tahun yang lepas, keluarga Shahrizat menggunakan wang NFC itu untuk membeli sebuah kereta Mercedes Benz CLS 350 CGI berharga RM534,622,” kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.

“Kos penyelenggaraannya tiap-tiap bulan adalah lebih kurang RM20 ribu, itu maintainance dia saja. Itu kereta mewah yang digunakan keluarganya,” katanya.

Menurutnya lagi,  dana sebanyak RM3,363,507 turut disalurkan National Meat Lives Corporation (NMLC) untuk membeli dua bidang tanah di Putrajaya pada satu tarikh pada tahun 2009.

KEADILAN turut mendedahkan 15 cek  berjumlah RM455,423 yang dibayar untuk tujuan melancong ke luar negara seperti ke Indonesia dan  Thailand.

Cek berkenaan dikeluarkan antara bulan Januari hingga Julai 2010 kepada Impian Global Networks Services (IGNS) yang menawarkan pakej percutian.

“Kalau pegi semak akaun ini, tiap-tiap bulan ada pembayaran yang dibuat kepada ‘Impian Global Network Services’ (IGNS).

“Bila kita siasat, IGNS ini ialah syarikat yang tawarkan pakej percutian, ke Bandung, Kuching, Phuket,” kata Rafizi.

Selain itu, Rafizi turut mendedahkan pembayaran lebih setengah juta ringgit kepada syarikat Meatworks (singapore) Private Limited, milikan suami Shahrizat yang membekalkan daging kepada restoran di negara jiran.

Pendedahan terbaru itu muncul selepas Shahrizat bermatian mempertahankan dirinya daripada dikaitkan dengan skandal berkenaan, pada Perhimpunan Agung Umno hari ini.

Kalau dia singsing lengan, angkat kain.. kita akan dedah lagi lepas ni,” kata Rafizi.

Dalam pada itu, beliau juga menuntut penjelasan  Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang mempertahankan Shahrizat dengan menyatakan NFC tidak mungkin membuat perdagangan di Singapura.

“Saudara Khairy (Jamaluddin) kata kita temberang sebab kata tak boleh eksport ke Singapura. (Tapi) kenapa pada 21 Julai 2010, NFC memindahkan sejumlah RM588, 585 secara terus ke akaun milik Meatworks (Singapore) Pte Ltd ?

“Sedangkan Meatworks langsung tak ada kena mengena dengan NFC,” katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=23915

Nota: Zuraida sudah pun membuat laporan pada SPRM untuk menyiasat kes penyelewengan NFC. MP Kinabatangan Bung Mokhtar dan beberapa orang kuat Umno  jugak menyeru Sharizat meletak jawatan sehingga siasatan kes selesai.

Kesian: Khairy Kena Tibai dengan Anwar


‘Fahamlah saya Rembau tak dilantik dalam kabinet’

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaludin, dibidas pada persidangan Dewan Rakyat hari ini, apabila menuduh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ‘berbohong’ dengan ucapannya disebabkan tidak selari dengan salah satu data kewangan yang dinyatakan di dalam Belanjawan Pakatan Rakyat 2012 yang dibentangkan pada 4 Oktober lalu.

Tuduhan tersebut dibuat oleh Khairy dengan mengatakan dalam ucapannya Anwar menegaskan kerajaan akan dapat menjimatkan RM5 bilion wang rakyat jika melakukan dasar penjimatan melibatkan beberapa projek termasuk bekalan komputer di sekolah-sekolah, tetapi di dalam Belanjawan Pakatan 2012 dinyatakan sekitar RM17 bilion.

“Ini merupakan satu pembohongan bagi mengelirukan orang ramai. Dalam ucapannya, lain, dengan angka yang hanya RM5 bilion, tetapi di dalam Belanjawan Pakatan Rakyat dinyatakan begitu besar sehingga berbelas bilion,” kata Khairy.

Ketika bangun menjawab tuduhan itu bagi sesi perbahasan Bajet 2012 Kerajaan BN pada persidangan Dewan Rakyat di bangunan Parlimen, di sini, hari ini, Anwar berkata, tuduhan tersebut ternyata tidak berasas kerana ucapan beliau itu dibuat ketika Belanjawan Pakatan Rakyat 2012 belum dibentangkan oleh beliau.

Oleh itu, ucapan beliau mengenai perkara itu hanyalah pada anggaran kasar, tetapi angka yang dinyatakan di dalam Belanjawan Pakatan Rakyat 2012 itu adalah jumlah yang lebih terperinci yang sepatutnya dijadikan rujukan dan diterima.

Menurut beliau, Khairy ternyata keliru dengan perkara itu dan beliau tidak sepatutnya membuat tuduhan tersebut kerana jelas berpunca dari kekurangan penelitiannya sendiri mengenainya.

Walaupun Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh meminta Khairy melakukan penelitian lebih mendalam berhubung perkara itu, Khairy tetap menuduh Anwar “berbohong” dan menyifatkan belanjawan Pakatan Rakyat itu hanyalah angka untuk mengelirukan rakyat.

Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail yang bangun mencelah turut meminta Khairy lebih cermat dengan ucapannya kerana angka RM5 bilion yang diucapkan oleh Anwar itu hanyalah anggaran kasar, manakala angka sebenar yang dibuat dengan lebih terperinci sememangnya seperti yang dinyatakan di dalam Belanjawan Pakatan Rakyat 2012.

Namun Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno Malaysia tetap mempertahankan tuduhan beliau, malah melebarkan pula hujahnya dengan bukti tidak tepat yang turut dibabitkan perbezaan harga komputer masa lalu dan terkini.

Tindakan Khairy memaksa Anwar yang juga Ketua Umum PKR bangun kembali selepas itu dan berkata, Khairy ternyata keliru dan tidak teliti dalam membaca ucapan beliau dan Belanjawan Pakatan Rakyat 2012 itu.

“Sikap seperti ini tidak sepatutnya dimiliki. Tetapi sekarang fahamlah saya kenapa Ahli Parlimen Rembau tidak dilantik dalam Kabinet,” katanya.

Manakala Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail pula ketika bangun berucap mengingatkan Khairy dan para pemimpin Kerajaan BN agar lebih bertanggungjawab terhadap wang negara dalam melaksanakan sesuatu projek.

Katanya, belanjawan alternatif yang dibentangkan oleh Pakatan Rakyat itu adalah untuk menyelamatkan wang negara dan bagi kepentingan rakyat yang sepatutnya diteliti dengan mendalam sebagai rujukan.

“Tetapi tentang projek komputer ini, di Terengganu sekarang pun (yang diperintah oleh BN) masih juga belum selesai-selesai,” katanya.

Hd

Klip ‘Undilah’: Khairy ‘Luku Kepala’ Rais Yatim Lagi


Selepas KJ mentertawakan Rais Yatim kerana tak tahu menggunakan kemudahan internet..

Ini kali kedua KJ mempertikaikan tindakan Rais Yatim..

Betullah tindakan Rais yatim tuuu…hahaha, buat apa nak promosikan orang supaya keluaq mengundi Ku Li..patut ada gambaq Rais sekali dalam bideo tu…hahaha

Woit KJ …hang jaga sikit ..kot nanti Rais suruh bini dia marah kat hang pulak…hahaha

Klip video undilah,tindakan SKMM rosak imej BN kata Khairy

Langkah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) melarang penyiaran klip video Undilah menerusi televisyen tempatan satu tindakan yang tidak wajar selain merosakkan imej kerajaan Barisan Nasional (BN), kata Khairy Jamaluddin.

Ketua BN dan Pemuda Umno itu berkata pihaknya masih tidak jelas mengapa klip video itu diarah agar ditarik balik daripada terus disiarkan.

“Reaksi mengelirukan SKMM ke atas klip video Undilah agak memudaratkan kami,” kata beliau sambil bertanya, “apa isu sangat (dengan klip itu).”

Ketika ditemui pemberita selepas perasmian Perhimpunan Agung Pemuda MCA di sini hari ini, Khairy menjawab soalan berkaitan dengan kenyataan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim. Kelmarin dipetik Bernama, Rais berkata, klip video Undilah tidak sesuai ditayangkan kerana ia mengandungi babak yang tidak disenangi segolongan masyarakat.

“Klip video itu juga mengandungi iktibar yang tersirat yang mengelirukan beberapa pihak,” kata Rais.

Katanya, penarikan semula penyiaran klip video itu dibuat kerana ia tidak mendapat kelulusan Lembaga Penapisan Filem (LPF).

“LPF bukan terletak di bawah tanggungjawab kementerian saya sebaliknya terletak di bawah Kementerian Dalam Negeri yang akan menentukan kedudukan penayangan klip video itu sama ada boleh ditayangkan atau tidak,” katanya.

SKMM, agensi di bawah portfolio Rais, sebelum ini menyatakan klip video Undilah belum mendapat kelulusan LPF untuk siaran, dan oleh itu, ia tidak sepatutnya disiarkan menerusi televisyen.

Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong, yang turut menjayakan penerbitan klip itu berkata, perkara tersebut telah dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa pusat sayap tersebut dan mereka tidak bersetuju dengan tindakan SKMM.

“Ia tindakan tidak wajar. Ia tidak memerlukan tapisan…. ia sangat subjektif, mereka (SKMM) tidak sewajarnya terlalu sensitif.

“Jangan gunakan pemikiran 1950-an untu bertindak ke atas generasi muda,” kata Wee. Difahamkan Kementerian Dalam Negeri akan membuat keputusan akhir mengenai perkara tersebut.

Banyak pihak termasuk mereka yang menjayakan penerbitan klip itu mengkritik tindakan SKMM yang melarang stesen penyiaran lokal daripada menyiarkan bahan itu.

Kenyataan SKMM itu menyusul laporan The Malaysian Insider yang menyebut bahan terbitan Pete Teo itu dilarang diterbitkan kerana memaparkan kemunculan beberapa wakil rakyat pembangkang dan juga mesej pemimpin veteran Tengku Razaleigh Hamzah yang menyentuh bahawa Malaysia berhadapan dengan beberapa masalah.

Difahamkan SKMM memberi arahan kepada stesen penyiaran tempatan minggu ini selepas ia mula ke udara sempena sambutan Hari Malaysia.

Selain Tengku Razaleigh, yang juga Ahli Parlimen Gua Musang dari Umno dan Wee, turut menjayakan klip itu ialah Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin yang juga Ketua Puteri Umno. Personaliti lain termasuklah Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua, Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad dan Adun Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad.

Pelakon Afdlin Shauki dan penulis lirik kontroversial Namewee merupakan antara individu terpilih untuk mendendangkan lagu Undilah.

Pilihan raya umum ke-13 disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat. Kira-kira empat juta rakyat negara ini yang layak untuk mengundi belum mendaftar sebagai pemilih.

Turut disenaraikan ialah pemain badminton negara Datuk Lee Chong Wei dan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Tan Sri Tony Fernandes.

Oleh Shazwan Mustafa Kamal

Apa Kata Khairy Berdebat Dengan DAP Pulak (Cabaran DAP 2005)


Khairy gali kubur sendiri

Adun Kampung Tunku menyifatkan tindakan Khairy Jamaluddin yang bertegas mahu berdebat dengan Mat Sabu sebagai gali kubur sendiri sedangkan Khairy pernah menolak tawaran debat dahulu dalam isu yang sama.

Ahli Dewan Undangan Negeri Kampung Tunku Lau Weng San berkata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar ‘menggali kubur sendiri’ mengenai kontroversi sejarah Bukit Kepong.

Beliau yang juga Setiausaha Kerja DAP Selangor berkata “ini kerana Khairy sendiri pernah menolak cabaran berdebat dengan DAP dalam tahun 2005 mengenai sejarah kemerdekaan negara.”

Lau berkata demikian ketika membidas Khairy kerana marah kepada Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang enggan berdebat dengannya (Khairy) berhubung isu tersebut.

“Saya melihat kenyataan Khairy ini sebagai mengorek dan menggali kubur sendiri kerana beliau telah lupa bahawa beliau juga pernah menolak untuk berdebat dalam isu yang hampir sama pada tahun 2005
walaupun cabaran beliau kepada Mat Sabu untuk berdebat isu

Bukit Kepong ini lebih untuk kepentingan politik beliau,” kata Lau dalam satu kenyataan media.

Kelmarin Khairy menggelar Mat Sabu bacul dan penakut kerana tidak berani berdebat dengannya dalam peristiwa sejarah Bukit Kepong.

Isu Bukit Kepong timbul ekoran laporan akhbar Utusan Malaysia bulan lepas bahawa Mat Sabu mengiktiraf Muhammad Indera (Mat Indera) yang memimpin serangan komunis ke atas Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 sebagai wira negara.

Mengulas lebih lanjut Lau berkata bahawa Khairy menolak tawaran debat yang ditawarkan oleh Setiausaha Antarabangsa DAP Pusat

Ronnie Liu Tian Khiew pada tahun 2005 berikutan kontroversi yang timbul dari kenyataan Liu berkenaan pejuang kemerdekaan.

Khairy cepat lupa

“Saya mengingatkan Khairy supaya beliau jangan terlalu cepat lupa apa yang pernah beliau lakukan enam tahun yang lalu apabila beliau menolak cabaran daripada Liu pada masa itu.

Liu kini Exco Kerajaan Negeri Selangor pernah mengeluarkan kenyataan bertajuk “The Real Fighters for Merdeka” pada awal September 2005.

“Laman web Utusan Malaysia telah melaporkan percakapan Khairy pada 8 September 2005 semasa beliau menghadiri Forum Kepimpinan Global 2005 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

“Khairy dipetik sebagai berkata bahawa “kita juga tidak berdebat dengan orang yang semacam itu termasuk menyerang peribadi saya, kita akan terus bawa isu ini sampai bila-bila,” ujar Lau.

Lau turut menekan peri pentingnya sejarah perjuangan golongan kiri diberi tumpuan sewajarnya kerana ada pihak yang senantiasa mempersoalkan kesahihan sejarah.

“Isu berkenaan sejarah perjuangan kemerdekaan, termasuk sumbangan oleh pejuang-pejuang sayap kiri dan radikal harus dibincang dengan rasional, objektif dan secara ilmiah oleh ahli-ahli sejarah dan akademik melalui pembentangan fakta-fakta sejarah.

“Saya berharap para pengkaji sejarah dari dalam dan luar negara dapat berusaha untuk memulihkan sejarah lengkap perjuangan kemerdekaan negara kita antara tahun 1945 hingga 1957.

fmt

%d bloggers like this: