Tag Archives: IPP

Najib Silalah Jawab Dengan Tenang Jangan Gabra!


Najib mesti jawab mengenai pendedahan Tan Sri Ani Arope

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak harus menjawab pendedahan yang dibuat oleh mantan Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB), Tan Sri Ani Arope bahawa Unit Perancangan Ekonomi (EPU) bertanggungjawab terhadap skandal subsidi minyak yang menyebabkan rakyat Malaysia menanggung kos berjumlah RM131.3 bilion pada tahun 2010.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, Ani yang memilih untuk melepaskan jawatan beliau daripada menandatangani perjanjian berat sebelah, yang melihat penciptaan generasi pertama IPP, seperti YTL Power Services, Powertek dan Malakoff semasa pentadbiran Mahathir.

Katanya, EPU telah memaksa Tenaga untuk membeli kuasa daripada pengeluar bebas elektrik (independent power producer –IPP), yakni Genting Sanyen, sebanyak 14sen/kWh walaupun terdapat penawaran sebanyak 12sen/kWh; dan IPP mengenakan bayaran sebanyak 16 sen/kWh.

Tambahnya, Ani dalam pada itu, turut menggelar EPU sebagai ‘Economic Plundering Unit’ dengan menaikkan tarif elektrik sewenangnya, menyatakan bahawa agensi janakuasa tersebut telah memaksa syarikat janakuasa nasional untuk menandatangani perjanjian pembelian berat sebelah hampir 20 tahun yang lalu di mana Tenaga mesti membeli tenaga yang tidak diperlukan.

“Hal ini menyebabkan Malaysia mengalami margin simpanan elektrik yang tertinggi di dunia iaitu 52.6% pada tahun 2010,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Menurutnya, sehingga akhir tahun 2010, Petronas telah menjengkalkan subsidi gas asli terhadap sektor janakuasa dan sektor bukan janakuasa sebanyak RM131.3 bilion.

Beliau berkata, sekiranya harga gas asli tidak berubah (dalam sektor janakuasa pada RM10.70/MMBTU; sektor bukan janakuasa pada RM15.35/MMBTU), sejumlah RM27 billion terpaksa ditanggung pada 2011.

Tambahnya lagi, Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah dibenarkan untuk menaikkan 7% kenaikan kerana Tenaga perlu membayar lebih untuk harga gas asli yang naik sebanyak RM3 se MMBTU, di mana ianya akan mengurangkan kos subsidi kepada RM25.64 bilion daripada RM27.22 bilion.

“Jelas sekali, tiada justifikasi untuk Putrajaya menaikkan tarif elektrik sebanyak 7% apabila kajian semula syarat asal IPP adalah memadai daripada pemotongan nilai subsidi tersebut,” katanya yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

Katanya lagi, ‘Federation of Malaysian Manufacturers’ (FMM) telah menyatakan bahawa harga dalam sektor janakuasa Malaysia belum menjadi lebih kompetitif, walaupun bayaran untuk gas asli adalah lebih murah (RM13.70/mmBtu) berbanding Thailand (RM18.23), Singapura (RM43.32) dan Indonesia (RM21.04). Kos elektrik di Malaysia berikutan kenaikan kadar adalah menghampiri kadar di Thailand.

“Sekiranya kita membandingkan kadar tenaga elektrik di Thailand yang berkategori tenaga bervoltan rendah, sederhana dan tinggi, kadar tarif Malaysia antara kategori tersebut adalah lebih tinggi,” katanya.

Justeru, ujarnya Perdana Menteri harus menjawab kepada rakyat Malaysia kenapa rakyat harus ‘membayar’ bagi kesilapan atau perjanjian yang tidak seimbang oleh EPU yang bertentangan dengan kepentingan nasional kerana ia hanya menguntungkan beberapa IPP dengan mengorbankan kepentingan 27 juta rakyat Malaysia.

Hd

Bongkar: IPP Projek Khas Kroni Mahathir


Siapa yang buat untung dengan IPP?

Mungkin ramai masih ingat kejadian gangguan bekalan elektrik berlaku di seluruh negara pada 1996. Ada dakwaan ia sengaja dilakukan bagi mengizinkan kelahiran syarikat pengeluar tenaga bebas (IPP).

Pengerusi Tenaga Nasional Bhd (TNB) ketika itu, Tan Sri Ani Arope menjadi mangsa apabila dihentam secara terbuka Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Dan akhirnya membawa perletakan jawatan Ani.

TNB juga menjadi mangsa apabila dipaksa membeli tenaga daripada IPP dengan harga mahal.

Petronas juga diarah menjual gas dengan harga lebih murah kepada IPP biar pun membeli mahal daripada Indonesia dan kawasan JDA Malaysia-Thailand.

Bekas akauntan Petronas, Rafizi Ramli mendakwa Petronas membeli satu barrel dengan harga RM40 dan dijual pula kepada IPP dengan harga RM10.

Katanya, TNB juga dipaksa membeli kuasa dibekalkan penjana bebas milik kroni Dr Mahathir dengan harga mahal.

“Berdasar kepada perjanjian yang berat sebelah tersebut menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung subsidi sehingga RM21 bilion untuk IPP milik bukan Melayu yang rapat dengan Dr Mahathir.

“IPP diwujudkan sebagai usaha menjaga kroni pemimpin Umno dengan berselindung di sebalik gangguan bekalan elektrik pada 1996,” katanya pada ceramah isu semasa di Kampung Kubur Kuda dekat sini malam tadi.

Hadir sama pada ceramah itu bekas Ketua Pemuda Umno Ketereh, Sobri Safii, pegawai penerangan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri, Ustaz Abdul Hamid Derani, Ketua Cabang PRK Kota Bharu, Abdul Halim Harun dan Ketua Pemuda PAS kawasan, Wan Azimin Wan Adnan.

Rafizi yang juga Pengarah Strategik PKR berkata, belum pun kerajaan mengumumkan kenaikan tarif elektrik secara rasmi, bil terbaru yang diterima pengguna sudah tercatat kadar tarif baru.

Katanya, ramai terkejut menerima bil bulanan terbaru mereka apabila tercatat kenaikan tarif elektrik biar pun kerajaan belum mengumumkan secara rasmi.

Menurutnya juga mengikut perancangan awal kerajaan BN, harga Petrol RON95 akan dinaik kepada RM2.25 sen seliter menjelang hujung tahun hadapan.

Bagaimanapun katanya kerajaan tidak berani melakukan sekarang kerana dibantah orang ramai.

Namun sepanjang 18 bulan lalu kerajaan menaikkan harga gula lebih 58 peratus dan petrol RON97 sekarang melonjak kepada RM2.90 seliter.

”Harga petrol boleh dikurangkan sehingga 60 sen seliter apabila rakyat memberi mandat kepada Pakatan memerintah Putrajaya nanti.

“Ia boleh dilakukan dengan menghapuskan subsidi untuk IPP di mana sekarang sebanyak RM21 bilion diperuntuk kerajaan setiap tahun,” ujarnya.

Abdul Hamid pula berkata sepatutnya Pemuda Umno meminta kerajaan pusat menyediakan kertas putih mengenai banyak berlaku penyelewengan dalam Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada).

Katanya, projek pemasangan longkang fiber yang dibuat Kada suatu ketika dahulu bagi menyalur air ke sawah hanya mampu bertahan semusim tanaman padi sahaja.

”Banyak duit dibazirkan untuk projek tersebut. Begitu juga kewujudan Dataran Kada tidak banyak memberi manfaat kepada petani,” ujarnya.

Sobri pula berkata, kerajaan negeri berjaya memintas rancangan Ketua Umno Ketereh, Tan Sri Annuar Musa bagi membodek Perdana Menteri untuk mendapatkan peruntukan membina stadium di Kelantan.

Katanya, projek stadium tersebut dimohon dengan harapan BN dapat merampas semula Kelantan pada pilihan raya umum akan datang.

”Tiba-tiba projek yang sedang dilobi pemimpin Umno sudah diumumkan lebih awal kerajaan negeri,” ujarnya.

HD

Harga Minyak Naik Lagi?


Sejak Najib mengambil alih pentadbiran dari Pak lah harga minyak sudah naik beberapa kali,sehingga kini harga minyak tanpa disedari oleh sekalian rakyat minyak RON92 sudah sampai pada harga sewaktu Pak Lah mentadbir dulu iaitu RM2.40 sen seliter.

Bukankah itu adalah janji kerajaan oleh Najib sewaktu mengambil alih pentadbiran dari Pak Lah tidak akan menaikkan harga minyak petrol ,diesel dan gas?.Malahan najib mempersendakan Anwar dengan menyatakan bahawa anwar hanya pandai berjanji,tetapi sedarkah kita sewaktu Anwar menjadi pentadbir dulu 8 tahun Anwar berjaya mengawal harga minyak.Itu satu pembuktian dan fakta serta bukan auta dari Anwar.

Anwar memberi respon terdahulu pada awal 2010 bahawa kenaikan harga minyak dapat dikawal dengan mengurangkan keuntungan kepada IPP atau milik negarakan semua IPP dan beberapa projek lain kerajaan seperti 5 buah IPP yang berada di Tasik Kenyir Terengganu.

Jika difikirkan kenapa perlu ada IPP di Tasik Kenyir? Itu Pak Menteri punya agenda.TNB tiada kuasa untuk menghalang hasrat sanubari Pak menteri.

Kalu tanya pada Sponge bob pun dia akan ketawa berdekah dekah.

Kerajaan pastikan kenaikan harga minyak tidak jejas permintaan :Najib

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan akan mengambil langkah memastikan kenaikan harga minyak mentah akan membolehkan permintaan tinggi penggunaan domestik berterusan, terutama sekali di segi penggunaan dan pelaburan swasta.

Perdana Menteri berkata, langkah berkenaan akan diambil jika harga tenaga itu terus meningkat di atas paras kritikan dan memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi global. Continue reading

%d bloggers like this: