Tag Archives: Juanda Jaya

Patutkah Tok Mufti Pulak Tibai Jamil Khir ?


Agak agak aku laa…tok mufti ‘tak lama dah’…

Sat lagi Jamil dan geng akan buat ‘kejutan’ kepada tok mufti tersebut..hahahaha

Banyak sangat dah tok mufti ni duk komplain macam macam…

Cer tok mufti ni komen pasai ‘tudung Hajjah Rosmah terbang di hawaii’ pulak…hangpa tengok,lagi cepat depa ‘godam’ tok mufti ni…hahaha

Mufti: Kesian Najib, bukan dibantu tapi diampu

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya menyelar tindakan “penasihat agama” yang didakwanya tidak membantu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam urusan haji, sebaliknya “lebih kepada budaya ampu”.

“Yang bagi komen di Malaysia ini kononnya hendak bantu, sebenarnya bukannya membantu akibat tidak mahu faham, tetapi lebih kepada budaya ampu.

“Jadi rakyat makin keliru. Perkara asas ilmu haji, saya yakin semua jemaah dan bekas jemaah haji semua boleh faham,” kata Juanda  yang juga bekas profesor pelawat di Universiti Oxford, United Kingdom.

Beliau mengulas reaksi Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan penasihat agama kepada perdana menteri Datuk Seri Abdullah Md Zin yang dilapor mempertahankan status haji Najib setelah ditegurnya sebelum ini.

Juanda pada 9 November lalu melahirkan rasa terkejut dengan laporan berita bahawa seorang pemimpin kanan negara bersama isterinya serta orang kenamaan lain telah selesai ibadat haji.

Sedangkan, katanya, paling awal jemaah haji menamatkan ibadat paling awal pada 8 November atau 12 Zulhijah selepas solat Zohor bagi yang nafar awal.

‘Tak dimanfaat, tak bermanfaat’

Susulan itu, Jamil Khir  menjelaskan, kenyataan daripada Twitter Najib bahwa beliau selesai menunaikan haji, sedangkan masih ada rukun belum dilaksanakan, telah disalah tafsir dengan selesai wukuf.

Manakala Abdullah pula menyifatkan tuduhan bahawa Najib dan isteri gagal mengerjakan haji sebagai fitnah pihak yang terdesak, yang didakwa mengeksploitasi agama untuk mengelirukan orang ramai.

Katanya, dakwaan Najib dan isterinya Rosmah gagal mengerjakan haji merupakan fitnah oleh orang “jahil” dalam ilmu mengerjakan haji.

Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini semalam, Juanda berkata, beliau kasihan kepada Najib yang mempunyai pegawai yang banyak tetapi “tidak dimanfaat dan tidak bermanfaat”.

“Kenapa tak bawa penasihat-penasihat agama ini daripada awal dalam rombongan PM yang 20 orang itu, agar hal macam ini tak berlaku daripada awal?

“Berlambak mereka ini ikut buat haji. Jemaah haji biasa pun duduk dengan pembimbing haji siang malam agar dibantu dan diberi nasihat ibadat,” katanya.

Yakin haji lengkap, PM salah tweet

Juanda yang juga profesor pelawat di Universiti Sains dan Pengurusan (MSU) di Shah Alam berkata, komen pihak lain, yang tiada dalam rombongan itu akan merendahkan lagi imej Najib dan merumitkan lagi keadaan.

“Jadi, buat sesuatu biar betul daripada awal awal dalam semua perkara. Kalau tak tahu, eloklah bertanya. Ia tidak akan merendahkan kedudukan sesiapa pun,” katanya.

Mengulas status haji Najib, Juanda berkata, beliau yakin ia lengkap dan perdana menteri tersilap tweet.

“Beliau bermaksud selesai rukun haji. Saya juga tahu PM mabit di Mina dua malam dan melontar dua hari tasyriq. Beliau nafar awal ke Jeddah untuk menghadap Putera Nayef sebelum balik Malaysia. Beliau juga tawaf Wada’ sebelum balik ke Jeddah,” katanya.

NONEBeliau juga menjelaskan, terdapat pihak hendak mengulas isu itu tidak cukup mendalami ilmu haji dan perkara cabang berkaitannya.

Juanda pernah menjadi penasihat haji Malaysia selama enam tahun sehingga 2008 dan pengerusi panel penyediaan buku panduan ibadah yang diterbitkan oleh Tabung Haji.

Beliau juga pernah menjadi guru agama haji muassasah dan pakej untuk orang kenamaan Tabung Haji dari 1996 hingga 2008.

mKini

Umno Guna Mufti ‘Separuh Masak’ Untuk Ngurat Pas


Waktu Umno/Bn kuat kenapa tak dak sekoq pun mufti yang bersuara macam ni..

Umno semakin terdesak ibarat sedang lemas..

Apa jua yang dapat dicapai olehnya akan digunakan untuk menyambung talian hayat.

aku katakan bukan sahaja kenyataan dr Juanda tu separuh masak,malahan mufti itu jugak separuh masak sebenarnya.

aku berikan satu contoh kenapa beliau suka sangat melabelkan khawarij atau tidak tanpa memberikan definisi dalam perkara itu.

kalu dalam bahasa kasarnya mudah aku katakan ..Sila sambung semula debat Umno-Pas yang telah dibatalkan oleh Penyimpan Mohor Raja Raja. mungkin masa itu si Mufti ini masih duk isap susu botoi lagi kot.

Ok kalu nak bersatu atas dasar apa? cer habaq mai sat..

Ahmad fadhli: Kenyataan Dr Juanda ‘Separuh Masak’

Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan meminta Mufti Perlis Dr Juanda Jaya menjelaskan pelan cadangannya secara terperinci berhubung penyatuan PAS dan Umno supaya ia dapat difahami dengan jelas.

NONEAhmad Fadhli Shaari yang juga ketua penerangan Pemuda PAS Kelantan berkata pada hakikatnya parti itu tidak pernah meletakkan ke tepi agenda perpaduan umat Islam.

“Perlu diingat, PAS melalui pemimpinnya termasuklah Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah berkali-kali menyatakan bahawa penyatuan di antara PAS dengan Umno boleh berlaku bila-bila masa dengan syarat Umno mengubah dasar kepada Islam.

“Sekiranya seseorang itu dianggap Islam melalui syahadahnya, maka syahadah sesebuah pertubuhan ialah perlembagaannya. Adakah Umno telah bersyahadah di dalam perlembagaannya?

“Persoalannya, bagaimanakah PAS boleh bekerjasama dengan DAP dan PKR di dalam Pakatan Rakyat?

NONE“Hakikatnya DAP dan PKR tidak menolak prinsip Islam yang dibawa oleh PAS dan tidak mendesak supaya PAS menggugurkan dasar perjuangannya selama ini,” kata Ahmad Fadhli dalam satu kenyataan media.

Beliau mengulas laporan Utusan Malaysia semalam berhubung kenyataan Dr Juanda yang menyifatkan pihak yang menentang penyatuan antara Umno dan PAS sebagai ‘pengkhianat Islam’ dan boleh dianggap pendukung fikrah Khawarij yang amat bencikan kesatuan.

Dr Juanda dilaporkan berkata, penyatuan kedua-dua parti itu sebenarnya wajib, khususnya untuk kekuatan Islam berdasarkan tuntutan al-Quran antaranya melalui ayat 13 surah Asy-Syura
memerintahkan supaya umat Islam bersatu padu dan Islam perlu ditegakkan.

Dalam kenyataannya, Ahmad Fadhli turut menggesa Dr Juanda memberi komen mengenai hukum kerjasama Umno dengan MCA apabila presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek didakwa berkata parti Cina itu boleh menerima kehadiran PAS dalam BN dengan syarat parti Islam itu menggugurkan agenda perjuangan Islam.

Utusan Malaysia selaku akhbar yang membela agama, bangsa dan negara juga boleh turut mengulas isu ini. Jika pihak mufti Perlis berminat untuk mendapatkan kenyataan ini, saya sedia
membekalkan salinan laporan akhbar New Straits Time pada 2 Mei 1 yang lalu di muka surat 9 untuk rujukan pihak mufti Perlis.

NONE“Atau saya menukilkan semula bahasanya untuk rujukan: However, party president Datuk Seri Chua Soi Lek said PAS had to first set aside its agenda to turn the country state into an Islamic State before it could sit down and talk with Umno about any possible return to the Barisan Nasional fold…

“Begitu juga dengan cadangan MCA untuk menyaman kerajaan negeri Kelantan sekiranya terus menguatkuasakan undang-undang menghalang premis judi beroperasi, apakah hukumnya Umno selaku rakan kongsi MCA dalam BN membisu seribu bahasa?” soalnya.

dr juanda jaya perlis mufti candidate 081106Oleh itu, sambil bersangka baik terhadap Dr Juanda (kiri), Ahmad Fadhli menganggap kenyataan mufti Perlis itu “separuh masak atau sengaja dilaporkan separuh masak” bagi meletakkan persepsi bahawa beliau menghentam pihak tertentu khususnya di dalam PAS yang menentang penyatuan PAS-Umno.

Justeru, Ahmad Fadhli berharap agar mufti Perlis itu dapat mengemukakan pelan cadangannya secara terperinci agar semua pihak dapat memahami kenyataan beliau dengan jelas.

mKini

%d bloggers like this: