Tag Archives: kahwin

Fasha Sandha Nikah di Thailand ?


FASHA menegaskan tidak akan merahsiakan kepada rakan-rakan media seandainya tiba masa buat dia dan Jejai mendirikan rumah tangga.

Benarkah Fasha bernikah di Thailand ?

KISAH percintaan yang terjalin antara pelakon Fasha Sandha, 28, dan Rizal Ashram Ramli atau Jejai, 35, sememangnya sudah pun diketahui peminat. Biarpun hubungan mereka ada pasang surutnya dan pernah putus sebelum ini, tetapi Fasha kini dikatakan sedang bahagia bersama kekasihnya.

Memandangkan usia percintaan mereka yang sudah mencecah dua tahun, kini khabar angin bertiup kencang mengatakan pasangan tersebut bakal berkahwin dalam tempoh terdekat ini sehingga pelbagai spekulasi dibuat oleh segelintir pihak.

Fasha dan Jejai dikatakan akan mendirikan rumah tangga pada bulan Mac sempena sambutan ulang tahun kelahiran pelakon berkenaan pada 28 Mac ini setelah gambarnya memakai gaun pengantin di sebuah butik tersebar di Internet.

Bagaimanapun, beberapa hari lalu tersebar pula gosip di beberapa laman blog hiburan tempatan mendakwa kononnya kedua-duanya sudah menjadi pasangan suami isteri setelah bernikah di selatan Thailand!

Berkesempatan bertemu pelakon yang popular menerusi drama bersiri Cinta Elysa itu pada majlis pengumuman Top 5 Anugerah Bintang Popular 2011 (ABP 2011) baru-baru ini, Fasha menitipkan jawapan tentang semua kisah hangat yang membabitkan dirinya itu.

oleh roni hidayat ridwan

Diana Danielle Akan Berkahwin dengan Farid Kamil ?


Betul ke diana dah nak kahwin ?

Pelakon jelita Diana Danielle Danny Beeson, 21, menafikan bakal berkahwin pada tahun ini dengan kekasihnya, Farid Kamil, seperti yang dilaporkan sebuah akhbar baru-baru ini.

Diana berkata, dia dan Farid terkejut dengan spekulasi tersebut kerana mereka belum merancang sebarang perkahwinan dalam masa terdekat.

“Macam manalah gosip itu boleh timbul dan saya rasa ia bukan isu yang penting untuk dihebahkan kerana kami tidak merancang untuk berkahwin.

“Lagipun saya masih muda dan banyak perkara yang perlu diberi fokus pada tahun ini. Alhamdulillah kami masih selesa dengan perhubungan cinta ini dan biarlah masa menentukan sejauh mana perhubungan ini boleh pergi,” katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Jumaat.

Difahamkan, pasangan selebriti ini dikhabarkan sudah memulakan perbincangan asas tentang niat untuk mendirikan rumah tangga.

Malah mereka juga sudah bersedia bergelar suami isteri pada tahun ini walaupun usia Diana masih muda.

Dalam pada itu dia juga sedang sibuk dengan penggambaran filem Hantu Gangster, arahan Namawee.

“Rasa seronok sangat bekerja dengan Namawee. Tambah pula dia mengingatkan saya kepada Afdlin Shauki.

“Walaupun dia pernah mencetuskan kontroversi yang membabitkan hal negara, biarlah ia berlalu kerana setiap manusia tidak dapat lari daripada kesilapan.

“Kalau boleh saya mahu lihat kerja yang dilakukannya sekarang dan akan datang. Dia mempunyai idea yang sangat bagus dalam mengangkat masyarakat Malaysia melalui setiap filem yang dihasilkannya,” ujar Diana.

Selain itu, pada tahun ini Diana bakal muncul sebanyak empat buah filem lakonannya seperti Azazil, Spilt Gravy On Rice dan Jiwa Taiko.

oleh FERIDE HIKMET ATAK

Noraniza Idris Akui Rezeki Bertambah Selepas Berkahwin


Rezeki Noraniza bertambah selepas berkahwin

Penyanyi lagu berentak etnik kreatif, Noraniza Idris, 43, mengakui rezekinya semakin bertambah sejak berkahwin dengan Jeffri Hudi, 52, seorang bilal sebuah masjid di Singapura pada September lalu.

Noraniza berkata, suaminya banyak membantu menguruskan kerjaya seninya selain sentiasa memberi nasihat dan dorongan kepadanya.

“Alhamdulilah rezeki selepas berkahwin semakin murah dan jelas. Suami juga banyak membantu dalam mengaturkan kerjaya seni supaya lebih teratur,” ujarnya.

Penyanyi yang popular dengan lagu Dikir Puteri itu ditemui pada sidang media program Santai Primadona Noraniza Idris 2012 di Restoran Seri Melayu disini pada Rabu.

Dalam perkembangan lain, Noraniza memberitahu dia bakal melancarkan single terbarunya bersama peminat pada 25 Disember depan di Hotel MSuite Johor Bahru.

Noraniza berkata, lagu Dekatlah Padaku nyanyian asal Datuk Sharifah Aini itu akan dimuatkan dalam album penuhnya berjudul Primadona dan akan dipasarkan pada Mei tahun hadapan.

“Single itu nanti akan dilancarkan bersama peminat-peminat Kak Ani yang datang ke Hotel MSuite iaitu menerusi program Santai Primadona Noraniza Idris.

“Jelajah ini juga adalah untuk mempopularkan kembali lagu-lagu dari era 70-an selain menghargai jasa dan pengorbanan biduanita negara yang pernah mengharumkan industri muzik,” ujarya.

Ujarnya, selain lagu daripada Sharifah Aini, dia bakal merakamkan lagu-lagu popular daripada Allahyarham Rafeah Buang dan Sanisah Huri untuk album terbaru itu nanti.

Tambah Noraniza, suaminya banyak membantu dalam pemilihan enam buah lagu yang bakal dimuatkan dalam album tersebut seperti Pengorbanan, Perpisahan dan Sejak Ku Bertemu Pada Mu dan lain-lain.

Sementara itu, bercakap mengenai program Santai Primadona Di Hotel MSuite, Noraniza berkata, ia adalah kerjasama syarikatnya iaitu Noraniza Idris Production Ventures Sdn. Bhd. (NIPV), A&A World Vacation Sdn. Bhd. dan Fontana Cafe & Catering.

Ujarnya, acara itu telah lama dirancang iaitu sejak tahun 2008 tetapi hanya pada Disember depan ia dapat dilaksanakan.

“Ia bukan sekadar untuk melancarkan single terbaru saya tetapi juga untuk mempromosikan pelancongan Malaysia melalui seni dan budaya terutamanya kepada pelancong di Singapura.

“Disini pihak A&A World Vacation akan memainkan peranan yang akan menyediakan pakej percutian istimewa dengan aktiviti terancang pada program itu nanti.

“Manakala Fontana Cafe & catering akan menyediakan makanan istimewa kepada semua pengunjung dengan pelbagai aktiviti disediakan,” katanya.

Noraniza berkata, pakej percutian itu menawarkan harga serendah RM200 (dewasa)dan RM99 (kanak-kanak dibawah 12 tahun) dengan tempat terhad untuk 350 orang sahaja.

Tambahnya, sesiapa yang ingin menyertai program atau mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi 03- 5621 2648 (Kuala Lumpur) atau 07 – 5569 276.

mStar

Hattan dah Kahwin Senyap – Senyap ?


‘saya tak nikah senyap senyap’ – Hattan

Ke mudik sehentak galah, ke hilir serangkuh dayung, satu kata lahir dengan batin, sesuai mulut dengan hati…

PEPATAH Minangkabau tersebut sesuai dengan lafaz nikah Mohd. Shukri Shahabudin atau mesra disapa Hattan kepada pasangan yang dinikahinya, Farah Asyikin Othman, 33, pada tarikh cantik, 11 November lalu.

Dengan sekali lafaz, penyanyi berusia 47 tahun itu menamatkan zaman solonya yang sudah enam tahun dilayari. Begitu juga buat Farah, ibu tunggal kepada dua cahayamata iaitu Nazril, 6, dan Khara Latiesya, 5. Satu lafaz daripada hati yang menyatukan mereka zahir dan batin.

Sewaktu menghubungi Hattan Jumaat lalu, dia sedang enak membawa isteri dan anak-anaknya ke Port Dickson, Negeri Sembilan. Menghirup bayu laut nan damai sambil merapatkan siratulrahim, Hattan bernyanyi-nyanyi gembira di hujung talian.

“Saya bawa anak-anak dan isteri ke Port Dickson (untuk) bercuti,” ujarnya dengan nada gembira. Namun di sebalik gembira itu, dia meluahkan rasa, terkilan dengan segolongan invididu atas nama penulis blog dan penggiat forum yang menuduh dia bernikah secara senyap.

“Saya tidak faham kenapa mereka cakap saya kahwin secara senyap. Saya rasa sebagai orang Islam atau beragama apa pun, tidak elok membuat fitnah. Makan dengan duit haram namanya itu. Kenapa mereka mahu sibuk dengan isteri orang lain?” ujarnya sedikit panas walaupun berada di tepi pantai.

“Saya mengadakan pernikahan di kampung saya di Seri Menanti. Ada khemah dan kugiran mengiringi pernikahan saya. Saya ini orang kampung, berasal dari kampung dan sebab itu saya buat di sana. Saya jemput orang-orang kampung saya.

Malah keluarga saya memakai persalinan kuning menunjukkan kami orang lingkungan dan membawa adat diraja,” ujarnya yang selamat menjadi suami Farah dalam majlis akan nikah yang dilakukan selepas solat Isyak. Hattan turut mengundang Datuk M. Nasir, Ramli Sarip dan Man Bai untuk berkongsi kegembiraannya.

“Biarlah apa orang mahu kata. Sekarang, saya sangat gembira dan tidak risau. Malah saya beryukur dengan jodoh saya,” ujarnya yang menyeru agar orang luar tidak sibuk menyelidik tentang pasangan dan pernikahannya yang diadakan secara santai namun meriah di kampung.

Merasakan jodohnya kuat dengan Farah, dia bercerita tentang pertemuan tak dirancang yang terjalin di Doha, Qatar.

“Kami bertemu di Doha sewaktu saya selesai menunaikan umrah di Mekah. Farah pula transit dari London. Kami berkenalan dan hanya selepas dua minggu, saya menghubunginya. Pertemuan demi pertemuan selepas itu, saya rasa jodoh kami kuat dan Allah menemukan kami,” ceritanya bernyanyi mempamerkan gembira dan bersyukur anaknya Adam Iman, 11, sangat serasi dengan isteri baharunya.

“Saya harap peminat doakan kami. Semoga perkahwinan kami bahagia dan doa juga agar kami dapat menunaikan umrah bersama-sama pada tahun hadapan,” Hattan mengakhiri perbualan dan menutup pertanyaan ramai terhadap perkahwinan keduanya.

kosmo

Benarkah Zahida Rafik Berkahwin Dengan Shafei Afdal ?


First of all korang kena take note yang ini hanya GOSSIP  sahaja ok. Sama ada ianya sahih atau tak, kena tunggu tuan punya body keluarkan kenyataan.

Gosip ini boleh dikatakan agak mengejutkan jugalah dimana Zahida Rafik dikatakan sudah berkahwin. Ya, sudah berkahwin dan nama yang dikaitkan dengan Zahida Rafik tu ialah Datuk Shafie Apdal, Menteri di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Menurut sumber yang masih tak boleh dipercayai, Zahida Rafik dan Datuk Shafie Apdal dikatakan berkahwin sebulan yang lalu iaitu sebelum masuknya bulan Ramadhan. Perkahwinan tersebut pula dibuat di London dan dilakukan secara tertutup.

Hemmm.. Kami taknak komen apa-apa pasal ni sebab dah nama pun gosip kan. Bukan boleh percaya sangat. Tapi kalaulah ianya betul, tahniah kami ucapkan. Cumanya, kenapa nak sembunyi-sembunyi? Takkan nak ikut langkah Bung Mokhtar Raden dan Zizie Ezzete?

Forum Cari

Gambar Perkahwinan Ashraf Muslim dan Dayana


Ashraf Muslim – Dayana  ‘bercinta’ selepas kahwin

Pelakon Ashraf Muslim, 30, akui sedang mencari keserasian dengan isterinya, Noor Dayana, 24, memandangkan mereka bercinta selepas berkahwin pada 30 Ogos lalu.

Pasangan ini bernikah di Dataran Kaabah, Mekah yang dihadiri oleh 10 orang kaum keluarga kedua-dua belah pihak serta jemaah umrah.

“Kami dinikahkan oleh bapa Dayana. Selepas nikah, kami melakukan solat sunat nikah, tawaf sebanyak tujuh kali dan berdoa.

“Alhamdulillah, selepas berkahwin, saya rasa perkahwinan saya lebih teratur dan semua kerja dilakukan bersama-sama.

“Dia selalu menceriakan saya dan saya menyenangi tutur kata, layanan serta tanggungjawab yang diberikan. Kami juga saling berkongsi masalah bersama-sama,” ujarnya yang mengenali Dayana sejak setahun lalu.

Mempelai ketika upacara memotong kek.

Menyentuh tentang tempat tinggal, Ashraf dan Dayana terpaksa berpisah buat sementara waktu memandangkan isterinya sedang belajar di sebuah pusat pengajian di Melaka sehingga Mac tahun depan.

“Saya akan menetap di Kuala Lumpur manakala Dayana terpaksa tinggal di Melaka demi menghabiskan pengajiannya,” kata Ashraf lagi yang pernah mensasarkan untuk berkahwin sebelum usia 30 tahun.

Walaupun isterinya sangat pandai memasak terutama masakan Barat, Ashraf tetap mengharapkan agar Dayana belajar masakan kampung.

“Setakat ini saya sudah merasa lasagna yang dimasak olehnya, ujar Ashraf lagi.

Selain masakan, Ashraf akui tertarik dengan imej wanita solehah yang diingini selama ini.

Menyentuh tentang percutian bulan madu, pasangan ini belum merancang untuk melakukan aktiviti tersebut pada masa terdekat ini.

“Kami sudah sepakat memilih New Zealand sebagai lokasi percutian tetapi masanya akan ditetapkan kemudian selepas habis belajar,” kata Ashraf yang sudah lama tidak berlakon.

Bukan sudah bersara dari lakonan, tetapi kerana sibuk dengan kariernya sebagai pengamal perubatan di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah, di Kampung Sungai Pusu, di sini.

Majlis resepsi sebelah pihak lelaki akan dilangsungkan pada 24 September ini, pukul 12 tengah hari di Ballroom, Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Melaka dengan konsep Islamik Taman Raudhah.

siti azira abdul aziz

%d bloggers like this: