Tag Archives: irma hasmie

Zul Ariffin ‘Kahwin’ Dua Wanita ?


Betul ke Zul kahwin dua wanita ?

Pelakon Zul Arrifin telah berkahwin dengan Yana Shamsuddin dan Irma Hasmie menerusi telefilem Hatiku Di Kinabalu yang akan menemui penonton pada hari ini, pukul 10 malam.

Menurut Pengurus Kumpulan Saluran Filem Astro, Shoba Devi, telefilem itu akan dsiarkan menerusi stesen Astro Citra dan gandingan tiga pelakon popular mampu menarik perhatian umum untuk menontonnya.

“Bukan sahaja menampilkan pelakon-pelakon popular, tetapi jalan ceritanya dan lakonan mantap mereka mampu meruntun jiwa penonton.

“Selepas kejayaan beberapa siaran telefilem menerusi saluran kami san mendapat pengiktiran memenangi beberapa anugerah seperti Sanggul Beracun dan Apa Dosaku, para penonton sudah meletakkan suatu penanda aras dan harapan untuk setiap karya yang kami tonjolkan.

“Justeru itu, pihak kami akan memastika karya itu berkualiti dengan menitikberatkan skrip dan jalan cerita, sinematografi serta pemilhan pelakon terbaik usebelum menayangkan kepada penonton.

Telefilem selama 90 minit yang diarahkan oleh MJ Woo ini mengisahkan Anuar (Zul) dan Qistina (Yana) hangat bercinta ketika di zaman kolej dan kemudiannya berkahwin. Malangnya, Qistina jatuh koma akibat kecederaan serius selepas diragut. Anuar setia menjaga Qistina yang terlantar di hospital dan pada masa yang sama, dia juga menjaga anak perempuannya, Maya.

Keadaan menjadi rumit selepas Anuar mengahwini Lara selepas dipujuk oleh ibu bapa Qistina. Kehidupan mereka diteruskan seperti biasa dan mereka terus menjaga Qistina yang masih terlantar di hospital.

Konflik sampai ke kemuncaknya apabila Qistina yang terlantar koma selama 10 tahun akhirnya tersedar. pada masa sama, Maya tidak boleh menerima ibu kandung yang selama ini hanya dilihat hanya kaku di atas katil hospital.

mStar

Pengakuan Terbaru irma Hasmie dan Siti Nordiana


Irma Hasmie, Siri Nordiana kini akui lebih tenang jalani kehidupan sebagai artis dengan berimej baru

ALUR hidup mereka jauh berbeza, namun status selebriti tidak membebaskan dua personaliti yang kini membawa imej muslimah ini daripada belenggu palitan kontroversi yang pernah menimbulkan polemik sedikit masa lalu. Edaran masa seperti enggan meluputkan minda segelintir manusia daripada terus mengingati khilaf silam mereka, lantas memerangkap dua nama ini dalam persoalan yang berlarutan.

Biarpun kini Irma Hasmie dan Siti Nordiana sudah meninggalkan imej gelap masa silam, bayangan lakaran lalu yang masih mengekori membuatkan segelintir masyarakat skeptikal dengan penghijrahan mereka. Pengorbanan mereka bukan mudah untuk taqmpil imej baru sesuai dengan kehendak dan suruhan agama, namun itulah hikmah yang mereka peroleh kini.

Enggan pertikaian sebilangan kecil masyarakat merosakkan kesucian niat mereka, Irma dan Siti Nordiana atau Nana berharap pengorbanan besar memberikan imej baru kepada industri hiburan tidak menjauhi mereka daripada rahmat Allah. Dengan imej bertudung litup dan lebih mementingkan adab dalam pergaulan seperti dituntut Islam, mereka tetap akur meneruskan perjuangan seni dengan landasan yang benar.

Akui Irma, hasutan syaitan serta persekitaran ada kala menguji kekuatan iman namun dia nekad mempertahankan pendirian kerana perubahan itu adalah untuk mencari keredaan Allah. Bermula daripada niat ikhlas, seterusnya memancarkan kejujuran dalam diri dan dari situ, kata Irma akan terbit kesungguhan untuk terus mempertahankan pegangan diri.

“Setiap kali bangun, saya sentiasa berdoa kepada Allah supaya tidak jatuh dan berpatah balik ke laluan yang pernah saya lalui dulu.

Alhamdulillah, pandangan skeptikal dan sini manusia tidak sesekali membuat saya lemah dan tewas. Saya tolak ke tepi semua itu dan menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah.
“Dia yang memberikan rezeki, malah mentadbir alam semesta jadi saya tidak perlu bimbang kerana semua yang berlaku mempunyai alasan dan hikmahnya. Allah sayangkan hamba-Nya yang mahu berubah ke arah kebaikan, jadi tidak mungkin Dia menutup pintu rezeki-Nya,” kata Irma mengenai penghijrahan yang berlaku selepas pulang dari mengerjakan umrah di Makkah, Mac lalu.

Penghijrahan itu akui Irma, menuntut kekuatan luar biasa bahkan mendesaknya melakukan pengorbanan yang cukup menguji.

Tanpa paksaan sesiapa, Irma melupakan keseronokan kosong yang membentangkan kebahagiaan sementara, sebaliknya beralih mencari kegembiraan hakiki.

“Dulu hidup saya tiada fokus, malah terlalu lalai dengan keseronokan dunia. Bukan saya tiada cita-cita, tetapi ia lebih terarah kepada pencapaian duniawi. Saya korbankan semua keseronokan itu kerana mahu berjaya di dunia dan akhirat. Saya berkorban untuk sebuah kehidupan yang lebih baik dan berbeza daripada apa yang dilalui dulu.

“Dulu saya tercari-cari arah hidup tetapi hari ini, saya lebih yakin dan berasa selamat kerana dekat dengan Allah. Apa sangat pengorbanan ini berbanding orang lain yang jauh lebih hebat diuji,” bahas Irma, bertepatan dengan kedatangan Hari Raya Korban yang disambut umat Islam hari ini.

Enggan segala luahannya disalah tafsir sebagai membangga diri, Irma bersyukur kerana hidupnya hari ini dikelilingi mereka yang sentiasa memberi dorongan untuk kebaikan. Disebabkan itu, perantara program Assalamualaikum dan Solehah siaran TV AlHijrah ini masih setia mengabdikan dirinya kepada dunia hiburan kerana medium itu boleh mendorong peminat ke jalan lurus dan diredhai Allah.

Baginya, tiada alasan untuk berundur diri jika bidang ini masih memberinya ruang untuk beramal dan berbakti bukan saja sesama manusia tetapi juga kepada Allah. Ralit mendengar hujah Irma membuatkan Nana memperoleh semangat baru apatah lagi, sebelum penghijrahannya dia diuji dengan pelbagai dugaan yang mencabar iman.

Berkali Nana menegaskan, perubahan dalam dirinya dilakukan bukan kerana mahu menarik perhatian ramai. Penyanyi kelahiran Sendayan, Negeri Sembilan itu juga tidak berniat mengalih ingatan peminat selepas berdepan kritikan pedih gara-gara pernah muncul dengan imej seksi.

“Saya tidak pernah mencanang kepada sesiapa untuk berubah. Saya hanya berterus terang mengenai imej baru apabila diundang menjayakan sesi fotografi menjelang Syawal lalu. Ketika itu saya sudah bersedia diterjah pelbagai pertanyaan. Usah memandang serong kerana saya cuma memenuhi tuntutan yang diwajibkan kepada wanita Islam, bukan berbangga atau cuba menunjuk-nunjuk,” katanya.

Penyanyi Cinta Hanya Sandaran itu bersyukur, penghijrahannya itu membuatkan dia lebihl dihormati malah bebas daripada gangguan lelaki hidung belang. Membawa status ibu tunggal seorang cahaya mata, Nana tidak menafikan dulu dirinya sering menjadi mangsa usikan lelaki yang cuba memancing perhatian.

“Sejak bertudung, tiada lagi lelaki yang mendekati hanya untuk mengambil kesempatan. Perubahan ini tanpa disangka menjauhkan saya daripada pandangan serong. Bukan mudah untuk saya jalani kerana saya bergerak sendiri. Namun Allah membentangkan laluan lebih selesa hingga saya dapat merasai, pintu rahmat-Nya terbuka luas apabila memilih untuk meniti laluan diredai,” jelasnya.

Bp

Irma Hasmie Menangis Ketika Nabil Nikah ?


Isu artis wanita pakai tudung di negara ini bukanlah satu perkara baru namun apabila ia berlaku secara serentak, pelbagai pihak meragui niat sebenar golongan itu.

Irma Hasmie Ibrahim, Siti Nordiana dan Diana Amir merupakan antara tiga lagi artis wanita yang telah melakukan penghijrahan besar dalam hidup mereka.

Bagi ketiga-tiga wanita ini, langkah untuk mengambil keputusan sebesar ini sebenarnya banyak menyedarkan mereka tentang erti kehidupan yang selama ini dicari.

BUKAN lagi rahsia apabila hubungan cinta yang pernah terjalin di antara Irma Hasmie dengan Nabil Raja Lawak terputus di tengah jalan.

Minggu lepas, bekas kekasih Irma itu telah menamatkan zaman bujangnya dan mata kini kembali tertumpu kepadanya. Continue reading

irma Hasmi Akan Hadiri Perkahwinan Nabil Hari ini ?


Irma ada sebab tak hadir perkahwinan Nabil

Pelakon Irma Hasmie tidak akan menghadiri majlis pernikahan dan persandingan bekas kekasihnya, Ahmad Nabil Ahmad (Nabil Raja Lawak) yang akan bernikah dengan Nazirah Ayub, Jumaat (hari ini), demi menghormati hari bahagia pelawak itu.

Irma berkata, dia bimbang sekiranya dia hadir, akan timbul perasaan tidak selesa kedua-dua pengantin atau akan menyinggung perasaan keluarga mereka.

“Saya sudah buat keputusan tidak akan hadir pada majlis itu. Lagipun saya tidak menerima kad jemputan perkahwinan daripada Nabil,” katanya kepada mStar Online ketika ditemui pada majlis resepsi persandingan Memey Suhaiza dan Norman Hakim di Hotel Crowne Plaza di sini, malam Khamis.

Nabil dan Nazirah akan bernikah selepas solat Jumaat di Masjid Sultan Mizan, Putrajaya dekat sini, Jumaat sementara majlis resepsi persandingan pula akan diadakan di I-City Shah Alam berkonsepkan “fairy tale” dan persandingan dalam taman.

Kata Irma, Nabil ada menghubunginya beberapa hari lalu untuk memaklumkan majlis berkenaan tetapi atas perbincangan dan persetujuan bersama, adalah lebih baik dia tidak muncul pada kedua-dua majlis itu.

Jelas Irma, sebagai seorang selebriti, dia bimbang kehadirannya nanti menimbulkan macam-macam persepsi selain takut diserbui pihak media untuk meminta pendapat mengenai perkahwinan berkenaan. Ditanya adakah dia menyimpan perasaan dendam terhadap pelakon lelaki itu, Irma berkata dia sudah melupakan peristiwa yang penah beliau di antara mereka selama ini.

Malah Irma juga berkata hatinya semakin tenang selain mendoakan agar perkahwinan berkenaan berjalan dengan baik.

“Saya mengucapkan tahniah kepada Nabil dan Nazirah. Mudah-mudahan perkahwinan mereka diberkati Allah,” katanya.

Dalam perkembangan lain kata Irma selepas melalukan perubahan dengan mengenakan tudung, tawaran berlakon terhadapnya semakin bertambah.

mStar

Ayunya Fauziah Gous Bertudung tapi…


Adakah Fauziah Gous bertudung cuma sekadar untuk menerima bayaran lumayan sebagai pelakon.

Apa salahnya jika beliau terus sahaja dengan bertudung dalam kehidupan seharian, jika dalam drama boleh bertudung kerana mengikut kehandak watak dan skrip.Tidakkah diluar drama bertudung atau menutup aurat itu sebagai mengikuti perintah Allah dan Rasul.

Sudah ramai artis ternama mengubah bukan hanya sekadar fesyen tetapi kerana mengikuti perintah agama.Pun begitu pendapatan mereka masih lagi lumayan.

Eloklah bersempena Ramadhan yang mulia lagi berkat ini Fauziah membuat penghijrahan untuk dirinya sendiri.

Semua kebaikan itu dari Allah azzawajal dan keburukan itu dari diri kita sendiri.

Jojie…

Azizah Mahzan…

Azizah sudah berhenti berlakon kerana merasakan selalu dipermainkan

Irma Hasmie

Kata Irma Hasmie…

“Setakat ini hati saya belum terdetik lagi untuk berhenti daripada bidang lakonan sejak bertudung. Alhamdulillah pihak produksi begitu memahami cara saya bekerja.

“Saya bukannya tetapkan syarat yang bukan-bukan, cuma saya meminta mereka untuk memperuntukkan masa selama 30 minit setiap kali waktu solat kerana mahu membuang dan memakai solekan,” katanya.

Tambah Irma, berimej tudung bukanlah menjadi satu alasan untuk dia sukar menunaikan tugas lakonan kerana baginya pengurusan masa amat penting dalam bidang tersebut.

“Saya percaya, selagi kita bijak menguruskan masa, insya-Allah, apa-apa perkara yang ingin dilakukan akan terlaksana.

“Setakat ini, saya tidak ada masalah dengan setiap penggambaran yang dilakukan. Watak yang ditawarkan juga sesuai dengan imej saya,” ujarnya.

Tambah Irma, dia juga bersyukur kerana sehingga kini, dirinya tidak putus-putus menerima tawaran berlakon serta menjadi pengacara.

Ditanya pula adakah dia sudah mempunyai kekasih baru sejak putus cinta dengan Nabil Raja Lawak, kata Irma, hatinya masih lagi belum dimiliki.

“Kalau boleh, saya tidak mahu bercinta dan bergelar ‘kekasih’ seperti sebelum ini.

“Bila berjumpa dengan lelaki yang sesuai, saya mahu kahwin terus. Tetapi, saya kenalah kenal dirinya dalam masa beberapa bulan dahulu. Nanti tersalah pilih pula,” selorohnya yang bakal mengacara program Solehah di TV Al Hijrah.

petikan dari (mStar)

abu shahid

%d bloggers like this: