Tag Archives: kes samun

Ada Lagi Pak Guard Samun Kedai Emas Pulak


jewellery2

Pengawal Keselamatan Bersenjata Rompak Kedai Emas di Setapak

PETALING JAYA: Seorang pengawal keselamatan yang memiliki senjata api merompak sebuah kedai emas di KL Festival City Mall, dekat Setapak pada Khamis.

Rompakan berkenaan berlaku pada pukul 9 pagi dan sumber polis mengesahkan suspek merupakan rakyat Sabah yang menggunakan kad pengenalan palsu.

Pengawal keselamatan berkenaan telah bekerja kurang dua daripada dua bulan, mengacukan pistol kepada pemilik kedai emas berkenaan dan melarikan diri dengan satu dulang barang kemas pada pagi Khamis.

Timbalan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Asisten Supritendan, Khairi Ahrasa berkata ketika kejadian pemilik kedai dan tiga pekerjanya sedang bersiap sedia untuk membuka kedai.

“Mereka telah membaca mengenai apa yang berlaku di sebuah bank dan segera menyerahkan dulang berisi barang kemas kerana berasa takut kejadian sama akan berulang kembali,” katanya.

Pengawal keselamatan tersebut, yang ketika kejadian memakai pakaian seragam segera mengambil dulang berisi barang kemas itu dan dengan selamba keluar daripada pusat membeli belah berkenaan.

“Ia berlaku sangat pantas, dan tiada siapa menyangka ia akan berlaku kepada kami,” kaanya sambil menambah pihak polis masih menyiasat nilai barang kemas yang dicuri.

Polis juga sedang menyiasat sama ada pistol yang digunakan dalam rompakan tersebut dikeluarkan kepada suspek oleh syarikat kawalan keselamatan tempatnya bekerja atau milik peribadi.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata ada kemungkinan pengawal keselamatan tersebut merupakan perompak yang meniru aksi rompakan yang berlaku di sebuah bank baru-baru ini.

“Ada kemungkinan pengawal keselamatan itu mendapat idea daripada pengawal keselamatan yang merompak Ambank.

“Saya juga tidak menolak kemungkinan terdapat beberapa kes melibatkan pengawal keselamatan merompak majikan mereka,” katanya.

Justeru, beliau menggesa syarikat kawalan keselamatan menyemak dengan teliti latar belakang kakitangan mereka terlebih dahulu.

“Sekiranya mereka ada rasa ragu-ragu mengenainya, tolong hubungi pihak polis dan kami akan membantu anda,” katanya.

Khalid berkata pihak polis sedang memberi perhatian serius kepada pengawal keselamatan dan semakan secara rawak turut dijalankan di seluruh negara.

Ketika dihubungi, syarikat kawalan keselamatan yang mengambil pengawal keselamatan itu berkata suspek dikenalpasti sebaai warga Sabah melalui kad pengenalannya.

Namun pihaknya enggan mengulas sama ada pihaknya ada melakukan pemeriksaan terhadap latar belakang suspek atau dia mempunyai lesen untuk membawa senjata api.

Pada 23 Oktober lalu, seorang pengawal keselamatan menembak mati pegawai bank Norazita Abu Talib selepas dia membuka pintu bilik kebal sebuah bank di Subang Jaya.

Suspek berjaya melarikan diri dengan wang rompakan berjumlah RM450,000 daripada bilik kebal bank berkenaan.

Bagaimanapun, polis berjaya menemui semula wang bernilai RM20,000 selepas menahan tiga ahli keluarga suspek dan usaha mengesan pengawal keselamatan berkenaan masih giat dijalankan.

Suspek juga dilaporkan menggunakan kad pengenalan palsu dengan menggunakan alamat terakhir di Tawau, Sabah.

mStar

 

Polis Pun Kena Samun Jugak


gun-shooting

Polis disamun hilang senjata api

Shah Alam: Seorang anggota polis yang berhenti rehat dalam kenderaannya kerana keletihan di satu kawasan di bandar raya ini menjadi mangsa samun membabitkan kerugian sejumlah wang tunai selain kehilangan beberapa dokumen penting dalam kejadian jam 1.30 pagi semalam.

Lebih merisaukan, anggota dari Cawangan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor itu bukan saja kerugian wang tunai malah senjata api dipercayai dibawa bersama turut dilarikan penjenayah bermotosikal yang menyamunnya.

Setakat ini, polis percaya hanya seorang suspek terbabit dalam kejadian itu namun siasatan lanjut bagi mengetahui gambaran sebenar kejadian sedang dilakukan dengan pengumpulan bukti dan saksi untuk membantu proses siasatan.

Sumber berkata, mangsa berusia 47 tahun itu baru selesai menguruskan pengebumian seorang ahli keluarganya dan berhenti di satu kawasan di Seksyen 7, dekat sini, untuk tidur seketika sebelum menurunkan sedikit cermin kenderaannya.

Bagaimanapun katanya, mangsa terkejut apabila menyedari badannya disentuh sebelum melihat seorang lelaki menarik dengan kuat senjata apinya menyebabkan tali yang diikat bersama senjata berkenaan terputus.

“Mangsa cuba mengejar penjenayah itu namun suspek yang menaiki motosikal dengan nombor pendaftaran disyaki palsu itu sempat melarikan diri sebelum membuat laporan polis,” katanya.

Difahamkan, laporan dibuat di Balai Polis Seksyen 6, dekat sini, dan kes berkenaan kini dikendalikan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam dan kes disiasat mengikut seksyen 379 Kanun Keseksaan dan Seksyen 35 Akta Senjata 1960

Uji Rashid Kena Hukuman Penjara 10 Tahun, Biar Betul…


Eh… biar betul ?

Takkanlah artis terkenal tu kena hukuman macam tu…apa kesalahan beliau telah lakukan ?

Cerita mai sikit apa kisah sebenarnya berkenaaan makcik Uji Rashid tu…ini kira gempaq sakan jugak ni…hahaha

Kekadang kata orang pelanduk dua serupa… kekadang pulak kerana hanyalah sebuah nama….Apalah ada pada sebuah nama itu..nama yang popular ni 1 nusantara telah pun gah pada suatu waktu dulu beb…hahaha

Inilah kisahnya mengenai sebuah nama popular….jeng jeng jeng…

Uji Rashid dan rakan dijel 10 tahun

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki Indonesia bernama Uji Rashid dan lima rakannya yang cuba merompak sebuah kapal dagang di perairan Tanjung Piai, Pontian, 19 Sept lepas dihukum penjara 10 tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Uji, 33; Rudiarto, 39; Andagunawan, 27; Edi, 45; Saleh, 45, dan Khairu Fahmi, 25; semuanya berasal dari Dumai, Indonesia, mengaku bersalah cuba melakukan rompakan secara berkumpulan di kapal MT Sky Jupiter pada 12.49 pagi hari berkenaan.

Mereka yang bekerja sebagai buruh dituduh melakukan perbuatan itu pada kedudukan garis lintang satu darjah 15.44 minit Utara dan garis bujur 103 darjah 28.26 minit Timur di dalam perairan Malaysia pada jarak lebih kurang 2.65 batu nautika perairan berkenaan.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 397 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, denda dan sebatan.

Bernama

Pemangku Penolong Pesuruhjaya SPRM Terlibat Kes Samun ?


Tiga pegawai SPRM dikaitkan kes samun dikena ikat jamin polis

KUALA LUMPUR: Tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dikaitkan dengan kes samun di KLIA pada 15 September lalu sudah dikenakan ikat jamin polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Mohd Adnan Abdullah, berkata mereka dibebaskan sehingga 4 Oktober kerana polis memerlukan masa untuk melengkapkan kertas siasatan.

Tiga pegawai itu, yang bertugas di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya, ditahan berhubung kes menyamun seorang pengurup wang rakyat asing membabitkan wang berjumlah kira-kira RM900,000.

Mereka terdiri daripada seorang Pemangku Penolong Pesuruhjaya Sprm , seorang Penolong Kanan Penguasa, dan seorang Penolong Penguasa.

SPRM, dalam satu kenyataan baru-baru ini, menyatakan tiga pegawai itu sudah dilucut daripada sebarang tugas sementara menunggu hasil siasatan polis.

Bernama

Nota: Jika perkara sedemikian berlaku dinegara maju yang lain , kesemua pegawai yang disiasat Polis akan digantung tugas.

%d bloggers like this: