Tag Archives: Islamic Republic News Agency

Isteri ‘Mutaah’ diGantung Sampai Mati


Shahla dibawa keluar dari mahkamah setelah didapati bersalah pada 2004

Shahla didapati bersalah membunuh isteri pemain bola Iran Nassir Mohamed Khani

TEHERAN: Iran semalam mengantung sampai mati isteri sementara atau ‘mutaah’ seorang bekas pemain bola sepak negara itu, yang didapati bersalah membunuh isterinya yang tetap, lapor agensi berita rasmi IRNA. Shahla Jahed, 40, digantung selepas merengkok di penjara selama lapan tahun, dalam kes yang menjadi perbincangan hangat rakyat di negara berkenaan. Shahla menjadi isteri mutaah kepada bekas bintang bola sepak Iran, Nasser Mohammad Khani. Dia didakwa pada 2002 atas kesalahan membunuh isteri Nasser, Laleh Saharkhizan, dan didapati bersalah, selepas rayuannya ditolak pada 2004 dan 2009.

Perkahwinan sementara atau mutaah dibenarkan dalam kalangan lelaki Iran, bermakna mereka boleh mempunyai isteri lain di luar  dengan perjanjian bagi tempoh beberapa jam hingga beberapa tahun.

Hukuman yang dilaksanakan semalam dibuat mengikut undang-undang qisas atau bunuh balas bunuh.

Pertubuhan hak asasi antarabangsa termasuk Amnesty International menjalankan kempen besar-besaran mendesak Kerajaan Iran membatalkan hukuman itu.
Laman web Khabaronline.ir, melaporkan, anak lelaki Laleh menarik kerusi di bawah kaki Shahla, menyebabkan wanita itu tergantung dan menghembuskan nafas terakhir. Nasser turut hadir ketika hukuman dilaksanakan.

Laporan menyatakan pegawai kehakiman menghabiskan sejam berbincang dengan keluarga Laleh Saharkhizan sebelum hukuman dilaksanakan, dalam usaha meminta pengampunan tetapi gagal.

Shahla pada mulanya menafikan terbabit dalam pembunuhan Laleh tetapi kemudian mengaku menikam wanita itu sebelum menarik balik pengakuannya.

AP

%d bloggers like this: