Tag Archives: JOHOR BAHRU

Bahana Tengok Video Seks


REMUK...keadaan kenderaan selepas  kemalangan di Kilometer 19.5, Jalan Pontian-Johor Bahru, semalam.
REMUK…keadaan kenderaan selepas kemalangan di Kilometer 19.5, Jalan Pontian-Johor Bahru, semalam.

JOHOR BAHRU: Keasyikan seorang pemandu lori pasir menonton cakera padat video (VCD) lucah pada skrin mini kenderaannya ketika memandu dikatakan menjadi punca kemalangan membabitkan lima kenderaan lain dan mengorbankan sepasang suami isteri di Kilometer 19.5, Jalan Pontian-Johor Bahru, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 10 pagi itu, lori berkenaan dalam perjalanan ke Singapura sebelum kecuaian pemandunya menyebabkan ia hilang kawalan lalu terbabas dan berlanggar dengan sebuah lori lain, dua kereta serta dua motosikal, termasuk motosikal dinaiki pasangan suami isteri yang maut itu.
Kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas hampir tiga jam manakala usaha mengeluarkan mayat pasangan suami isteri terbabit dilakukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor Bahru.

  • FotoNGERI…keadaan mayat mangsa yang terkorban dalam kemalangan.
  • FotoMAUT…Vijaya dan Hemalatha yang terbunuh di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU), Asisten Komisioner Ruslan Hassan berkata, suami isteri yang terbunuh itu dalam perjalanan ke tempat kerja dan mereka mati di tempat kejadian manakala seorang penunggang motosikal lain parah.
Menurutnya, mangsa yang terbunuh dikenali sebagai K Vijaya, 34, dan isterinya, S Hemalatha, 27, dari Bukit Indah, di sini, manakala mangsa yang parah, lelaki berusia 32 tahun belum dikenal pasti identitinya dan kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA).
“Lori pasir yang dipandu lelaki itu mempunyai skrin mini LCD dan kita sedang menyiasat dakwaan dia memandu sambil menonton VCD lucah. Kami sedang mengesan VCD lucah yang didakwa berada dalam lori berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

.

Menurut Ruslan, pemandu lori terbabit ditahan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kematian dan beliau meminta saksi kejadian tampil membantu siasatan.
Sementara itu, bapa mangsa yang dikenali sebagai Muruandy, 54, berkata, kejadian yang menimpa Vijaya dan menantunya adalah tragedi buruk bagi keluarganya kerana kedua-duanya maut sekelip mata.

“Setiap hari mereka ke tempat kerja dengan menaiki motosikal dan saya tidak menyangka rutin harian itu menjadi tragedi. Saya sedih mengenangkan nasib tiga cucu yang masih kecil, berusia bawah 12 tahun,” katanya.

Oleh Siti Nadirah Hafidzin

Kecoh Jumpa Ketul ‘Emas ‘ di JB !


DI MANA EMASNYA?…

Warna kekuning-kuningan pada batu kelikir ini yang dipercayai emas telah ditemui oleh orang ramai di Jalan Mewah Kampung Melayu, Johor Bahru. Akibatnya ramai yang datang mendulang emas sejak seminggu lalu sehingga merosakkan jalan yang baru sahaja ditambak di situ. Batu-batu yang berkilau seperti emas itu ditemui pada batu-batu kelikir yang ditambak bagi projek membaik pulih jalan dan perparitan di sepanjang jalan tersebut. – Foto BERNAMA

JOHOR BARU: Walaupun para pakar telah mengesahkan bahawa bahan mineral yang berkilau keemas-emasan yang ditemui dengan banyaknya di Jalan Mewah, Kampung Melayu di sini sebenarnya bukanlah emas tetapi itu masih belum cukup untuk menghalang orang ramai daripada terus menyerbu untuk mencari ‘logam berharga’ tersebut.

Malah, jumlah yang datang semakin bertambah setiap hari dan mula merimaskan para penduduk yang mendiami sepanjang Jalan Mewah di kampung berkenaan.

Jalan Mewah telah menjadi perhatian ramai di bandar ini selepas pertemuan apa yang didakwa sebagai emas sekaligus mengundang para ‘pencari emas’ ke kawasan berkenaan sejak lima hari lalu.

Seorang surirumah, Mutiara Hamid, 48, berkata, dia masih belum berputus asa yang dia akan menemui emas walaupun batu-batu yang berkilau yang telah dibawanya ke kedai emas disahkan bukan emas yang sebenar.

“Tukang emas itu memberitahu saya bahawa batu-batu yang saya bawa itu bukan emas dan saya berasa sedikit kecewa tetapi saya masih belum berputus asa dan akan terus mencari sehingga saya temui emas,” katanya.

Seorang penduduk tempatan, Shukor Johari, 42, pula berkata, jumlah pengali emas yang semakin bertambah setiap hari telah mendatangkan masalah kepada orang ramai.

“Mana ada emas di situ…jika ada emas sekali pun semua orang yang tinggal di Jalan Mewah dah jadi mewah dah sekarang,” ujarnya.

Kata Shukor, mereka menerima bantuan peruntukkan untuk melebarkan jalan dan perparitan daripada ahli parlimen Johor Baru, Datuk Shahrir Abdul Samad tiga minggu yang lalu dan akibat aktiviti cari gali ini habis jalan itu semua dirosakkan oleh mereka yang datang menggali emas.

Dalam pada itu, seorang tukang emas, Eric Wong, 55, berkata, tiga orang telah berkunjung ke kedainya sejak beberapa hari lalu dan mahu menjual apa yang mereka dakwa sebagai emas.

“Tetapi saya dapati, ia bukanlah emas tulin dan tidak mempunyai apa-apa nilai komersial,” kata Eric.

Pengarah Jabatan Geosains dan Mineral Johor, Shahar Effendi Abdullah Azizi berkata, apa yang ditemui di Jalan Mewah itu hanyalah sebahagian daripada batu granit yang mengandungi bahan mineral “pyrite” atau besi sulfit.

“Batu-batu ini juga dikenali sebagai emas palsu kerana warnanya yang berkilau keemas-emasan dan ramai yang tidak ada pengetahuan mengenai bahan mineral akan menyangka apa yang mereka temui itu sebagai emas,” kata beliau.

oleh farhaan shah

Cekup Khalwat ‘Dalam Selimut’ Pulak dah !


Duda dan gadis kena cekup

Keengganan membuka pintu bilik hotel ketika diketuk Penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Ledang (PPADL) akhirnya terjawab apabila menemui sepasang kekasih yang hanya berselimut dalam bilik  berkenaan, kelmarin.

Mereka ditahan ketika sedang berdua-duaan dalam bilik di salah sebuah hotel di Tangkak, di sini, pada serbuan jam 3.15 pagi untuk siasatan lanjut.
Malahan, pasangan itu juga mendakwa panas menyebabkan mereka hanya berselimut dalam bilik hotel itu apabila disoal siasat penguat kuasa.
Lelaki berumur 34 tahun itu seorang duda, manakala, pasangannya berusia 20 tahun baru dikenali selama lima bulan.
.
“Kami baru pulang dari Johor Bahru kerana membawa teman wanita bertemu dengan ahli keluarga di sana sebelum mengikat tali pertunangan.
“Kami merancang untuk bertunang tahun depan dan terlebih dahulu memperkenalkan dia dengan saudara mara,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, mereka tiba di Tangkak lewat malam kerana keletihan dan mengambil keputusan untuk bermalam di sini.
“Saya akan menghantar teman wanita pulang pada keesokan hari di rumahnya di Negeri Sembilan tetapi tidak bernasib baik apabila dicekup khalwat oleh penguat kuasa,” katanya.
.
Sementara itu, Kadi Daerah Ledang, Sulaiman Maidin berkata, berdasarkan aduan awam, sepasukan anggota yang diketuai Pegawai Penguat kuasa, Mohd Zainal Kadiran memeriksa hotel berkenaan.
Menurutnya, selepas mengetuk pintu dan memberi salam, seorang lelaki yang hanya berselimut membuka pintu.
“PPADL terpaksa menunggu hampir 10 minit sebelum lelaki berkenaan membuka pintu dan membenarkan pemeriksaan dijalankan.
“Pemeriksaan lanjut menemui seorang wanita tanpa pakaian dan hanya berselimut sedang bersembunyi dalam tandas,
katanya.
.
Sulaiman berkata, pasangan itu kemudian ditahan untuk siasatan lanjut kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen mempunyai hubungan mahram atau suami isteri.
.
“Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ledang untuk laporan tangkapan sebelum dibawa ke pejabat agama untuk siasatan lanjut dan dijamin dengan jaminan keluarga masing-masing,” katanya.
Menurutnya, mereka ditahan dan didakwa di bawah Seksyen 27 (1) a b, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor, 1997 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
.
SH

Video Mamat Negro Kena Belasah di Kampung Medan


video dari Bro…budakkampungonline.blogspot.com

Dah macam macam songeh kerenah mamat mamat gelap ni di Malaysia.

Pegawai imigresen ,RELA dan agensi lain pun mereka berani tumbuk. Kenapa jadi sehingga begini?. Tindakan tegas perlu diambil untuk mengawal kemasukan mamat mamat gelap ni semua.

Saringan terperinci perlu dilakukan.

Gejala jenayah dari mereka ini sudah sampai ketahap kemuncak. Perniagaan najis dadah,pelacuran, black money, tipu duit perniagaan dan bermacam macam lagi telah pun dikisahkan dalam akhbar akhbar utama negara.

Ada satu lagi kisah sedih menyayatkan hati berlaku kepada mangsa mamat hitam ini.

isteri lari ikut mat afrika

JOHOR BAHRU: Bukan sekadar memikat dan melarikan isteri seorang pemandu lori yang hamil tiga bulan, seorang pelajar ‘Awang Hitam’ didakwa berlagak sebagai suami wanita berkenaan sejak setahun lalu dan tinggal sebumbung meski pun mereka berdua tiada sebarang ikatan sah.

Lebih membimbangkan, penuntut Afrika di kolej swasta di Selangor dipercayai bukan Muslim dan sekiranya mereka bersekedudukan ia dikhuatiri menyimpang akidah wanita dan bayi yang dijangka lahir Disember lalu.
Tidak cukup dengan kejayaan melarikan wanita itu, Awang Hitam berkenaan dengan berani menghantar SMS kepada suami wanita itu mengugut mahu mengambil tindakan sekiranya masih mengganggu keluarganya.

Selain itu, Awang Hitam terbabit mendakwa suami wanita itu pernah merogol dan memukul wanita berkenaan, sebelum mengakui wanita itu kini isterinya.
Mangsa, Zakaria Hitam, 35, berkata, dia tidak sangka mahligai dibina sejak enam tahun lalu lenyap selepas isterinya, Jasnianih Japar, 31, berkenalan dengan lelaki Afrika berusia 20-an yang dipercayai menerusi rakan sekerjanya, awal tahun lalu.
“Hampir setiap hari saya melihat isteri berbalas SMS dan berbual di telefon tetapi tidak pernah menyangka ia perkara serius hingga menjadi punca kehancuran rumah tangga saya.

“Bagaimanapun, rahsia itu terbongkar selepas menghidu perbuatannya menerusi bil telefon yang mencecah ratusan ringgit sebulan.
“Saya pelik dengan perubahan isteri kerana mudah terpaut dengan kata romantis dan bentuk fizikal lelaki itu yang juga pelajar asing sebuah intitusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Selangor.

“Selepas bersemuka, saya memberi peluang kedua dan memaafkan perbuatannya demi anak pertama di dalam kandungan yang berusia tiga bulan ketika itu,” katanya.

.
Zakaria berkata, isterinya hanya berubah buat seketika sebelum menjalin semula hubungan dengan lelaki berkenaan dan nekad menghilangkan diri dengan membawa pakaian dari rumah mereka di Taman Tampoi Utama, 20 Mac tahun lalu.
Selain itu, katanya, isterinya yang bekerja sebagai kerani di syarikat swasta di Kempas juga memohon cuti selama sebulan daripada majikan dengan alasan mahu berehat.
“Hati saya tersinggung dengan perbuatan isteri yang sanggup memburukkan nama saya di kalangan rakan sekerjanya sebelum menghilangkan diri.
“Selepas setahun saya berusaha mencari isteri, pada 24 Mac lalu saya menerima SMS daripada lelaki Afrika berkenaan yang mengakui dirinya sebagai Kenneth serta mengugut mahu membuat laporan polis dan mendakwa saya mengganggu isteri dan pernah merogolnya,” katanya.

.
Menurutnya, selain itu lelaki berkenaan menghantar 20 SMS termasuk dakwaan menyatakan dia berkahwin dengan wanita itu dan mereka kini hidup berkeluarga.
Katanya, berikutan kejadian itu, dia membuat tiga laporan polis mengenai perbuatan lelaki Afrika berkenaan yang memporak-perandakan rumah tangganya di Balai Polis Skudai pada 28 Mac lalu (Isnin lalu).
“Dia datang ke sini menggunakan pas pelajar sepatutnya menuntut ilmu dan bukannya mengganggu rumah tangga orang lain. Selain polis, saya membuat laporan kepada Jabatan Agama Johor (JAJ), namun hingga kini masih tiada sebarang maklumat diberikan,” katanya.

.
“Selain isteri, saya tidak tahu nasib zuriat sama ada isteri selamat melahirkannya kerana anak sepatutnya dilahirkan Disember tahun lalu.
“Saya bukan saja bimbang isteri dipergunakan untuk kesenangan lelaki Afrika berkenaan, malah anak dan isteri mungkin terjebak dengan ajaran bukan Islam.
“Berikutan itu, saya memohon dan merayu pihak berkuasa menyiasat perkara ini sebelum sebarang kejadian tidak diingini berlaku terhadap anak mahupun isteri,” katanya yang datang ke Pejabat Harian Metro, semalam.

.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan Jasnianih diminta menghubungi talian 019-7400116.

Oleh Mary Victoria Dass mymetro

Noraniza Idris Kahwin 29 September dengan Bilal Masjid Singapura


Noraniza Idris dan tunangnya, Jeffri akan melangsungkan majlis pernikahan mereka pada 29 September 2011 ini di Plaza Angsana, Johor Bahru. – Foto MOHD FAIHAN

Perkahwinan Noraniza dan Jeffri secara terbuka

Penyanyi etnik kreatif, Noraniza Idris, 43, bakal melangsungkan perkahwinannya dengan Jeffri Hudi, 52, bilal sebuah masjid di Singapura secara besar-besaran pada 29 September ini dan boleh disaksikan oleh orang ramai.

Majlis pernikahan akan berlangsung pada pukul 12 tengah hari di Sanggar Utama, Padang A, Plaza Angsana, Johor Bahru.

Ia diadakan seiring dengan sambutan ‘Festival Kahwin-Kahwin Masyhur 1Malaysia Negeri Johor 2011’.

“Pada mulanya keluarga saya menetapkan tarikh untuk kami bernikah pada 1 Oktober 2011 tetapi akkhirnya kami membuat keputusan lebih baik majlis ini diadakan serentak dengan sambutan festival itu. Lagipun jaraknya tidak jauh.

“Walaupun ia besar-besaran, tetapi saya rasa tidak salah kerana ia bertujuan untuk meraikan perkahwinan kami,” katanya ketika sidang media mengumumkan tarikh pernikahan mereka di Menara Yayasan Tun Razak, di sini, Selasa.

Noraniza hadir dengan tunangnya dengan mengenakan pakaian warna sedondon iaitu hijau pucuk pisang.

Berkongsi tentang cinta pasangan ini, biarpun pernah serik dengan dua perkahwinan lalu, namun Noraniza mula terbuka hati untuk berkahwin dengan bilal berkenaan setelah benar-benar mengenali hati budinya.

“Saya yakin dia merupakan jodoh saya kerana dia seorang yang berterus-terang dan menyokong setiap perkara yang saya lakukan.

“Hubungan kami terjalin sejak kami bertemu untuk urusan jualan amal anak yatim di Bazar Ramadan pada tahun lalu.

“Kemudian pada 22 April tahun ini, kami bertunang dan seterusnya menetapkan majlis pernikahan ini,” kata Noraniza.

Sementara tunangnya pula tertarik dengan Noraniza yang memiliki sifat wanita berwibawa.

“Saya juga menyenangi sikap Noraniza yang berterus-terang dan yang paling buat saya tidak dapat melupakannya apabila makan biskut tat nenas.

“Yang penting semua pihak merestui dan gembira dengan perkahwinan ini,” ujarnya.Majlis pernikahan yang akan berlangsung secara terbuka dijangka tamat pukul pukul 5 petang.

Selain perkahwinan kedua mempelai berkenaan, terdapat majlis perkahwinan melibatkan lima pasangan pelbagai kaum yang diadakan selama empat hari berturut-turut di tempat yang sama.

Majlis ini dianjurkan oleh Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd bersama Gerakan Belia 4B (M) Negeri Johor.

Ini merupakan perkahwinan ketiga Noraniza Idris dan perkahwinan kedua Jeffri.

Noraniza mempunyai dua orang anak lelaki manakala Jeffri yang menduda sejak 13 tahun lalu mempunyai empat anak berusia antara 15 hingga 26 tahun.

siti azira

Gambar Perkahwinan Salih Yaacob Dengan Emi isteri Keempat


Selamat Pengantin ke Empat bro Salih…

Pelakon, pelawak dan penyampai radio Salih Yaacob selamat diijab kabul dengan seorang pelajar pengajian tinggi awam Samihah Sheikh Amy di Johor Baru semalam, demikian lapor media tempatan hari ini.

Penyampai radio Sinar FM berusia 49 tahun itu sah menjadi suami kepada Samihah, 25, yang juga dikenali sebagai Emi dengan mas kahwin RM23 menerusi dua kali lafaz di Masjid Kulaijaya.

Laporan Utusan Malaysia dan Berita Harian berkata, dengan mengenakan persalinan pengantin berona perak, kedua-keduanya disatukan oleh kadi daerah Kulaijaya, Fahmi Samad pada pukul 3.50 petang dalam satu majlis yang serba sederhana.

Salih turut memberikan wang hantaran sebanyak RM25,000 kepada keluarga pihak pengantin perempuan.

Majlis meraikan kedua-dua mempelai kemudiannya diadakan di sebuah hotel di Taman Abad, Johor Baru malam tadi yang dihadiri kira-kira 180 ahli keluarga pihak pengantin perempuan.

Salih dan Emi yang kini menjadi isteri keempatnya mula berkenalan di Pulau Pangkor, Perak pada November lalu dan sejak itu hubungan mereka semakin rapat.

Salih mempunyai 11 orang anak.

Emi merupakan pelajar jurusan pengangkutan.

gambar dari oh bulan.

%d bloggers like this: