Tag Archives: janda

‘Janda Ganas’


Hilang arah selepas cerai

Dia layak digelar janda gengster! Selepas diceraikan suaminya, wanita ini cuba melupakan masalah dihadapi dengan cara songsang apabila terbabit dalam penyalahgunaan dadah dan kumpulan kongsi gelap.

Lebih memalukan, janda mualaf berusia 28 tahun yang memeluk Islam ketika berkahwin dengan bekas suaminya tiga tahun dulu seakan-akan membelakangi agama dianutinya apabila kini mempunyai dua anak hasil hubungan luar nikah dengan dua lelaki berbeza.
Usaha wartawan Metro Ahad yang cuba menyelongkar kisah janda ganas ini berhasil apabila penyiasatan dilakukan berjaya menembusi tembok ‘kebal’ wanita itu.

Hidup janda dikenali sebagai Zalika atau Ika itu didapati tidak terurus apabila dia tidak lagi bekerja. Disebabkan itu, kehidupannya bersama dua anak yang masih kecil terumbang-ambing dan serba kekurangan, lebih-lebih lagi apabila si ibu menjadi hamba dadah.
Selepas berjaya memasuki rumah wanita itu menerusi penyamaran, wartawan mendapati Ika tanpa segan silu menghisap syabu di depan anak perempuannya berusia dua tahun.
Selain itu, keadaan rumah yang sempit, tidak terurus, berbau serta kotor juga tidak sesuai buat wanita ini membesarkan anaknya, termasuk paling kecil berusia empat bulan.

Menurut Ika yang berasal dari Johor Bahru, pada mulanya dia berhijrah ke Kuala Lumpur bagi mendapatkan pekerjaan tetapi selepas beberapa bulan di bandar raya ini, dia mengenali seorang lelaki beragama Islam dan kemudian merancang untuk berkahwin.
“Masa itu umur saya baru 23 tahun tetapi sudah berjinak-jinak dengan heroin dan syabu. Pada waktu itu juga saya dan keluarga penganut agama Kristian.

.

“Tidak lama selepas itu, kami mengikat tali pertunangan dan saya bertekad ingin mempelajari Islam dan memeluk agama itu sebelum kami bernikah serta meninggalkan segala tabiat buruk yang pernah saya lakukan.
“Selepas berkahwin, keluarga mentua menyambut baik kedatangan saya sebagai saudara baru. Mereka mengajar dan membimbing saya mengenai pelbagai ilmu agama seperti bagaimana mahu menunaikan solat, membaca al-Quran dan menutup aurat seperti memakai tudung,” katanya.

.
Bagaimanapun, Ika menjelaskan, tanggungjawab terbabit yang sepatutnya dipikul bekas suaminya sering diabaikan dan lelaki itu menyerahkan segala-galanya kepada keluarga.
“Pada mulanya saya pelik kenapa bekas suami tidak mengajar saya mengenai perkara itu? Saya saudara baru yang harus dibimbing olehnya, tetapi perkara lain pula berlaku.

.
“Selepas tiga tahun berkahwin dan dikurniakan dua cahaya mata, tiba-tiba bekas suami benci dan muak melihat saya tanpa sebab. Dia juga secara terang-terangan mengatakan ada teman wanita baru dan ingin menceraikan saya.

.
“Hati wanita mana tidak hancur mendengar kenyataan itu, lebih-lebih lagi saya sanggup meninggalkan keluarga kerana cinta dan sayang kepadanya,” katanya.

.
Selepas diceraikan, kedua-dua anak wanita ini diambil bekas suaminya. Patah hati dengan tindakan itu dan bergelar janda pada usia 26 tahun, Ika mengambil keputusan tidak lagi menjalin ikatan dengan keluarga bekas suami dan mencari hala hidup baru.

.
Bagaimanapun, sinar dicari tidak ditemui apabila wanita ini mula berkawan dengan rakan lamanya. Sejak itu, Ika kembali mengambil dadah untuk melupakan masalahnya serta mengamalkan seks bebas sehingga terlanjur dengan teman lelaki.

.
“Selepas bercerai, saya seakan-akan hilang arah dan tidak tahu ke mana ingin dituju. Walaupun keluarga masih menerima saya, saya tidak mahu menyusahkan mereka kerana mereka juga bukan orang senang.
“Saya mengambil keputusan untuk hidup sendirian dan bergaul semula dengan teman lama. Lama-kelamaan, saya kembali mengambil dadah, melakukan seks bebas dan menyertai kumpulan kongsi gelap untuk melepaskan tekanan hidup,” katanya.
Selepas dua tahun menjanda, Ika tidak mempunyai kerja tetap dan kadangkala hanya menjadi pelayan separuh masa di sebuah restoran berdekatan rumahnya bagi menyara kehidupannya dan dua anak tidak sah taraf terbabit.

.
Menurut anak kedua daripada tujuh beradik ini, dia tidak mempunyai kelayakan untuk mendapatkan kerja yang baik, malah akibat pengambilan dadah, tingkah laku yang berbeza membataskan pergaulannya dengan orang ramai.
“Saya tidak ada keyakinan untuk mencari pekerjaan. Yang boleh saya lakukan ialah mencari kerja separuh masa saja. Walaupun tidak cukup untuk menampung belanja saya dan anak, sedikit sebanyak ia membantu. Paling tidak, saya menjadi ‘pusher’ menjual dadah secara kecil-kecilan.
“Kadangkala, kawan terdekat dan keluarga turut memberi bantuan untuk saya menyediakan keperluan dua anak. Walaupun tidak mewah, ia memadai bagi kami meneruskan kehidupan,” katanya.

.
Meskipun sudah lama terjebak dengan pelbagai gejala sosial sehingga membinasakan dirinya, Ika masih mengharapkan peluang kedua untuk kembali ke jalan asal.
Namun, sehingga kini apa saja dilakukannya menjadi serba tidak kena dan sering tersalah arah. Malah, Ika juga sedar tabiatnya menghisap dadah boleh mempengaruhi anaknya dan membinasakan hidup mereka.

.
“Saya seakan-akan berputus asa untuk meneruskan kehidupan, lebih-lebih lagi hidup saya tidak terurus dan sering berdepan masalah.
“Sebenarnya, saya pernah terfikir untuk menyerahkan dua anak ini kepada rumah kebajikan tetapi tidak sanggup berpisah dengan mereka.
“Saya sedar perangai buruk saya akan turut memakan diri mereka. Namun begitu, saya hanya ada mereka sebagai penguat semangat,” katanya.

mtmetro

Ada Kisah ‘Ketua Umno Terlampau’ Lagi..


Umno main kotor sesama sendiri

SEMASA dalam perjalanan memasuki pekan Sungai Golok Rabu lalu saya dihidangkan dengan sebuah Vcd pengakuan oleh seorang janda menerusi perenti Vcd di kereta pacuan empat roda teman berdaftar di Siam.

Pengakuan itu dirakam khusus, lokasinya seperti dalam sebuah bilik pejabat. Suara sang interviu janda itu saya dapat cam dengan cerat, dia lelaki dan bekas seorang artis tumpangan yang berlakun dalam sebuah komidi pada tahun 90-an.

Kalau diminta untuk membuat kawad cam saya sedia tampil kerana saya kenal benar dengan perantaran itu.

Mulanya saya tidak berminat untuk mendengar pengakuan seperti itu. Dari kulit Vcd itu saya sudah dapat mengagak bagaimana isinya. Tetapi kerana kawan yang memandu kereta itu juga mahu mendengarnya, saya tepaksa akur saja.

Benar seperti saya jangkakan pengakuan janda itu saya kira melampau dan tidak berakhlak. Pendedahan yang berani tetapi langsung tidak menjaga akhlak diri sebagai perempuan Melayu dan juga orang yang hendak didedahkan itu. Pendedahan itu walaupun berniat baik tetapi kaedahnnya tidak baik. Dalam hal-hal seperti itu biarlah ada etika. Niatnya baik tetapi kaedah atau jalan diambilnya tidak begitu baik dan tercela, ia sia-sia saja.

Janda itu mengakui dia dipermainkan oleh seorang ketua sebuah bahagian parti Umno di Kelantan. Dia mendakwa dia diperkosa oleh ketua bahagian Umno itu disebuah bilik hotel di Golok. Sedikit menimbulkan keraguan macam mana dia diperkosa kerana menurutnya temu janji itu dibuat terlebih dahulu, ertinya pertemuan di syurga dunia itu atas kehendaknya juga.

Jelas kalau mengikut hukum hudud lelaki dan perempuan itu tidak boleh dihukum dengan hukum hudud kerana ia tidak ada saksi.

“Dia ajak saya berjumpa dengannya, mulanya hendak berjumpa di Rantau Panjang, tetapi disebabkan dia bimbang diketahui orang sebab dia orang politik ramai orang kenal, dia mengajak saya ke Golok, “ceritanya.

Di Golok, dia menempah sebuah bilik hotel. Sebaik masuk bilik hotel kata janda itu ketua bahagian terus membuka seluar baju dan memaksa dia bersetubuh dengannya. “Saya cuba menolak tetapi apakan daya kudrat saya sebagai perempuan, akhirnya tepaksa mengalah,” sambungnya tanpa segan silu.

“Berapa lama main (bersetubuh) dengannya?” tanya penginterviu itu.
“Sebentar saja tak sampai setengah jam..” jawab si janda sedikit pun tidak menampakkan akan kekeksalan dan bersalah.

Janda itu juga mendakwa hasil perhubungan jantina itu menyebabkan dia mengandung dan terpasak menggugurkan kandungan. “Saya telah memberi tahu kepada dia (ketua bahgian itu) mengenai keadaan diri saya, saya ingat dia oang baik dan benar-benar mahu menerima saya sebagai isteri, tetapi tidak…dia minta saya menggurkan kandungan dan memberi RM600 untuk tujuan itu.,” jelasnya dengan wajah tenang dan tidak nampak rasa bersalah.

Saya difahamkan wang RM600 itu diberi melalui seorang perempuan yang merupakan bekas kepada sebuah pertubuhan Ngo yang terkenal di Kelantan satu masa dulu yang dipimpin oleh seorang ahli Parlimen lompat.

Janda itu yang mengaku mempunyai anak tiga, juga mendakwa selain daripada dirinya menjadi mangsa ketua bahagian itu, beberapa wanita lagi turut menjadi mangsa sama termasuk isteri orang dan anak dara. “Banyak lagi yang jadi mangsa dia ini… termasuk seorang isteri orang bersama anaknya sekali. Siang dipikul anak malam dia gendung emak..” katanya.

Bagaimana pun menurutnya mereka yang menjadi mangsa takut untuk tampil membuat pendedahan menyebabkan dia mengambil inisitif membuat pengakuan itu bagi menyelematakan orang lain yang mungkin menjadi mangsa ketua bahagian itu.

Apa yang saya nukil ini hanya intipati dari pendedahan janda itu. Banyak lagi dakwaan berhubung salah laku dan kerakusan sex ketua bahagian itu yang meloya dan menijikkan dicerita dalam rakaman Vcd yang memakan masa lebih setengah jam itu.

Saya yakin Vcd itu kini sudah beredar di kawasan Umno di mana lelaki itu menjadi ketuanya. Pada saya video itu amat memalu dan meloyakan dan ia boleh menjejaskan reputasi ketua bahagian berkenaan. Ketua bahagian itu tercemar dengan pendedahan janda itu dan ianya seharus dibuat laporan kepada polis.

Pendedahan dan pengakuan janda itu sama ada benar atau tidak ia perlu disiasat dan penyebarannya disekat kerana ia boleh memberi mudarat kepada pihak-pihak lain. Ketua bahagian yang disebut dalam pendedahan itu patut mengambil tindakan undang-undang ke atas janda berkenaan. Apakah laporan polis sudah dibuat?

Keberanian janda itu juga sesuatu yang mengilankan sesiapa yang menontonnya kerana ia dibuat tanpa beretika di mana mukanya tidak ditutup. Menunjukkan keberanian dengan membuat pendedahan maksiat itu secara tidak langsung menyebabkan orang boleh mentafsirkan sifat dan fiil perangai janda itu sendiri.

Dalam hal ini mungkin janda itu tidak boleh dipersalahkan sangat kerana dia inginkan keadilan dan pembelaan kerana merasakan dirinya teraniaya, tetapi pengusahanya perlu bertanggungjawab dan dipersalahkan. Kalaupun pendedahan untuk memalu dan menjatukan kerjaya politik ketua bahagian itu sepatutnya rakaman pendedahan itu dibuat secara beradat dan amalan biasa di mana wajah mangsa ditutupi.

Saya tidak mahu persoalan berapa bayaran kepada janda itu dan juga orang yang mengusahkannya, atau siapa terlibat. Tetapi dari Vcd pemdedahan berani bercampur tidak bermoral ini membuktikan inilah stail politik dan amalan orang Umno. Membuat pendedahan untuk memalukan seseorang tidak menjadi masalah kepada mereka apa yang penting kepuasan batin kerana berjaya mengaib dan kemudian menjatuhkan lawan. Kerana mempercayai orang yang menjadi tukang interviuw itu adalah orang Umno saya yakin ia adalah kerja Umno juga.

Yang dapat disimpulkan dari pendedahan dan penyebaran Vcd itu menunjukan Umno telah main kotor sesama sendiri. Umno meliwat puaknya sendiri. Kalaulah budaya jahiliah ini diteruskan macam mana Umno Kelantan berangan-angan untuk merampas Kelantan. Letihlah Mustapa Mohamed berusaha untuk menumbanhkan Kelantan kalau kerja-kerja dan budaya itu berleluasa. Saya percaya versi pendedahan sebegini kerana tidak berpuas hati sesama sendiri akan banyak lagi dikelaurkan.

Nampaknya menjatuhkan kawan dengan menyebarkan video lucah dan pendedahan berani ini menjadi satu trend baru dalam politik negara ini. Mungkin inilah yang diajar atau hasil ilham orang-orng Umno yang mereka cipta video lucah untuk memburukkan tokoh tertentu ia kini telah memakan diri sendiri. Wowww! [wm.kl.9:00 pm 29/10/11]

MSO

Janda Kesepian di Perlis Perlukan Pasangan


Berita baik..

Kepada sapa yang mampu zahir dan batin serta ingin buka ‘cawangan’ baru, ini satu peluang…hahaha

Kalu ikut maklumat dari kawan kawan di Perlis indera kayangan tu, nak bukak cawangan di sana tak laa payah sangat..betui ka dak ka ..yang tuu aku tak tau laa..hahaha..sapa nak cuba pii laa cuba try test tengok…hahaha

Kata pepatah Melayu Lama kalu tak silap aku dari seorang alim dari negeri Kedah..

Daripada arang baik pelita,

Daripada boleh kat orang, baik ambik kat kita..

hahaha hahahaha

KANGAR – Sebahagian besar golongan janda di negeri ini yang berjumlah 5,400 orang menghadapi sindrom kemurungan selepas berlaku perceraian sekali gus mengakibatkan mereka langsung tidak berminat untuk bersolek selepas perceraian.

Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita Negeri (JPWN) Perlis, Muhamad Hazimin Jamaludin berkata, golongan tersebut sama ada dicerai atau ditinggalkan suami mempunyai persepsi negatif bahawa mereka sudah tidak laku lagi untuk dipinang oleh mana-mana lelaki selepas menjadi janda.

Beliau berkata, paling memberi tamparan yang hebat kepada golongan tersebut ialah apabila mendapati suami meninggalkan mereka gara-gara berkahwin dengan wanita dari negara jiran yang dikatakan lebih cantik.

“Justeru tidak hairan tabiat golongan itu yang sebelum ini suka bersolek tiba-tiba berubah sehingga mereka trauma untuk bergincu atau berbedak kerana menganggap diri mereka tidak laku lagi.

“Situasi ini menyebabkan wanita tersebut akan menghadapi masalah kemurungan ekoran malu dan perasaan rendah diri untuk berhadapan dengan masyarakat,” katanya selepas dialog Memperkasakan Wanita dan Ibu Tunggal 2011 di sini semalam.

Majlis tersebut yang disertai lebih 100 ibu tunggal itu dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Keluarga dan Masyarakat negeri, Mansor Jusoh.

Muhamad Hazimin berkata, berikutan itu, golongan tersebut lebih suka mengurung diri dalam rumah kerana bimbang pandangan serong masyarakat kononnya mereka sudah tidak cantik lagi.

Katanya, berdasarkan statistik sehingga September lalu, seramai 5,400 ibu tunggal di Perlis berdaftar dengan JPWN.

Ibu tunggal yang paling muda dikesan baru berusia 24 tahun dan menyara seorang anak.

Faizal Nazaruddin

18SX: Punggung Janda Muda Basah Jugak Akhirnya


Catatan dari seorang blogger Otai..

Ada kemungkinan dari pengalaman beliau sendiri..

Kisah Imah janda muda

Imah, seorang janda yang muda, jelita dan seksi tinggal seorang diri di sebuah banglo dua tingkat. Ramai lelaki tidak kira tua atau muda menggilainya tapi Imah tidak pernah melayan. Siapakah agaknya lelaki yang berjaya memikatnya? Sungguh bertuah lelaki itu kerana harta- harta Imah bernilai berjuta, hasil peninggalan suaminya seorang ahli perniagaan yanmg berjaya.

Kini sudah masuk tahun ke-3 Imah tidak bersuami. Sudah lama dia bersabar. Dalam hatinya yang sepi itu, sebenarnya beliau tidak menafikan dirinya memang kehausan teman. Apatah lagi dirinya kini kian bergetah kembali, yang longgar pun sudah rapat, yang cantik pun pun makin bertambah cantik lagi. Ini juga adalah hasil daripada minatnya yang mendalam terhadap barangan kosmetik dan barangan penjagaan diri.

Dalam sikapnya yang tidak mengendahkan lelaki namun pada malam ini beliau amat berharap mana-mana lelaki akan datang kepadanya. Sesiapa sahaja yang datang malam ini beliau akan sudi menghulurkan tangan.

Tambahan lagi, Imah tinggal berseorangan dalam kegelapan. Bekalan elektrik petang tadi sudah terputus. Imah amat kehausan sekali. Perasaan Imah semakin resah. Sabar Imah menunggu, sejam dirasakan bagaikan sehari. Keresahan dan degupan jantungnya makin memuncak.

Tuk!!!Tukkk! Tiba-tiba tingkap rumahnya diketuk orang. “Ohhhh!

Syukurlah!!!”kata Imah di dalam hatinya. Imah terus berlari membuka tingkap rumahnya yang diketuk itu.

Apabila tingkap dibuka, muncul seorang lelaki umur dalam lingkungan 30an berambut mawi melemparkan senyuman manis kepada Imah. Imah pun membalas senyuman itu. Senyuman mereka berdua jelas kelihatan di dalam samar-samar cahaya torch light milik lelaki itu. Lantas, lelaki itu menghulurkan tangan kanannya lalu disambut oleh Imah.

Suspen

Inilah saat pertama kalinya Imah memegang tangan lelaki semenjak suaminya meninggal dunia. Peluh Imah keluar mencurah disertai degupan jantungnya kian deras berdenyut.

Lelaki itu memimpin Imah berjalan. “Adik duduklah di sini” kata lelaki itu. Imah pun duduk perlahan-lahan dan bagaikan terpukau mengikut sahaja apa arahan lelaki itu dan tiba-tiba Imah terasa punggungnya menjadi dingin. Dingin dan sejuk akibat air telah mula, membasahi punggungnya yang gebu itu.

Menyedari ada sesuatu yang tidak kena, cepat-cepat lelaki itu berkata” Ohhh!!Maaflah dik, tempat duduk dalam sampan ini kesemuanya basah kerana tempias dek air banjir ni, tapi apapun adik telah selamat!” Jawab Imah “Yalah!!Kalaulah abang tidak datang tadi, entah macam manalah nasib saya, air banjir ni nampaknya semakin naik, kalaulah ia mencecah bumbung tak tahulah apa akan terjadi. Tapi nasib baiklah air naik setakat tingkat atas rumah saya ini sahaja, jadi dapatlah saya menunggu di sini”.

Lelaki tadi terus menghidupkan semula engin sampannya lalu terus ke pusat pemindahan mangsa-mangsa banjir di sebuah sekolah kebangsaan.

dari bro..bestoneoffour

http://bestoneoffour.wordpress.com/2011/09/28/punggung-janda-muda-basah-juga-akhirnya/

Nak Kahwin Tapi Watie Cuak Dengan Janda Joey


Tak kahwin lagi pun dah main tidur atas riba , apa cerita ni beb.. baik hangpa kahwin laa cepat cepat

Terkilan dengan bekas isteri joey

WATIE atau nama sebenarnya Norwati Sadali, 35, sering dihimpit dengan kontroversi tanpa kesudahan. Ada sahaja cerita panas dan sensasi daripada bekas penyanyi kumpulan Elite itu. Selain dikatakan mempunyai anak luar nikah, Watie juga dituduh sebagai perampas dan perosak rumah tangga orang sehingga menyebabkan perkahwinan Zulkifli Daud dan pasangannya hancur.

Mungkin sudah penat dan bosan dengan kontroversi yang melanda, walaupun wajahnya sering kelihatan di kaca televisyen namun kelibat pelakon itu jarang sekali dilihat di majlis-majlis yang melibatkan media.

Adakah Watie merajuk atau cuba melarikan diri daripada media? Peluang bertemu pelakon berasal dari Grik, Perak itu semasa ditemui pada majlis pelancaran drama bersiri komedi misteri, Cuak, di Restoran Bora Ombak, Kuala Lumpur, segala isi yang terpendam dijiwanya diluahkan.

“Saya tak melarikan diri atau cuba mendiamkan diri cuma masa jemputan majlis yang melibatkan media saya sibuk dengan jemputan lain dan juga terlibat dengan penggambaran drama.

“Kalau kata saya merajuk mungkin juga sebab saya sudah berada dalam industri seni ini dekat 20 tahun, tapi ada sesetengah media masih mencari cerita kontroversi berbanding kerjaya lakonan saya. Saya tak perlukan lagi kontroversi untuk popular dan dikenali. Bukan niat saya untuk berlagak tetapi ada yang tidak senang dan cuba untuk menjatuhkan saya,” katanya yang lega kerana rezeki dalam bidang lakonan mencurah-curah biarpun dirinya dihimpit kontroversi.

Namun begitu, Watie bersyukur terdapat juga media yang masih bercerita mengenai kerjaya lakonannya berbanding kisah kontroversinya semata-mata.

Ibu tunggal kepada seorang anak lelaki itu juga tidak mahu lagi cerita sensasinya digembar-gemburkan kerana dia tidak mahu orang luar yang tidak tahu kisah sebenar menganggapnya jahat.

Watie juga menyatakan rasa terkilan kerana sering mendapat watak lakonan perempuan gedik dan jahat tetapi terpaksa terima demi menyara anaknya Afif Danial, 7.

Ditanya mengenai hubungannya dengan penyanyi dan pelakon, Zulkifli atau nama glamornya Joey, kata Watie, dia masih dalam dilema sama ada mahu meneruskan hubungannya bersama Joey atau tidak.

Pelakon berzodiak Taurus itu juga memutuskan untuk tidak bernikah dengan Joey kerana terkilan dan tertekan dengan kenyataan yang dibuat oleh bekas isteri penyanyi lagu Beradu Suratan itu dalam sebuah akhbar awal bulan puasa lalu.

“Cadangnya memang kami ingin bernikah pada bulan puasa lalu tetapi selepas kenyataan daripada bekas isterinya keluar dalam sebuah akhbar, saya terpaksa menolak untuk bernikah dengannya. Saya betul-betul tertekan sampai ambil keputusan tidak bernikah dengannya. Walaupun mereka sudah bercerai tetapi saya masih tidak tahu sama ada perlu meneruskan hubungan ini atau tidak,” katanya yang bersyukur kerana Joey tidak marah dengan penolakan itu malah sentiasa memberinya sokongan dalam segala hal.

Menyentuh mengenai hatinya, Watie tidak berbohong memberitahu, dia memang menyayangi Joey. Malah, menganggap lelaki itu begitu baik di matanya.

“Saya sayangkan dia. Walaupun dia tidak mempunyai sebarang harta tetapi saya tidak pernah jumpa lelaki sebaik dia.

“Joey tidak ada cacat celanya kerana dia menerima sahaja apa keputusan yang dibuat oleh saya malah saya menganggap Joey seperti Lelaki Melayu Terakhir,” katanya yang masih teringin berkahwin dan mahu dirinya dijaga oleh lelaki.

kosmo

‘Janda insaf’ Jadi Rebutan pulak


Ada yang menghantar surat berserta biodata lengkap seperti surat memohon kerja, meluahkan perasaan secara bertulis, malah tidak kurang yang lebih ‘gentleman’ berjumpa ayahnya semata-mata mahu menyampaikan hasrat di hati.

Memegang status janda popular menyebabkan Kartika Sari Dewi Shukarnor, 34, menjadi perhatian ramai lelaki, sama ada orang kebanyakan mahupun berstatus VIP.
Lebih-lebih lagi kisahnya menjadi perhatian tiga tahun dulu berikutan kesanggupannya menjalani hukuman sebat atas kesalahan minum arak dan sejak itu setiap perkembangannya menjadi hiasan di dada akhbar hinggalah kisah perceraiannya dengan seorang warga Singapura.

Namun, buat masa ini, tidak terlintas di hati wanita kelahiran Kampung Jawang, di sini, itu untuk mengakhiri zaman jandanya, apatah lagi dia baru kehilangan anak sulung, Mohamad Azfar Muhammad Affandi, 9, akibat lemas pada 8 Mei lalu.

Kartika tidak menafikan tertarik dengan surat ‘lamaran’ diterima, namun individu yang melamarnya merahsiakan beberapa maklumat, terutama status terkini.
“Surat yang saya terima rata-rata menyertakan maklumat positif, namun saya terpaksa menolak kerana mereka masih berstatus suami orang.

“Saya tidak percaya 100 peratus maklumat diberi, sebaliknya melakukan siasatan bagi memastikan ia benar,” katanya ketika ditemui Metro Ahad, di sini.
Menurutnya, dia tidak sanggup menghancurkan hati wanita lain semata-mata mahu mengakhiri status janda kerana percaya faktor takdir yang pasti berbalik kepadanya jika melakukan sesuatu yang buruk.

Katanya, bukan bermakna dia menutup pintu hatinya kepada lelaki lain selepas bercerai dengan bekas suami, Muhammad Afandi Amir, 39, tahun lalu, tetapi Kartika enggan memikirkannya dalam masa terdekat.
“Saya baru mengambil alih perniagaan inap desa Perak River Safari daripada ayah dan tumpuan kini hanya kepada kerja untuk mempromosikannya yang diuruskan bersama dua abang saya.
“Wanita mana tidak mahu hidup bersama lelaki bergelar suami, tetapi ia (berkahwin) bukan keutamaan saya dalam tempoh lima tahun ini.
“Namun, jika ditakdirkan bertemu jodoh dalam tempoh itu, siapalah saya untuk menolaknya,” katanya.
Kartika berkata dia tidak meletakkan syarat bagi mereka yang ingin menyuntingnya sebagai suri hati tetapi paling penting, lelaki berkenaan menerima anaknya, Wann Kaitlynn Saridewi Muhammad Affandi, 7.
Katanya, anak adalah keutamaannya kini, lebih-lebih lagi sejak melalui kejadian sedih yang meragut nyawa anak sulungnya ketika insan lain yang bergelar ibu gembira menyambut Hari Ibu.
Bagaikan menjadi penawar duka, Kartika menerima seorang kanak-kanak berusia 10 tahun yang diberi seorang wanita seminggu selepas pemergian Azfar untuk dijadikan anak angkat.
Kanak-kanak perempuan itu yang dikenali sebagai Qaisara tidak dianggap pengganti Azfar, sebaliknya sebagai kawan kepada Wann Kaitlynn.
“Qaisara tidak akan sama dengan Azfar kerana anak sulung saya mempunyai tempat istimewa dalam hati saya dan dia (Azfar) tetap saya kenang dan sayang sehingga ke hujung nyawa.
“Bagaimanapun, saya tetap mencurahkan kasih sayang yang tidak berbelah bagi kepada Qaisara kerana dia adalah amanah yang perlu saya pelihara dengan sewajarnya,” katanya.
Seperti Azfar, Qaisara tergolong dalam kategori kanak-kanak istimewa kerana mengalami masalah lembam tetapi Kartika reda menerima kekurangan anak angkatnya itu.

mmetro

Nota; Jika ‘mampu’ dan ingin membina masjid teruskan niat yang baik itu.

%d bloggers like this: