Tag Archives: Jakim

Akhirnya Hatijah Aam Umum Bertaubat


ummu jah

Ummu Jah  membuat pengumuman yang mengejutkan

KUALA LUMPUR: Dalam satu perkembangan yang mengejutkan, balu bekas pemimpin Al-Arqam, Allahyarham Ustaz Asaari Muhammad yang juga Pengerusi Eksekutif Global Ikhwan Sdn Bhd (GISB), Hatijah Aam mengumumkan bertaubat dan meninggalkan ajaran Aurad Muhammadiah yang menjadi pegangan kumpulan tersebut.

Dalam tiga pucuk surat yang diemel kepada Harakahdaily, Hatijah (gambar), Timbalan Pengerusi GISB, Rasidi Abdullah dan Ketua Pegawai Eksekutif GISB, Lokman Hakim memohon maaf kepada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), polis, akhbar, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Kerajaan Malaysia kerana melanggar fatwa, memutuskan silaturrahim dan bersangka buruk.

“Bahawa kami GISB mengaku bersalah dan sanggup bertaubat dan bersumpah atas nama Allah! Sekiranya perkara ini diragui kebenarannya.

“Mohon pihak tuan aturkan apa sahaja program untuk mempastikan kami benar-benar selamat dari ajaran sesat ini!” kandungan surat bertajuk Memohon Maaf Kepada Pihak Berwajib itu dipetik.

Dalam surat yang berlainan Hatijah, Rasidi dan Lokman menggariskan 10 langkah yang bakal diambil GISB untuk bertaubat dan mematuhi fatwa (berhubung Aurad Muhammadiah).

Antaranya menulis surat memohon maaf kepada Majlis Fatwa, Jakim dan Jais; mengeluarkan surat sumpah dan upacara sumpah; melupuskan bahan-bahan rujukan (ajaran Aurad Muhammadiah); menganjurkan program kesedaran untuk seluruh anggota GISB; dan melaksanakan program pemantauan.

GISB juga akan membebaskan ahli-ahli yang dikuarantin; mempertemukan pasangan suami isteri yang terpisah; mengirim surat permohonan maaf kepada pihak-pihak terbabit; mengamalkan zikir dan wirid yang dibenarkan Jakim dan menyiarkan langkah-langkah yang diambil melalui media massa.

Aurad Muhammadiah yang diamalkan bekas pengikut kumpulan Al-Arqam dan juga anggota GISB telah difatwakan sesat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

Fatwa berhubung Aurad Muhammadiah telah diwartakan pada 5 Ogos 1994.

HD

Sos DNA Babi Diletak Sebaris Produk Halal


Pengguna mahu pemantauan elak umat Islam keliru, tertipu

KOTA BHARU: Meskipun disahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bahawa sos jenama HP Souce dan Tabasco mengandungi Asid Deoksiribonukleik (DNA) babi, namun masih ada peniaga tetap menjual dan meletakkan produk itu sebaris dengan produk sos halal yang lain.

Tinjauan Berita Harian di beberapa pasar raya di bandar ini mendapati sos jenama HP Souce dan Tabasco itu diletakkan secara terbuka di rak bersama produk halal lain dipercayai untuk mengaburi masyarakat.

Suri rumah, Muji Hassan, 56, yang mengakui dia sendiri tidak menyedari produk itu disahkan mengandungi DNA babi berharap pemantauan dilakukan oleh pihak berkuasa bagi memastikan hanya produk halal dijual sebaris dengan barangan halal, bukan sebaliknya.

Mengakui dia sendiri pernah menggunakan sos jenama itu untuk membuat pizza, Muji berkata, JAKIM dan pihak berkuasa termasuk peniaga perlu bertanggungjawab bagi memastikan masyarakat didedahkan dengan maklumat seperti itu.

“Sepatutnya pihak bertanggungjawab perlu sentiasa memantau produk yang diharamkan di pasaran, ini kerana tak semua orang tahu mengenainya apatah lagi orang seperti mak cik yang tak tahu menggunakan internet dan jarang sekali membaca surat khabar,” katanya ketika ditemui di sini.

Sebelum ini akhbar melaporkan semua pemegang dan pemohon baru Sijil Halal Malaysia yang menggunakan produk HP Sauce dan Tabasco Pepper Sauce diarah menukarkannya kepada produk lain yang memiliki sijil halal berikutan penemuan DNA babi dalam produk itu.

Peniaga, Nik Amindin Nik Salleh, 36, kesal dengan tindakan segelintir peniaga yang tidak peka dan sengaja meletakkan produk berkenaan sebaris dengan jenama halal di negeri ini.

Berikutan itu, dia mencadangkan supaya pasar raya mempamerkan senarai barangan yang disahkan mengandungi DNA babi dan produk diharamkan untuk umat Islam, sekali gus mengelak daripada membelinya.

“Bagi yang tak tahu, mereka mesti akan terus membelinya tanpa berfikir panjang kerana ia diletakkan sebaris bersama dengan sos lain yang halal.

“Saya juga mencadangkan supaya dibuat satu papan tanda khas di pasar raya berhubung dengan pengharaman sesuatu produk oleh JAKIM, cara ini tentunya membantu umat Islam mengetahuinya dengan jelas. Apa guna diharamkan tapi ramai yang tak tahu dan pemantauan pula kurang,” katanya.

zulkifle che abdullah

Buku Seks: Jamil Khir Lawan Kelab isteri Taat


Muka belakang buku kontroversi “Seks Islam, Perangi Yahudi Untuk Kembalikan Seks Islam Kepada Dunia” terbitan Kelab Taat Suami. — Foto ihsan

Jakim mahu sekat buku ‘panduan seks’ Kelab isteri taat

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan menyekat pengedaran buku “Seks Islam, Perangi Yahudi Untuk Kembalikan Seks Islam Kepada Dunia” yang diterbitkan oleh Kelab Taat Suami kerana didakwa mengarut dan memalukan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk seri Jamil Khir Baharom berkata perbincangan mengenai hubungan seks dalam buku berkenaan walaupun secara halal antara suami dan isteri adalah tidak wajar kerana ditonjolkan dengan cara tidak beradab dan boleh mengundang tanggapan negatif.

“Apatah lagi apabila membicarakan mengenai khayalan yang Allahyarham Asaari Muhammad atau Abuya (bekas pemimpin Al-Arqam) sedang melayari hidup di alam sendiri dan akan menguruskan isterinya untuk dibawa ke alam roh, ini hal karut,” katanya.

Kelab itu mencetuskan kontroversi apabila pelancarannya diumumkan awal Jun lalu.

Jamil Khir menambah, “kita akan siasat dengan teliti kandungan buku ini dan melihat sejauh mana tindakan yang boleh diambil, termasuk kepada Kelab Taat Suami yang diketuai Hatijah Aam (isteri Asaari) ini.”

Buku itu dilaporkan mengulas mengenai seks suami isteri secara terperinci.

Buku 115 muka surat yang dikatakan panduan kepada isteri dan pengantin baru untuk melayan suami di ranjang, turut menyiarkan gambar Hatijah atau lebih dikenali sebagai Ummu Jah, yang mendakwa ketika dunia menyangka Abuya sudah meninggal dunia, pengikutnya kini bangkit memperjuangkan seks Islam.

Sementara itu bekas pengikut Al-Arqam Mohd Zawawi Aman berkata buku berkenaan yang diterbitkan di Pasir Puteh, Kelantan kira-kira dua bulan lalu hanya dijual kepada ahli dengan harga RM50 senaskhah.

tmi

15 Restoran Guna Sos Ada DNA Babi di Negeri Sembilan


Sos Hp danTabasco pepper disahkan mengandungi DNA Babi

Sebanyak 15 premis makanan termasuk restoran makanan segera popular dan berstatus halal di negeri ini serta beberapa negeri lain dikesan menggunakan sos serta beberapa bahan yang disahkan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi.

Perkara tersebut terbongkar selepas pegawai dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melakukan pemeriksaan mengejut di premis berkenaan pada bulan lalu.

Hasil pemeriksaan tersebut mendapati, premis terbabit masih menggunakan produk HP Sauce dan Tabasco Pepper Sauce yang disahkan mengandungi DNA babi oleh Jakim.

Seorang jurucakap JHEAINS berkata, susulan itu semua premis makanan tersebut termasuk semua peralatan yang digunakan premis berkenaan terpaksa menjalani proses samak.

Katanya, premis berkenaan yang termasuk beberapa buah restoran, kedai kek dan restoran makanan segera telah disamak sebagai syarat untuk mereka memperoleh sijil halal.

“Kita melakukan pemeriksaan di premis-premis berkenaan selepas pihak Jakim mengesahkan bahawa dua sos berkenaan dan satu serbuk penaik jenama Puratos mengandungi DNA babi,” katanya di sini semalam.

Menurut jurucakap itu, ketika pemeriksaan, pemilik premis berkenaan mendakwa mereka tidak tahu bahawa produk yang digunakan oleh mereka mengandungi DNA babi.

Oleh SYED AHMAD ZULKARNAIN SYED ALI

Patutkah: DYMM Tuanku Agong Dipanggil ‘Ketua islam Babi’


Jingga 13 mohon mengadap Agong

Kegagalan serta sikap lepas tangan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mahupun Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam menangani isu sebuah laman web yang menghina Agama Islam serta boleh memesongkan akidah, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Jingga 13 akan mengadap Yang di-Pertuan Agong bagi menyerahkan memorandum berhubung dengan isu berkenaan.

Jurucakapnya, Fariz Musa yang dihubungi mengesahkan NGO terpaksa mengambil tindakan tersebut kerana kecewa dengan sikap Jamil Khir dan juga JAKIM yang tidak mahu bertindak malah menyifatkan isu tersebut bukan dalam bidang kuasa mereka.

“Inilah jalan yang perlu kita ambil dan bukan niat kita untuk memanjangkan permasalah tersebut kepada Agong tetapi bila melihat sikap Jamil Khir dan juga JAKIM yang tidak mahu bertindak maka kami rasa wajar perkara ini diketengahkan.

“Sehingga sekarang kita belum mendapat apa-apa jawapan dari pihak Jakim mahupun kementerian, jadi kita berpendapat mereka memang tidak mahu bertindak,” jelas Fariz

Tambah Fariz lagi pertemuan yang akan diadakan pada 12 September jam 10 pagi itu akan turut disertai pemimpin dari Parti Keadilan Rakyat.

“Kami bersama semua pemimpin  akan mengadakan satu pertemua dengan Yang di-Pertuan Agong di atas penghinaan kesucian agama Islam telah dihina oleh individu yang tak bertamadun di halaman sosial.

“Jingga 13 akan menyerah memorandum tentang gagalnya Menteri menyelesaikan masalah ini walaupun laporan yang telah di buat,” sambungnya lagi.

Beliau juga mengharapkan kerjasama dari semua pihak agar dapat bersama dengan Jingga 13 pada pertemuan tersebut supaya kesucian Agama Islam terus terpelihara.

“Bagi memelihara kesucian Islam dari terus dihina serta mengharapkan agar Jamil Khir mahupun Jakim tidak memandang mudah tentang permasalah ini, saya menyeru mana pihak diluar turut serta bersama dalam pertemuan itu esok,” tambah beliau.

Pada 7 September yang lepas,  Jingga 13 telah menyerahkan memorandum kepada SKMM dan juga Jakim dalam aduan individu yang menghina Islam di internet, namun ia gagal diserahkan kerana Jakim memberi alasan bahawa isu menghina Islam itu bukan bidang kuasa Jakim.

Bongkar: Sosej Babi Halal?


BUKTI...sosej dipercayai dibuat daripada babi tertera logo halal Jakim.

Sosej babi halal?

KUALA LUMPUR: “Saya pernah menetap di Sepanyol dan setahu saya perkataan ‘chorizo’ merujuk kepada sosej diperbuat daripada babi, jadi saya hairan bungkusan produk itu turut tertera logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).”

Itu kata seorang wanita dikenali sebagai Aira, 30-an dalam aduannya kepada Harian Metro semalam ( ahad), berhubung penjualan sosej disyakinya diperbuat daripada babi di sebuah pasar raya, di sini.

Semakan Harian Metro mengenai perkataan ‘chorizo’ di Wikipedia mendapati ia merujuk kepada beberapa jenis sosej berasaskan khinzir dan digunakan meluas di Eropah.

Aira berkata, selepas mengesan sosej ‘chorizo’ itu dia cuba menyemak bahan kandungannya bagi memastikan ia benar-benar diperbuat daripada daging babi, tetapi maklumat itu tidak tertera pada bungkusannya.

“Yang pasti, warna sosej itu nampak lebih terang berbanding sosej daging lembu yang kelihatan kemerahan,” katanya.

Oleh Muhammad Saufi Hassan…mmtr

Nota: Ini entah untuk kali yang ke berapa sosej babi di pasaran didedahkan.

Hal ini berlaku setiap hari disemua negeri, paling gawat dinegeri yang bersempadan denagn Thailand seperti Kedah dan Perlis..berlambak lambak sosej tanpa logo halal.

Eloklah kita menjauhi dari membeli pruduk yang tidak tahu dari mana puncanya ini, tak makan sosej pun boleh hidup lagi kan.

%d bloggers like this: