Tag Archives: Kelab Isteri Taat

Buku Seks: Jamil Khir Lawan Kelab isteri Taat


Muka belakang buku kontroversi “Seks Islam, Perangi Yahudi Untuk Kembalikan Seks Islam Kepada Dunia” terbitan Kelab Taat Suami. — Foto ihsan

Jakim mahu sekat buku ‘panduan seks’ Kelab isteri taat

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan menyekat pengedaran buku “Seks Islam, Perangi Yahudi Untuk Kembalikan Seks Islam Kepada Dunia” yang diterbitkan oleh Kelab Taat Suami kerana didakwa mengarut dan memalukan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk seri Jamil Khir Baharom berkata perbincangan mengenai hubungan seks dalam buku berkenaan walaupun secara halal antara suami dan isteri adalah tidak wajar kerana ditonjolkan dengan cara tidak beradab dan boleh mengundang tanggapan negatif.

“Apatah lagi apabila membicarakan mengenai khayalan yang Allahyarham Asaari Muhammad atau Abuya (bekas pemimpin Al-Arqam) sedang melayari hidup di alam sendiri dan akan menguruskan isterinya untuk dibawa ke alam roh, ini hal karut,” katanya.

Kelab itu mencetuskan kontroversi apabila pelancarannya diumumkan awal Jun lalu.

Jamil Khir menambah, “kita akan siasat dengan teliti kandungan buku ini dan melihat sejauh mana tindakan yang boleh diambil, termasuk kepada Kelab Taat Suami yang diketuai Hatijah Aam (isteri Asaari) ini.”

Buku itu dilaporkan mengulas mengenai seks suami isteri secara terperinci.

Buku 115 muka surat yang dikatakan panduan kepada isteri dan pengantin baru untuk melayan suami di ranjang, turut menyiarkan gambar Hatijah atau lebih dikenali sebagai Ummu Jah, yang mendakwa ketika dunia menyangka Abuya sudah meninggal dunia, pengikutnya kini bangkit memperjuangkan seks Islam.

Sementara itu bekas pengikut Al-Arqam Mohd Zawawi Aman berkata buku berkenaan yang diterbitkan di Pasir Puteh, Kelantan kira-kira dua bulan lalu hanya dijual kepada ahli dengan harga RM50 senaskhah.

tmi

18SX: Suami Merungut Kegagalan Layanan Seks isteri


Pendedahan dari setiausaha Kelab Isteri Taat

Para suami sering merungut kerana isteri gagal memberi layanan seks dengan baik, kata Setiausaha Kelab Isteri Taat Maznah Taufik.

Melalui program yang dijalankan syarikat Global Ikhwan Sdn Bhd, beliau mendapati para isteri gagal memberi reaksi kepada suami.
Pasangan suami isteri yang mengikuti program yang dijalankan adalah kalangan umur 40-50 an.

“Sejak kahwin si suami kata isteri tiada reaksi, jika mengandung dan punya anak itu secara tidak sengaja. Itu sebab lelaki bila tidak dapat kepuasan mereka cari perempuan atau pelacur di luar kerana mahu lepaskan keperluan mereka. Sebab itu kita akan dengar atuk yang rogol cucu, tapi kita tidak pernah dengar perempuan rogol lelaki,” ujar beliau kepada FMT..

Maka pendekatan yang dibawa kelab itu adalah sebagai jalan keluar kepada permasalahan sosial serta keruntuhan rumah tangga yang kerap kali kedengaran di dada akhbar mahupun televisyen.

Penubuhan Kelab Isteri Taat menimbulkan pelbagai kecaman termasuk NGO Islam dan pemimpin politik.

Bujang dan bukan Islam boleh turut serta

Menurut Maznah, kelab itu itu juga membuka keahlian bukan sahaja kepada pasangan suami isteri namun kepada wanita/lelaki bujang serta orang bukan Islam.

Pendaftaran adalah secara automatik dan hanya perlu mendaftarkan diri dengan menyertai program yang dijalankan oleh syarikat terbabit.

“Setakat ini ahli merupakan staf-staf syarikat Global Ikhwan. Kami akan buat sesi kaunseling dan keutamaan kepada pasangan berkahwin yang bujang dan bukan Islam turut dialu-alukan menyertai Kelab ini. Wanita/lelaki bujang boleh dapatkan pengetahuan bagi yang bukan Islam mereka akan diajar mengenai keyakinan mereka terhadap Tuhan masing-masing,” jelas Maznah.

Maznah berkata khidmat nasihat itu akan dikendalikan oleh kakitangan syarikat yang berpengalaman dan mempunyai ilmu pengetahuan Islam.

fmt

HOT: Apakah Wajar Isteri Kelihatan Seksi Dirumah?


Sebuah hadis iaitu Nabi s.a.w. bersabda: “Kamu sampaikan kepada perempuan yang kamu jumpa, bahawa taatlah kepada suami, dan mengakui hak-hak suami, nescaya sama pahalanya dengan berperang dan bertempur dengan musuh-musuh Islam di medan pertempuran. Sungguhpun begitu sedikit sangat daripada isteri-isteri yang menyempurnakan hak-hak suami mereka.” (Hadis riwayat Al-Imam Bazzar).

Isteri perlu kelihatan menarik pada suami dirumah

Presiden Kelab Taat Suami Malaysia mengakui beliau memenuhi keperluan batin suaminya dengan berpakaian menarik dan seksi.

Bagi Fauziah Ariffin yang menerajui kelab dianggotai 800 ahli itu, sebagai isteri yang taat, itu adalah cara terbaik untuk memberi layanan kepada suami.

“Bukan seperti isteri masa kini yang kebanyakannya tidak melayan suami dengan baik dan hanya berpakaian cantik di luar, tetapi di rumah kelihatan selekeh dan tidak menarik. “Masalah isteri tidak taat, tidak menghiburkan dan tidak berkhidmat kepada suami menjadi punca kerosakan masyarakat,” katanya di sini, semalam.

Pengarah Ikhwan Catering and Restaurant itu, berkata isteri juga perlu tahu peranan mereka yang sebenar, malah ada pihak berpendapat melayan suami bukan saja dari sudut seks tetapi juga memasak, membasuh dan menjaga anak.

“Itu benar, tetapi perlu tahu apa keutamaannya kerana kerja rumah boleh diserahkan kepada orang gaji, tetapi layanan di tempat tidur bolehkah beri pada orang gaji?

“Oleh itu perlu rujuk kepada keperluan utama, bila isteri taat, akan lahir suami penyayang,” katanya yang juga isteri kedua.
Baru-baru ini, kenyataan Naib Presiden kelab berkenaan, Dr Rohaya Mohamed mengingatkan golongan isteri supaya patuh dan melayan suami seperti ‘pelacur kelas pertama’ mendapat kecaman pelbagai pihak termasuk Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim yang mahu Pendaftar Pertubuhan meneliti semula kelulusan pendaftaran kelab itu.

Kelmarin, Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Rashid Shirlin pula menyuarakan pandangan bahawa kelab itu dilihat hanya mementingkan nafsu untuk mengekalkan keharmonian rumah tangga.

Sejak dilancarkan 1 Mei lalu, kelab itu mempunyai 1,000 ahli di seluruh dunia.
Mengenai kenyataan Dr Rohaya pula, beliau berkata ia bukan untuk menyamakan isteri dengan golongan pelacur yang terjebak dalam masalah sosial itu.

“Masalahnya masyarakat kita bayangkan pelacur hanya di Lorong Haji Taib, sedangkan pelacur kelas pertama ini adalah di kalangan pelayan pelanggan yang dihantar pihak atasan ketika perundingan antara dua negara,” katanya.

Sementara itu, kenyataan yang menyamakan tugas melayan suami dengan pelacur kelas pertama turut mencetuskan pelbagai reaksi di kalangan pembaca Berita Harian yang menyuarakannya menerusi laman sosial akhbar ini termasuk laman web dan Facebook.

Hampir kesemua bantahan dikemukakan di kalangan pembaca wanita yang membidas tindakan Dr Rohaya yang disifatkan sebagai merendahkan martabat golongan itu.
Malah ada yang mempertikaikan penubuhan kelab itu yang dianggap tidak relevan kerana Islam menuntut isteri untuk mentaati suami selagi tidak melanggar syariat Islam.

hazwan faisal mohamad

Gempar: Bik Mama Patut Masuk ‘Kelab isteri Taat’


First Lady perlu masuk ‘Kelab Isteri Taat’: Zuraida

Secara berseloroh, Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin menyarankan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansur yang menggelar dirinya Wanita Pertama, supaya menyertai ‘Kelab Isteri Taat’.

“Saya sarankan Rosmah untuk sertai kelab tersebut yang menganjurkan isteri supaya taat kepada suami,” kata beliau ketika ditanya mengenai penubuhan kelab berkenaan, yang dianjur bekas ahli pertubuhan Al Alqam, Global Ikhwan.

Zuraida bagaimana pun tidak bersetuju dengan idea kelab tersebut, yang disifatkan meletakkan beban dan tanggungjawab rumah tangga kepada isteri semata-mata.

“Pelaksanaan itu salah kerana dalam perkahwinan perjanjian kepada dua pihak bukan dibahu isteri sahaja,” kata Zuraida ketika dihubungi Keadilandaily.com.

Namun, secara sinis kata Zuraida, kelab tersebut kemungkinan sesuai untuk disertai Rosmah yang dilihat terlalu ‘mengawal’ suaminya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Rosmah, yang turut mempunyai pejabat dan divisyen First Lady Of Malaysia di Putrajaya sebelum ini ghairah  mempromosi dirinya sebagai isteri perdana menteri.

Malah, gelaran sebagai ‘Wanita pertama Malaysia’ mengundang kecaman banyak pihak kerana dianggap merampas gelaran sepatutnya digunakan Permaisuri Agung.

Di saat rakyat menanggung beban ekonomi, Najib pula memperuntukkan RM111 juta dan RM100 juta bagi tahun 2010 dan 2011 untuk program Permata yang dinaungi Rosmah.

Dalam masa yang sama pula, kerajaan menaikkan harga gula sebanyak 20 sen awal Mei lalu atas alasan menjimatkan RM116 juta subsidi yang diberikan kepada rakyat.

Rosmah sebelum ini juga dikritik hebat kerana boros membelanjakan wang negara dan mencampuri urusan  kerajaan dengan mengambil alih tugas menteri, terutama dalam hubungan diplomatik.

Sebelum ini, Rosmah membelanjakan sebanyak RM4,498,0949.99 untuk mengadakan Sidang Kemuncak Wanita Pertama di Ibu negara Oktober tahun lalu, selain Najib sendiri membelanjakan RM8.7 juta untuk mengadakan lawatan ke 42 negera seluruh dunia.

Dalam rangka lawatan ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh, Rosmah dicatat membelanjakan sebanyak RM134,317.76.

Malah, Rosmah turut berbelanja mewah dengan menghabiskan hampir RM140,000 bagi penginapan hotel mewah, Atlantis di Dubai hanya untuk semalaman.

Meskipun Rosmah pernah menepis dakwaan itu ketika  berkempen dalam pilihan raya kecil di Kerdau tidak lama dahulu, namun ramai meraguinya.

“Bila masa saya cakap (pada Najib) buat macam itu, buat macam ini. Mahu Datuk Najib nak ikut cakap saya. Saya ini, (contohnya) kalau dia kata duduk, saya duduklah,” katanya kepada wartawan.

Kd

%d bloggers like this: